RSS Feed

Dunia Jambatan Meraih Syurga Idaman

Posted on

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 32  surah al-An’am:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ﴿٣٢

Maksudnya : Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

Kini kita berada di minggu terakhir bulan Sya’aban di mana lebih kurang seminggu lagi in sya Allah jika dipanjangkan umur oleh Allah kita akan menemui suatu bulan yang penuh dengan keberkatan, keampunan, penggandaan pahala dan seribu macam keistimewaan yang lain iaitu bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh hamba Allah yang bertaqwa. Beradanya kita pada bulan Sya’aban yang disifatkan oleh nabi s.a.w sebagai bulan yang dilupai sehingga ramai umat Islam tidak mengambil manfaat sepatutnya dengan amalan soleh pada bulan ini sebagai persiapan awal untuk menyambut Ramadhan supaya sambutan kepada Ramadhan nanti tidak menjadi kalut dan hambar. Sambutan kepada Ramadhan akan lebih bermakna jika bulan Sya’aban ini digunakan sebaik mungkin dari segi rohani dan jasmani sebagaimana kita mahu menyambut tetamu yang istimewa di mana persiapan awal sepastinya dilakukan dengan penuh rapi agar ketibaan tetamu dapat dirai dengan lebih bermakna dan berharga. Jika kehadiran tetamu istimewa pun dibuat sambutan sambil lewa maka sepastinya hasilnya agak mengecewakan bukan sahaja kepada kita malah tetamu itu sendiri. Jangan disibukkan dengan urusan dunia melupakan kita kepada persiapan akhirat. Jangan kerana sibuk mengumpul harta dunia menyebabkan kita lupa kepada bekalan terbaik untuk meraih Syurga di akhirat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 20  surah al-Hadid:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ﴿٢٠

Maksudnya : Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Ramai di kalangan umat manusia lupa kepada akhirat, sentiasa melengahkan taubat, sentiasa menangguh untuk menambah amalan soleh akibat leka dengan permainan dan hiburan dunia. Al-Quran telah memberitahu kepada kita supaya janganlah terpedaya atau tertipu oleh gemerlapan hiasan duniawi yang menggiurkan kerana ia tidaklah lain hanyalah permainan dan hiburan yang sia-sia dan tidak mempunyai apa-apa tujuan pun. Apa yang dihasilkan tidak lain hanyalah sesuatu yang menyenang atau menghiburkan hati saja akan tetapi menghabiskan waktu dengan kegiatan tidak atau kurang penting sehingga melupakan kehidupan berkekalan di akhirat. Allah juga menyuruh kepada hambaNya supaya tidak berlebihan dalam   perhiasan, bermegah-megah,  juga berbangga tentang tentang banyaknya harta dan anak-anak keturunan di antara manusia, kerana itu semua menimbulkan sifat dengki dan iri hati serta mengakibatkan persaingan tidak sihat di kalangan kita. Kehidupan dunia juga ibarat hujan yang tercurah ke atas tanah untuk menumbuhkan tanam-tanaman namun setelah berlalu sekian lama, tanaman itu akan menjadi kering dan beberapa saat kemudian kita akan melihat kehancurannya. Jelas berbeza di antara golongan yang mengejar dunia di mana hati dan waktu mereka dihabiskan untuk hanyut dengan nikmat duniawi sehingga lalai daripada Allah dan akhirat sedangkan hamba Allah sentiasa mengingati Allah sepanjang masa dan tempat serta berlumba-lumba untuk menambah bekalan akhirat di mana nikmat duniawi dijadikan alat untuk menambah bekalan akhirat bukan sebagai matlamat yang melupakan diri kita daripada bersiap dengan bekalan akhirat.

Sayyidina Ali RH pernah berwasiat : Jangan bersedih karena luput daripadamu kenikmatan dunia kerana kenikmatan dunia hanya 6 macam iaitu [1] Makanan, [2] minuman, [3] pakaian, [4] wangian, [5]  kenderaan dan [6] hubungan perkahwinan. Makanan yang terbaik adalah madu di mana ia adalah air liur lebah, minuman yang terbanyak adalah air di mana ia adalah minuman semua binatang. Pakaian yang terbaik adalah sutera di mana adalah hasil daripada ulat. Wangian yang paling harum adalah kasturi yang terhasil daripada darah kijang. Kenderaan yang terbaik adalah kuda di mana atasnya terbunuh banyak tokoh yang hebat. Sedangkan nikmat hubungan perkahwinan adalah pertemuan antara 2 alat kemaluan

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 51  surah al-A’araf:

الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ فَالْيَوْمَ نَنسَاهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَـٰذَا وَمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ﴿٥١

Maksudnya : (Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengengkari ayat-ayat keterangan Kami

Pada hari ini seluruh dunia sedang menumpu perhatian kepada Piala Dunia yang merentasi Negara, bangsa dan agama. Kita harapkan tumpuan kepada Piala Dunia tidak menjejaskan amal ibadat terutama dengan berjaga malam tidak menyebabkan ramai tertinggal solat Subuh apatah lagi ia bakal berlangsung sehingga bulan Ramadhan nanti. Begitu juga dari segi tumpuan kepada kerja harian tidak terjejas dengan sukan ini. Kita begitu mengharapkan agar semangat berjaga malam untuk tengok bola dapat disuburkan untuk Qiamullallail di mana kita yakin sekiranya semangat Qiamullail dapat disuburkan akan menyemerakkan semangat juang dalam diri umat Islam sehingga kemenangan yang dijanjikan oleh Allah semakin dekat dan jelas.

Kita juga tidak mahu demam bola menyebabkan keadaan sekitar tidak dihiraukan termasuk isu rasuah, pecah amanah dan juga jenayah. Kita begitu bimbang dengan laporan oleh Menteri Dalam Negeri di Parlimen di mana sehingga April 2014 indeks jenayah dalam Negara ialah 14 kes bagi setiap jam, 368 kes jenayah setiap hari, 2594 kes setiap minggu dan 11 023 kes jenayah setiap bulan. Kita tidak mahu akibat kelalaian kitya membuka lebih banyak pintu untuk berlakunya jenayah. Jika pada Piala Dunia sebelum ini Negara begitu kalut dengan judi bola yang asalnya telah diluluskan kemudian ditarik balik akibat tekanan rakyat dan kini mula kedengaran ura-ura tokoh ternama yang meminta agar ditambah lesen judi kedua terbesar selepas Genting yang merupakan suatu penyakit yang merbahaya kepada masyarakat. Begitu juga kita mendesak agar kerajaan lebih bersungguh terutama selepas kehilangan MH370 yang menyaksikan kerugian yang berganda menimpa MAS dalam masalah pemakaian menutup aurat kepada pramugari, pengharaman hidangan arak disamping galakan membaca doa semasa perjalanan. Malah dalam masalah haram penghidangan arak dalam pesawat turut mendapat sokongan daripada kesatuan Budha, Hindu dan Kristian. Kita tidak mahu alasan penerbangan antarabangsa menyebabkan hidangan arak diperlukan. Jangan menjadi manusia yang menjemput bala Allah sebaliknya berusahalah dalam menjauhi kemurkaan Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala tegahanNya

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Renungilah firman Allah dalam ayat 146  surah Ali Imran:

وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ ﴿١٤٦

Maksudnya : Dan berapa ramai dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.

Keseronokan dalam menyaksikan Piala Dunia juga jangan menutup mata dan hati kita daripada mengambil berat tentang penderitaan saudara seagama kita yang sedang dibunuh dan ditindas di Syria, Mesir, Iraq, Myanmar dan terkini di Sri Langka. Kita tidak mahu keseronokan secara berlebihan berbincang tentang Piala Dunia menyebabkan umat Islam terjerat dengan protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka yahudi akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Yahudi akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi.

Biarlah bola hanya menjadi hobi dan minat yang tidak melalaikan kita daripada amal ibadat apatah lagi terjerat dengan senjata musuh Islam terutama yahudi sehingga kita melupakan kezaliman mereka dalam menyembelih umat Islam dengan mengagungkan jasa yahudi yang menghidangkan kepada kita rancangan sukan yang mempesonakan. Akhirnya musuh dianggap kawan manakala penderitaan saudara agama tidak dihiraukan lagi. Kita berseronok ketika saudara seagama terperosok di bawah kereta kebal yahudi. Kita bersorak ketika saudara seagama kita memekik memohon pertolongan. Jangan biarkan kita riang gembira ketika saudara agama menjerit menderita. Tidak sempurna iman kita sehingga kita mengasihani saudara segama yang lain sebagaimana kita mengasihani diri kita sendiri

Firman Allah dalam ayat 73 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُن فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ ﴿٧٣

Maksudnya : Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: