Suapan RSS

Julang Islam Raih Kemuliaan

Posted on

الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 3 surah al-Maidah :

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّـهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣

Maksudnya : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Kini kita berada pada 10 hari terawal dari bulan Zulhijjah yang mempunyai fadhilat yang begitu istimewa di sisi Allah yang mesti kita sama-sama rebut. Dalam Sohih Bukhari dan Muslim, daripada Sayyidina Umar bin al-Khattab RA, terdapat seorang lelaki dalam kalangan Yahudi berkata kepadanya, ”Wahai pemimpin orang yang beriman! Terdapat ayat dalam kitab kamu yang jika diturunkan kepada kami orang Yahudi, sudahtentu kami akan jadikannya sebagai hari raya kami.” Sayyidina Umar RA bertanya, “Ayat yang mana satu?” Dia menjawab : Ayat 3 surah al-Maidah

Lalu Sayyidina Umar RA berkata lagi, ”Sesungguhnya aku mengetahui hari dan tempat yang telah diturunkan tentangnya iaitu ketika Rasulullah SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.” Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibnu Abbas telah berkata ,”Ia telah diturunkan pada 2 hari raya; hari Jumaat dan juga pada hari Arafah.”

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Daripada ‘Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ؟ – – رواه مسلم

Maksudnya: “Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu Allah berbangga dengan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [HR. Muslim no. 1348].

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ . – رواه الترمذي

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”.

Makna Hadis di atas ialah Zikir yang paling banyak berkat, paling besar pahala dan paling hampir dengan diperkenan oleh Allah ialah doa pada hari Arafah

Kita juga jangan lepaskan peluang untuk merebut kelebihan puasa pada hari Arafah iaitu hari ke-9 daripada bulan Zulhijjah esok

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : …. صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ………  – رواه مسلم

Maksudnya : …… puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya…..

Seterusnya perbanyakkanlah bertaubat dan istighfar kepada Allah pada hari-hari yang mulia ini disamping memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid bermula pagi hari Arafah sehingga berakhirnya hari Tasyriq

عن ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ : مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ، وَالتَّكْبِيرِ، وَ التَّحْمِيدِ – رواه أحمد

Maksudnya : Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah dalam ayat 103 surah Ali ‘Imran:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚوَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ﴿١٠٣

Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya

Islam mewajibkan kita bersatu atas dasar Islam. Penerapan nilai perpaduan dalam kalangan umat Islam pula dilaksanakan secara mingguan menerusi fardu solat Jumaat. Begitu juga dengan anugerah 2 hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya korban maka kita dikumpulkan secara tahunan.  Pelaksanaan rukun Islam yang lain seperti ibadah puasa, zakat dan haji juga penuh dengan penerapan nilai dan semangat perpaduan ummah. Menerusi ibadah puasa pada Ramadan, umat Islam dilatih menjiwai nilai kepekaan, kasih sayang dan kesusahan orang lain

Penghayatan kualiti kasih sayang sesama umat Islam akan menyempurnakan fardu zakat yang menjadi satu daripada rukun Islam yang utama. Pelaksanaan zakat menuntut persiapan jiwa dan pengorbanan harta untuk dikongsikan sesama umat. Begitu juga dengan anjuran ibadat korban dalam menyuburkan kasih sayang dengan membuang sifat kedekut dan terlalu cinta dengan nikmat duniawi.

Kemuncak penerapan konsep dan nilai perpaduan pada peringkat ummah seluruhnya pula dijayakan agama menerusi ibadah haji. Ibadah haji yang juga rukun Islam kelima mengandungi erti yang amat mendalam dalam konteks perpaduan ummah. Nilai utama yang dapat dihayati antaranya ialah semangat persaudaraan berteraskan akidah dalam kalangan umat tanpa mengira bangsa dan negara. Kejayaan dan kemuliaan umat Islam bergantung kepada sejauh mana kita mampu menjiwai kesatuan yang dikehendaki oleh Islam dalam kehidupan kita

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 46 :

وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦

Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Menyedari bahawa betapa pentingnya kesatuan ummah atas dasar Islam bagi mengembalikan izzah atau kemulian dan menghadapi serangan musuh yang tidak pernah berehat dan berhenti daripada menyerang Islam dan umatnya. Perpecahan kita akibat tidak berpegang kepada al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w, kejahilan tentang agama sendiri, mengkagum dan mengguna pakai budaya kuffar yang bercanggah dengan Islam termasuk dalam ekonomi, politik, sosial serta hubungan dengan Allah yang lemah akibat kurang membaca dan menghayati al-Quran, kurang zikrullah dan amalan soleh

Kita bimbang akibat perpecahan umat Islam menyebabkan penghinaan terhadap Islam dan nabi Muhammad s.a.w terus berlaku silih berganti. Begitu juga dengan isu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin melaksanakan Tulisan Khat Aksara Jawi pada tahun 2020 dimulakan ke atas murid Tahun 4 mendapat tentangan sehingga terpaksa mengurangkan lembaran pengajaran Tulisan Khat dari sekadar 6 muka surat kepada 4 muka surat malah menjadikan silibus ini hanya diteruskan sebagai modul pilihan, di mana para guru mempunyai opsyen samada untuk mengajar atau tidak. Jawi ini selaku warisan Bahasa Melayu langsung tidak bertentangan dengan Perlembagaan apabila ianya dipelihara melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Malah dalam Akta 32: Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Fasal 9 secara jelas menyatakan Tulisan bagi Bahasa Kebangsaan adalah Tulisan Jawi

Begitu juga isu RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang bertujuan untuk meminda peruntukan berkaitan dengan pemelukan agama Islam oleh orang yang belum mencapai umur 18 tahun.  Antara yang akan dipinda ialah perkataan “ibu dan bapa” kepada “ibu atau bapa” agar selaras dengan perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan. Ianya memberi makna RUU ini akan membolehkan orang yang di bawah 18 tahun memeluk Islam hanya memerlukan keizinan salah seorang daripada ibu atau bapa atau penjaga. Pindaan ini dihalang dari dibentangkan. Oleh itu kita wajib sedar bahawa memilih pemimpin bukan suatu perkara yang tiada kaitan dengan agama malah kepimpinan boleh mencorak keadaan negara atau negeri samada berteraskan Islam atau tidak

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 138-139 surah an-Nisa’ :

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿١٣٨﴾ الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّـهِ جَمِيعًا ﴿١٣٩

Maksudnya : Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;  (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

Sejarah banyak mengajar kita bagaimana akibat tidak bersungguh dalam menjulang Islam maka akan didatangkan kehinaan oleh Allah. Yahudi sebagai kaum pendatang akhirnya menjadi tuan di Palestin. Begitu yang berlaku kepada umat Islam Rohinya, Myanmar yang menjadi pelarian di tanahair sendiri. Isu terbaru Parlimen India telah membatalkan Article 370 : Hak Autonomi Rakyat Kashmir sehingga Kashmir diletak bawah India,  Ketua Menteri tidak semestinya Islam walau pun majoriti penduduk Kashmir adalah Islam, Orang Hindu dan orang asing dari luar Kashmir boleh bermastautin dan membeli tanah di Kashmir.

Islamlah nescaya kita mulia dan bahagia dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: