Info Pena

ana2

Khutbah di bawah ini merupakan Himpunan Khutbah Dari Masjid Mukim Terusan, Pondok Pasir Tumboh dan beberapa masjid lain yang pernah disampaikan oleh penyuntingnya. Sebarang kesilapan fakta dan kesalahan bahasa diharapkan dapat teguran untuk kebaikan bersama. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua.

Khutbah-khutbah ini sebelum ini disiarkan melalui laman web Darul Ulum dan ekhutbah tetapi disebabkan masalah teknikal menyebabkan kedua-dua laman web tersebut tidak dapat berfungsi. Oleh itu maka pihak kami menggunakan blog ini dalam meneruskan usaha dalam menyampaikan mesej dakwah kepada umum. Semoga Allah memberkati usaha murni ini

Khutbah terbaru ialah boleh dilihat pada butang khutbah terkini

Jika mahu menukar khutbah-khutbah ini daripada tulisan rumi kepada tulisan jawi bolehlah menggunakan laman web http://www.ejawi.net

Biodata Pena
Ibnu Atiq
Ayahanda Tercinta Al-Marhum Ustaz Hj Atiqullah b Hj Yaacob. Ibunda tersayang Hajah Samihah bt Hj Abdul Aziz. Datuk sebelah ayah Al-Marhum Tuan Guru Hj Yaacob. Datuk Sebelah ibu Al-Marhum Tuan Guru Hj Abdul Aziz b Hj Abu Bakar Pondok Pasir Tumboh. Pengajian peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Gong Dermin. Peringkat menengah di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu sebelum menyambung pengajian peringkat BA di Universiti Balqa’, Jordan. Terus menjadi penuntut ilmu di Pondok Pasir Tumboh sambil mencurahkan khidmat bakti setakat termampu
Alamat email : ibnuatiq@gmail.com

Koleksi Khutbah Pilihan

Kini telah dikeluarkan 24 edisi koleksi khutbah pilihan dengan setiap edisi mengandungi 10 khutbah. Koleksi ini boleh didapati di pejabat Pondok Pasir Tumboh dengan harga RM 5.00 sahaja satu edisi di mana hasil jualan adalah sebagai sumbangan kepada aktiviti pondok

3 thoughts on “Info Pena

  1. Gerakkan unit amal Pas dalam menjayakan Misi Kota Bharu Bandaraya Bersih 2010.
    Pasar Siti Khatijah tidak memberi emej Islam langsung.

  2. Semoga Allah panjangkan usia laman ini demi kepentingan umat Islam. Teruskan usaha murni ini

Tinggalkan komen