RSS Feed

Khutbah Aidilfitri 1435H

Posted on

KHUTBAH PERTAMA

 

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 57 – 61 surah al-Mu’minun :

إِنَّ الَّذِينَ هُم مِّنْ خَشْيَةِ رَ‌بِّهِم مُّشْفِقُونَ ﴿٥٧﴾ وَالَّذِينَ هُم بِآيَاتِ رَ‌بِّهِمْ يُؤْمِنُونَ ﴿٥٨﴾ وَالَّذِينَ هُم بِرَ‌بِّهِمْ لَا يُشْرِ‌كُونَ ﴿٥٩﴾وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَ‌بِّهِمْ رَ‌اجِعُونَ ﴿٦٠﴾ أُولَـٰئِكَ يُسَارِ‌عُونَ فِي الْخَيْرَ‌اتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ ﴿٦١

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka; Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka; Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka; Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Kita menyambut hari raya antara perasaan Khauf iaitu takut sekiranya amalan soleh kita tidak diterima dan dosa kita belum diampuni sehingga kita sentiasa cermat dengan amal ibadat dan lebih bersungguh dalam memohon keampunan daripada Allah agar kualiti amalan kita bertambah baik bukan dibuat sambil lewa akibat terlalu mudah perasan bahawa ia memang telah diterima oleh Allah. Begitu juga mesti timbul dalam hati kita perasaan Raja’ iaitu begitu berharap agar Allah menerima segala amalan soleh dan mengampuni dosa kita agar kita lebih bersemangat dalam ibadat dan tidak mudah putus asa mengejar keampunan Allah Tuhan Maha Pemurah Lagi Pengampun. Bila kita memiliki 2 sifat terpuji ini sepastinya kita menyambut hari raya dengan ibadat bukan mencemarkannya dengan program maksiat. Al-Hasan berkata, “Orang Mu’min telah beramal demi Allah dengan semua ketaatan dan mereka telah bersunggah-sungguh padanya, serta mereka takut seandainya amalan mereka ditolak. Sesungguhnya seorang mukmin itu menggabungkan antara berbuat baik dengan perasaan takut sekiranya Allah tidak menerima amalannya, sedangkan orang munafik menggabungkan antara berbuat buruk dengan merasa aman dari seksaan Allah.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ e، قَالَ : ” لَوْ يَعْلَمُ الْمُؤْمِنُ مَا عِنْدَ اللَّهِ مِنَ الْعُقُوبَةِ مَا طَمِعَ بِجَنَّتِهِ أَحَدٌ ، وَلَوْ يَعْلَمُ الْكَافِرُ مَا عِنْدَ اللَّهِ مِنَ الرَّحْمَةِ مَا قَنَطَ مِنْ جَنَّتِهِ أَحَدٌ – رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Maksudnya : Seandainya seorang mukmin mengetahui siksa yang ada di sisi Allah, maka dia tidak akan berharap sedikitpun untuk masuk syurga. Dan seandainya orang kafir mengetahui rahmat yang ada di sisi Allah, maka dia tidak akan berputus asa sedikitpun untuk memasuki Syurga-Nya

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 1 – 11 surah al-Mu’minun :

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿٢﴾ وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِ‌ضُونَ ﴿٣﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ ﴿٤﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُ‌وجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ‌ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَ‌اءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَ‌اعُونَ ﴿٨﴾ وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ﴿٩﴾ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْوَارِ‌ثُونَ ﴿١٠﴾ الَّذِينَ يَرِ‌ثُونَ الْفِرْ‌دَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿١١

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, – Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: – Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi – Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya

Aidilfitri dipanggil hari kemenangan dan kejayaan bagi umat Islam yang berjaya menunaikan segala kewajipan termasuk puasa Ramadan.  Bila disebut kejayaan atau kemenangan maka pasti semua mahu meraihnya. Al-Quran sendiri begitu banyak menyebut tentang kemenangan seperti kalimah al-Falah yang bermaksud kejayaan serta pecahannya disebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali.  Kalimah al-Fauz yang juga bermaksud kejayaan atau kemenangan serta pecahannya disebut sebanyak 29 kali. Malah umat Islam diseru dan diperingatkan agar melangkah ke mercu kejayaan sekurang-kurangnya 10 kali sehari melalui laungan azan (حى على الفلاح).Begitu juga bila menyambut hari raya kita sama-sama melaungkan kalimah kemenangan di mana semua ini bukan sebagai penyedap halwa telinga sahaja tetapi mesti dihayati dalam kehidupan untuk lebih bersungguh dalam memiliki sifat orang berjaya berdasarkan neraca Allah yang dinyatakan dengan jelas dan terperinci dalam al-Quran terutama melalui awal  surah al-Mu’minun yang mengemukakan 6 ciri mu’min yang berjaya iaitu:

Ciri – [1] Khusyuk dalam solat di mana kurangnya hubungan manusia dengan Allah menyebabkan pelbagai jenayah dan kerosakan berlaku.

Ciri ke- [2] Menjauhi perkara yang tidak berfaedah yang merugikan masa dan umur kita. Kita begitu bimbang bila nafsu dipuja sehingga walau pun TV swasta banyak dikuasai oleh orang Islam tetapi program maksiat lebih subur berbanding program berguna seperti program melahirkan penyanyi kecil hingga penyanyi tua begitu mendapat sambutan. Tindakan kerajaan yang ingin meluluskan lesen judi yang kedua terbesar selepas Genting dan lebih parah bersetuju menjadi tuan rumah kepada pertandingan ratu cantik dunia Miss Universe pada akhir Ogos nanti bakal mengundang lebih banyak bala daripada Allah. Sepatutnya kerajaan memperkasa dalam membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan yang lain. Seorang orientalis berkata : Jika mahu runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka guna 3 cara iaitu : [1] Runtuhkan ikatan kekeluargaan di mana bila hilangnya kasih sayang dan saling hormat-menghormati antara ahli keluarga maka timbulnya pelbagai masalah akhlak dan jenayah [2] Runtuhkan sistem pendidikan di mana akan lahirnya manusia yang lebih mengutamakan kebendaan tanpa menghiraukan agama. Akhirnya kejahilan melarat sehingga kes ajaran sesat dan murtad semakin mudah merebak. Ibarat kata hukama’ : Jika mahu membunuh tanaman maka racunlah akarnya. Jika mahu membunuh bangsa maka racunlah sejarah mereka [3]. Jatuhkan contoh teladan masyarakat yang berwibawa di mana bila hilangnya rasa semangat untuk mencontohi nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan para Ulama’ maka manusia rosak akhlak dan tidak memberi faedah dunia akhirat menjadi pujaan mereka. Akhirnya mereka tenggelam dalam khayalan yang merugikan

 

Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian,

Ciri mu’min berjaya yang ke-[3] Mengeluarkan zakat di mana ibadat harta ini antara matlamatnya untuk melahirkan rasa bertanggungjawab dan kasih sayang kepada saudara seagama yang lain disamping membuang sikap bakhil. Ramadhan lalu heboh berkenaan cadangan untuk mendenda penderma dan peminta sedekah dan masalah gelandangan yang merosakkan imej Bandaraya. Semua pihak terutama badan yang mengurus zakat mesti mengambil berat mengenai agihan zakat kepada asnaf kerana laman web kerajaan sendiri menyatakan golongan miskin tegar dalam masyarakat Melayu paling tinggi iaitu 1.1 peratus berbanding masyarakat Cina 0.1 peratus dan India 0.3 peratus. Pada tahun 2012 sahaja, orang Melayu telah mendominasi tahap kemiskinan negara sebanyak 64.8 peratus

Ciri yang ke-[4] Memelihara kemaluan dan kehormatan diri di mana masalah zina dan anak luar nikah makin parah sehingga Timbalan Menteri Dalam Negeri melaporkan di Parlimen bagaimana hampir 90 peratus kes jenayah rogol membabitkan remaja bawah umur 16 tahun dengan majoriti membabitkan orang Melayu untuk tahun 2012 dan 2013. Itu belum lagi dikira kes jenayah di mana sehingga April 2014 indeks jenayah dalam Negara ialah 14 kes bagi setiap jam, 368 kes jenayah setiap hari, 2594 kes setiap minggu dan 11 023 kes jenayah setiap bulan. Malangnya walau pun kegagalan demi kegagalan hukuman penjajah namun hukum al-Quran terus ditentang dan dihalang. Ibarat kata Ibnu Masu’d :“Diturunkan al-Quran kepada mereka untuk diamalkan, maka jadilah pengajiannya untuk beramal. Sesungguhnya seseorang kamu membaca al-Quran dari permulaan al-Quran sehingga akhirnya, tidak ada satu huruf pun yang tertinggal, apa yang tertinggal hanyalah amalannya.”

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan :

وَقَالَ الرَّ‌سُولُ يَا رَ‌بِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْ‌آنَ مَهْجُورً‌ا ﴿٣٠

Maksudnya : Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Ciri mu’min berjaya yang ke-[5] Menunaikan amanah dan janji di mana ia semakin luntur pada akhir zaman sebagaimana peringatan nabi s.a.w

إِنَّهَا سَتَأْتِي عَلَى النَّاسِ سِنُونَ خَدَّاعَةٌ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا اْلأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ، قِيلَ: وَمَـا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: السَّفِيهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ    – مسند أحمد

Maksudnya : Sesungguhnya akan datang pada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan, seorang pembohong dikatakan benar dan seorang yang jujur dianggap berbohong, seorang pengkhianat dikatakan amanah dan seseorang yang amanah dianggap khianat, dan pada ketika itu Ruwaibidhah akan berbicara.” Ditanyakan kepada baginda, “Siapakah Ruwaibidhah?” Baginda menjawab, “Orang yang lekeh (tidak ada ilmu) berbicara tentang urusan manusia (umat).

Manakala ciri yang ke- [6] dan terakhir Sentiasa memelihara solat. Ciri pertama berkaitan dengan solat dan ciri terakhir mu’min berjaya juga berkaitan dengan solat. Ini merupakan isyarat yang cukup jelas menunjukkan betapa pentingnya solat dalam Islam. Solat adalah amanah Allah, kemuncak pengabdian insan terhadap Penciptanya. Islam tidak mengiktiraf kejayaan yang dicapai oleh seseorang sekiranya dia meremehkan solat. Oleh itu kita sepatutnya bimbang jika benarnya tinjauan seorang tokoh motivasi bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari di mana golongan yang kerap meninggalkan solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga. 3 halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu: [1] Malas walaupun setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah. [2] Lemah fikiran atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia. [3] Cepat berasa bosan melakukan ibadah kerana merasa tujuannya belum tercapai.

Ingatlah bagaimana umat yang mengabaikan solat akan menjadi hamba nafsu

Firman Allah dalam ayat 59 surah Maryam :

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا ﴿٥٩

Maksudnya : Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 19 surah al-Mulk :

أَوَلَمْ يَرَ‌وْا إِلَى الطَّيْرِ‌ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ ۚ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّ‌حْمَـٰنُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ‌

Maksudnya : Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat lagi mengetahui akan setiap sesuatu

Setiap kali tibanya raya pihak berwajib sibuk membuat kempen memandu berhemah agar kita selamat pulang berhari raya kerana jumlah kemalangan sentiasa bertambah tiap kali musim raya. Pada tahun ini pula Negara dikejutkan dengan nahas udara dengan kejadian kehilangan misteri kapal terbang MH370 dan terbaru jatuhnya MH17 akibat ditembak di sempadan Rusia-Ukraine. Sempena hari mulia ini marilah kita sama-sama mengucapkan tahziah kepada semua ahli keluarga mangsa dan berharap segala pengurusan jenazah dapat diuruskan dengan baik dan segera. Kita juga berharap pihak kerajaan dapat menggunakan segala saluran yang terbaik dalam menyelesaikan isu ini. Peristiwa yang menyayat hati ini sepatutnya mengetuk hati kita tentang kuasa Allah yang mentadbir langit dan bumi serta berkuasa melakukan sesuatu mengikut qudrat dan iradatNya. Begitu juga kematian pasti akan menemui kita walau di mana kita berada dan atas kenderaan mana kita menaikinya. Jadilah kita sebagai sebaik-baik manusia ialah orang yang sentiasa ingat mati dan sentiasa bersiap dengan bekalan akhirat tanpa mengira musim dan tempat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab :

وَلَمَّا رَ‌أَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢

Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:” Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya”. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah

Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan dan juga sebagai motivasi untuk mengulangi kemenangan tentera Islam dalam mengalahkan tentera bersekutu kuffar. Semoga tarbiah Ramadhan menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Syria, bangsa Ronghiya yang dilanda peperangan. Umat Islam Di Gaza, Palestin dikepung bagaikan penjara besar daripada mendapat sebarang bantuan luar. Jika di Kelantan yang dinafi pelbagai hak dan dirompak royalti pun sudah terseksa untuk melaksanakan pelbagai pembangunan dan program apatah lagi Gaza yang dikepung dari pelbagai sudut terutama ekonomi dan hubungan luar sehingga payah mendapat rawatan, makanan, elektrik dan sebagainya. Kini hampir 3 minggu Zionis Yahudi menyerang umat Islam di Gaza dari pelbagai sudut terutama udara yang menghancurkan masjid, sekolah, hospital dan rumah serta mengorbankan hampir ribuan umat Islam terutama pelajar sekolah, kanak-kanak. Zionis Yahudi meneruskan sikap pengecut sebagaimana pada zaman nabi s.a.w dan para sahabat iaitu hanya berani menyerang dari jarak jauh dan membunuh orang awam bukannya pejuang. Mereka tidak berani bertempur secara berdepan kerana zionis yahudi laknatullah berperang untuk menang sedangkan pejuang Islam berperang untuk merebut mati syahid. Malah kejayaan pejuang Islam melancar roket dan pesawat tanpa memandu yang tidak mampu dikesan oleh radar dengan kekuatan sendiri tanpa bantuan luar sehingga mengucar-kacirkan Bandar utama di Israel memberi mimpi buruk yang tidak dijangka oleh sekutu kuffar. Serangan balas ini juga memaksa Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) menasihatkan agar syarikat penerbangan mengelak daripada terbang ke Tel Aviv di mana ia kemudian ditarik balik. Malah serangan luar jangka melalui laut dengan pengeboman terhadap kapal Israel turut menghantui musuh. Musuh bakal dikuburkan atas sikap takabbur mereka. Semoga semangat Aidilfitri akan membangkitkan semangat jihad kita semua untuk membantu memerdekakan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa daripada cengkaman musuh. Hulurkan bantuan kewangan dan juga senjata paling ampuh iaitu doa untuk perjuangan saudara seagama. Gunakan kuasa membeli kita untuk memboikot syarikat dan barangan yang memberi bantuan langsung kepada zionis yahudi yang membunuh saudara seagama. Kita minta agar pemimpin menjelaskan mengapa Malaysia menjadi Negara dagang Israel yang ke-15 terbesar di dunia pada 2010. Kita tidak mahu sebelah tangan membantu sebelah lagi membunuh

 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: