Suapan RSS

Monthly Archives: April 2014

Kepimpinan Islam DiLaksana Keadilan Hidup DiRasa

Posted on

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Fussilat :

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَ‌بُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُ‌وا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

Maksudnya :Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Manusia dipilih oleh Allah sebagai makhluk paling mulia di muka bumi ini menggalas amanah dan tanggungjawab getir iaitu beribadah kepada Allah serta memakmurkan dunia ini berasaskan agama. Justeru, tidak hairanlah setiap manusia memiliki matlamat dalam meneruskan kelangsungan hidup di dunia.  Al-Quran sebagai kitab panduan dan pedoman utama dalam membimbing umat manusia agar tidak melakukan kerosakan atas muka bumi akibat daripada menjadikan keseronokan dunia sebagai matlamat hidup. Nabi s.a.w menyarankan kepada kita agar sentiasa menyebut beberapa kalimah berharga terutama pada waktu pagi dan petang serta menghayatinya dalam kehidupan seharian agar kita tidak tergelincir daripada matlamat asal tujuan kita diciptakan serta tidak lupa bahawa kita semua bakal kembali kepada Allah untuk menerima pembalasan di akhirat nanti

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ  رضي الله عنه  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم  قَالَ :يَا أَبَا سَعِيدٍ، مَنْ رَضِيَ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا، وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ –  رواه مسلم

Maksudnya : Sesiapa Redha Allah adalah Tuhan, Islam sebagai agama dan nabi Muhammad s.a.w adalah nabi maka dia pasti akan dianugerahkan dengan Syurga

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 12 surah Muhammad :

إِنَّ اللَّـهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِ‌ي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ‌ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُ‌وا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ‌ مَثْوًى لَّهُمْ

Maksudnya : Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.

Al-Quran telah menjelaskan tentang matlamat dan cara hidup yang berbeza antara orang Islam dengan orang kafir. Matlamat hidup umat yang beriman ialah sebagai hamba yang tunduk patuh beribadat kepada Allah dengan melaksanakan kewajipan agama serta menjauhi segala larangan dalam setiap aspek kehidupan manakala orang kafir hanya menjadi keseronokan dunia sebagaimana binatang tanpa hala tuju yang jelas. Umat Islam diatur dengan ibadat khusus yang teratur seperti solat 5 waktu, puasa disamping ibadat umum yang lain termasuk kerja dalam mencari nafkah, makan minum dan selainnya mesti berpaksi kepada agama dari segi halal haram, dosa pahala. Manakala orang kafir hidup mengikut hawa nafsu sebagaimana binatang sehingga keseronokan menjadi matlamat hidup tanpa sekatan agama.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Kahfi :

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ‌ عِندَ رَ‌بِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ‌ أَمَلًا

Maksudnya : Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

Matlamat umat beriman juga untuk mencari keredhaan Allah bagi memastikan kehidupan dunia dengan segala nikmat Allah dapat menghasilkan pahala sebagai bekalan akhirat kerana begitu yakin bahawa kehidupan dunia ini hanya sementara sahaja di mana setiap diri kita pasti mati akan dihisab di akhirat nanti. Setiap amalan di dunia diyakini akan dibalas samada Syurga atau Neraka sehingga mendatangkan sikap begitu cermat dalam mengatur kehidupan agar selari dengan kehendak agama. Malah segala nikmat Allah samada sedikit atau banyak sentiasa disyukuri, begitu juga musibah yang menimpa sentiasa dihadapi dengan penuh sabar kerana ia merupakan aturan Allah dalam menguji keimanan. Manakala bagi orang kafir dunia ini adalah segala-galanya di mana jika tidak dapat mengecap nikmat duniawi samada takhta, harta dan sebagainya bererti kehidupan mereka tidak berguna lagi dan sia-sia sehingga ramai yang sanggup membunuh diri apabila gagal dalam pelajaran, pekerjaan, rumahtangga kerana cara itu dianggap jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah. Bagi orang kafir mati adalah pengakhir segala-galanya tanpa berfikir tentang balasan akhirat yang sepastinya ada walau pun mereka tidak percaya.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 44 surah Ibrahim :

وَأَنذِرِ‌ النَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ الْعَذَابُ فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُوا رَ‌بَّنَا أَخِّرْ‌نَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِ‌يبٍ نُّجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّ‌سُلَ ۗ أَوَلَمْ تَكُونُوا أَقْسَمْتُم مِّن قَبْلُ مَا لَكُم مِّن زَوَالٍ

Maksudnya : Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

Matlamat hidup umat beriman ialah memastikan dunia ditadbir dengan adil mengikut acuan agama kerana setiap kita bakal disoal tentang amanah yang dipertanggungjawab di dunia ini. Manakala orang kafir suka melakukan kerosakan di muka bumi dengan menaburkan pelbagai fitnah dan kejahatan yang boleh mendatangkan mudarat kepada ummah sejagat asalkan dapat takhta dan harta yang diidamkan. Islam mengajar umatnya bahawa kuasa adalah amanah bukannya suatu anugerah agar ia tidak disalahguna oleh manusia yang rakus. Kita ingat bagaimana ucapan sulung Sayyidina Abu Bakar ketika dilantik sebagai Khalifah :

 “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Jika aku betul, bantulah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku.

           

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dasar yang dikehendaki oleh Islam begitu jauh berbeza daripada dasar kebanyakan pemimpin dunia yang terpengaruh dengan pemikiran Machiavelli bahawa pemimpin yang mahu kekal berkuasa hanya perlu berbuat baik termasuk membantu rakyat sekiranya ada keuntungan politik di mana bantuan perlu ditarik jika tidak ada keuntungan politik. Malah pemimpin yang seribu kali berbuat zalim kepada rakyat hanya perlu sekali dua sahaja berbuat baik kepada rakyatnya dengan kebaikan itu diperbesarkan oleh tukang ampu melalui media yang ada sehingga kemarahan rakyat dapat dipadamkan dengan sedikit bantuan yang dihulurkan. Politik kebendaan ini menyuburkan sikap munafik dan politik binatang di mana yang kuat menindas yang lemah, yang kaya memeras yang papa kedana

Ini tidak terlepas dalam Negara kita termasuk yang terbaru dengan lulusnya system cukai GST di Parlimen yang pasti akan menambah bebanan kepada golongan sederhana dan miskin. Negara kita bukan sahaja belum dapat menyaingi Negara yang melaksanakan GST seperti Singapura yang pendapatan per kapita rakyatnya yang jauh lebih tinggi daripada Malaysia malah sikap boros dan pecah amanah serta rasuah dalam Negara kita jauh lebih teruk sehingga mendedahkan Negara kepada muflis. Penderitaan rakyat tidak mampu ditutup dengan bantuan yang sedikit seperti BR1M dan sebagainya kerana ia ibarat gula-gula daripada rompakan yang begitu tingggi daripada hasil mahsul Negara. Cuma atas kita samada sedar atau terus rela untuk ditipu sepanjang masa.  Jadilah mukmin yang sebenar yang tidak mudah dijual beli dan ditipu berkali-kali

قال الرسول: لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Seorang mukmin tidak akan disengat dari lubang yang sama 2 kali

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Pegangan  Machiavelli  iaitu matlamat menghalalkan cara turut menyaksikan banyak berlakunya keganasan dan peperangan terutama terhadap umat Islam akibat rakus membina empayar kuasa dan ekonomi tanpa belas kasihan. Kita mengutuk pembunuhan yang berlaku terhadap saudara seagama kita bangsa Ronghiya di Myamnmar dan Afrika Tengah atas dasar pembunuhan etnik dan agama. Begitu juga pembunuhan yang terus berlaku di Selatan Thailand. Tidak kita lupa kepada kezaliman pemimpin Syria yang terus membunuh rakyat yang tidak berdosa. Begitu juga bertambahnya sekatan dan pembunuhan kepada umat Islam di bumi Palestin terutama di Gazza oleh pembunuh utama dunia yahudi Israel. Begitu juga kerakusan manusia gila kuasa dan dahagakan darah di Mesir dan banyak Negara lain di dunia yang menjadikan pejuang Islam sebagai sasaran utama. Ia antara sunnatullah kepada pejuang Islam di mana kita bakal berdepan dengan pelbagai ujian dalam meninggikan kalimah Allah termasuk penjara, dibuang negeri atau dibunuh. Biar bermandi darah kita tidak akan berundur walau selangkah. Biar nyawa melayang namun Islam tetap dipertahankan. Kita terlalu yakin bahawa gugur syahidnya pejuang Islam bukan mengakhiri perjuangan Islam malah akan melahirkan lebih ramai lagi pemuda-pemuda yang berebut-rebut untuk gugur syahid. Benarlah janji Allah melalui ayat 23 surah al-Ahzab :

مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِ‌جَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّـهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ‌ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا

Maksudnya : Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sistem Islam DiJulang Bala Allah DiHalang

Posted on

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 155 – 156 surah al-Baqarah :

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَ‌اتِ ۗ وَبَشِّرِ‌ الصَّابِرِ‌ينَ ﴿١٥٥﴾ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَ‌اجِعُونَ ﴿١٥٦﴾ أُولَـٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّ‌بِّهِمْ وَرَ‌حْمَةٌ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

Maksudnya :Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Dunia ini menjadi tempat buat kita semua untuk diuji keimanan dan ketaatan kita kepada Allah. Di dalam ujian itu, sudah tentu ada yang rebah dan leka, terlupa pada tujuan dan matlamat asal diciptakannya ke dunia. Begitu pun, Allah SWT tidak pernah mengabaikan hamba-hambaNya yang tersasar dari jalan yang lurus. Sentiasa ada waktu dan kesempatan yang diberikan buat hamba-hamba-Nya untuk kembali kepada petunjuk-Nya. Peluang itu dinamakan sebagai taubat. Setiap diri kita diuji dengan pelbagai cara dan rupa bergantung kepada tahap keimanan kita di mana manusia yang kufur derhaka kepada Allah maka musibah merupakan balasan terhadap diri mereka. Manusia yang berdosa maka musibah sebagai penghapus dosa manakala bagi hamba Allah yang taat patuh kepada Allah maka musibah sebagai cara untuk mengangkat martabat kepada kedudukan yang lebih mulia di sisi Allah.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 123 surah Hud :

وَلِلَّـهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ وَإِلَيْهِ يُرْ‌جَعُ الْأَمْرُ‌ كُلُّهُ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ ۚ وَمَا رَ‌بُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya : Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan

Negara kita ditimpa dengan pelbagai musibah dalam tempoh yang singkat termasuk kehilangan kapal terbang MH370 yang terus menjadi tanda tanya hingga hari ini walau pun Perdana Menteri telah mengisytiharkan bahawa ia berakhir di Selatan Lautan Hindi. Dalam kesempatan berada pada yang Jumaat yang mulia ini marilah kita sama-sama mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga ujian ini dihadapi dengan penuh ketabahan dan kesabaran serta banyak mengingati Allah. Sesungguhnya hamba yang bersabar akan diberi ganjaran yang lebih besar. Banyakkan berdoa sebagaimana yang diajar oleh nabi s.a.w

اللَّهمَّ أجِرني في مُصيبَتي واخلُفني خيرًا مِنها

Maksudnya :“Ya Allah! berilah pahala padaku menerusi musibah ini dan gantikanlah untukku dengan apa yang lebih baik”

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Peristiwa yang menyayat hati ini banyak meninggalkan pengajaran yang berguna kepada kita dan yang paling besar ialah pergantungan kita kepada Allah dalam apa jua keadaan di mana teknologi manusia mempunyai pelbagai kelemahan yang tidak mampu melawan kekuasaan dan kehendak Allah. Kehilangan yang penuh misteri ini turut memerlukan kepakaran ahli agama dalam merungkaikan beberapa perkara termasuk solat ghaib yang disarankan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan agar ia tidak dibuat lagi hingga bukti yang kukuh ditemui. Begitu juga pandangan Majlis Fatwa berkenaan mangsa yang beragama Islam bergelar syahid akhirat hendaklah diambil perhatian oleh kerajaan dan pengurusan MAS sendiri dalam mengislamkan pengurusan dan cara kerja dalam syarikat penerbangan itu antaranya pengharaman arak, pakaian menutup aurat kepada pramugari dan kakitangan serta contohi penerbangan Brunei yang membaca doa sebelum penerbangan dan semasa mendarat. Kita tidak mahu kerugian demi kerugian syarikat MAS yang menelan begitu banyak duit rakyat ditambah dengan musibah ini akibat penderhakaan kepada Allah

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Peristiwa ini juga mengingatkan kita tentang hari kematian kita yang pasti akan datang. Kita sebenarnya sedang menunggu giliran samada bersedia atau tidak untuk berdepan dengan ajal kematian. Misteri kehilangan yang agak jauh berbeza antara laluan sebenar ke China tetapi mengalih arah haluan sehingga ke Selatan Lautan Hindi menggambarkan ini adalah kekuasaan dan kehendak Allah yang mengetahui segala perkara yang ghaib termasuk di mana tempat sebenar kita akan dimatikan

Firman Allah dalam ayat 34 surah Luqman :

إِنَّ اللَّـهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْ‌حَامِ ۖ وَمَا تَدْرِ‌ي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِ‌ي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْ‌ضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ‌ ﴿٣٤

Maksudnya : Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 9-11 surah Hud :

وَلَئِنْ أَذَقْنَا الْإِنسَانَ مِنَّا رَ‌حْمَةً ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ إِنَّهُ لَيَئُوسٌ كَفُورٌ‌ ﴿٩﴾ وَلَئِنْ أَذَقْنَاهُ نَعْمَاءَ بَعْدَ ضَرَّ‌اءَ مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ ذَهَبَ السَّيِّئَاتُ عَنِّي ۚ إِنَّهُ لَفَرِ‌حٌ فَخُورٌ‌ ﴿١٠﴾ إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُ‌وا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ لَهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَأَجْرٌ‌ كَبِيرٌ‌ ﴿١١

Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur. Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: “Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku”. Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai). Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Kebanyakan daripada jenis ibadah khusus yang kita lakukan akan disertakan dengan kalimah takbir Allahu Akbar yang bermaksud Allah Maha Besar. Antaranya solat, ibadah umrah dan haji, korban, azan dan iqamat, takbir hari raya dan macam-macam lagi. Tujuannya agar kita sebagai hamba sentiasa ingat akan kebesaran Allah dan tidak merasa ego, sombong, angkuh, bongkak dan takabbur. Namun, ramai manusia tetap juga sombong dengan ilmu dan kepakarannya. Maka kali ini Allah tunjukkan sedikit daripada kekuasanNYA yang Maha Luas. Allah tarik nikmat hujan, Allah berikan kemarau dan Allah selindungkan MH370. Di mana kepakarannya? Di mana teknologinya? Di mana kemodenannya? Hinggakan kita tidak mampu untuk menurunkan hujan walau setitik! Hinggakan kita tidak mampu menjernihkan udara yang kita hirup walau sedikit!

Malangnya manusia masih belum sedar di mana Allah turunkan sahaja hujan maka ia dianggap sebagai kejayaan pembenihan awan. Allah tarik sedikit jerebu maka manusia kembali menganggap ia hanya fanomena alam bukannya antara peringatan Allah. Oleh itu mimbar Jumaat pada hari ini ingin menyatakan rasa kecewa kepada pemimpin dan mereka yang terlibat dalam menganjurkan konsert Muzik liar yang menyebabkan 6 kematian akibat dadah di Bukit Jalil ketika Negara sedang ditimpa musibah yang bertindih. Konsert yang disajikan dengan arak, dadah dan seks bebas jelas mendatangkan kemurkaan Allah yang sepastinya tidak akan diturunkan kepada pelakunya sahaja malah menyeluruh kepada seluruh rakyat jelata. Begitu juga dengan penganjuran beberapa lagi konsert maksiat walau pun setengahnya telah dibatalkan atas alasan menghormati mangsa MH370 bukannya kerana takut kepada Allah. Adakah Negara perlu ditimpa dengan banyak bala lagi barulah pesta maksiat dihentikan. Jangan alasan untuk menarik lebih ramai pelancong maka kita halalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Jangan kerana ingin mengaut keuntungan sedikit kita jemput pelbagai bala Allah yang pasti mendatangkan kerugiaan yang berlipat ganda dunia akhirat.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :

وَإِذْ يَمْكُرُ‌ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ‌جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُ‌ونَ وَيَمْكُرُ‌ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ‌ الْمَاكِرِ‌ينَ

Maksudnya : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya

Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia ini juga marilah kita sama-sama mengambil berat tentang pembunuhan yang berlaku terhadap saudara seagama kita bangsa Ronghiya di Myamnmar sehingga diminta agar tidak ditulis bangsa dalam sebarang dokumen bagi mengelakkan ditindas. Begitu juga pembunuhan yang terus berlaku di Selatan Thailand. Tidak kita lupa kepada kezaliman pemimpin Syria yang terus membunuh rakyat yang tidak berdosa. Begitu juga bertambahnya sekatan dan pembunuhan kepada umat Islam di bumi Palestin terutama di Gazza oleh pembunuh utama dunia yahudi Israel. Mimbar Jumaat hari ini turut mengajak pemimpin, seluruh rakyat dan dunia agar sama-sama mengutuk hukuman bunuh terhadap 529 pimpinan dan ahli Ikhwanul Muslimin di Mesir dalam perbincaraan yang begitu pantas di mana ia tidak lebih daripada menambahkan lagi pembunuhan terancang selepas pembunuhan terhadap ribuan terhadap penunjuk perasaan tahun lepas. Ia antara sunnatullah kepada pejuang Islam di mana kita bakal berdepan dengan pelbagai ujian dalam meninggikan kalimah Allah termasuk penjara, dibuang negeri atau dibunuh. Kita nyatakan kepada dunia bahawa pejuang Islam tidak pernah takut kepada sebarang tindakan kejam kerana mati syahid merupakan cita-cita tertinggi kami. Kita terlalu yakin bahawa gugur syahidnya pejuang Islam bukan mengakhiri perjuangan Islam malah akan melahirkan lebih ramai lagi pemuda-pemuda yang berebut-rebut untuk gugur syahid. Benarlah janji Allah melalui ayat 23 surah al-Ahzab :

مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِ‌جَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّـهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ‌ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا

Maksudnya : Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Istisqa’ Minta Hujan

Posted on

Khutbah Pertama

السلام عليكم ورحمة الله

 

اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اله اِلاَّ  هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ ( 9 كالي )

 

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْ‌ضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat.

 

Sidang hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Firman Allah S.W.T dalam ayat 27-31  surah as-Syura :

وَلَوْ بَسَطَ اللَّـهُ الرِّ‌زْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْ‌ضِ وَلَـٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ‌ مَّا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ‌ بَصِيرٌ‌ ﴿٢٧﴾ وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِن بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنشُرُ‌ رَ‌حْمَتَهُ ۚ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ ﴿٢٨﴾ وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِن دَابَّةٍ ۚ وَهُوَ عَلَىٰ جَمْعِهِمْ إِذَا يَشَاءُ قَدِيرٌ‌ ﴿٢٩﴾ وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ‌ ﴿٣٠﴾ وَمَا أَنتُم بِمُعْجِزِينَ فِي الْأَرْ‌ضِ ۖ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ‌

Maksudnya:  Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji. Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya). Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. – sebagai pelindung atau pemberi pertolongan

Alhamdulillah pada hari ini kita berkumpul di sini bagi sama-sama memohan kasih sayang dan rahmat daripada Allah agar terus memberi kepada kita semua nikmat  yang berkat yang dapat menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kita semua faham dan yakin bahawa nikmat anugerah Allah S.W.T kepada umat manusia amat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Anugerah nikmat ini mestilah disambut dengan penuh kesyukuran serta digunakannya dalam memperbanyakkan lagi ibadat kepada Allah S.W.T paada setiap masa dan tempat. Kita juga mesti ingat bahawa segala kebaikan yang diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas hambaNya bergantung kepada baiknya amalan kita terhadap Allah S.W.T. Begitu juga dengan curahan keberkatan dan kebaikan dari langit disebabkan umat manusia berusaha menjauhkan diri daripada jalan-jalan kesesatan yang memesongkan mereka daripada landasan Islam yang sebenar. Kita sentiasa berdoa agar rezeki yang diperolehi adalah suatu nikmat yang datang bersama dengan keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T sehingga kita mampu meraih kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Disamping itu, kita juga sentiasa memohon perlindungan daripada Allah S.W.T agar jangan jadikan rezeki yang diterima sebagai suatu pemberian yang tiada bersamanya keberkatan apatah lagi ia bertujuan untuk melalaikan kita daripada mendapatkan keredhaan Allah S.W.T sehingga menjadikan kita umat yang rugi di dunia dan akhirat.

 

Sidang muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,

Ketika kita mendapat rezeki yang bermacam-macam maka ada masanya di mana Allah S.W.T menahan nikmatNya sebagai suatu ujian untuk menguji tahap kesabaran dan kerelaan manusia dalam menghadapi bala’ atau pun ia merupakan suatu peringatan dan pengajaran kepada mereka yang melakukan kezaliman dan lalai daripada mematuhi perintah Allah S.W.T. Antara bala’ daripada Allah S.W.T ialah Dia tidak menurunkan hujan dengan cuaca panas yang begitu terik sebagaimana yang sedang kita hadapi sekarang ini. Ia menyebabkan manusia dan binatang menghadapi kesukaran, pokok dan tanaman turut kekeringan dan sebagainya. Islam sentiasa memberi tunjuk ajar yang sempurna kepada umatnya agar mencari jalan dalam menghadapi sebarang ujian yang datang. Kita mesti memperbanyakkan istighfar bagi memohon keampunan daripada Allah S.W.T di atas segala dosa dan kesilapan yang dilakukan. Jangan campur adukkan antara ibadat dan maksiat sehingga lebih banyak bala’ Allah S.W.T yang turun seumpama suburnya program maksiat samada dalam rumahtangga, masyarakat, Negara serta melalui kemudahan maklumat seperti TV, radio, media cetak, internet dan sebagainya yang melambangkan sebahagian daripada kita tidak bersungguh untuk bertaubat kepada Allah S.W.T.

Ingatlah kita kepada suatu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ …… وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا……

Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. Antaranya…. Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diturunkan hujan oleh Allah S.W.T……

 

Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah,

Pada hari ini saya memperingati diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian agar kita sama-sama memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan samada secara terang-terangan atau sembunyi, sedar atau tidak. Sesungguhnya amalan banyak istighafar dijanjikan dengan begitu banyak kelebihan oleh Allah.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 10-12  surah Nuh :

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُ‌وا رَ‌بَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارً‌ا ﴿١٠﴾ يُرْ‌سِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَ‌ارً‌ا ﴿١١﴾ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارً‌ا

Maksudnya:  Pohonlah keampunan daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Akan dikirimkan oleh Allah kepada kamu awan yang menurunkan hujan lebat. Diberikan oleh Allah S.W.T kepada kamu kekayaan harta dan anak-anak serta diadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu

 

Sidang muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,

Melihat kepada arahan dan amaran daripada Allah S.W.T dan rasulNya agar kita sentiasa bertaubat dengan segala dosa serta mematuhi segala perintah dan menjauhi segala apa yang ditegah maka sepatutnya kita lebih sedar tentang kesalahan kita yang menyebabkan turunnya sesuatu bala’ daripada Allah S.W.T. Kita juga mesti sentiasa istiqamah dan berada di atas landasan Islam yang sebenar dengan menghindarkan segala jalan yang membawa kepada kesesatan.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 16  surah al-Jin :

وَأَن لَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِ‌يقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُم مَّاءً غَدَقًا

Maksudnya:  Dan sesungguhnya jika mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas landasan Islam maka sudah tentu Kami menurunkan hujan lebat kepada mereka

Kita mesti tegas dalam melawan kebatilan dan maksiat sehingga datangnya kemenangan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Kita jangan takut untuk menegur kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita kerana sebarang dosa bakal mengundang bala’ dan bala’ apabila telah turun maka ia menyeluruh bukan tertentu kepada pelakunya sahaja.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Khutbah Kedua

 

اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اله اِلاَّ  هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ ( 7 كالي )

 

الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْ‌ضَ فِرَ‌اشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَ‌جَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَ‌اتِ رِ‌زْقًا لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّـهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ , وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَوَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 55-57 surah al-A’raf :

ادْعُوا رَ‌بَّكُمْ تَضَرُّ‌عًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ ﴿٥٥﴾ وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْ‌ضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَ‌حْمَتَ اللَّـهِ قَرِ‌يبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ ﴿٥٦﴾ وَهُوَ الَّذِي يُرْ‌سِلُ الرِّ‌يَاحَ بُشْرً‌ا بَيْنَ يَدَيْ رَ‌حْمَتِهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَ‌جْنَا بِهِ مِن كُلِّ الثَّمَرَ‌اتِ ۚ كَذَٰلِكَ نُخْرِ‌جُ الْمَوْتَىٰ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُ‌ونَ

Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

 

Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah,

Sekali saya memperingati diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian agar kita sama-sama memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan. Semoga Allah menerima segala taubat kita dan seterusnya menurunkan rahmat dan kebaikan dari pelbagai aspek.

 

1) Khatib mula menghadap qiblat (membelakangi makmum)

2) Bagi khatib dan sekalian makmum membalikkan selendangnya atau serbannya dengan menjadikan yang sebelah atas menjadi kebawah dan yang sebelah kanan menjadi ke kiri. Jika memakai baju 2 lapis seperti baju kot diterbalikkan juga

 

Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah,

إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا  اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon kepada Allah segala kebaikan dan dihindari daripada kita segala keburukan

الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِين . الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيْدُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ . أَنْتَ الْغَنِّيُ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ ، أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ عَلَيْنَا قُوَّةً وَبَلاًغًا إِلَى حِيْنَ

“Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.

اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا

“Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami”

‏اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا‏ مُغِيثًا ‏ ‏مَرِيئًا ‏ ‏مَرِيعًا ‏ ‏نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ

“Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat”

‏اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ

“Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati”

 

Kemudian berpaling semula oleh khatib membelakangi kiblat menghadap kepada makmum sebagaimana biasa pada akhir khutbah yang kedua ini.

 

اللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء,  اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , َرَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِسبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ