Suapan RSS

Murabbi Memimpin Ummah Sejahtera

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 9 surah Az-Zumar:

أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿٩

Maksudnya : “(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Islam mewajibkan atas umatnya untuk belajar ilmu agama dan melaksanakannya dalam seluruh aspek kehidupan seterusnya menyebar luaskannya kepada anggota masyarakat agar keindahan Islam dapat dilihat dan dirasai. Kelangsungan dakwah Islam tertegak atas ilmu, kejayaan pembinaan tamadun sepadu antara kerohanian dan kebendaan juga tertegak atas ilmu. Maju dan mundurnya sesuatu bangsa dan negara bergantung kepada kekuatan ilmu. Penerusan budaya ilmu dan pengamalan kepada ilmu perlu kepada murabbi sebagai pembimbing yang bukan sahaja mengajar malah menunjuk teladan yang terbaik. Ibarat suatu syair Arab yang berbunyi :

لَوْ لَا المُرَبِّي مَاعَرَفْتُ رَبِّيْ

Maksudnya : Tanpa murabbi nescaya daku tidak mengenali Tuhanku

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 13 surah Luqman:

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّـهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ ﴿١٣

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap muallim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” pengajar banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbi pendidik berlegar di “hati”.

Bila berbicara berkenaan murabbi maka kita sebagai umat beriman kepada Allah dan rasulNya sudah pasti meyakini bahawa Murabbi Agong ialah nabi Muhammad s.a.w itu sendiri. Tugas sebagai murabbi bukan terletak atas bahu pendakwah, guru dan pensyarah di pusat pengajian sahaja malah meliputi setiap lapisan masyarakat bermula daripada ibubapa hinggalah pemimpin negara.

Kemiskinan ilmu menyebabkan umat Islam mudah terkeliru dan dipesongkan oleh pelbagai ideologi atau fahaman yang menyeleweng seperti Liberal yang meletakkan agama hanya untuk amalan peribadi sehingga menentang undang-undang tutup aurat, khalwat, zina, LGBT yang dianggap menceroboh hak asasi manusia. Begitu juga ajaran sesat Plurel yang menganggap semua agama adalah sama taraf sehingga menghalalkan murtad. Kekurangan ilmu dan tidak sensitif kepada agama boleh menjerumuskan seseorang kepada mudah terikut dengan budaya yang bercanggah dengan Islam seperti sambut Hari Kekasih dan juga menyertai upacara keagamaan penganut agama lain. Peranan ibubapa menjadi asas kepada kefahaman anak-anak berkaitan aqidah yang benar sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. Kecuaian ibu bapa dalam memandu dan mendidik anak-anak mereka dengan pendidikan yang baik, atas alasan kesibukan ibu bapa dan menyerahkan sepenuhnya kepada guru telah menyebabkan kerugian masa yang sangat berharga bersama anak-anak. Oleh itu, institusi kekeluargaan perlu dibangunkan dan dijadikan keutamaan dalam komuniti masyarakat agar ibubapa merasai kepentingan dan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُمَجِّسَانِهِ  – رواه مسلم

Maksudnya: “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua  ibubapanya yang bertanggugjawab meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya”.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah

Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali Imran:

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّـهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّـهِ وَلَـٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ ﴿٧٩

Maksudnya : Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya

Tugas sebagai murabbi yang ditinggalkan oleh nabi Muhammad s.a.w tidak terhenti dengan kewafatan baginda sebaliknya ia diteruskan sehingga qiamat. Kita mesti menjadikan manhaj rabbani dalam mendidik umat manusia untuk melakukan suatu amal dengan niat yang benar dan mengharapkan keredhaan Allah. Pendidikan yang menghubungkan kehidupan seorang hamba dengan Allah, misalnya dalam masalah keimanan, peribadatan, cinta kepada Allah, berakhlak yang baik. Imam  Al-Tabari menafsirkan “rabbaniyyin” sebagai mereka yang menghimpunkan ilmu yang lahir dari mata hati dengan politik serta pembangunan masyarakat di samping mengislah atau memperbaiki urusan dunia dan akhirat mereka. Imam Al-Tabari turut menambah bahawa golongan rabbani juga bukan hanya dalam kalangan mereka yang berilmu, bahkan mereka memainkan peranan mengelola kehidupan manusia, seperti pemimpin yang mentadbir urusan manusia secara adil dan tidak berlaku zalim

Oleh itu system dan falsafah pendidikan negara wajib dipandu oleh agama agar tidak tersasar sehingga gagal melahirkan warganegara yang bijak dan berakhlak dengan akhlak Islam walau apa bidang yang diceburi, walau apa jawatan yang disandang. Oleh itu kita memandang serius agar pendidikan Islam di sekolah mesti ditambah baik bukan dikurangkan. Kita tidak mahu mengulangi kegagalan falsafah pendidikan barat yang diakui oleh mereka sendiri yang hanya mampu melahirkan golongan bijak pandai yang lebih mementingkan diri sendiri sehingga semakin tinggi kelulusan akademik maka semakin tinggi tahap jenayah seperti yang tercicir dari pengajian mencuri kecil-kecilan sedangkan yang mempunyai kelulusan tinggi merompak secara besar-besaran termasuk melalui rasuah, pecah amanah. Ada juga yang menipu sijil bagi mendapatkan jawatan dan kedudukan. Akhirnya semakin banyak pusat pengajian tinggi maka semakin banyak juga penjara yang dibina

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ، فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ، وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ، وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ، حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا، وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ، وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ، حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا-  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

Maksudnya : Hendaklah kalian sentiasa berlaku jujur, kerana kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan membawa seseorang ke Syurga. Dan apabila seorang selalu berlaku jujur dan tetap memilih jujur, maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai orang yang jujur. Dan jauhilah oleh kalian berbuat dusta, kerana dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan membawa seseorang ke Neraka. Dan jika seseorang senantiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai pendusta

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 2 surah al-Jumuat:

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴿٢

Maksudnya : Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

Nabi Muhammad s.a.w sebagai Murabbi Agong adalah paling tinggi ilmu dan keilmuannya sehingga lebih daripada taraf ijazah di mana-mana universiti dan paling bijaksana serta mulia akhlak dan sifat kemanusiaannya. Adalah perkara luar biasa kerana Baginda S.A.W. ditugaskan membawa mukjizat ilmu bagi segala ilmu pada akhir zaman dengan mendapat kurnia paling tinggi daripada Allah yang memiliki kerajaan yang mengatasi segala kerajaan, termasuk semua yang bertaraf kuasa besar dunia pada zaman purba dan terkini. Semua raja-raja dan pemimpin di bawah kekuasaannya. Nabi Muhammad s.a.w menjadi contoh teladan yang bukan terhenti dalam bidang pendidikan dan dakwah sahaja malah meliputi pentadbiran negara dengan menegakkan keadilan sistem Islam yang menyeluruh. Pemimpin bakal mencorak arah tuju negara dan rakyatnya samada ke Syurga atau Neraka sehingga pemimpin beriman yang adil diletakkan sebagai hamba Allah yang begitu mulia sedangkan pemimpin kufur dan zalim menjadi sehina-hina pemimpin.

Pemimpin yang adil sepastinya sentiasa tegas dalam menjaga aqidah rakyatnya agar tidak terpesong daripada Islam. Begitu juga sentiasa berusaha membangunkan akhlak daripada dirosakkan. Kita bimbang bila isu syarikat judi membiayai pihak keselamatan negara ke suatu program luar negara akan menyebabkan lesen judi bukan dapat dikurang malah akan bertambah. Kita pernah mendengar di peringkat antarabangsa adanya syarikat makanan segera, rokok dan arak yang  sanggup mengeluar belanja besar untuk kempen hidup sihat bertujuan supaya mereka tidak akan disaman jika rakyat sakit akibat menggunakan barangan mereka. Pemimpin yang berjiwa murabbi juga akan  berlaku adil dalam mengagih kekayaan negara sehingga tidak ada golongan susah termasuk petani, nelayan, penoreh getah yang berhadapan dengan kejatuhan harga tidak disekat daripada menerima bantuan yang sewajarnya. Begitu juga rakyat Kelantan yang begitu lama dinafikan untuk mendapat royalty minyak sepastinya mendapat perhatian yang seadilnya dalam mendapat hak kita. Pemimpin yang berjiwa murabbi sepastinya takut untuk berlaku zalim dan begitu gerun dengan doa rakyat yang dizalimi

وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ-رواه الشيخان

Maksudnya : Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya dengan Allah

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: