Suapan RSS

Hak Allah DiJulang Umat Gemilang

Posted on

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fajr :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ

Maksudnya : Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;

Alhamdulilah kini kita berada pada 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah yang dijanjikan dengan kelebihan yang begitu besar oleh Allah sebagaimana yang disebut dalam al-Quran pada awal surah al-Fajr di mana Ibnu Abbas dan Mujahid menyatakan bahawa malam sepuluh yang dimaksudkan ialah 1 hingga 10 Zulhijjah di mana pendapat ini dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ” – رواه البخاري

Maksudnya : Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari (ayyam) ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).”

Menyedari tentang kelebihan 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah yang sedang kita berada sekarang maka marilah kita sama-sama mengisinya dengan amalan soleh yang dianjurkan oleh nabi Muhammad s.a.w antaranya berpuasa sunat terutama pada hari Arafah iaitu hari yang ke-9 daripada bulan Zulhijjah

عن أبي قتادة رضي الله عنه قال سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ – رواه مسلم واللفظ له وأبو داود والنسائي وابن ماجه والترمذي

Maksudnya : Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab baginda  : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang

Seterusnya perbanyakkanlah bertaubat dan istighfar kepada Allah pada hari-hari yang mulia ini disamping memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid

عن ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ : مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ، وَالتَّكْبِيرِ، وَ التَّحْمِيدِ – رواه أحمد

Maksudnya : Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Maidah :

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖقَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّـهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ ﴿٢٧

Maksudnya : Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;

Antara amalan yang begitu dituntut bagi golongan yang berkemampuan bila datangnya hari raya korban hingga berakhirnya hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah ialah menunaikan ibadat korban

قَالَ الرَّسُوْلُ: مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه

Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

Kisah pengorbanan 2 anak nabi Adam a.s mengajar kita bagaimana matlamat utama ibadat korban ialah melahirkan umat bertaqwa di mana antara ciri golongan taqwa ialah sanggup berkorban segalanya kerana Allah, mengutamakan akhirat daripada dunia, ikhlas dalam ibadat dan sentiasa membersih hati daripada sifat mazmumah terutama hasad dengki dan kedekut. Oleh itu kita wajib mendalami ilmu agama dan mengamalkannya supaya tidak hanyut dengan cinta dunia yang merbahaya antaranya :

[1] Mencintai dunia bererti mengagungkan dunia, padahal ia sangat hina di sisi Allâh. Suatu dosa yang paling besar adalah mengagungkan sesuatu yang direndahkan oleh Allâh. Dunia ini lebih hina daripada bangkai kambing atau sayap nyamuk tetapi ramai yang sanggup mati untuk mendapatkannya sehingga meminggirkan akhirat

[2]  Allâh mengutuk, memurkai dan membenci dunia kecuali yang digunakan untuk mendekati diri kepada Allah. Sesiapa mencintai apa yang dikutuk, dimurkai, dan dibenci oleh Allâh maka dia akan berhadapan dengan kutukan, kemurkaan dan kebencian Allah

[3]  Mencintai dunia bererti menjadikan dunia sebagai tujuan dan matlamat hidup sehingga amal ibadat pun dilakukan untuk tujuan dunia seperti riya’ dalam bersedekah

[4]  Mencintai dunia membuat manusia tidak sempat melakukan sesuatu yang bermanfaat baginya di akhirat akibat kesibukannya mengejar dunia.

[5]   Pecinta dunia menjadikan dunia sebagai cita-cita terbesar manusia sehingga tiada dalam kamus kehidupannya berkenaan halal haram, dosa pahala, syurga neraka

قَالَ الرَّسُوْلُ:  مَاذِئْبَانِ جَائِعَانِ أُرْسِلَا فِيْ غَنَمٍ بِأَفْسَدَ لَهَا مِنْ حِرْصِ الْمَرْءِ عَلَى الْمَالِ وَالشَّرَفِ لِدِيْنِهِ  – رواه الترمذي

Maksudnya : 2 serigala yang lapar yang dilepas di tengah kumpulan kambing, tidak lebih merosak dibandingkan dengan sifat rakus manusia terhadap harta dan kedudukan yang sangat merosak agamanya.

Sifat tamak terhadap harta dan kuasa pasti akan merosak agama seseorang kerana sikap ini membawanya kepada kezaliman, pembohongan dan perbuatan keji. Bahkan menghalalkan segala cara untuk mencapai tujuannya dalam mengejar harta dan kuasa.

[6]  Pecinta dunia adalah orang yang paling banyak disiksa di mana dia disiksa pada 3 keadaan. Dia disiksa di dunia dalam bentuk usaha, kerja keras untuk mendapatkannya, dan perebutan dengan sesama pecinta dunia. Dia disiksa di alam barzakh (kubur) dan seterusnya bakal disiksa pada hari akhirat nanti.

[7]  Pencinta dunia yang lebih mengutamakan dunia daripada akhirat adalah orang yang paling bodoh sebab mengutamakan dunia yang sementara daripada akhirat yang kekal selamanya. Pencinta dunia tidak akan terlepas dari 3 keadaan iaitu : kesedihan yang berterusan,  kepenatan (keletihan) yang berlanjutan; dan penyesalan yang tidak pernah berhenti.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 103-107 surah as-Soffat :

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ ﴿١٠٣﴾ وَنَادَيْنَاهُ أَن يَا إِبْرَاهِيمُ ﴿١٠٤﴾قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ﴿١٠٥﴾ إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ ﴿١٠٦﴾ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),  Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim) “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. ) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;  Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

Beradanya kita pada bulan Zulhijjah tidak lengkap tanpa membicarakan tentang pengorbanan besar yang pernah dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s termasuk arahan Allah supaya menyembelih anaknya nabi Ismail a.s, arahan meninggal isteri dan anak yang masih kecil di bumi kering kontang. Ini semua mengajar kita tentang cinta Allah melebihi cinta kepada anak isteri dan nikmat duniawi yang lain. Tanpa perasaan cinta kepada Allah menyebabkan manusia mencari pelbagai alasan untuk lari daripada menunaikan kewajipan agama dan melanggar larangan Allah. Kita yang beriman kepada Allah pasti akan menolak dakwaan sesat golongan liberal yang menuduh bahawa nabi Ibrahim a.s seorang bapa yang tidak bertanggungjawab dan isterinya Sarah sebagai perempuan jalang. Begitu juga tuduhan bahawa mimpi nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya sebagai mimpi dari Syaitan atas alasan Allah tidak menyuruh umatnya untuk melakukan perkara yang zalim termasuk sembelih anak

Kita yakin bahawa Islam adalah agama yang mula-mula memperakui dan mendaulatkan hak asasi manusia. Buktinya, di zaman jahiliah wanita dan kanak-kanak perempuan dizalimi serta dibunuh, namun Islam datang membawa perubahan dengan mengangkat kedudukan martabat wanita.  Islam meletakkan penghormatan yang mulia dan tinggi kepada manusia tanpa mengira warna kulit, jantina, keturunan atau bangsa. Apa yang utama ialah komitmen seseorang memperkuatkan akidah dan taqwa. Jika apa yang diperjuangkan oleh mana-mana pihak dilihat sebagai usaha menjatuhkan kemuliaan manusia dan menjauhkan diri daripada Allah, maka tidak rasional usaha itu dilihat untuk menegakkan hak asasi manusia. Islam tidak menolak sepenuhnya hak asasi manusia sejagat. Sebaliknya, Islam mempunyai panduan tersendiri dalam menilai isu berkaitan kebebasan manusia. Setiap muslim dibatasi hukum hakam, halal haram dan dipimpin oleh al-Quran serta sunah sebagai sumber rujukan. Setiap individu mempunyai hak untuk hidup, makan, minum, miliki harta, belajar, bersuara, bekerja, warganegara dan sebagainya. Tetapi apabila bertembung antara hak individu dengan hak masyarakat, maka hak masyarakat mestilah didahulukan selagi tidak melanggar hak individu yang lebih utama. Namun, di negara Eropah dan Barat, mereka lebih mengutamakan hak individu di mana setiap individu berhak melakukan perkara yang diinginkan selagi perkara itu tidak mengganggu privasi orang lain. Lantaran, atas ‘tiket’ hak individu itu, maka muncullah pelbagai masalah yang mencabar nilai sosial masyarakat seperti membenarkan perkahwinan sejenis dalam kelompok gay, lesbian dan pertukaran jantina. Atas nama kebebasan bersuara, pejuang hak asasi manusia berani mempertikaikan kredibiliti institusi agama serta undang-undang jenayah syariah. Banyak kes yang berlaku bila melibatkan hak orang Islam seperti larangan memakai purdah di banyak Negara Eropah dan isu larangan memakai pakaian patuh syariah di Negara kita sendiri untuk muslimat dalam syarikat penerbangan, hotel tidak dianggap melanggar hak asasi manusia sedangkan larangan dan hukuman kepada pejuang LGBT dianggap menyekat kebebasan. Menyusahkan urusan perkahwinan dianggap pejuang kebebasan sedangkan pejuang yang menyeru supaya ditutup pintu zina dianggap melanggar hak asasi manusia. Undang-undang murtad dipandang menyekat kebebasan beragama sedangkan usaha menyekat dalam memperkasakan kuasa Mahkamah Syariah dianggap suatu usaha murni

Oleh itu semangat berkorban untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah mesti dihidupkan dalam diri, ahli keluarga, masyarakat seterusnya Negara. Mulianya kita apabila sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan jiwa raga untuk melaksanakan system Islam. Hinanya kita bila mengorbankan Islam untuk memenuhi hawa nafsu kita apatah lagi untuk menjaga hati golongan yang anti Islam. Islamlah nescaya kita selamat dan berjaya dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: