Suapan RSS

Category Archives: Tamadun

Bala Allah DiIngat Hukum Allah DiMartabat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 40 surah al-Ankabut :

فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنبِهِ ۖفَمِنْهُم مَّنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُم مَّنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُم مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُم مَّنْ أَغْرَقْنَا ۚ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَـٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ ﴿٤٠

Maksudnya : Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Kini kita berada dipenghujung tahun 2018 di mana beberapa hari lagi bakal menyambut tahun baru 2019 Masihi. Perubahan hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan dan bulan bertukar tahun mengingatkan kita bahawa semakin hampirnya kita kepada saat kematian dan semakin dekatnya dunia dengan qiamat. Beradanya kita pada bulan terakhir iaitu Disember turut mengetuk hati kita tentang banyak peristiwa besar berkaitan musibah yang menguji umat manusia seperti Tsunami Acheh 2004, banjir besar pantai Timur 2014 dan terbaru beberapa hari lepas berlaku tsunami gunung berapi yang sudah meragut lebih 400 nyawa di Anak Krakatau yang berada di tengah Selat Sunda antara kepulauan Jawa dan Sumatera, Indonesia

Alam berbicara dengan berlakunya bencana atas arahan Allah bukan perkara baru kerana umat manusia sebelum ini pernah menghadapinya terutama umat yang kufur dan melawan Allah dan rasulNya termasuk Raja Namrud, Firaun, Qarun, kaum Ad, kaum Thamud, kaum Saba’ dan lain-lain. Jadilah ia sebagai pengajaran menginsafkan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  19   surah Yaasin :

قَالُوا طَائِرُكُم مَّعَكُمْ ۚ أَئِن ذُكِّرْتُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ ﴿١٩

Maksudnya : Rasul-rasul itu menjawab: “Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau”

Al-Quran dan hadis nabi banyak membicarakan tentang punca atau sebab datangnya bala bencana daripada Allah ke atas umat manusia antaranya : [1] akibat kekufuran dan keengkaran mereka kepada Allah dan rasulNya. Kita dapat saksikan banyak berlaku bencana alam termasuk tsunami akibat adanya perbuatan syirik termasuk melakukan amalan memuja pantai dan sebagainya

Begitu juga merebaknya penyakit merbahaya seperti hiv Aids akibat LGBT, zina. Oleh itu kita menentang sekerasnya cadangan untuk mengedar kondom percuma atas alasan golongan remaja hari ini susah untuk disekat daripada berzina. Kerajaan sepatutnya lebih bersungguh menutup pintu zina dari segi pergaulan bebas dan memperkasakan Mahkamah Syariah termasuk menghukum penzina dengan hukum Islam. Kita juga menyokong hasrat kerajaan Kelantan untuk mengawal remaja perempuan agar tidak berpeleseran pada waktu malam bagi menjaga maruah dan keselamatan.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 59 surah al-Qosas :

وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَىٰ حَتَّىٰ يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولًا يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۚ وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَىٰ إِلَّا وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ﴿٥٩

Maksudnya : Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.

[2] Turunnya bala Allah akibat manusia melakukan kezaliman dengan melakukan maksiat termasuk hanyut dengan hiburan yang melampau, pesta arak, pendedahan aurat, meninggal solat, suburnya amalan riba, rompakan, pembunuhan. Kejahatan akan bertambah akibat kejahilan apatah lagi dirasuk dengan fahaman liberal yang menganggap bahawa agama untuk amalan peribadi semata-mata bukannya tugas kerajaan sehingga timbul golongan yang mengeluarkan suara sumbang membantah usaha kerajaan Terengganu yang mahu mengambil tindakan kepada rakyat yang meninggalkan solat. Sebagaimana suara sumbang yang menentang tindakan kerajaan Kelantan yang mengambil tindakan kepada terutama peniaga beragama Islam yang mendedah aurat

قال: فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ . فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَتَى ذَاكَ ؟ قَالَ : إِذَا ظَهَرَتْ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ – رواه الترمذي

Maksudnya: Berlaku pada umat ini, gempa bumi, diubah menjadi rupa makhluk lain dan fitnah. “Seorang laki-laki dari kaum muslimin bertanya :” Wahai Rasulullah ! bila berlaku perkara itu? Sabda nabi: “Apabila semakin banyak nyanyian dan alat-alat muzik dan minum arak.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 16 surah al-Isra’ :

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا ﴿١٦

Maksudnya : Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

[3] Turunnya bala Allah akibat kezaliman yang dilakukan oleh golongan yang berkuasa terutama pemimpin yang menipu rakyat, rasuah, pecah amanah. Golongan kaya yang menipu dalam perniagaan demi mengejar keuntungan tanpa mengira halal haram. Golongan kaya yang tidak mahu mengeluarkan zakat yang dianggap membebankan. Tidak terlepas golongan Ulama yang bisu dalam menegur perkara yang hak akibat mengejar habuan dunia.

Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal :

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥

Maksudnya : Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

[4] Turunnya bala Allah akibat orang soleh hanya berdiam diri melihat kemungkaran yang berlaku. Kerja amar makruf nahi mungkar diabaikan sehingga masalah aqidah termasuk isu pendakyah Kristian yang menjalankan dakyah terus berjalan tanpa tindakan tegas. Masalah sosial dipandang sepi. Oleh itu kerja penting ini mesti diperkasakan di semua peringkat termasuk dengan memperkasakan pendidikan Islam di sekolah dan university agar masyarakat Islam yang buta agama dapat diubati. Suara yang ingin mengurangkan pengajian Islam di sekolah wajib ditentang habis-habisan. Kita tidak mahu lagi mendengar ramai pelajar sekolah walau pun sudah baligh tetapi tidak pandai solat, tidak tahu mengucap 2 kalimah syahadah dan bacaan wajib dalam solat. Jangan tiru perangai penjajah yang sengaja menghalang lepasan pengajian agama daripada memegang jawatan penting

قال الرسول  : مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ العِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاء ُوَيَقِلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُوْنََ لِخَمْسِيْنَ امْرَأَةً القَيِّمُ الوَاحِدُ  – رواه البخاري

Maksudnya : Antara tanda qiamat itu ialah ilmu agama sedikit, kejahilan semakin jelas, perbuatan zina dilakukan terang-terang, jumlah perempuan cukup ramai manakala jumlah lelaki berkurangan sehingga bandingan 50 orang perempuan dijaga oleh seorang lelaki

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 41 surah ar-Ruum :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٤١

Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

4] Turunnya bala Allah akibat kerosakan akibat maksiat dan juga pengkhianatan terhadap alam termasuk memusnahkan hutan simpan, tempat tadahan hujan, pembangunan di lereng bukit yang membahayakan, pencemaran sungai dan laut serta banyak lagi kerosakan terhadap alam yang dilakukan oleh umat manusia yang menyebabkan berlakunya bencana alam

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 155-157 surah al-Baqarah :

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ﴿١٥٥﴾ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿١٥٦﴾أُولَـٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ﴿١٥٧

Maksudnya : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:  (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”  Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Namun begitu ada juga bala yang diturunkan oleh Allah bukan disebabkan kekufuran, maksiat atau perbuatan khianat sebaliknya ia bagi meningkatkan keimanan orang beriman serta sebagai menambah pahala atas kesabaran

Begitulah juga bila kita perhatikan betapa ramai manusia yang kufur dan bergelumang dengan maksiat tetapi Allah tidak turunkan bala bencana kepada mereka bukan disebabkan Allah sayang kepada mereka sebaliknya ia adalah ‘istidraj’ iaitu pemberian untuk melalaikan diri mereka sehingga mereka dimatikan dalam keadaan kufur dan tidak bertaubat kepada Allah. Mereka diberikan kesenangan dunia sebelum diazab oleh Allah di alam kubur dan seterusnya akhirat nanti

Firman Allah dalam ayat 15-16 surah Hud :

مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ ﴿١٥﴾ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٦

Maksudnya : Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. (15)Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.

 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

ICERD DiTentang Islam DiJulang Ummah Gemilang

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 103-106 Surah Al-Kahfi :

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا (103) الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا (104) أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا (105) ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا (106)

Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?”; “(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.; “Merekalah orang-orang yang kufur (ingkar) akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya (adanya Hari Akhirat). Oleh itu gugurlah amal-amal mereka, maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada Hari Kiamat kelak”.); “(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahannam disebabkan mereka kufur (ingkar), dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan”.

Al-Quran, Sunnah dan sepakat para ulama bahawa Islam menjadi syarat sah kepada semua amalan agama dan juga amalan kehidupan dunia yang tidak terpisah daripadanya. Ketegasan diterima amalan di sisi Allah bersyaratkan Islam ketika berlakunya hisab di Hari Akhirat nanti, yang menjadi kemuncak wawasan kepada setiap orang yang beriman. Bermakna menolak dengan tegas ungkapan secara mudah: “Asalkan dia baik, walaupun tanpa Islamnya”.

Tidak dinafikan betapa Islam menilai juga kebaikan seseorang walaupun dia bukan Islam kerana Rasulullah S.A.W menghargai tokoh jahiliah yang berakhlak dan memberi penghormatan kepada keluarganya. Tetapi dalam hubungan sekadar urusan dunia sahaja. Adapun perhitungan Allah berlangsung sehingga Hari Akhirat yang tidak ada lagi perhitungan manusia, mewajibkan Islam menjadi syarat diterima di sisi Allah. Islam itu wajib menjadi dasar dan matlamat serta caranya juga menepati ajaran Islam. Islam menegaskan bahawa perjalanan seseorang manusia itu tidak tamat di Alam Dunia dan tidak berakhir dengan kematian. Selepas ini adanya Alam Barzakh yang lebih panjang daripada kehidupan dunia dan selepas alam kubur pula passti kita bakal menempuh Alam Akhirat yang kekal abadi.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran :

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥

Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

Atas keyakinan inilah maka kita umat Islam wajib menjaga kesucian agama Islam daripada dilanggar dan hak umat Islam dicabul. Islam sentiasa membuka pintu perbincangan antara agama dan perdamaian tetapi bukanlah sehingga dasar Islam digadai. Kenyataan terbaru UNESCO telah mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama paling aman di dunia. Oleh itu bila umat Islam terus dituding sebagai penceroboh kepada sebuah kuil di Selangor minggu lepas ditambah dengan tuduhan melampau oleh pihak tidak bertanggungjawab di India bahawa orang Islam telah membunuh penganut Hindu dalam isu ini mesti ditentang dan dibersihkan segera. Semoga kes yang melibatkan pihak yang tertentu maka selesailah dengan cara yang baik bukannya dengan mengapikan api perkauman dan kebencian agama. Islam mengharamkan pencerobohan kuil atau gereja samada ketika aman atau perang

Kita juga mahu isu pengedaran risalah Kristian kepada umat Islam dibanteras dengan tegas bukan kes didakwa separuh jalan apabila Pejabat Peguam Negara mengarah kes ini ditarik balik dan pendakyah Kristian dari luar negara dihantar pulang tanpa sebarang tindakan yang sepatutnya. Kebebasan beragama ada batas bukan boleh diceroboh sesuka hati sehingga membelakangkan perundangan negara

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 58-59 surah an-Nahlu :

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِالْأُنثَىٰ ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ﴿٥٨﴾ يَتَوَارَىٰ مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ ۚ أَيُمْسِكُهُ عَلَىٰ هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ ۗ أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ ﴿٥٩

Maksudnya : Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil dia berfikir): adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau dia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.

Kehadiran nabi Muhammad s.a.w bersama mukjizat terbesar al-Quran telah mengubah cara hidup mengikut hawa nafsu kepada berpandu wahyu termasuk dalam mengembalikan kemulian wanita yang dizalimi dan ditindas oleh masyarakat jahiliah. Orang Yunani menganggap wanita sebagai bahan seronok sahaja. Orang Romawi memberikan hak atas seorang ayah atau suami menjual anak perempuan atau isterinya. Orang Arab memberikan hak atas seorang anak untuk mewarisi isteri ayahnya. Wanita tidak mendapat hak waris dan tidak berhak memiliki harta benda dan ramai anak perempuan dibunuh hidup-hidup.

Pada hari ini kita melihat kesan daripada tandatangan pengesahan kepada beberapa undang-undang antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berkait dengan wanita dan kanak-kanak sebelum ini menyebabkan negara kita sedang ditekan oleh masyarakat antarabangsa berdasarkan laporan pihak anti Islam dalam negara sehingga isu perkahwinan bawah umur cuba disekat sedangkan di Amerika Syarikat sendiri tiada had umur untuk perkahwinan dikekalkan. Begitu juga mahu mengkaji masalah khitan anak perempuan sedangkan sebagaimana maklum balas dari Menteri Kesihatan sendiri bahawa khitan yang dilaksana di Malaysia berbeza jauh dengan khitan masyarakat wanita di Afrika yang melampau daripada suruhan agama. Kita yakin bahawa khitan bukan adat tradisi tetapi ia adalah suruhan agama. Menurut Mazhab Syafei dan Hambali hukum khitan wajib bagi lelaki dan perempuan. Manakala mazhab Hanafi dan Maliki pula berpendapat adalah sunat bagi lelaki dan perkara yang elok bagi perempuan. Rasulullah SAW pernah bersabda kepada ‘Ummu ‘Athiyah RA:

اخْفِضِي وَلَا تَنْهَكي فإِنَّهُ أنْضَرُ لِلوَجْهِ وأحْظى عنْدَ الزَّوْجِ  – رواه الحاكم

Maksudnya : Apabila engkau mengkhitan perempuan, sisakanlah sedikit dan jangan potong (bahagian kulit kelentit) semuanya, kerana ia boleh meceriakan wajah dan lebih disenangi oleh suami.

Apa yang lebih membimbangkan selepas tandangan Konvensyen Antarabangsa akan menyebabkan hak samarata yang dilaungkan termasuk dalam pembahagian pusaka yang bukan sahaja tidak mahu ikut al-Quran iaitu 2 bahagian anak lelaki untuk 1 bahagian anak perempuan malah waris bukan Islam boleh menerima harta pusaka dari keluarganya yang Islam. Kedudukan Amanah Raya turut terancam apabila harta pusaka yang bernilai ratusan juta yang tidak dituntut sebelum ini akan turut boleh dituntut oleh orang bukan Islam. Begitu juga masalah isteri akan diberikan hak untuk mencerai suami akibat pengesahan konvensyen sebelum ini. Islam hanya membenarkan suami sahaja melafazkan talak namun isteri yang menghadapi pelbagai masalah dalam rumahtangga berhak berpisah dengan cara tertentu seperti tebus talak dan sebagainya. Akibat kejahilan dan menjadi ‘pak turut’ golongan anti Islam maka kemuliaan Islam dinodai dan hak umat Islam bakal diceroboh sesuka hati

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun:

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ ﴿٧١

Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;

Sabtu 8 Disember lalu telah mencatat sejarah negara apabila setengah juta majoritinya umat Islam sama-sama berhimpun di Dataran Merdeka bagi menunjukkan kejayaan menekan Kerajaan agar tidak mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) . Sepanjang sejarah, manusia berperang untuk mempertahankan hak mereka, malah untuk merampas hak orang lain. Adakah kita, dengan rela, akan menyerahkan hak kita? Kita bukan hendak mengambil hak orang lain. Kita hanya mempertahankan hak kita seperti yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Kita mempertahankan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada. Pelampaukah kita? Rasiskah kita?

Kita turut bimbang dengan cadangan supaya dibuang agama dan bangsa pada kad pengenalan kononnya bagi memelihara perpaduan mengandungi maksud jahat tersirat iaitu secara halus dan perlahan menghakis keistimewaan Islam dan Melayu yang menjadi identiti negara bernama Malaysia. Agama dan bangsa adalah identiti diri yang menjadi punca perpaduan sebuah masyarakat seperti Malaysia bukannya punca pertembungan dan perpecahan.

Sejarah negara membuktikan bagaimana usaha pejuang kemerdekaan membolehkan kontrak sosial antara kaum berjalan baik mengikut lunas perlembagaan. Kita pada hari ini merasai bagaimana hasil yang telah diperjuangkan oleh datuk moyang kita. Oleh itu jangan sama sekali kita menjadi pengkhianat sehingga anak cucu kita bakal melarat dan merempat dalam negara sendiri. Bak pesanan Pak Hamka : “Sekiranya engkau tidak berbuat apa-apa ketika Islam dipijak dan dihina maka lebih baik tukarkan bajumu dengan kain kafan”.

Islamlah necaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ajaran nabi Muhammad s.a.w DiHayati Kedamaian DiRasai

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 128-129 surah at-Taubah :

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَ‌سُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِ‌يصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَ‌ءُوفٌ رَّ‌حِيمٌ ﴿١٢٨﴾ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَ‌بُّ الْعَرْ‌شِ الْعَظِيمِ ﴿١٢٩

Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang agong.”

Rabiul Awwal merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam dapat dirasa di mana dalam rumahtangga Rasulullah s.a.w adalah suami dan bapa yang bukan sahaja memelihara kebajikan kebendaan yang sementara bahkan  membelai dan menyubur jiwa dan ruh ahli keluarga agar berjaya di dunia dan akhirat. Sebagai pemimpin maka nabi s.a.w bukan sahaja mahu melihat rakyat maju di dunia malah meraih kebahagiaan di akhirat dengan memastikan setiap tamadun kebendaan dan rohani berjalan serentak. Kasih sayang baginda kepadanya umatnya begitu mendalam sehingga sanggup mati dalam mengembangkan system Islam agar seramai mungkin umatnya memasuki Syurga dan terselamat daripada Neraka Allah. Ini tergambar dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud : Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 54 surah al-Maidah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkanNya; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Sambutan maulidurrasul tidak sempurna hanya dengan mengisahkan perjalanan dan perjuangan hidup nabi Muhammad s.a.w tanpa ada kesungguhan dalam mengamalkan Sunnah nabi s.a.w dalam setiap aspek kehidupan termasuk akhlak peribadi yang baik, cara berkeluarga, cara bermasyarakat, cara berdakwah, cara berekonomi, cara pelaksanaan undang-undang, cara bernegara dan sebagainya. Antara sifat yang mesti ada dalam diri umat yang kasih kepada Allah dan rasulNya ialah : [1] Cinta kepada Allah dan rasulNya sehingga sanggup mati demi mempertahankan agar Allah tidak dicela dan nabi Muhammad s.a.w tidak dicela

قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه

Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia

Baru-baru ini kita dapat saksikan bagaimana suatu deklarasi Mahkamah Eropah 2018 yang berlangsung di Austria mengambil suatu ketetapan bahawa sesiapa sahaja yang menghina nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk perkataan atau media maka ia bukan lagi menjadi kebebasan sebaliknya menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum termasuk penjara.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 4 surah as-Soff :

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ ﴿٤

Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh

Sifat ke-[2] umat yang cintakan Allah dan rasulNya ialah sentiasa kasih dan berlemah lembut dengan saudara seagama serta sentiasa mengambil berat tentang penderitaan saudara seagama di negara lain terutama yang sedang berdepan dengan pembunuhan dan peperangan. Apa yang terbaru ialah ketegangan antara Israel dan pejuang Islam di Gazza memuncak sejak awal bulan ini apabila 10 pejuang Palestin dan seorang pegawai tentera Israel terbunuh dalam pertempuran membabitkan kedua-dua pihak. Pesawat perang Israel turut memusnahkan 3 buah rumah milik pemimpin Hamas dan kawasan pembinaan saluran TV al-Aqsa milik Hamas di Gazza. Umat Islam yang bermaruah mengutuk kekejaman zionis Yahudi yang turut merampas tanah milik umat Islam untuk didirikan penempatan haram yahudi

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran:

الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِم بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّـهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّـهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنصُرَنَّ اللَّـهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٤٠

Maksudnya : Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;

Sifat ke-[3] umat yang cintakan Allah dan rasulNya ialah bertegas terhadap orang kafir yang memusuhi Islam. Namun Islam tidak memaksa orang kafir untuk memeluk Islam. Malah bila negara dikejutkan dengan pencerobohan sebuah kuil di Selangor minggu ini maka Islam sentiasa menekankan bahawa umat Islam dilarang daripada menceroboh dan menganggu rumah ibadat agama lain. Kita tidak mahu isu ini dijadikan bahan untuk mengapikan permusuhan bangsa dan agama. Kerajaan wajib mengangani masalah ini dengan cermat dan cepat agar ia tidak merebak

Kita yakin bahawa Islam agama perdamaian di mana yang terbaru UNESCO telah mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama paling aman di dunia,  Semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis, Khalifah Umar bin al-Khattab memberikan jaminan keamanan kepada penduduk Baitul Maqdis yang beragama Kristian dengan ucapannya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang; inilah apa yang telah diberikan hamba Allah Umar, Amirul Mukminin keamanan kepada penduduk Iliya (Baitul Maqdis)’. Dia (Allah) telah memberikan keamanan untuk diri mereka, harta benda mereka, gereja-gereja mereka dan rumah-rumah ibadah mereka sama ada yang elok atau rosak dan kepada seluruh penganut bahawa tidak sekali-kali gereja-gereja mereka dihuni (rampas) dan tidak sekali-kali dimusnahkan dan sekali-kali dilakukan kekerasan terhadap mereka sama ada pada tubuh badan atau harta benda. Dan mereka sekali-kali tidak dipaksa untuk meninggalkan agama mereka dan tidak sekali orang Yahudi menghuni bersama mereka di Iliya atau Baitul Maqdis”

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran:

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ ﴿٧١

Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;

Sifat ke-[4] umat yang cintakan Allah dan rasulNya ialah sentiasa bersungguh-sungguh dalam menegakkan system Islam yang menyeluruh atas muka bumi ini. Oleh itu apabila timbulnya isu kerajaan bercadang mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD)  maka kita bangkit menentang sekeras-kerasnya dengan menyatakan bahawa Sepanjang sejarah, manusia berperang untuk mempertahankan hak mereka, malah untuk merampas hak orang lain. Adakah kita, dengan rela, akan menyerahkan hak kita? Kita bukan hendak mengambil hak orang lain. Kita hanya mempertahankan hak kita seperti yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Kita mempertahankan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada. Pelampaukah kita? Rasiskah kita?

Tidak dinafikan kepentingan dominasi kaum untuk menegakkan Islam, sebagaimana ibrah pemilihan Khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah. Golongan Ansar mencalonkan Sa’ad bin Ubadah. Ahlil Bait keluarga Nabi mencalonkan Ali R.A. Muhajirin mencalonkan Abu Bakar. Bila mereka mendengar, “Pemimpin daripada Quraisy”, Quraisy ialah yang mendominasi orang Islam di masa itu. Jadi kaum yang mendominasi ini sangat penting, kita tak boleh nafikan. Tetapi bukan kaum itu menjadi dasar. Kaum satu perasaan saja. Tetapi dasarnya ialah Islam. Islam yang membentuk jati diri manusia, bukan semangat bangsa dan perkauman yang sempit sehingga meminggirkan agama

Malah Sayyidina Umar al-Khottab pernah melarang orang kaya Arab daripada membeli tanah milik penduduk Parsi yang kebanyakannya miskin pada masa itu bagi melindungi hak keistimewaan anak watan Parsi daripada dikhianati.

Ibnu Khaldun turut menukil dalam Muqaddimah bahawa sesuatu bangsa akan berjaya bila mengikut lunas Islam dalam mengurus negara bersama bangsanya tetapi apabila pemimpin mengkhianati bangsanya sendiri kerana mempertahankan kroninya walaupun menyeleweng daripada Islam menyebabkan runtuhnya sesebuah negara.

Sifat ke-[5] umat yang cintakan Allah dan rasulNya ialah tidak takut dan tidak mudah putus asa apabila dicela dan dimaki kerana mahu memperkasakan Islam sehingga dituduh sebagai pengganas, pelampau dan sebagainya. Kita mesti ingat bahawa nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul pilihan Allah lebih teruk dilempar cacian dan makian daripada musuh Islam termasuk dituduh pemecah belah umat, tukang sihir, orang gila, pembawa ajaran sesat dan sebagainya

Yakinlah kita bahawa kita berjuang bukan untuk mencari pujian manusia, bukan mencari pangkat dan harta dunia sebaliknya kita mencari keredhaan Allah walau pun manusia membenci. Islamlah nescaya kita berjaya dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Islam DiLaksana Rahmat Allah DiRasa

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  57-58   surah Yunus :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ﴿٥٧﴾ قُلْ بِفَضْلِ اللَّـهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ ﴿٥٨

Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) “kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”.

Islam dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. pada akhir zaman adalah rahmat Allah kepada seluruh alam (manusia dan makhluk yang lain). Ia telah dibuktikan betapa hebat dan sempurnanya rahmat Allah yang terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna. Seluruh ajaran Islam adalah rahmat, merangkumi segala nikmat ruh dan jasad. Pelaksanaan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya mengikut kemampuan adalah rahmat jua. Bahkan menghukum mereka yang melakukan larangan juga adalah rahmat. Umat Nabi Muhammad S.A.W. merangkumi seluruh manusia sama ada penganut Islam dinamakan umat ijabah dan bukan Islam dinamakan umat dakwah. Para ulama mentafsirkan rahmat itu meliputi seluruh manusia dan alam yang lain termasuk mereka yang beriman, kafir, munafik, zalim dan fasiq dalam kehidupan dunia ini. Rahmat Allah terhadap yang kafir, munafik, zalim dan fasiq adalah diberi rezeki jasad dan akal kepada semua dalam kehidupan dunia. Rahmat Allah juga ditangguhkan bala bencana yang pernah memusnahkan semua umat yang terdahulu daripada ditimpa ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W. dengan sebab maksiat. Rahmat juga dibuka pintu taubat seluas-luasnya kepada mereka yang berdosa sama ada besar atau kecil. Rahmat Allah bukan sahaja dalam perkara nikmat kehidupan jasad dan akal, bahkan termasuk perkara rohani (dosa dan pahala) daripada semua perintah dan larangan Allah yang menjadi sempadan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.

Rahmat Allah juga dinyatakan dalam aspek pencegahan terhadap kemungkaran dan dosa, kerana semua yang diharamkan itu membawa mudharat. Pencegahannya melalui pelbagai pendekatan seperti nasihat, amaran dan hukuman terhadap pelakunya kerana rahmat Allah menyelamatkan orang yang baik dengan cegahan sehinggalah menghukum dengan sekeras-kerasnya. Selain itu, menyelamatkan orang yang jahat dan penjenayah dengan menghalang dan mendidik mereka melalui hukuman Qisas, Hudud dan Takzir, yang dikatakan sangat keras tetapi dengan syarat-syarat yang sukar dijatuhkan. Menunjukkan kehebatannya menakutkan dan mendidik. Rahmat Allah juga menggalakkan taubat dan kemaafan daripada dosa-dosa, hanya sedikit sahaja yang tidak boleh dimaafkan iaitu syirik kerana sangat besar mudharatnya yang menjadi punca segala kejahatan dan jenayah moral yang dihukum dengan Hudud yang menjadi hak Allah  setelah dihukum di mahkamah.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  29  surah al-Fathu:

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖتَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٢٩

Maksudnya : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Kebanyakan ahli tafsir, seperti Al-Qurtubi dan As-Syaukani, menjelaskan dengan menggunakan penafsiran Ibn ‘Abbas, mengatakan:  sikap keras terhadap kuffar, umpama singa garang terhadap mangsa buruannya

Secara umum, imam As-Suyuthi, menjelaskan maksud bahawa orang Islam bersikap keras dan tegas terhadap siapa saja yang menyimpang dari agamanya, dan saling kasih-mengasihi di antara sesama Muslim.

Ketika menyoroti sirah nabi s.a.w maka kita dapati golongan musykirin Mekah cuba melakukan tawar menawar dengan Nabi s.a.w.  Mereka cuba memujuk nabi untuk bertoleransi dengan mereka agar meninggalkan sedikit dakwah atau tidak terus mengajak kepada Islam dan mereka juga akan turut meninggalkan jahiliyyah sedikit. Malah mereka juga bersedia untuk mengikut ajaran nabi Muhammad tetapi golongan Muslimin juga perlu cuba untuk menyembah berhala mereka. Nabi s.a.w merupakan insan yang paling lembut akhlak di dalam mualamat pergaulan, paling mengambil berat terhadap saudara dan ahli keluarga baginda, dan paling mudah untuk dibawa bincang demi memudahkan sesuatu urusan. Tetapi apabila bercakap dalam bab aqidah dan prinsip agama, maka Islam adalah Islam. Tiada padanya toleransi dan ruang bicara untuk mencairkan prinsip agama ini. Dalam masa yang sama Islam melarang sama sekali kita memaksa orang bukan Islam untuk memeluk Islam

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 54 surah Al-Maidah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya

Ketika negara masih pening dengan isu Pesta Arak sehingga umat Islam yang bangun menentang dianggap sebagai penyekat kebebasan beragama sedangkan bila isu pekerja Islam yang enggan pegang botol arak di sebuah kedai 24 jam serta isu larangan pemakaian menutup aurat untuk pekerja Islam termasuk pramugari disamping campur tangan orang bukan Islam dalam menyekat kemahuan umat Islam untuk memperkasakan Mahkamah Syariah tidak pula dikatakan menyekat kebebasan beragama. Sepatutnya masalah arak yang merupakan minuman haram dan terlarang dalam semua agama dihad penjualan bukannya dibuat pesta yang mengundang pelbagai masalah termasuk jenayah, kemalangan, penyakit kronik yang sepastinya bukan sahaja menghabiskan duit negara malah mengancam nyawa.

Minggu ini melalui seorang ahli parlimen menyuarakan agar Malaysia tunduk kepada kehendak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya mengikut Hak Asasi Manusia yang dikendalikan oleh UNCHR. Tuntutan COMANGO kembali bergema dalam menekan Kerajaan di mana antara tuntutan itu adalah :

[1]  Menghalalkan Zina dengan suara agar dihapuskan kuasa Mahkamah Syariah lebih jelas kedengaran malah tunduk kepada slogan yahudi bahawa agama hanya urusan peribadi samada seseorang itu mahu beribadat atau buat maksiat maka tiada campurtangan orang lain apatah lagi pemerintah. Kita bimbang dengan laporan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang mendedahkan bagaimana Kuala Lumpur kini berada di tempat ke-8 kota pelacuran dunia dengan iaitu lebih tinggi berbanding Thailand yang kini berada di tangga ke-10. Industri pelacuran di Malaysia kini bernilai lebih RM3.6 bilion. Satu angka yang memalukan bagi sebuah negara majoriti Islam dan meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan.

[2] Pengiktirafan kepada budaya songsang LGBT di mana golongan ini semakin berani mengumumkan aktiviti yang rosak akhlak. Yang terbaru apabila cuba menjemput 2 pelakon filem LGBT dari Thailand untuk datang ke negara ini tetapi apabila dibantah oleh umat yang berakhlak maka ia dibatalkan. Kita harapkan ia dibatal terus bukannya ditukar ke tempat lain atas alasan duit tiket telah dijual

[3] Kebebasan Beragama dalam erti kata lain bebas untuk murtad dan halalkan semua ajarat sesat untuk disebarkan. Kita begitu bimbang apabila masalah anak muallaf kembali panas di mana jika pada bulan Januari lalu seorang bapa terpaksa menyerahkan anaknya kepada bekas isteri yang masih Hindu maka yang terbaru seorang ibu terpaksa menyerahkan anaknya kepada bekas suaminya yang bukan Islam. Kuasa mahkamah sivil lebih tinggi daripada Mahkamah Syariah yang diwarisi daripada penjajah mesti dicarikan jalan penyelesaian dengan segera agar hak muallaf lebih terbela terutama dalam mempertahankan agama anak mereka.

Umat Islam wajib bangkit menentang sebarang cubaan dalam menghancur dan mengubur system Islam. Jangan kerana asyik bermimpi untuk melihat tol dihapuskan, harga minyak dan kos barang turun, pinjaman PTPTN dihapuskan menyebabkan kita membiarkan Islam dipijak. Kita sanggup bermandi darah daripada membiarkan Islam disanggah. Biar nyawa melayang asalkan kesucian Islam kita pertahankan.  Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَتُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ. مسند أحمد مخرجا

Maksudnya :  “Demi sesungguhnya akan berlaku, di mana simpulan-simpulan yang mengikat ajaran Islam akan dirungkai satu demi satu. Setiap satu simpulan dirungkai, menjadikan manusia (yang muslim) terpaksa berpegang dengan simpulan berikutnya yang masih ada. Pertama-pertama dirungkai ialah hukum hakam (Syariat) dan yang terakhirnya Solat (Sembahyang).”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

Fitnah Dajjal DiHindari Ummah DiBerkati

Posted on

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 1-2 surah al-Mulk :

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١﴾ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ﴿٢

Maksudnya : Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Kehidupan kita di alam dunia ini yang merupakan negeri untuk kita beramal dengan mengumpul sebanyak mungkin bekalan akhirat dengan amalan soleh. Kehidupan dunia ini penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran terhadap iman kita terutama sebagai umat akhir zaman yang dekat dengan berlakunya qiamat. Telah banyak tanda-tanda qiamat kecil mahu pun yang besar telah berlaku. Cuma menunggu saat timbulnya tanda yang paling besar antaranya keluar Dajjal

قال النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنَ الدَّجَّالِ – رواه مسلم

Maksudnya : Tidak ada satu pun makhluk pun sejak nabi Adam a.s diciptakan hingga berlakunya qiamat di mana fitnahnya (cubaannya) lebih besar dari Dajjal.

Imam Nawawi RH menerangkan bahawa yang dimaksud di sini adalah tidak ada fitnah dan masalah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal

Dari Ibnu ‘Umar RA, berkata bahawa Rasulullah s.a.w berdiri di hadapan manusia lalu memuji Allah kerana memang Dialah (Allah) satu-satunya yang berhak atas pujian kemudian baginda menceritakan berkenaan Dajjal.

إِنِّى لأُنْذِرُكُمُوهُ ، وَمَا مِنْ نَبِىٍّ إِلاَّ أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ ، لَقَدْ أَنْذَرَ نُوحٌ قَوْمَهُ ، وَلَكِنِّى أَقُولُ لَكُمْ فِيهِ قَوْلاً لَمْ يَقُلْهُ نَبِىٌّ لِقَوْمِهِ ، تَعْلَمُونَ أَنَّهُ أَعْوَرُ ، وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ  – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Aku akan menceritakannya kepada kalian dan tidak ada seorang Nabi pun melainkan telah menceritakan tentang Dajjal kepada kaumnya. Sungguh Nabi Nuh a.s telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada kalian tentang Dajjal yang tidak pernah diberitahu oleh seorang Nabi pun kepada kaumnya, iaitu Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Allah sama sekali tidaklah buta.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

قال النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  : مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ، فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ، مِمَّا يُبْعَثُ بِهِ مِنَ الشُّبُهَاتِ – رواه مسلم وأحمد والحاكم

Maksudnya : Sesiapa mendengar ada Dajjal, hendaklah ia bersembunyi darinya. Karena, Demi Allah, ada seseorang mendatanginya dan ia mengita bahwa ia benar-benar beriman, lalu ia mengikutinya, karena banyaknya syubhat (kesamaran) yang menyertainya.”

Dajjaal dari sudut bahasa bererti berdusta dan menutup.  Menutupi atau mencampuradukkan yang hak dengan yang batil. Disebut dajjaal karena menutupi kebenaran dengan kata-kata dustanya. Dajjal berarti seorang yang sangat pendusta dan menutupi kebenaran. Sedangkan Dajjal yang disebutkan dalam hadis adalah satu mahluk khusus sebangsa manusia yang akan muncul di hari-hari menjelang kiamat, memfitnah manusia, dan mempunyai sifat khusus. Dajjaal hadir untuk membuat fitnah yang menyebabkan orang beriman menjadi sesat dan kafir. Di samping ada Dajjaal yang sebenarnya, ada juga manusia-manusia yang mempunyai sifat seperti Dajjaal. Oleh karena itu umat Islam juga harus mewaspadainya. Mereka adalah para pemimpin yang sesat dan nabi-nabi palsu. Mereka sangat berbahaya kerana datang pada setiap tempat dan waktu. Sedangkan Dajjaal sebenar akan datang hanya menjelang hari qiamat.  Dajjal dari kalangan pemimpin dunia yang membantai dan menghancurkan negara muslim dan menimbulkan fitnah, menyebar kesesatan dan membuat kerosakan di dunia. Fitnah Dajjaal yang sebenarnya maupun para pemimpin yang memiliki sifat Dajjaal, adalah bahaya yang harus dihadapi oleh umat Islam. Fitnah Dajjaal membuat umat Islam menjadi sesat dan kafir, saling membunuh sesama sendiri. Dajjaal memutarbalikan fakta, sehingga yang benar menjadi salah dan yang salah menjadi benar, yang haram menjadi halal dan yang halal menjadi haram. Fitnah tersebut didokong dengan dana, media masa apatah lagi sokongan daripada kuasa besar. Dajjaal sentiasa memproduk ungkapan sesat, batil sehingga kebenaran menjadi kabur dan tidak jelas, sedangkan kebatilan seolah-olah indah dan menarik. Kebenaran selalu ditutupi dan dibungkus dengan dusta. Syariat Islam dianggap kejam dan melanggar hak asasi manusia, sedangkan nilai-nilai sekular dianggap baik, adil, dan paling sesuai untuk kehidupan di era moden. Nilai-nilai agama dijauhkan dari kehidupan sosial dan kenegaraan. Umat Islam di cop sebagai pelampau, ekstrem dan pengganas sedangkan non-muslim dianggap insan mulia, baik, dan adil.

Menyedari tentang betapa dahsyatnya fitnah Dajjal ini maka kita diminta supaya memperbanyakkan doa antaranya

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya : “Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari seksa kubur, seksa neraka, fitnah kehidupan dan Selepas mati, serta dari kejahatan fitnah Dajjal.”

Begitu juga dengan membaca dan menghafal sebahagian surah al-Kahfi

عنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنْ الدَّجَّالِ  – رواه مسلم

Maksudnya :  Sesiapa menghafal sepuluh ayat pertama surat al-Kahfi maka dia akan dijaga dari Dajjal

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 10 surah al-Kahfi :

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا ﴿١٠

Maksudnya : (Ingatlah) ketika sekumpulan anak muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”

Ketika kita membaca surah al-Kahfi yang disarankan oleh nabi s.a.w untuk membacanya bagi menjauhi fitnah Dajjal maka kita dapati di dalam surah ini ada 4 kisah besar yang berkaitan dengan fitnah yang kita telah, sedang dan akan hadapi iaitu pertama fitnah terhadap iman sebagaimana sekumpulan pemuda yang terpaksa bersembunyi dalam gua bagi mempertahankan iman ketika suasana negara yang diperintah oleh pemimpin kufur. Ujian terhadap iman adalah kemuncak dalam kehidupan. Oleh itu menjadi kewajipan kepada ibubapa untuk memberi kefahaman agama kepada anak-anak. Apa yang penting ialah tanggungjawab pemimpin untuk melaksanakan system pendidikan yang menjurus kepada rakyat ke arah memahami dan seterusnya menghayati Islam dalam setiap aspek termasuk politik, ekonomi, sosial dan sebagainya

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 40-41 surah al-Kahfi :

فَعَسَىٰ رَبِّي أَن يُؤْتِيَنِ خَيْرًا مِّن جَنَّتِكَ وَيُرْسِلَ عَلَيْهَا حُسْبَانًا مِّنَ السَّمَاءِ فَتُصْبِحَ صَعِيدًا زَلَقًا ﴿٤٠﴾ أَوْ يُصْبِحَ مَاؤُهَا غَوْرًا فَلَن تَسْتَطِيعَ لَهُ طَلَبًا ﴿٤١

Maksudnya : Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus. Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi”

Kedua ialah fitnah harta kekayaan sehingga ramai yang kufur kepada Allah. Antara fitnah harta ialah [1] Riya atau timbul perasaan menunjuk-nunjuk atas kebaikannya ketika berinfak sehingga pahala sedekahnya menjadi sia-sia. Ada juga yang mengungkit semula pemberian yang dihulur sehingga menyakiti hati penerima [2] Lalai daripada mengingati Allah kerana sibuk dengan harta. Pengejar harta sibuk untuk mengumpuln dan memperbanyak hartanya sampai seluruh waktu dan perhatiannya dipergunakan untuk itu. Maka orang yang rugi adalah orang yang diperhamba oleh hartanya dimana harta itu menguasai perilaku, pergerakan dan perasaannya. [3] Penghasilan dan pengeluaran harta yang haram seperti riba, sogok, mencuri, rasuah, jual beli haram, menipu dan mengurangi timbangan. [4] Bakhil sehingga bukan sahaja kedekut untuk sedekah bahkan ada yang mengabaikan nafkah wajib kepada anak isteri, tidak mengeluarkan zakat [5] boros dan membazir harta

Fitnah ketiga ialah ilmu di mana kisah pembelajaran ilmu antara nabi Khaidir dan nabi Musa a.s mengajar tentang adab belajar termasuk mesti berguru, menghormati guru. Kita bimbang jika ilmu agama dipelajari hanya melalui google, facebook semata-mata maka akan menyebabkan ramai yang terbabas kepada kesesatan. Kita bimbang akibat belajar tanpa guru menyebabkan banyak fahaman sesat akan semakin subur dalam masyarakat terutama ketika kita sekarang ini hampir kepada hari raya korban di mana adanya golongan liberal yang menuduh bahawa nabi Ibrahim a.s seorang bapa yang tidak bertanggungjawab dan isterinya Sarah sebagai perempuang jalang. Begitu juga tuduhan bahawa mimpi nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya sebagai mimpi dari Syaitan atas alasan Allah tidak menyuruh umatnya untuk melakukan perkara yang zalim termasuk sembelih anak

Firman Allah dalam ayat 103-107 surah as-Soffat :

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ ﴿١٠٣﴾ وَنَادَيْنَاهُ أَن يَا إِبْرَاهِيمُ ﴿١٠٤﴾قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ﴿١٠٥﴾ إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ ﴿١٠٦﴾ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),  Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim) “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. ) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;  Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 84 surah al-Kahfi :

إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِن كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا ﴿٨٤

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

Keempat ialah Fitnah kepimpinan atau kuasa di mana berjayanya pemimpin apabila dia mampu menguruskan dunia berteraskan agama sehingga rakyat bukan sahaja mampu hidup selesa malah Nampak jalan ke Syurga. Perlu diketahui juga bahawa cinta kemuliaan dengan cara tamak terhadap kekuasaan agar dapat memerintah serta mengatur urusan manusia sesuka hatinya akan menyebabkan negara musnah.  Untuk mendapatkan kuasa, kedudukan dan pangkat manusia sanggup berbuat apa sahaja. Bukan setakat pijak kepala kawan bahkan sanggup jual agama dan bangsa. Oleh itu kita doakan agar kita dipimpin oleh orang soleh yang mampu memikul agama dalam mengurus negara berdasarkan agama untuk Berjaya dunia akhirat. Kita juga minta dijauhkan daripada golongan yang mengumpul kekayaan dengan pangkat yang ada sehingga menzalimi rakyat jelata. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

 

Contohi Umat Kemenangan Ulangi Kegemilangan

Posted on

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 4-6 surah at-Tiin :

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ ﴿٤﴾ ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ ﴿٥﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ ﴿٦

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,  Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus

Kini lebih 2 minggu kita berada di bulan Syawal setelah sebulan kita sama-sama menghidupkan Ramadhan dengan amalan soleh. Suasana sambutan raya masih hangat terasa dengan pelbagai acara dan suasana. Pastikan keseronokan menyambut raya sama dengan amal kita sepanjang Ramadhan yang lalu iaitu berpaksi kepada agama bukan menurut hawa nafsu. Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA pernah berkata: “Aduhai seandainya aku tahu siapakah yang diterima amalannya pastilah kami akan mengucapkan selamat kepadanya, dan siapa yang ditolak amalannya, kami akan bersedih kepadanya”. Para generasi salaf, 6 bulan pasca Ramadhan mereka gunakan untuk memohon kepada Allah agar seluruh amalan di bulan Ramadhan diterimanya. Khalifah Umar bin Abdul Aziz, di saat berkhutbah di hadapan rakyatnya pada hari raya : “Wahai rakyat sekalian! Kalian telah berpuasa selama 30 hari, dan telah solat malam selama 30 hari. Sekarang tiba saatnya kalian keluar dari bulan Ramadhan untuk memohon pada Allah agar semuanya diterima”.

Antara usaha kita dalam memastikan tarbiah Ramadhan tidak terhenti dengan berlalunya Ramadhan ialah dengan kita terus bersemangat untuk membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. Kita terus jinak dengan solat berjemaah di masjid atau surau. Tidak lupa untu kita hidupkan bulan lain dengan puasa sunat. Betapa beruntungnya orang-orang yang telah menyempurnakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal, begitu juga yang sedang menunaikannya. Bagi yang belum memulakannya atau tak pernah menunaikannya sebelum ini maka marilah kita sama-sama membuktikan bahawa tarbiah Ramadhan lepas telah berjaya mengubah kita ke arah menjadi hamba Allah. Sama-samalah kita merebut kelebihan puasa sunat terutama berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ – رواه مسلم

Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

Abu Said Al-Khudri RA berkata: Rasulullah saw bersabda

مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا – رواه البخاري.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 9-10 surah As-Syamsu :

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9)Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)

Setiap diri insan yang beriman sentiasa mengambil berat tentang kuantiti dan kualiti amalan soleh mereka di mana timbul perasaan sentiasa berharap agar Allah maqbulkan disamping berasa takut jika amalan ditolak sehingga dia begitu bersungguh dan cermat dalam ibadat dan memohon keampunan. Ibnu Rajab Al-Hanbali RH menukil dalam kitabnya  “Lathaa`ifu al-Ma’aarif” berkaitan 5 tanda yang menunjukkan bahawa amal atau ibadah mu’min diterima di bulan Ramadhan:

[1] Memiliki persepsi atau pandangan yang benar berkaitan amalan yang dilakukan. Amal yang dilakukan di bulan Ramadhan tidak sampai membuatnya membezakannya dengan bulan yang lain.  Ungkapan ulama’ : “Sehina-hina kaum adalah yang mengenal hak-hak Allah hanya di bulan Ramadhan saja. Sesungguhnya orang soleh adalah yang beribadah dan bersungguh-sungguh sepanjang tahun.”

[2] Lahir sebagai hamba Allah bukan hamba Ramadhan iaitu beramal tidak bergantung pada bulan sebaliknya bergantung kepada Allah sepanjang masa

[3] Melakukan ibadat secara istiqamah atau berkesinambungan. Kalau di bulan Ramadhan dia berpuasa, bersedekah, membaca Al-Qur`an dan qiamullail maka di bulan-bulan lain juga mengamalkannya secara berterusan.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ  – رواه مسلم

Maksudnya : Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

[4]  Diberi taufiq atau pertolongan oleh Allah untuk mengamalkan kebaikan setelah berlalu Ramadhan.  Sebagian ulama berkata:  “Pahala kebaikan adalah kebaikan yang dilakukan setelahnya. Sesiapa melakukan amal kebaikan kemudian diikuti dengan kebaikan berikutnya, maka itu sebagai tanda diterima amal kebaikan yang pertama. Sementara orang yang melakukan amal keburukan setelah kebaikan, itu sebagai tanda amalnya tidak diterima oleh Allah.”

Ibnu Rajab RH berkata:  “Sesiapa yang mengamalkan beberapa ketaatan dan menyelesaikannya, maka tanda amal itu diterima adalah ketika berlanjutan atau bersambung dengan ketaatan yang lain. Sedangkan tanda amal ditolak ketika diiringi maksiat setelah selesai melakukan sesuatu amal kebaikan”.

[5]   Tidak lupa bersyukur kepada Allah yang memudahkan dan memberinya taufiq untuk beramal soleh. Ketika Wahab bin Warad ditanya mengenai pahala amalan tertentu seperti towaf dan semacamnya, beliau menjawab: “Jangan bertanya tentang pahalanya, tapi bertanyalah: apa kamu sudah bersyukur kepada Allah yang telah memberi taufiq dan pertolongan untuk melakukan amal kebaikan tersebut.”

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 104 surah An-Nisaa’ :

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّـهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ﴿١٠٤

Maksudnya : Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Beradanya kita pada bulan Syawal juga mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini seperti Peperangan Uhud, Peperangan Ahzab atau Khandak dan Peperangan Hunain. 3 peperangan yang berbeza dengan 3 keputusan yang berbeza banyak mengajar kita bagaimana perjuangan Islam bukan melalui jalan mudah, senang untuk mendapat kemenangan. Malah cara untuk mendapat kemenangan tidak boleh lari daripada garisan syarak, begitulah juga dalam mengisi kemenangan tidak boleh bercanggah dengan apa yang ditunjuk oleh Allah dan rasulNya. Islam mengajar umatnya agar ada prinsip supaya tidak menjadikan matlamat untuk menang, mendapatkan harta tanpa mengira halal dan haram, dosa pahala, syurga neraka. Malah suatu kemenangan yang dicapai mesti diisi dengan agenda memperkasakan Islam dengan bersungguh-sungguh dalam melawan sebarang usaha pihak yang terus berusaha dalam melumpuh dan melemahkan Islam. Isu murtad, budaya songsang, zina, keruntuhan akhlak akan semakin parah sekiranya umat Islam memandang bahawa isu ini adalah kes terpencil apatah lagi jika turut terikut-ikut dengan rentak pemikiran liberal.

Allah mendatangkan Islam sebagai autoriti yang mengikat segala tingkah laku manusia. Namun, generasi baharu menganggap agama sebagai benda lapuk, kolot dan mundur. Mereka mudah rasa bosan dengan istilah tarbiah, taat, amal dan iman. Ada kemungkinan kebosanan itu disebabkan pendekatan untuk menerangkan hal agama yang tidak sesuai dengan jiwa generasi baharu. Namun, hidup mereka yang berteraskan teknologi menuntut semua perkara menjadi cepat dan segera. Mereka bosan kalau lambat, lama dan sama. Mereka mahu yang baharu, sensasi, teruja, moden dan ada kelainan. Mereka menuntut agar diraikan pandangan, pendapat, hak dan keinginan mereka walau bercanggah dengan agama. Yang lama, tradisional, lambat, garang, kasar, bengis dan membosankan bagi mereka. Apabila mereka mula ingin lolos dari ikatan agama, maka jarum liberalisme bermula. Oleh itu usaha yang bersungguh mesti diambil oleh semua pihak bermula daripada pemimpin, ibubapa, guru, pendakwah dan sebagainya dalam menerangkan kepentingan hidup beragama kepada generasi baru dengan nafas baru yang sesuai dengan masa. Generasi baharu perlu mengawal tarikan nafsu kepada semua perkara “baharu” agar tidak melepasi garisan merah yang dibenarkan oleh agama. Hidup biar ada ikatan dengan agama, kerana ia panduan buat umat manusia untuk berjaya dunia akhirat.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 112 surah at-Taubah :

التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّـهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١١٢

Maksudnya : (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

Sirah nabi s.a.w dan perjuangan para sahabat RA serta pejuang Islam selepas mereka bukan untuk dibaca sahaja sebaliknya mesti difahami seterusnya diteladani dalam mengulangi semula kejayaan dan kegemilangan umat Islam sebelum ini. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pejuang agama Allah agar kita termasuk di dalam golongan ini ialah : [1] Suka bertaubat [2] Rajin beribadat memperhambakan diri setiap masa [3] sentiasa memuji dan bersyukur kepada Allah  [4] sentiasa menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu [5] sentiasa rukuk dan sujud iaitu sentiasa menjaga sembahyang [6] Sentiasa menyuruh perkara makruf dan mencegah kemungkaran [7]sentiasa menjaga batas-batas hukum Allah

Pejuang Islam bukan daripada kalangan yang hanya mendakwa dirinya pejuang Islam sedangkan dia tidak memiliki dan melaksana sifat pejuang Islam. Golongan yang berjaya bukan setakat mendabik dada dengan kejayaan generasi lalu sebaliknya bersungguh-sungguh dalam mengembalikan kejayaan yang pernah dicapai. Islamlah nescaya kita berjaya dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

Gelombang Islam Bina Negara Sejahtera

Posted on

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 58 Surah an-Nisa’:

إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Islam begitu menitikberatkan tentang kepemimpinan kerana beberapa sebab antaranya [1] Manusia diciptakan oleh Allah dengan sifat kelebihan dan kekurangan dalam mengawal akal, hati dan nafsu di mana tiap diri kita saling membantu antara sama lain dalam tunduk kepada agama serta tidak menjadi hamba nafsu. [2] Pemimpin pada dasarnya merupakan pengganti dan penerus risalah Nabi Muhammad SAW. Tanpa adanya pemimpin, maka bentuk negara dan sistem pemerintahan Islam yang telah dibuat dan diteladankan oleh Nabi Muhammad saw akan terhenti. Untuk itu, pemimpin juga dituntut agar mengetahui segala yang berkaitan tentang pola pemerintahan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan menjalankannya sesuai dengan konteks masyarakat pada saat ini [3] Islam memandang, tanpa adanya pemimpin, maka umat Islam tidak akan dapat mewujudkan penegakan nilai-nilai syariat secara baik dalam konteks negara serta tidak dapat mendatangkan kebaikan bagi umat Islam dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Tanpa adanya kepemimpinan yang menegakkan syari’at, manusia akan hidup dalam kezaliman system dan hidup bertuhankan nafsu serakah

Al-Mawardi dalam kitab Al-Ahkamus Sulthaniyah berkata, : “Kepemimpinan adalah pengganti tugas kenabian dalam menjaga agama dan mengatur urusan dunia dengannya”. Ibnul Khaldun pula mentakrifkan imamah atau kepimpinan adalah mengatur seluruh rakyat agar sesuai dengan aturan syariat demi merealisasikan kemaslahatan mereka dalam urusan akhirat mahu pun urusan dunia yang membawa maslahat bagi akhirat.  Al-Baidhawi juga menyebutkan bahwa kepemimpinan adalah sebagai proses seseorang di antara umat Islam dalam menggantikan tugas Rasulullah s.a.w untuk menegakkan syariat dan nilai agama, di mana ada kewajiban bagi seluruh umat Islam untuk mengikuti tunduk kepada-nya.  Dengan demikian Imamah atau kepemimpinan bukanlah tujuan atau matlamat, akan tetapi ia hanya wasilah atau cara untuk menjalankan ketaaan kapada Allah. Ketika pemimpin tidak mampu mewujudkan atau memudahkan rakyatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka kepemimpinannya mesti disingkirkan

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 26 Surah Ali ‘Imran:

قُلِ اللَّـهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ‌ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ‌

Maksudnya :Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Islam mengajar kita bagaimana hanya Kerajaan Allah sahaja merupakan kerajaan yang sebenar dan berkekalan. Manakala kerajaan lain merupakan suatu amanah yang sementara sahaja yang bakal disoal tentang corak pemerintahannya di akhirat nanti. Semua kerajaan lain berada di bawah genggaman kekuasaan Allah di mana Allah boleh menaik dan menjatuhkan sesebuah kerajaan mengikut kehendakNya. Ia mengingatkan kita semua bahawa tidak ada kerajaan yang terus kekal memerintah selama-lamanya agar pemimpin sentiasa bertaqwa dalam memerintah negara dengan menjauhi penyalahgunaankuasa yang menyebabkan kerajaan mereka bukan sahaja dijatuhkan di dunia malah di akhirat kelak akan diseksa dalam api neraka Allah yang dahsyat bakarannya. Allah pernah memberi kerajaan kepada nabi Sulaiman dan nabi Muhammad s.a.w di mana baginda berdua memerintah negara dengan taqwa dan adil sehingga keadilan dan keselamatan dirasai bukan sahaja oleh manusia malah makhluk yang lain. Begitu juga Allah pernah menyerahkan kerajaan kepada Namrud dan Firaun namun mereka melakukan kezaliman dan kerosakan dengan kekuasaan yang ada sehingga kerajaan mereka dijatuhkan dengan penuh kehinaan.

Oleh itu kepemimpinan atau jawatan merupakan amanah bukannya suatu  anugerah untuk mencapai kepentingan peribadi atau memperkaya diri dan keluarga.  Jawatan kepimpinan bukan pula jenis pekerjaan untuk mendatangkan keuntungan bagi pemegangnya. Sebaliknya kepemimpinan apapun akan diminta untuk  dipertanggungjawab oleh Allah di akhirat kelak,

يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا

Maksudnya : “Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau itu lemah.  Sesungguhnya jawatan itu merupakan suatu amanah .  Jawatan itu nanti pada hari qiamat merupakan suatu kehinaan dan penyesalan kecuali bagi pemimpin yang dapat memanfaatkan haknya dan menunaikan kewajibannya dengan sebaik-baiknya” (HR. Muslim).

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الْإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ – رواه البخاري

Maksudnya : “Sesungguhnya kamu sekalian akan berebut untuk dapat memegang suatu jawatan, tetapi nanti pada hari qiamat jawatan itu merupakan suatu penyesalan”

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 278-279 surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٧٨﴾ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ ﴿٢٧٩

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Kepimpinan yang dipilih daripada kalangan yang bersungguh menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Contohnya seperti memerangi riba dengan menyimpan dana negeri atau Negara dalam akaun yang berasaskan bank Islam sehingga pemimpin dan rakyat terselamat daripada riba yang merupakan suatu dosa besar. Begitu juga pinjaman kakitangan kerajaan dipastikan dengan system Islam. Tidak terus membiarkan simpanan pekerja KWSP terus terlibat dengan pelaburan haram jauh melebihi pelaburan patuh syariah. Pelajar sepatutya mendapat pendidikan percuma sehingga ke menara gading dengan pengurusan ekonomi yang cekap dan elak ketirisan yang melampau. Kita begitu bimbang bila Malaysia merosot dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 berada di tangga 62 iaitu jauh lebih teruk dari tahun 2016 pada tangga 55 daripada 176 buah Negara. Oleh itu kita perlu kepada sebuah kerajaan yang telus untuk menyiasat isu penyelewengan 1MDB dan isu kepimpinan yang sebelum itu dalam isu Perwaja, skandal BMF, Forex yang melibatkan billion duit Negara dan juga pembunuhan kejam di Memali.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١٩

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

Kita pastikan Pilihanraya ke-14 ini adalah gelombang kebangkitan Islam dalam memilih pemimpin yang lebih bersungguh dan Ikhlas dalam memperkasakan system Islam termasuk kuasa mahkamah Syariah agar kes murtad dapat ditangani. Kita haram bersekongkol dengan golongan yang memperjuangkan halal murtad, zina, budaya songsang LGBT. Kita juga mahu kerajaan yang lebih mendidik rakyat bukan sanggup melihat akhlak rakyat rosak asalkan Negara mampu mengutip cukai judi sehingga lebih 2 bilion setahun dan jualan arak tanpa had. Kita juga mahu GST dihapuskan bagi memastikan rakyat miskin terus ditindas sehingga yang kaya semakin kaya yang miskin papa kedana. Pastikan undi kita mendatang manfaat dunia akhirat. Jangan tertipu dengan habuan pilihanraya yang sedikit menyebabkan kita menderita menahan sakit. Jadikan Islam sebagai neraca dalam mengundi bukannya ikut nafsu yang merugikan.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Suasana masa kini terutama dalam suasana pilihanraya maka begitu banyak bertebarannya berita dan tuduhan palsu termasuk melalui Facebook, whatsap dan sebagainya. Di dalam Islam, sesuatu dakwaan atau tuduhan terikat dengan kaedah:

الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينَ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ

Bukti perlu dikemukakan oleh pendakwa, dan sumpah bagi yang mengingkari.

لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لَادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ وَلَكِنَّ الْيَمِينَ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ  الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينُ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ . رواه البيهقي

Maksudnya : Jika setiap orang diberikan sahaja setiap tuntutan dakwaanya, nescaya akan ramailah orang yang menuntut hak terhadap harta dan darah orang lain. Tetapi, bukti perlu dikemukakan oleh pendakwa, dan sumpah bagi yang mengingkari.

Jika terdapat sebarang pendakwaan, maka pendakwa perlu mengemukakan bukti. Sekiranya bukti mencukupi, pemerintah akan mengambil tindakan. Jika bukti tidak kuat, pemerintah boleh meminta yang didakwa atau yang mengingkari sesuatu tuntuntan untuk bersumpah. Jika sesuatu dakwaan atau tuntutan itu tidak disertakan dengan pembuktian, maka ia tidak perlu dilayan. Boleh saja dianggap satu pembohongan. Yang dituduh tanpa bukti boleh memilih untuk menafikan atau berdiam diri sahaja, kecuali jika diminta oleh pemerintah untuk bersumpah. Diam tidak boleh dianggap sebagai membenarkan dakwaan ke atas dirinya. Jika kita berpegang dengan kaedah ini, maka kita perlu menolak sahaja sebarang berita yang tidak disertakan dengan bukti. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, zaman yang penuh dengan fitnah, zaman yang disebutkan oleh Nabi s.a.w sebagai zaman tersebarnya pembohongan ke seluruh ufuk dunia.

 

Perlu disedari, di dalam dunia ini terdapat orang yang kerjanya hanyalah menyebarkan pembohongan. Pada suatu hari Rasulullah SAW bermimpi melihat beberapa keadaan golongan yang diseksa di dalam neraka. Baginda SAW bertanya kepada malaikat yang mengiringinya di dalam mimpi itu, lalu malaikat tersebut menjawab:

الرَّجُلُ الَّذِي أتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ ، ومِنْخَرُهُ إِلَى قَفَاهُ ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ ، فإنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الكِذْبَةَ تَبْلُغُ الآفاقَ .(رواه البخاري(

Maksudnya: Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disangkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disangkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia”

Oleh itu kita jangan terjebak dengan golongan yang kewarasannya sudah terbalik iaitu orang yang berpegang bahawa orang yang dituduh yang mesti mengemukakan bukti. Jika tidak, maka tuduhan itu dianggap benar, walau tanpa sebarang bukti sekalipun. Pastikan kita tidak terlibat dengan berita bohong samada penyebar atau yang mudah percaya tanpa selidik. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ