RSS Feed

Khutbah Aidil Fitri 1434H

Posted on

KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ للهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 30 surah  ar-Ruum :

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَ‌تَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ‌ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ‌ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya : (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Salam Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Syukur yang tidak terhingga kita rafakkan ke hadrat Allah atas nikmat Hari Raya Fitrah yang merupakan hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan berpuasa Ramadhan dengan begitu berharap memperolehi pahala yang besar di sisi Allah. Kita doakan semoga tarbiah Ramadhan dapat melahirkan kita sebagai hamba Allah yang terus istiqamah dengan amalan soleh walau pun di luar Ramadhan. Kita tidak mahu hanya menjaga setakat hamba Ramadhan sahaja iaitu banyak beribadat hanya ketika Ramadhan sedangkan bila berlalunya Ramadhan masjid kembali sepi, al-Quran tersimpan kemas dalam almari, kedekut untuk memberi, maksiat jadi keperluan diri. Hamba Allah menyambut hari raya dalam 2 perasaan iaitu gembira kerana dapat menunaikan ibadat yang diperintah oleh Allah dan rasa sedih kerana berpisah dengan Ramadhan yang begitu banyak kelebihan sehingga golongan ini sentiasa mengharapkan agar Ramadhan berlangsung sepanjang tahun bukannya sebulan sahaja. Sedangkan hamba Ramadhan begitu gembira dengan berlalunya Ramdhan yang dianggap membebankan sehingga memenuhi sambutan hari raya dengan maksiat termasuk mendedah aurat, hiburan melampau, pergaulan bebas, pembaziran. Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam. Aidilfitri juga bererti kembali kepada jati diri manusia sebagai hamba Allah, kepada fitrah kejadian manusia. Di alam alam ruh lagi kita telah mengakui keEsaan Allah dan berjanji untuk mentaatiNya sebagaimana digambarkan dalam ayat 172 surah al-A’araf :

وَإِذْ أَخَذَ رَ‌بُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِ‌هِمْ ذُرِّ‌يَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَ‌بِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ

Maksudnya : Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari qiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 161-162 surah al-An’am :

قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَ‌بِّي إِلَىٰ صِرَ‌اطٍ مُّسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِّلَّةَ إِبْرَ‌اهِيمَ حَنِيفًا ۚ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِ‌كِينَ ﴿١٦١﴾ قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَ‌بِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya :  Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik”.  Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Fitrah juga berkait dengan hanif yang bererti suatu sifat dalam diri kita yang cenderung memihak kepada kebaikan dan kebenaran. Aidilfitri sejati merupakan suatu kemenangan secara batiniah atau rohaniah di mana ia hari pertama umat Islam pulang dari pengembaraan kerohanian setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Dalam pengembaraan itu, kita telah meninggalkan semua perkara yang digemari oleh hawa nafsu kerana Allah dan membentuk dalam diri kita suatu perasaan yang sentiasa memerhati dan menjadikan hati dan iman sebagai pengawal yang sentiasa menjaga tingkah laku kita. Kemunculan Aidilfitri ini mengakhiri suatu perjalanan kerohanian yang memerlukan kesabaran dan limpah rahmat dari Allah dan di sinilah bermulanya perjalanan baru yang menggabungkan roh dan jasad yang benar-benar tunduk patuh kepada arahan Allah disamping menjauhi laranganNya

Kita bukan sahaja mahu kembali kepada fitrah dari segi akhlak dan ibadat khusus sahaja sebaliknya dalam setiap aspek kehidupan termasuk politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Al-Quran menggambarkan bagaimana perjalanan dakwah nabi Ibrahim a.s termasuk dalam membina Ka’abah di bumi Mekah yang asalnya bertujuan untuk beribadat kepada Allah namun akhirnya diselewengkan dengan penyembahan berhala yang diletak sekitar Ka’abah. Perbuatan syirik itu terus berlaku sehinggalah berlangsungnya pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun 8H maka Rasulullah s.a.w telah bertindak menghancurkan segala berhala yang ada bagi mengembalikan peranan Ka’abah sebagaimana asal. Peristiwa bersejarah ini mengajar kita bahawa kegagalan kembali kepada agama Fitrah iaitu Islam akan menyebabkan kehancuran dan penderitaan. Ramai manusia menganggap bahawa kekayaan boleh membawa bahagia tetapi ramai mana jutawan dihimpit tekanan jiwa, merasakan kemasyhuran boleh bawa ketenangan tetapi ramai artis yang mati bunuh diri, berpegang bahawa pangkat boleh jamin kesenangan tetapi ramai pemimpin yang hidup diburu masalah. Begitu juga kegagalan system ciptaan manusia dalam menyelesaikan masalah umat termasuk politik, ekonomi, sosial ketika Islam membawa ubat mujarrab sebagai cara terbaik untuk menyembuhnya namun akibat jahil dan was-was di kalangan umat Islam sendiri kepada system al-Quran menyebabkan racun dijadikan ubat manakala ubat dianggap racun berbisa

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 49-50 surah al-Maidah :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْ‌هُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّـهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِ‌يدُ اللَّـهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرً‌ا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ ﴿٤٩﴾ أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّـهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Maksudnya : Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.

Al-Quran yang kita tadarrus sepanjang Ramadhan bukan setakat untuk mendapat pahala dari segi pembacaan tetapi wajib difahami seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Kegagalan dalam mengikut al-Quran termasuk kembali kepada agama Fitrah iaitu Islam dalam setiap aspek kehidupan menyebabkan kita dibelenggu dengan pelbagai masalah. Baru-baru ini banyak negeri yang terpaksa diisytihar darurat disebabkan jerebu akibat pembakaran hutan secara terbuka yang akhirnya reda dengan turunnya hujan selepas banyak tempat mengadakan solat Istisqa’ minta hujan. Kita tidak mahu hanya kembali kepada agama bila keadaan tersepit dan parah sedangkan ketika diberi dengan nikmat kesenangan dan kemewahan betapa ramai yang mengabai perintah Allah. Begitu juga setiap kali menyambut Ramadhan dan hari raya sentiasa meningkat kes mangsa mercun dan kemalangan jalanraya. Telah ada cadangan supaya kembali kepada system Islam terutama dalam menangani masalah kemalangan maut kerana system Islam memberi keadilan dengan pampasan kepada mangsa atau keluarga berbanding undang-undang sedia ada diberi kepada Negara. Pemandu yang cuai akan insaf atas tindakan tegas yang dikenakan serta memberi pengajaran kepada orang lain. Malangnya ia dipandang sepi dengan lebih mengutamakan system yang berbentuk mengaut keuntungan bukannya mendidik termasuk saman automatik yang beberapa kali ditangguh atas alasan dikaji semula bukan dibatal terus.

Begitu juga kegagalan kerajaan menangani masalah kenaikan harga barang termasuk ayam, keperluan dapur, gas memasak, tiket bas disamping rakyat mula bimbang dengan ura-ura kenaikan tarif elektrik dan minyak. Islam telah memberi jalan keluar melalui pengharaman system manopoli, sorok barangan supaya naik harga, penipuan dan penindasan dalam mengaut keuntungan. Akibat mengenepikan Islam maka jurang antara golongan kaya dan miskin semakin tinggi yang menjadi antara faktor kepada meningkatnya masalah sosial dan jenayah dalam negara

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 122 surah al-An’am :

أَوَمَن كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورً‌ا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِ‌جٍ مِّنْهَا ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِ‌ينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maksudnya : Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah, diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat)

Antara punca gagalnya umat Islam untuk kembali kepada agama Fitrah iaitu Islam secara keseluruhan kerana tiada cahaya ilmu agama sehingga mereka tidak kenal antara halal dan haram, dosa pahala dan juga akibat hati mati kerana diri bergelumang dengan dosa yang menyebabkan hati keras dan payah menerima kebenaran. Oleh itu marilah kita sama-sama perkasakan ilmu agama dan pengamalannya dalam kehidupan seharian agar kita benar-benar diberikan ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Akibat kejahilan menyebabkan masih ada wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik dan berani pula menyanggah fatwa. Kita juga meminta agar kerajaan memberi perhatian serius kepada pemakaian atlit renang, gimnastik, bina badan yang jelas menelanjangkan manusia. Begitu juga penyediaan stadium tertutup khusus untuk wanita agar maruah terjaga di mana banyak kes pencabulan berlaku sebelum ini ditambah lagi dengan kes pegawai pengiring wanita dirogol ketika berlangsungnya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 baru-baru ini. Begitu juga iklan seksi di akhbar, majalah, TV dan papan tanda yang menjatuhkan maruah wanita. Pemimpin patut malu kepada Perdana Menteri Kemboja yang bukan Islam yang melarang artis memakai pakaian menjolok mata muncul di kaca TV disamping memastikan sami Budha muncul di TV untuk memberi nasihat agar rakyat sentiasa menjaga aspek moral dan tatasusila.

Kita juga begitu bimbang dengan peningkatan kes jenayah tembakan menggunakan senjata api di mana purata sejumlah 2 kes berlaku setiap minggu sepanjang 7 bulan tahun ini dari Januari hingga Julai. Minggu lepas sahaja 5 kes tembakan dilaporkan. Malah dakwaan sebuah laman web pada Jun lalu yang menyatakan bahawa Kuala Lumpur adalah bandaraya yang ke-6 paling berbahaya di dunia akibat kadar  jenayah yang meningkat 70 peratus dalam tempoh 3 tahun sepatutnya diambil perhatian bukannya ditolak mentah-mentah. Rakyat begitu bimbang apabila keadaan menunjukkan seolah-olah bagaimana senjata api begitu mudah dimiliki sehingga jaminan keselamatan rakyat terancam. Jika benar ia berlaku atas alasan kekurangan anggota keselamatan dan senjata maka ia mesti ditangani segera. Kita umat Islam yang berpegang teguh kepada al-Quran bertambah yakin bahawa kes jenayah dan social yang berlaku dalam Negara mampu ditangani dengan kembali melaksanakan system al-Quran dalam Negara. Kegagalan demi kegagalan system ciptaan manusia semakin mengancam nyawa dan keamanan negara. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab :

وَلَمَّا رَ‌أَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا

Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:” Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya”. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

Setiap kali menyambut hari raya, umat Islam seluruh dunia akan melaungkan kalimah yang mengingatkan tentang kemenangan gemilang tentera Islam ke atas tentera Ahzah atau bersekutu Kuffar. Pada hari ini kita terus berdepan dengan tentera sekutu kuffar samada dengan senjata mahu pun demokrasi. Kuffar gerun dan takut  kepada Islam kerana 4 sebab utama iaitu [1] : Pengganas Kuffar takutkan Islam kerana Islam membentuk kesatuan ummah sebagaimana ucapan perisik Israel bahawa penggulingan kerajaan pilihan rakyat kerana bimbang Mesir akan melaksanakan syariat Islam dan mengembalikan system Khilafah Islam yang sepastinya akan menggugat kepentingan musuh Islam terutama zionis yahudi Israel

Firman Allah dalam ayat 92 surah al-Anbiya’ :

إِنَّ هَـٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَ‌بُّكُمْ فَاعْبُدُونِ

Maksudnya : Sesungguhnya ini, umat kamu wahai mukminin umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu maka sembahlah Aku.

[2] kuffar takutkan Islam kerana pemerintahan Rabbani di mana semua system hidup berasaskan apa yang telah diturunkan oleh Allah melalui rasulNya bukannya berdasarkan system ciptaan manusia. Yahudi berasa bimbang jika system riba tidak lagi digunakan oleh umat Islam menyebabkan ekonomi mereka merudum [3] kuffar takutkan Islam kerana pemimpin yang dilahirkan oleh Islam merupakan pemimpin yang benar-benar layak memerintah dengan sifat dan akhlaknya yang baik serta kepatuhannya dalam melaksanakan segala hukum Islam. Bila tiada lagi pemimpin rasuah, pecah amanah dan gila kuasa membolehkan kekayaan Negara mengalir dengan adil kepada rakyat jelata yang menyebabkan kuffar susah untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam  [4] Kuffar takutkan Islam kerana seseorang Islam hanya memberi wala’ atau tunduk patuh hanya kepada Allah. Ini menyebabkan tiada lagi pemimpin Islam yang menjadi kuda tunggangan kepada yahudi dan sekutunya sehingga penjajahan terhadap umat Islam berakhir

Semoga beradanya kita di bulan Syawal yang merupakan bulan kesatuan dan kasih sayang akan membuka peluang yang terbaik untuk seluruh umat Islam kembali bersatu atas dasar Islam dalam menghentikan pembunuhan terhadap rakyat sendiri di Syria, mengembalikan kerajaan pilihan rakyat di Mesir, menguburkan kezaliman zionis yahudi di Palestin, menyekat penindasan terhadap bangsa Ronghiya di Myanmar. Semoga kedatangan Syawal memberi sinar kebahagiaan kepada seluruh umat Islam

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى مصر وَفِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وَفِى Myanmar وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: