Suapan RSS

Daily Archives: 2 Mei 2019

Himpunan Khutbah Ambang Ramadhan

Posted on

Ramadhan DiRindu Taqwa DiBuru

Rai Kedatangan Ramadhan Raih Kemenangan Islam

Ramadhan DiRai Keistimewaannya DiNikmati

Ramadhan DiSambut Taqwa DiRebut

Ramadhan Dirai Kemuliaan DiRasai

Taqwa DiTagih Kemuliaan Diraih

Tingkat Ibadat Sekat Maksiat Umat Selamat

Posted on

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ  !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah S.W.T dalam ayat 10-12  surah Nuh :

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُ‌وا رَ‌بَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارً‌ا ﴿١٠﴾ يُرْ‌سِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَ‌ارً‌ا ﴿١١﴾ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارً‌ا

Maksudnya:  “Sehingga aku (nabi Nuh a.s) berkata (kepada mereka): Pohonlah keampunan daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Akan dikirimkan oleh Allah kepada kamu awan yang menurunkan hujan lebat. Diberikan oleh Allah S.W.T kepada kamu kekayaan harta dan anak-anak serta diadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu

Ketika kita mendapat rezeki yang bermacam-macam maka ada masanya di mana Allah menahan nikmatNya sebagai suatu ujian untuk menguji tahap kesabaran dan kerelaan manusia dalam menghadapi bala’ atau pun ia merupakan suatu peringatan dan pengajaran kepada mereka yang melakukan kezaliman dan lalai daripada mematuhi perintah Allah S.W.T. Antara bala’ daripada Allah S.W.T ialah Dia tidak menurunkan hujan dengan cuaca panas yang begitu terik sebagaimana yang sedang kita hadapi sekarang ini. Ia menyebabkan manusia dan binatang menghadapi kesukaran, pokok dan tanaman turut kekeringan dan sebagainya. Islam sentiasa memberi tunjuk ajar yang sempurna kepada umatnya agar mencari jalan dalam menghadapi sebarang ujian yang datang. Kita mesti memperbanyakkan istighfar bagi memohon keampunan daripada Allah S.W.T di atas segala dosa dan kesilapan yang dilakukan.  Jangan campur adukkan antara ibadat dan maksiat sehingga lebih banyak bala’ Allah S.W.T yang turun seumpama suburnya program maksiat samada dalam rumahtangga, masyarakat, Negara serta melalui kemudahan maklumat seperti TV, radio, media cetak, internet dan sebagainya yang melambangkan sebahagian daripada kita tidak bersungguh untuk bertaubat kepada Allah. Antara sebab kemarau juga akibat zakat tidak dikeluarkan sebagaimana    peringatan suatu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ …… وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا……

Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. Antaranya…. Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diturunkan hujan oleh Allah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T

Firman Allah S.W.T dalam ayat 16  surah al-Jin :

وَأَن لَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِ‌يقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُم مَّاءً غَدَقًا

Maksudnya:  Dan sesungguhnya jika mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas landasan Islam maka sudah tentu Kami menurunkan hujan lebat kepada mereka

Kita juga mesti sentiasa istiqamah dan berada di atas landasan Islam yang sebenar dengan menghindarkan segala jalan yang membawa kepada kesesatan. Kita mesti tegas dalam melawan kebatilan dan maksiat sehingga datangnya kemenangan dan keredhaan daripada Allah. Kita jangan takut untuk menegur kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita kerana sebarang dosa bakal mengundang bala’ dan bala’ apabila telah turun maka ia menyeluruh bukan tertentu kepada pelakunya sahaja.

Baru-baru ini negara dihebohkan dengan suatu istilah baru “dehijabbing” yang membawa maksud proses membuka tudung bagi seorang wanita muslimah yang merupakan salah satu daripada proses pembebasan diri daripada cengkaman agama. Sebenarnya Islam telah lama membebaskan manusia secara umumnya dan wanita secara khusus. Pembebasan dalam erti kata sebenar dan bukan sekadar momokan “bebas, bebas” namun akhirnya menjadi hamba kepada dunia dan seisinya. Ketika sampainya seruan Islam ke Tanah Arab, seluruh dunia menyaksikan ketidakadilan dan objektifikasi yang berlaku terhadap wanita di setiap pelusuk dunia ini. Di Tanah Arab umpamanya, wanita dianggap sebagai pencemar maruah keluarga dan anak-anak perempuan di tanam hidup-hidup.

Tidak kurang di Parsi dan Rome rata-rata wanita dijadikan objek seks, hak pemilikan oleh golongan lelaki dan kebolehan mereka tidak ditonjolkan. Malah dalam sesetengah agama, wanita dihalang daripada memasuki tempat-tempat suci seperti kuil. Rasulullah ﷺ mengangkat darjat wanita dengan Islam. Budaya menanam anak perempuan dihapuskan, wanita disuruh menutup aurat agar tidak diganggu, wanita diberi hak dalam sistem ekonomi, sosial dan politik dan diiktiraf kebolehan mereka.

Kita tidak mahu ada lagi mulut lancang yang melaungkan bahawa tidak boleh paksa muslimat untuk bertudung. Islam tidak memaksa orang bukan Islam untuk masuk Islam tetapi umat Islam wajib mematuhi peraturan agama sehingga boleh diambil tindakan jika engkar. Kita tidak mahu budaya berbangga dengan maksiat yang disuburkan oleh artis umpamanya berbangga setelah tidak menutup aurat. Begitu juga berkongsi maksiat samada kata-kata atau gambar di mana banyak berlaku perasaan bangga atas dosa yang dilakukan dikongsi di whatsap, facebook, twitter dan lainnya. Mereka lupa bagaimana bahayanya bila dosa walau pun kecil tapi dibanggakan

أَبُو هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : كُلُّ أَمَّتِى مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا ، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللهِ عَنْهُ” .- رواه البخاري  ومسلم.

Maksudnya : Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali mujahirin (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan yang termasuk terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, di mana dia berkata, ‘Hai Fulan, malam tadi aku telah berbuat begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam, Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah Allah tutupinya.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 11 surah an-Nuur :

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿١١

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Beradanya kita pada minggu terakhir bulan Sya’aban turut mengetuk harti ini untuk sama-sama mengambil iktibar daripada Peperangan Bani Mustaliq yang berlaku pada bulan Sya’aban tahun Ke-6 Hijrah . Antaranya bertiup api fitnah besar yang berlaku semasa perjalanan pulang daripada Peperangan ini dengan tersebar khabar Ifk atau berita bohong yang dilempar terhadap diri Siti Aisyah yang tertinggal daripada rombongan yang pulang ke Madinah. Safwan bin al-Mu’tal yang masih berada di tempat itu meminta Siti Aisyah untuk menaiki untanya lalu dia menariknya sehinggalah mereka bertemu semula dengan ahli rombongan yang lain di Nahru Zahirah. Tentera Islam yang melihat ketibaan mereka merasa terkejut dan Abdullah bin Ubai menggunakan peluang itu untuk menabur fitnah. Fitnah ini begitu kuat sehingga Rasulullah s.a.w sendiri tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah turunnya wahyu yang menjelaskan bagaimana bersihnya Siti Aisyah daripada sebarang tuduhan liar yang ditujukan kepadanya. Penurunan wahyu ini telah menenangkan hati Rasulullah s.a.w, Siti Aisyah sendiri dan para sahabat terutama Sayyidina Abu Bakar dan isterinya.

Akhirnya hukum Qazaf iatu 80 rotan akibat menuduh tanpa bukti telah dijatuhkan bagi penyebar berita bohong ini. Inilah antara keadilan system Islam yang begitu menjaga seseorang daripada dikhianati. Ia juga mengajar umat Islam agar tidak mudah percaya kepada sesuatu berita, wajib menyelidik dan jangan menyebar sesuatu yang tidak tahu sumber dan kebenarannya

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 21 surah an-Nuur:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ ۚ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ يُزَكِّي مَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢١

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui

Ketika berbicara tentang keadilan system perundangan Islam termasuk hudud, qisas maka kita menyokong penuh Hukuman rejam sampai mati untuk penzina yang telah berkahwin , seks sejenis dan penghina nabi Muhammad s.a.w di Brunei yang bermula 3 April lalu. Kita berdoa semoga hukuman itu bukan sahaja dapat dilaksanakan di Brunei tetapi turut dapat dilaksanakan di negara kita terutama dalam menghentikan penghinaan terhadap Islam dan nabi Muhammad s.a.w yang terus kedengaran terutama daripada golongan liberal dan sebagainya. Antara kenyataan liberal ialah menuduh nabi Muhammad s.a.w tidak bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak ketika bermunajat di Gua Hira’ dan dakwaan sesat yang lain.

Begitu juga hukuman Islam dapat mengendur suara LGBT seperti isu kenyataan Numan Afifi yang memperjuangkan LGBT dan memfitnah JAKIM dalam persidangan UNHRC di Geneva baru-baru ini di mana ketika umat Islam bermaruah mempertahankan JAKIM tiba-tiba muncul 41 NGO yang berpakat mengeluarkan sokongan terhadap kenyataan jahat tersebut. Kenyataan penyokong LGBT telah diterbitkan oleh akbar Malaymail antaranya mendakwa ada bukti yang menjelaskan bagaimana program anjuran JAKIM tersebut dikatakan mempunyai unsur keganasan anjuran kerajaan. Oleh itu bukan tugas kita untuk memberi hak kepada LGBT sebaliknya golongan ini wajib dirawat untuk kembali kepada fitrah untuk selamat dunia dan akhirat. Islam nescaya kita mulia dan bahagia dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 82-83 surah Huud :

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ ﴿٨٢﴾ مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ ۖ وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ ﴿٨٣

Maksudnya : Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ