KHUTBAH AIDIL FITRI 1445H/2024M

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 134-135 surah  Ali Imran :

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ ‎﴿١٣٤﴾‏ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ ‎﴿١٣٥﴾‏

Maksudnya : Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;  Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.  Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya bersempena meraikan kemenangan berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan. Selama sebulan ditarbiah roh, jasad dan akal supaya tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Marilah kita sama-sama bermuhasabah apakah dengan menjalani ibadah puasa sebulan itu kita dapat merasai kesan tarbiahnya? Jika kita dapat merasai kesannya, apakah pula kesannya itu?. Pastikan kita mendapat petunjuk prestasi utama (KPI)  hasil daripada tarbiah Ramadan yang diterima terutama memiliki sifat taqwa

ciri-ciri orang yang bertakwa sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 134-135 iaitu : [1] Menafkahkan sebahagian harta  di mana bukan sahaja mengeluarkan zakat malah ditambah dengan sedekah hingga hilang sifat kedekut dan bakhil. [2] Menahan amarah dengan tetap menguasai diri di kala marah sedang memuncak.  [3] Mudah  memberi kemaafan kepada orang yang berbuat salah dengannya hilang  sifat dendam [4] Sentiasa mengerjakan kebaikan dengan meninggal maksiat dan perkara yang merosakkan  [5] Bersegera memohon ampun dan istighfar atas kesalahan dosa yang dilakukan

Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 44 surah al-An’am:

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ ‎﴿٤٤﴾‏

Maksudnya : Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)

Ketika bergembira menyambut hari lebaran ini maka jangan lupa untuk kita bermuhasabah diri tentang nikmat hari raya ini sendiri, harta, pangkat dan kesihatan yang dimiliki samada semua ini adalah kurniaan Allah atau merupakan perangkap berbentuk istidraj. Kurniaan Allah biasanya diisi sebelum dan selepasnya dengan ketaqwaan, kebaikan dan ketaatan. Hal ini sepertimana seseorang yang rajin melakukan solat malam, rajin bersedekah, rajin melakukan Solat Dhuha, kemudian Allah  melimpah ruahkan rezekinya. Maka itu kita namakan sebagai kurniaan atau karamah. Manakala orang yang tidak mengerjakan sembahyang lima waktu, berterusan melakukan maksiat dan derhaka kepada-Nya, namun dia kelihatan kaya dan rezekinya juga mudah, maka inilah yang dinamakan istidraj.

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ  – رواه أحمد والبيهقي والطبراني

Maksudnya: “Apabila kamu melihat Allah SWT memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa perkara itu adalah istidraj dari Allah SWT.”

Ibnu ‘Athoillah al-Sakandari dalam kitab al-Hikam berkata bahawa hendaklah seseorang merasa takut jika dia selalu mendapat kurniaan dan kebaikan daripada Allah , sedangkan dia masih tetap melakukan maksiat kepada-Nya kerana dibimbangi ianya merupakan istidraj atau tipudaya yang merbahaya

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَالَ: رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً، وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ- رواه مسلم وأبو دأود والنسائي

Maksudnya: Sesiapa yang mengucapkan “Aku redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad SAW sebagai Rasul,” pasti dia mendapat syurga.

Kita dianjurkan untuk membaca doa ini setiap hari di mana antara tujuannya sebagai ikrar yang menyatakan keimanan kepada Allah dan rasulNya serta merasa syukur dan berbangga dengan Islam sebagai cara hidup.  Islam adalah ajaran yang lengkap mengandungi elemen akidah, syariah dan akhlak islamiah yang meliputi seluruh aspek rohaniah ataupun material.  Umat Islam mempunyai kedua-dua dorongan untuk maju ke hadapan iaitu :  [1] dorongan fitrah tabi’enya sebagai manusia. [2] dorongan agama Islam yang dinamik yang menjadi keyakinannya.

Sepatutnya umat Islam lebih maju dalam soal duniawi dan ukhrawi kerana mereka mempunyai 2 dorongan berbanding satu dorongan sahaja pada orang bukan Islam. Tetapi anehnya mengapa hal sebaliknya berlaku? . Ini disebabkan Muslim tidak lagi mempertajamkan, menyuburkan dan menyemarakkan 2 dorongan yang ada dalam dirinya sehingga tidak memberi kesan yang jelas dalam usaha membangunkan kehidupan dunianya. Fitrah hendak maju pun tidak kuat, roh keislamannya yang mendorong untuk maju pun tidak kuat menyebabkan umat Islam bersikap ‘cukup makan’ atau ‘sambil lewa’ dalam memburu kemajuan duniawi yang ada kaitannya dengan kemajuan akhirat itu.

Tokoh Pemikir Muslim Dr. Muhammad Imarah ketika menjawab pertanyaan berbentuk sindiran tentang usaha dalam menerapkan Syariat Islam akan menyebabkan umat jadi mundur maka dijawab bahawa Islam pernah menguasai separuh dunia selama 500 tahun bermula penguasaannya zaman Sayyidina Umar diteruskan oleh Dinasti Dinasti Umayyah dan Abbasiyyah. Abdurrahman ad-Dakhil bersama pasukannya berhasil menguasai Itali dan Perancis di mana seorang tokoh barat menyatakan kebanyakan bumi Eropah tertinggal 100 tahun kemajuannya akibat kemaraan Islam tersekat di Perancis. Dalam bidang keilmuan, ketika ulama Arab seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Khawarizmi, Ibnu Jabir, Ibnu Rusyd, Ibnu Khaldun dan lainnya mengajarkan dunia Arab dan dunia barat tentang ilmu kedoktoran, matematik dan sebagainya ketika barat masih mundur.  Malah muslimin membangun universiti pertama di Sepanyol yang menggemparkan Eropah kala itu. Sejak itu juga, pakaian jubah longgar besar dari Arab itu menjadi pakaian rasmi untuk majlis konvokesyen Unversiti hingga hari ini.  Islam agama pembawa kemajuan bila ia dilaksanakan dalam kehidupan. Bila umat Islam sendiri meninggalkan cara hidup Islam maka mereka mundur  di negara sendiri

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 108 surah Ali Imran:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ‎﴿١٠٨﴾

Maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Keadaan Ramadhan tahun ini bukan sahaja dalam cuaca panas malah banyak isu panas berkaitan agama berlaku termasuk penghinaan nama Allah di stokin diikuti beberapa tulisan di media sosial seperti mengajak berbuka puasa dengan daging khinzir dan sebagainya. Sebagai umat beriman sepastinya kita bangkit menentang kebiadapan ini dengan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada pesalahnya bukan menyerang secara melulu. Kita perlu jauhi sikap yang terlalu liberal  hingga ´mencairkan´ prinsip-prinsip teras agama yang seharusnya tidak boleh digolok-gadai sehingga hampir-hampir tidak mempunyai prinsip dan rela berbuat apa sahaja atas alasan kesederhanaan, perpaduan dan Islam menerima perubahan ikut keadaan dan suasana semasa. Sedangkan, hakikat sebenarnya, golongan terlalu liberal telah ´hanyut´ dalam sistem nilai dan penjajahan bentuk baru musuh-musuh Islam.

Kita turut mendesak agar ditarik balik kenyataan media Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) bahawa cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) untuk meningkatkan bidang kuasa hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah syariah di Mahkamah Syariah ‘akan menjadi tidak berperlembagaan’. KIta minta mereka tidak mencampuri  urusan, hal ehwal dan pentadbiran agama Islam sesuai dengan kedudukan khas serta istimewanya sebagai Agama Persekutuan.

KIta sepatutnya mencontohi Kerajaan Brunei yang menjadikan enakmen syariah negeri Kelantan antara rujukan sebelum melaksanakan perundangan Islam di negara tersebut dengan memastikan sebarang pertindihan antara sivil dan syariah maka dicari jalan bagi memboleh enakmen syariah dilaksanakan tanpa disekat oleh undang sivil. KIta tidak mahu berulang lagi kes pembatalan enakmen syariah atas alasan bertindan dengan undang sivil di negara kita sehingga pihak tertentu terus menggunakan alasan ini dalam membatalkan enakmen syariah. Sebenarnya pelaksanaan enakmen syariah ini walau pun dikatakan telah ada di mahkamah sivil telah lama berjalan lancar sehingga ada pihak yang mempertikainya. Malah jika kita berdiam diri maka enakmen syariah yang dibatalkan dalam kes Nik Elin baru ini akan menguburkan enakmen di negeri-negeri lain. Oleh itu pelu ada pindaan perlembagaan dalam memastikan kuasa Mahkamah Syariah semakin kuat bukan semakin lemah. Jika penjajah telah menghancurkan perundangan Islam maka kita zaman merdeka sepatutnya mengembalikan semula kehebatan Islam bukan menguburkan perundangan Islam.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 4 surah al-Isra’:

وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا ‎﴿٤﴾‏

Maksudnya : Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Sempena berada di bulan Syawal ini juga marilah kita sama-sama terus membantu saudara kita di Palestin dalam berdepan dengan kekejaman zionis Yahudi dan sekutu pengganasnya dalam membunuh rakyat yang tidak berdosa yang kini lebih 33 ribu terkorban dari kalangan kanak-kanak dan orang awam.

Sejarah mencatatkan bagaimana permusuhan ketat Yahudi terhadap Islam telah menyaksikan pada tanggal 3 Mac 1924M bersamaan 27 Rejab 1342H merupakan tarikh hitam dalam sejarah Islam dengan berakhirnya Khilafah Uthmaniyyah, Turki yang menaungi umat Islam selama ini. Kini 100 tahun ia berlalu samada kita ambil peduli atau pun tidak menghiraukannya. Antara faktor luaran kejatuhan khilafah Islam terakhir ini ialah sikap Yahudi zionis dari dulu sampai sekarang memainkan peranan sangat konsisten dalam melemahkan umat Islam. Episod ini hampir ke kemuncak apabila berlaku persidangan Yahudi Antarabangsa pada 1897 untuk merampas Palestin namun batu penghalangnya ialah Kerajaan Uthmaniah terutamanya Sultan Abdul Hamid II. Pada mulanya yahudi meminta untuk diberikan secara percuma bumi Palestin untuk menjadi Negara yahudi namun ditolak. Akhirnya setelah ditubuh Kesatuan Zionis Sedunia maka sekali lagi yahudi menemui Sultan Abdul Hamid II dengan cara mahu membayar sebanyak 150 juta pound sterling emas disamping melangsai hutang Khilafah Uthamniah namun tetap ditolak dengan katanya: “Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menyerah walau sejengkal bumi Palestin yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam”.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Perkembangan terkini dengan lulusnya resolusi gencatan senjata penuh oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) minggu lepas,  menyokong bahawa sememangnya Is ra el sedang dan menuju kepada ‘keterpencilan’ dan fasa fasa kejatuhannya telah bermula. Daripada 15 anggota UNSC, 14 mengundi menyokong draf resolusi gencatan senjata yang menghendaki Is ra el menghentikan serangan sepenuhnya ke atas Ga za dan dibebaskan tawanan Is ra el yang berada di tangan Ha mas. Manakala Amerika Syarikat (AS) mengundi untuk berkecuali. Negara yang menyokong termasuklah 4 lagi kuasa veto iaitu Britain, Perancis, China dan Russia. Kuasa-kusa Barat dan sekutu Is ra el ini terpaksa menuruti arus dunia dan arus majoriti rakyat mereka sendiri kerana bimbang hilangnya rasa hormat dunia kepada mereka walaupun mereka mengaut keuntungan besar dengan menjual senjata kepada Is ra el.

Penurunan drastik nilai dagangan antarabangsa disebabkan tindakan Houthi di Yaman yang tidak henti henti melakukan serangan terhadap kapal-kapal yang berurusan dengan Is ra el. Dalam masa yang sama di Gaza, berlaku kejutan di sebalik Is ra el berdegar-degar hendak menyerang Rafah yang kononnya kubu terakhir Hamas, tiba tiba muncul ‘gerombolan besar’ Hamas di Ga za City yang memulakan kembali serangan terhadap tentera Zionis yang mengepung ketat Gaza City sejak 4 bulan lalu.

Teruskan berdoa keselamatan dan kemenangan buat umat Islam dan kehancuran buat pengganas. Jadikah ruh Ramadhan dan Syawal sebagai semangat dalam mencapai kemenangan. Tiada erti kekalahan dalam memperjuangkan Islam. Kemenangan atau syahid menunggu perjuangan mulia ini

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.

Tidak lupa untuk berpuasa sunat 6 hari dibulan Syawal

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )

Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى  فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلّ َمَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ,اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ,

Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,Ya Allah pecahkan pakatan mereka,Ya Allah leburkan pendirian mereka,Ya Allah musnahkan langkah mereka,Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,Ya Allah yang Maha Memaksa,Ya Allah yang Maha Perkasa,Ya Allah yang Maha Membalas,Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,Yang turunkan kitab,Yang gerakkan awan,Yang tewaskan tentera Ahzab,Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan berilah kemenangan untuk kami.

 اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ

 Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akirat nanti

 .اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

خطبة  عيد الفطري1445 هـ

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

فرمان الله دالم أية 134-135 سورة آل عمران :
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ ‎﴿١٣٤﴾‏ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ ‎﴿١٣٥﴾‏

مقصودڽ : ايأيت اورڠ-اورڠ يڠ مندرماكن هرتاڽ ڤد ماس سنڠ دان سوسه، دان اورڠ-اورڠ يڠ مناهن كمارهنڽ، دان اورڠ-اورڠ يڠ ممعافكن كسالهن اورڠ. دان ﴿ايڠتله﴾، الله مڠاسيهي اورڠ-اورڠ يڠ بربوات ڤركارا-ڤركارا يڠ بأيك; دان جوڬ اورڠ-اورڠ يڠ اڤابيلا ملاكوكن ڤربواتن كجي، اتاو منظاليمي ديري سنديري، مريك سڬرا ايڠت كڤد الله لالو مموهون امڤون اكن دوسا مريك – دان سميمڠڽ تيدق أدا يڠ مڠمڤونكن دوسا-دوسا ملأينكن الله -، دان مريك جوڬ تيدق منروسكن ڤربواتن كجي يڠ مريك تله لاكوكن ايت، سداڠ مريك مڠتاهوي ﴿اكن سالهڽ دان عقيبتڽ﴾.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

سلامت هاري راي عيدالفطري داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. شكور كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمت هاري راي برسمڤنا مراعيكن كمناڠن برڤواسا د بولن رمضان يڠ ڤنوه دڠن كبركتن دان كرحماتن. سلاما سبولن دتربية روح، جسد دان عقل سوڤاي توندوق دان ڤاتوه كڤد سڬالا ڤرينته الله دان منيڠڬلكن لارڠنڽ. ماريله كيت سام-سام برمحاسبة اڤاكه دڠن منجالني عبادة ڤواسا سبولن ايت كيت داڤت مراسأي كسن ترببهڽ؟ جك كيت داڤت مراساي كسنڽ، اڤاكه ڤولا كسنڽ ايت؟. ڤاستيكن كيت منداڤت ڤتونجوق ڤريستاسي اوتام ﴿KPI﴾ حاصيل درڤد تربية رمضان يڠ دتريما تراوتما مميليقكي صفة تقوى

5 چيري-چيري اورڠ يڠ برتقوى سباڬايمان يڠ دسبوت د دالم القرءان سورة آل عمران أية 134-135 ايأيت : [1] منفقهكن سباهاڬين هرتا د مان بوكن سهاج مڠلواركن زكاة ماله دتمبه دڠن صدقة هيڠڬ هيلڠ صفة كدكوت دان بخيل. [2] مناهن ماره دڠن تتڤ مڠواسأي ديري د كالا ماره سداڠ ممونچق. [3] موده ممبري كمعافن كڤد اورڠ يڠ بربوات ساله دڠنڽ هيڠڬ هيلڠ صفة دندام [4] سنتياس مڠرجاكن كبأيقكن دڠن منيڠڬل معصية دان ڤركارا يڠ مروسقكن [5] برسڬرا مموهون امڤون دان استغفار اتس كسالهن دوسا يڠ دلاكوكن

مسلمين دان مسلمات يڠ دبركتي الله،

فرمان الله دالم اية 44 سورة الأنعام:

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ ‎﴿٤٤﴾‏

مقصودڽ : كمودين اڤابيلا مريك ملوڤاكن اڤ يڠ تله دڤرايڠتكن مريك دڠنڽ، كامي بوكاكن كڤد مريك ڤينتو-ڤينتو سڬالا كميواهن دان كسناڠن، سهيڠڬ اڤابيلا مريك برڬمبيرا دان برسوكاريا دڠن سڬالا نعمت يڠ دبريكن كڤد مريك، كامي تيمڤاكن مريك سچارا مڠجوت ﴿دڠن بلآ بنچان يڠ ممبيناساكن﴾، مك مريك ڤون برڤوتوس اسا ﴿دري منداڤت سبارڠ ڤرتولوڠن﴾

كتيك برڬمبيرا مڽمبوت هاري ليبران اين مك جاڠن لوڤا اونتوق كيت برمحاسبة ديري تنتڠ نعمت هاري راي اين سنديري، هرتا، ڤڠكت دان كصيحاتن يڠ دميليكي سمأدا سموا اين اداله كورنيأن الله اتاو مروڤاكن ڤرڠكڤ بربنتوق استدراج. كورنيأن الله بياساڽ دايسي سبلوم دان سلڤسڽ دڠن كتقوأن، كبأيقكن دان كطاعتن. حال اين سڤرتيمان سساورڠ يڠ راجين ملاكوكن صلاة مالم، راجين برصدقة، راجين ملاكوكن صلاة ضحى، كمودين الله مليمڤه رواهكن رزقيڽ. مك ايت كيت ناماكن سباڬاي كورنيأن اتاو كرامة. مانكالا اورڠ يڠ تيدق مڠرجاكن سمبهيڠ ليما وقتو، برتروسن ملاكوكن معصية دان درهاك كڤد الله، نامون دي كليهاتن كاي دان رزقيڽ جوڬ موده، مك اينيله يڠ دناماكن استدراج.

درڤد عقبة بن أمير رضي الله عنه، رسول الله برسبدا:

إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ – رواه أحمد والبيهقي والطبراني

مقصودڽ: “اڤابيلا كامو مليهت الله ممبري كڤد همبا درڤد ﴿ڤركارا﴾ دنيا يڠ دايڠينكنڽ، سداڠكن دي تروس ملاكوكن معصية كڤدڽ، مك ﴿كتاهويله﴾ بهاوا ڤركارا ايت اداله استدراج دري الله سبحانه وتعالى.“

ابن عطاء الله السكندري دالم كتاب الحكام بركات بهاوا هندقله سساورڠ مراسا تاكوت جك دي سلالو منداڤت كورنيأن دان كبأيقكن درڤد الله ، سداڠكن دي ماسيه تتڤ ملاكوكن معصية كڤدڽ كران دبيمباڠي اياڽ مروڤاكن استدراج اتاو تيڤوداي يڠ مربهاي

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

درڤد أبو سعيد الخدري، بهاوا رسول الله برسبدا:

مَنْ قَالَ: رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً، وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ- رواه مسلم وأبو دأود والنسائي

مقصودڽ: سسياڤا يڠ مڠوچڤكن “اكو رضا الله سباڬاي رب، اسلام سباڬاي اڬام دان محمد سباڬاي رسول، ڤاستي دي منداڤت شرڬ.

كيت دأنجوركن اونتوق ممباچ دعاء اين ستياڤ هاري د مان انتارا توجوانڽ سباڬاي اقرار يڠ مڽاتاكن كإيمانن كڤد الله دان رسولڽ سرتا مراسا شكور دان بربڠڬا دڠن اسلام سباڬاي چارا هيدوڤ. اسلام اداله اجارن يڠ لڠكڤ مڠندوڠي عقيدة، شريعة دان اخلاق اسلامية يڠ مليڤوتي سلوروه اسڤيك روحاني اتاوڤون ماتيريال. اومت اسلام ممڤوڽأي كدوا-دوا دوروڠن اونتوق ماجو كهادڤن ايأيت : [1] دوروڠن فطرة طبيعي سباڬاي مأنسي. [2] دوروڠن اڬام اسلام يڠ ديناميك يڠ منجادي كيقيننڽ.

سڤاتوتڽ اومت اسلام لبيه ماجو دالم سؤال دنياوي دان اخروي كران مريك ممڤوڽأي 2 دوروڠن بربنديڠ ساتو دوروڠن سهاج ڤد اورڠ بوكن اسلام. تتاڤي انيهڽ مڠاڤ حال سباليقڽ برلاكو؟ . اين دسببكن مسلم تيدق لاڬي ممڤرتاجمكن، مڽوبوركن دان مڽمارقكن 2 دوروڠن يڠ اد دالم ديريڽ سهيڠڬ تيدق ممبري كسن يڠ جلس دالم اوسها ممباڠونكن كهيدوڤن دنياڽ. فطره هندق ماجو ڤون تيدق قوة، روح كاسلامنڽ يڠ مندوروڠ اونتوق ماجو ڤون تيدق قوة مڽببكن اومت اسلام برسيكڤ ‘چوكوڤ ماكن’ اتاو ‘سمبيل ليوا’ دالم ممبورو كماجوان دنياوي يڠ أدا كأيتنڽ دڠن كماجوان اخرة ايت.

توكوه ڤميكير مسلم دوكتور محمد عمارة كتيك منجواب ڤرتاڽأن بربنتوق سينديرن تنتڠ اوسها دالم منراڤكن شريعة اسلام اكن مڽببكن اومت جادي موندور مك دجواب بهاوا اسلام ڤرنه مڠواسأي سڤاروه دنيا سلاما 500 تاهون برمولا ڤڠواسأنڽ زمان سيدنا عمر دتروسكن اوليه  دينستي أمية دان عباسية. عبدالرحمن الداخلي برسام ڤاسوكنڽ برحاصيل مڠواسأي إيطالي دان ڤرانچيس د مان سأورڠ توكوه بارت مڽاتاكن كباڽقكن بومي ايروڤه ترتيڠڬل 100 تاهون كماجوانڽ عقيبة كمارأن اسلام ترسكت د ڤرانچيس. دالم بيدڠ كعلموان، كتيك علماء عرب سڤرتي ابن سينا، الفارابي، الخوارزمي، ابن جابر، ابن رشد، ابن خلدون دان لاينڽ مڠاجركن دنيا عرب دان دنيا بارت تنتڠ علمو كدوكتورن، ميتاماتيك دان سباڬايڽ كتيك بارت ماسيه موندور. ماله مسلمين ممباڠون اونيۏرسيتي ڤرتام د سڤاڽول يڠ مڠڬمڤركن ايروڤه كالا ايت. سجق ايت جوڬ، ڤاكاين جوبه لوڠڬر بسر دري عرب ايت منجادي ڤاكاين رسمي اونتوق مجليس konvokesyen اونۏرسيتي هيڠڬ هاري اين. اسلام اڬام ڤمباوا كماجوان بيلا اي دلقسانكن دالم كهيدوڤن. بيلا اومت اسلام سنديري منيڠڬلكن چارا هيدوڤ اسلام مك مريك موندور دان ترجاجه ترماسوق د نڬارا سنديري

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

فرمان الله دالم اية 108 سورة آل عمران:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ‎﴿١٠٨﴾

مقصودڽ : دان جاڠنله كامو چرچا بندا-بندا يڠ مريك سمبه يڠ لأين دري الله، كران مريك كلق، اكن منچرچا الله سچارا ملمڤاوي باتس دڠن كتيادأن ڤڠتاهوان. دمكينله كامي ممڤريلوقكن ڤد ڤنداڠن تياڤ-تياڤ اومت اكن عمل ڤربواتن مريك، كمودين كڤد توهن مريكاله تمڤت كمبالي مريك، لالو اي منراڠكن كڤد مريك اڤ يڠ مريك تله لاكوكن.

كأدأن رمضان تاهون اين بوكن سهاج دالم چواخا ڤانس ماله باڽق ايسو ڤانس بركأيتن اڬام برلاكو ترماسوق ڤڠهينأن نام الله د ستوكين دان كاسوت  دايكوتي ببراڤ توليسن د ميديا سوسيال سڤرتي مڠاجق بربوك ڤواسا دڠن داڬيڠ خنزير دان سباڬايڽ. سباڬاي اومت برايمان سڤاستيڽ كيت بڠكيت مننتڠ كبيادڤن اين دڠن ممينتا ڤيهق بركواس مڠمبيل تيندقكن تڬس كڤد ڤسالهڽ بوكن مڽراڠ سچارا ملولو. كيت جوڬ واجب جأوهي سيكڤ يڠ ترلالو ليبرال هيڠڬ ´منچأيركن´ ڤرينسيڤ-ڤرينسيڤ تراس اڬام يڠ سهاروسڽ تيدق بوليه دڬولوق-ڬاداي سهيڠڬ همڤير-همڤير تيدق ممڤوڽأي ڤرينسيڤ دان ريلا بربوات اڤ سهاج اتس ألسن كسدرهانان، ڤرڤادوان دان اسلام منريما ڤروبهن ايكوت كأدأن دان سواسان سماس. سداڠكن، حقيقة سبنرڽ، ڬولوڠن ترلالو ليبرال تله ´هاڽوت´ دالم سيستم نيلاي دان ڤنجاجاهن بنتوق بارو موسوه-موسوه اسلام.

كيت توروت مندسق اڬر دتاريق باليق كڽاتأن ميديا مجليس ڤرونديڠن اڬام بودا، كريستيان، هيندو، سيك دان تاو مليسيا ﴿ MCCBCHST﴾ بهاوا چادڠن ڤيندأن أكتا محكمةشرعية ﴿بيدڠ كواس جناية﴾ 1965 ﴿اكتا 355﴾ اونتوق منيڠكتكن بيدڠ كواس حكومن باڬي كسالهن-كسالهن جناية شرعية د محكمة شرعية ‘اكن منجادي تيدق برڤرلمباڬان’. كيت مينتا مريك تيدق منچمڤوري اوروسن، حال إحوال دان ڤنتدبيران اڬام اسلام سسواي دڠن كدودوقكن خاص سرتا ايستيميواڽ اسلام سباڬاي اڬام ڤرسكوتوان.

كيت سڤاتوتڽ منچونتوهي كراجأن بروني يڠ منجاديكن اينيكمين شرعية نڬري كلنتن انتارا رجوعكن سبلوم ملقساناكن ڤرونداڠن اسلام د نڬارا ترسبوت دڠن مماستيكن سبارڠ ڤرتينديهن انتارا sivil دان شرعية مك دچاري جالن باڬي ممبوليه اينيكمين شرعية دلقسانكن تنڤا دسكت اوليه اوندڠ sivil. كيت تيدق ماهو برولڠ لاڬي كيس ڤمباطلن اينيكمين شرعية اتس السن برتيندان دڠن اونداڠ sivil د نڬارا كيت سهيڠڬ ڤيهق ترتنتو تروس مڠڬوناكن السن اين دالم ممباطلكن اينيكمين شرعية يغ لأين فولا. سبنرڽ ڤلقسانأن اينيكمين شرعية اين والاو ڤون دكاتاكن تله اد د محكمة sivil تله لاما برجالن لنچر سهيڠڬ اد ڤيهق يڠ ممڤرتيكايڽ. ماله جيك كيت برديم ديري مك اينيكمين شرعية يڠ دباطلكن دالم كيس نئ ايلين بارو اين اكن مڠوبوركن اينيكمين د نڬري-نڬري لأين فولا. اوليه ايت فرلو أدا ڤيندأن ڤرلمباڬان دالم مماستيكن كواس محكمة شرعية سماكين قوة بوكن سماكين لمه. جك ڤنجاجه تله مڠهنچوركن ڤرونداڠن اسلام مك كيت زمان مرديكا سڤاتوتڽ مڠمباليكن سمولا كهيباتن اسلام بوكن مڠوبوركن ڤرونداڠن اسلام.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ………. فرمان الله دالم اية 4 سورة الإسراء: 

وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا ‎﴿٤﴾‏

مقصودڽ : دان كامي مڽاتاكن كڤد بني اسرائيل دالم كتاب ايت: “سسوڠڬوهڽ كامو اكن ملاكوكن كروسقكن د بومي ﴿فلسطين﴾ دوا كالي، دان سسوڠڬوهڽ كامو اكن برلاكو سومبوڠ اڠكوه دڠن ملمڤاو.

مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،

سمڤنا برادا د بولن شوال اين جوڬ ماريله كيت سام-سام تروس ممبنتو سودارا كيت د فلسطين دالم بردڤن دڠن ككجامن زيونيس يهودي دان سكوتو ڤڠڬانسڽ دالم ممبونوه رعيت يڠ تيدق بردوسا يڠ كيني لبيه 33 ريبو ترقربان دري كالڠن كانق-كانق دان اورڠ عوام.سجاره منچاتتكن باڬايمانا ڤرموسوهن كتت يهودي ترهادڤ اسلام تله مڽقسيكن ڤد تڠڬل 3 مارچ 1924م برسمأن 27 رجب 1342ه مروڤاكن تاريخ هيتم دالم سجاره اسلام دڠن براخيرڽ خلافة عثمانية، توركي يڠ منأوغي اومت اسلام سلاما اين. كيني 100 تاهون اي برلالو سمأدا كيت امبيل ڤدولي اتاو ڤون تيدق مڠهيراوكنڽ. انتارا فكتور لواران كجاتوهن خلافة اسلام تراخير اين اياله سيكڤ يهودي زيونيس دري دولو سمڤي سكارڠ ممأينكن ڤرانن ساڠت konsisten دالم ملمهكن اومت اسلام. ايڤيسود اين همڤير ككمونچق اڤابيلا برلاكو ڤرسيداڠن يهودي انتارابڠسا ڤد 1897 اونتوق مرمڤس فلسطين نامون باتو ڤڠهالڠڽ اياله كراجأن عثمانية تراوتماڽ سلطان عبدالحميد اا. ڤد مولاڽ يهودي ممينتا اونتوق دبريكن سچارا ڤرچوما بومي فلسطين اونتوق منجادي نڬارا يهودي نامون دتولق. اخيرڽ ستله دتوبوه كساتوان زيونيس سدونيا مك سكالي لاڬي يهودي منموءي سلطان عبدالحميد اا دڠن چارا ماهو ممباير سباڽق 150 جوتا sterling pound امس دسمڤيڠ ملڠسي هوتڠ خلافة عثمانية نامون تتڤ دتولق دڠن كاتڽ: “سأندايڽ كالين ممباير دڠن سلوروه ايسي بومي اين، اكو تيدق اكن مڽره والاو سجڠكل بومي فلسطين يڠ مروڤاكن تانه وقف ميليك سلوروه اومت اسلام“.

مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،

ڤركمباڠن تركيني دڠن لولوسڽ ريسولوسي ڬنجاتن سنجات ڤنوه اوليه مجليس كسلامتن PBB (UNSC)  ميڠڬو لڤس، مڽوكوڠ بهاوا سميمڠڽ اسرائيل سداڠ دان منوجو كڤد ‘كترڤنچيلن’ دان فاسا فاسا كجاتوهنڽ تله برمولا. درڤد 15 اڠڬوتا UNSC ، 14 مڠوندي مڽوكوڠ دراف ريسولوسي ڬنجاتن سنجات يڠ مڠهندقكي اسرائيل مڠهنتيكن سراڠن سڤنوهڽ كأتس غزة دان دبيبسكن تاونان اسرائيل يڠ برادا د تاڠن حماس. مانكالا اميريا شريكت مڠوندي اونتوق بركچوالي. نڬارا يڠ مڽوكوڠ ترماسوقله 4 لاڬي كواس veto ايأيت بريطان، ڤرانچيس، چينا دان روسيا. كواس-كوس بارت دان سكوتو اسرائيل اين ترڤقسا منوروتي اروس دنيا دان اروس ماجوريتي رعيت مريك سنديري كران بيمبڠ هيلڠڽ راس حرمت دنيا كڤد مريك والاوڤون مريك مڠاوت كأونتوڠن بسر دڠن منجوال سنجات كڤد اسرائيل.

ڤنورونن دراستيك نيلاي داڬڠن انتارابڠسا دسببكن تيندقكن Houthi د يمن يڠ تيدق هنتي هنتي ملاكوكن سراڠن ترهادڤ كاڤل-كاڤل يڠ براوروسن دڠن اسرائيل. دالم ماس يڠ سام د غزة، برلاكو كجوتن د سباليق اسرائيل بردڬر-دڬر هندق مڽرڠ رفة يڠ كونونڽ كوبو تراخير حماس، تيبا تيبا مونچول ‘ڬرومبولن بسر’ حماس د بندار غزة يڠ ممولاكن كمبالي سراڠن ترهادڤ تنترا زيونيس يڠ مڠڤوڠ كتت بندار غزة سجق 4 بولن لالو.

تروسكن بردعاء كسلامتن دان كمناڠن بوات اومت اسلام دان كهنچورن بوات ڤڠڬانس. جاديكنله روح رمضان دان شوال سباڬاي فمباكرسماڠت دالم منچاڤي كمناڠن. تياد ارتي ككالهن دالم ممڤرجواڠكن اسلام. كمناڠن اتاو شهيد منوڠڬو ڤرجواڠن مليا اين

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

سلامت هاري راي عيدالفطري داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. باڽقكن برصدقه اڬر مريك يڠ ممرلوكن بنتوان توروت برڬمبيرا دان زيارهيله سانق ساودارا ڤد هاري يڠ مليا اين باڬي مراڤتكن لاڬي تالي ڤرسودارأن.
تيدق لوڤا اونتوق برڤواسا سنة 6 هاري دبولن شوال
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ﴿ رواه مسلم ﴾
مقصودڽ : سسياڤا يڠ تله برڤواسا فرض رمضان كمودين دايكوتي ڤولا دڠن برڤواسا انم هاري د بولن شوال مك اداله ڤاهلاڽ سڤرتي دي برڤواسا سڤنجڠ تاهون.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا، اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلّ َمَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ،اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
يا الله، كامي لتقكن كامو د باتڠ ليهير موسوه-موسوه كامي دان كامي برليندوڠ دڠنمو دري كجاهتن مريك،يا الله هنچوركن كومڤولن مريك،يا الله ڤچهكن ڤاكتن مريك،يا الله لبوركن ڤنديرين مريك،يا الله موسنهكن لڠكه مريك،چڠكمكن انجيڠ-انجيڠمو كڤد مريك،يا الله يڠ مها ممقسا،يا الله يڠ مها ڤركاس،يا الله يڠ مها ممبالس،يا الله، يا الله، يا الله،يڠ منورونكن كتاب،يڠ مغڬرقكن اوان،يڠ تيواسكن تنترا أحزاب،كالهكن مريك، كالهكن مريك، كالهكن مريك دان بريله كمناڠن اونتوق كامي.
اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ ، اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ
يا مُقَلِّبَ القُلوب، تڬوهكن هاتي كامي دالم اڬام اسلام دان جاڠنله اغكاو تاريق نعمت اسلام د دالم هيدوڤ كامي. سباڬايمان اڠكاو كومڤولكن كامي ڤد هاري راي اين مك كومڤولكنله كامي اونتوق كبهاڬيأن يڠ برككالن دالم شرڬامو د اخرة ننتي

.اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Himpunan Khutbah Aidil Fitri

Khutbah Aidil Fitri 1444H 

Khutbah Aidil Fitri 1443H

Khutbah Aidil Fitri 1442H

Khutbah Aidil Fitri 1441H

Khutbah Aidil Fitri 1440H

Khutbah Aidil Fitri 1439H

Khutbah Aidilfitri 1438H

Khutbah Aidilfitri 1437H

Khutbah Aidil Fitri 1436H

Khutbah Aidilfitri 1435H

Khutbah Aidil Fitri 1434H

Khutbah Aidil Fitri 1433H

Khutbah Aidil Fitri 1432H

Khutbah Aidil Fitri 1431H

Khutbah Aidil Fitri 1430H

Khutbah Aidil Fitri 1429H

Khutbah Eidil Fitri 1428H

Khutbah Eidil Fitri 1427H

Khutbah Eidil Fitri 1426H

Khutbah Eidil Fitri 1425H

Khutbah Eidil Fitri 1424H

Khutbah Eidil Fitri 1423H

Khutbah Eidil Fitri 1422H

Khutbah Eidil Fitri 1421H

Khutbah Jumaat : Kalimah Allah DiJulang, Al-Quran DiPerjuang, Palestin DiDaulatkan

الحَمْدُ للهِ  !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua

Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat Ramadhan di mana beberapa hari lagi kita akan mula memasuki 10 malam terakhir di mana salah satu malamnya ada lailatul Qadar di mana kelebihannya lebih baik dari 1000 bulan. Oleh itu marilah sama-sama kita berlumba dalam merebut kesempatan ini dengan amalan soleh dan memohon keampunan dari Allah.

Ramadhan dan al-Quran tidak dapat dipisahkan maka beigitulah juga dengan diri kita jangan pisahkan daripada al-Quran Para ulama’ meriwayatkan bahawa al-Quran itu diturunkan secara keseluruhannya dari Lauh Mahfuz ke kawasan Bait al-‘Izzah di langit dunia. Kemudian, ia diwahyukan sedikit demi sedikit dalam tempoh masa 23 tahun bagi menyatakan ajaran Islam yang sempurna dalam perkara aqidah, syariat dan akhlak, serta menyatakan hukum, jawapan kepada sebab yang berlaku, soalan, ilmu kejadian alam, cerita yang diambil iktibar, berita akhirat dan perkara alam ghaib dan lain-lain. Adapun kitab suci para rasul terdahulu, ia diturunkan sepenuhnya sekali gus.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 23-24:

﴿وَإِن كُنتُمۡ فِي رَيۡبٖ مِّمَّا نَزَّلۡنَا عَلَىٰ عَبۡدِنَا فَأۡتُواْ بِسُورَةٖ مِّن مِّثۡلِهِۦ وَٱدۡعُواْ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ٢٣ فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ وَلَن تَفۡعَلُواْ فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَٰفِرِينَ٢٤﴾

“Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), cubalah reka satu surah (sahaja) yang semisal al-Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.  Maka, jika kamu tidak dapat merekanya, dan pasti kamu tidak akan dapat merekanya, maka peliharalah dirimu daripada neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir. ” 

Al-Quran ialah mukjizat ilmu yang diberikan kepada Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW secara berperingkat. Perkara ini berbeza dengan mukjizat para rasul sebelumnya mengikut zaman masing-masing yang diwahyukan sepenuhnya sekali gus.

Al-Quran menyatakan petunjuk semua ilmu yang berkait dengan seluruh ajaran Islam yang sempurna, berkenaan urusan dunia dan akhirat, alam nyata dan alam ghaib, hubungan manusia dengan Allah, dirinya sendiri, jasad, roh, akal, keluarga dan masyarakat. Turut dinyatakan ilmu agama dalam urusan ibadat, dan ajaran agama dalam urusan mentadbir dunia dengan agama, dalam aspek politik negara, ekonomi dan semua urusan kehidupan dan hubungannya dengan semua keperluan. Termasuklah sains dan teknologi dalam segala jurusannya mulai aspek alam sekitar dunia sehingga ke angkasa lepas dan alam ghaib yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia, sehinggalah ilmu sihir yang diharamkan.

Kesempurnaan al-Quran dan kehebatan ilmunya tidak mampu dicapai oleh manusia kerana al-Quran berasal daripada ilmu Allah Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan kelemahan. Seterusnya, inti pati al-Quran itu dilaksanakan melalui hikmah rasul pilihan Allah.

Semua ilmuwan dalam segala lapangan yang mengkaji al-Quran dengan ikhlas, akhirnya menyerah diri dan mengakui kebenarannya. Termasuk kalangan mereka yang menyanggah kebenaran al-Quran pada awalnya, akhirnya mengaku mereka tersalah dan al-Quran adalah jawapan yang betul. Namun, hanya yang mendapat hidayah sahaja akan menyerah diri secara iman dan Islam.

Allah menceritakan betapa para malaikat yang suci dan mulia itu tunduk serta patuh kepada ilmu Allah serta menerimanya, apabila makhluk manusia itu ditetapkan peranan untuk mentadbir dunia bersama Kitab-Nya.

Antara ilmu yang dikurniakan oleh Allah ialah ilmu wahyu. Hanya makhluk perosak alam yang bernama Iblis dan pengikutnya sahaja yang menolak ilmu Allah disebabkan sifat takbur dalam dirinya

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 108 surah al-An’am:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ‎﴿١٠٨﴾

Maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Malaysia dikejutkan dengan insiden penjualan stokin yang dicetak dengan nama Allah di salah sebuah rangkaian kedai serbaneka beberapa hari yang lalu, menyebabkan pelbagai pihak  tampil memberikan pandangan dalam versi pelbagai.

Isu utama yang menjadi bahan sensitif dalam perkara ini adalah berkait dengan kedudukan nama Allah SWT yang diletakkan pada tempat yang bukan sepatutnya.  Hakikatnya nama Allah SWT tidak layak sama sekali diletakkan di kaki termasuk cetakan di stokin yang secara urufnya adalah sarung yang dipakaikan di kaki. Oleh itu kita mengajak semua pihak membuka mata terhadap isu penghinaan terhadap Islam atau mana-mana agama yang boleh merencatkan keharmonian masyarakat Malaysia. Tidak boleh mana-mana pihak menghina atau menyentuh soal agama dengan tujuan yang salah. Kita menyokong penuh gesaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong supaya mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah berdasarkan siasatan pihak berkuasa.Kes ini masih dalam perbicaraan di mahkamah di mana kita berharap agar suatu hukuman keras dijatuhkan kepada pihak yang bersalah bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa akan datang

Masalah penghinaan terhadap agama membayangkan krisis dalaman yang menimpa manusia hari ini kesan daripada pembaratan dan pensekularan. Ia tidak boleh diatasi semata-mata dengan cara undang-undang tanpa memahami akar umbi masalah.

Dalam soal ini kaum Muslimin mempunyai tugas yang amat besar, bukan sekadar dengan menunjukkan bantahan dan kemarahan terhadap penghinaan yang dilemparkan terhadap Islam, tetapi yang lebih utama adalah dengan menunjukkan jalan keluar daripada krisis itu. Umat manusia pada hari ini sedang menderita akibat daripada keraguan terhadap makna diri dan nasib akhir. Apa yang mereka tidak miliki itu ialah keimanan yang memberikan keamanan kepada diri, dan keamanan itu tidak mungkin tercapai oleh jiwa yang ragu-ragu dan keluh-kesah mengenangkan nasib yang tidak pasti. Yang mereka perlukan adalah ilmu yang berpunca daripada petunjuk dan hidayat Allah SWT. Ilmu itulah yang telah mereka nafikan kerana terpedaya dengan falsafah ilmu sekular, dan akibatnya mereka turut menderita kekosongan jiwa kerana tiada keyakinan.

Maka perjuangan sebenar bagi membela Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada manusia adalah perjuangan yang diasaskan kepada ilmu dan keyakinan. Manusia yang selama ini sudah hilang keyakinan terhadap agama kerana dakyah kebudayaan Barat, mesti diyakinkan semula bahawa ilmu dan keyakinan dapat dicapai olehnya, dan hanya dengan itu kesejahteraan dapat dicapai.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 35 surah al-Maidah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ‎﴿٣٥﴾

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

Sempena berada di bulan Ramadhan ini juga marilah kita sama-sama terus membantu saudara kita di Palestin dalam berdepan dengan kekejaman zionis Yahudi dan sekutu pengganasnya dalam membunuh rakyat yang tidak berdosa yang kini lebih 32 ribu terkorban dari kalangan kanak-kanak dan orang awam.

Perkembangan terkini dan lulusnya resolusi gencatan senjata penuh oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) beberapa hari lepas,  menyokong bahawa sememangnya Is ra el sedang dan menuju kepada ‘keterpencilan’ dan fasa fasa kejatuhannya telah bermula. Daripada 15 anggota UNSC, 14 mengundi menyokong draf resolusi gencatan senjata yang menghendaki Is ra el menghentikan serangan sepenuhnya ke atas Ga za dan dibebaskan tawanan Is ra el yang berada di tangan Ha mas. Manakala Amerika Syarikat (AS) mengundi untuk berkecuali. Negara yang menyokong termasuklah 4 lagi kuasa veto iaitu Britain, Perancis, China dan Russia. Kuasa-kusa Barat dan sekutu Is ra el ini terpaksa menuruti arus dunia dan arus majoriti rakyat mereka sendiri kerana bimbang hilangnya rasa hormat dunia kepada mereka walaupun mereka mengaut keuntungan besar dengan menjual senjata kepada Is ra el.

Penurunan drastik nilai dagangan antarabangsa disebabkan tindakan Hou thi di Yaman yang tidak henti henti melakukan serangan terhadap kapal-kapal yang berurusan dengan Is ra el. Dalam masa yang sama di Ga za, berlaku kejutan di sebalik Is ra el berdegardegar hendak menyerang Rafah yang kononnya kubu terakhir Ha mas, tiba tiba muncul ‘gerombolan besar’ Ha mas di Ga za City yang memulakan kembali serangan terhadap tentera Zi onis yang mengepung ketat Ga za City sejak 4 bulan lalu.

Teruskan berdoa keselamatan dan kemenangan buat umat Islam dan kehancuran buat pengganas. Jadikah roh Ramadhan sebagai semangat dalam mencapai kemenangan. Tiada erti kekalahan dalam memperjuangkan Islam. Kemenangan atau syahid menunggu kita

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Ramadhan DiMartabat Islam DiNobat, Palestin DiDaulat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa

Kini kita berada pada hari-hari terakhir bulan Sya’aban 1445H di mana kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan beberapa hari lagi. Antara amalan terbaik untuk kita sama-sama contohi para salafussoleh ketika berada diambang Ramadhan ialah [1] kita berdoa kepada Allah supaya kita diberikan kebarkatan, keimanan, keselamatan untuk kita menjadi benar-benar mampu untuk menempuhi Ramadhan dengan  segala amal ibadah

  Daripada Talhah bin Ubaidillah RA, Rasulullah ﷺ berdoa apabila melihat anak bulan Ramadhan.

اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ – رواه أحمد

Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

Begitu juga dikatakan ramai di kalangan salaf al-soleh berdoa untuk mendapatkan Ramadhan supaya diisi dengan pelbagai amalan yang soleh. Antara doa mereka ialah:

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا – رواه الطبراني

Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”

Maal bin Fadhl menceritakan dalam kitab Lataif al-Maarif mengenai tentang orang-orang soleh pada zaman dahulu melakukan persediaan awal sebelum Ramadan dengan berdoa. Mereka memohon kepada Allah SWT enam bulan lebih awal supaya Allah sampaikan mereka ke dalam bulan Ramadan dalam keadaan yang paling terbaik dari segi rohani (iman) dan jasmani (kesihatan fizikal). Mereka turut meminta supaya Allah memberi pertolongan kepada mereka untuk melakukan ketaatan dan ibadah. Malah, mereka berdoa pula selama enam bulan selepas itu supaya Allah menerima segala amalan yang sudah dilakukan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Amalan ke-[2] ketikaberada diambang Ramadhan ialahHendaklah kita merasa gembira dengan Ramadhan yang bakal menjelma dengan tawaran Allah yang istimewa dan lumayan. Sebaliknya golongan munafiq pula merasa gelisah, buntu dengan Ramadhan. Maka benarlah sabda Nabi ﷺ :

أَظَلَّكُمْ شَهْرُكُمْ هَذَا بِمَحْلُوفِ رَسُولِ اللهِ، مَا مَرَّ بِالْمُؤْمِنِينَ شَهْرٌ خَيْرٌ لَهُمْ مِنْهُ، وَلَا بِالْمُنَافِقِينَ شَهْرٌ شَرٌّ لَهُمْ مِنْهُ، إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَكْتُبُ أَجْرَهُ وَنَوَافِلَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ، وَيَكْتُبُ إِصْرَهُ وَشَقَاءَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ- رواه أحمد

Maksudnya: “Allah SWT naungkan kepada kamu dengan berlabuhnya bulan Ramadhan ini dengan Rasulullah ﷺ bersumpah: “Tiadalah berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan Ramadhan dan tidaklah kepada munafiq itu lebih teruk daripada bulan Ramadhan. Sesungguhnya Allah ﷻ menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadhan.”

  Rata-rata umat Islam pada hari ini lebih fokus kepada ‘sambutan’ berbanding ‘persediaan’. Masjid-masjid mula dihiasi dengan lampu berwarna-warni, kain rentang sambutan dengan pelbagai ucapan mula dilihat bergantungan dan seperti tahun-tahun sebelumnya di Malaysia, tapak bazar akan disediakan di seluruh pelusuk negeri. Tidak ketinggalan restoran ternama dan hotel bertaraf antarabangsa akan mula mempromosikan program berbuka puasa dengan pelbagai tawaran istimewa. Televisyen dan radio turut memainkan peranan mereka dalam membuat hebahan dan menyusun siaran.

Tiada langsung salahnya perkara ini dilakukan. Ia mungkin diadakan dengan niat untuk menyemarakkan rasa gembira dan menghangatkan suasana bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia. Bagaimanapun, ia seharusnya tidak melalaikan kita untuk melakukan perancangan dan persediaan kendiri yang rapi supaya keberkatan yang dibawa oleh bulan Ramadan dapat digarap dengan sebaiknya dan tidak disia-siakan begitu sahaja sehingga rugi dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  185 surah al-Baqarah :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ …..

Maksudnya : Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah

  Amalan ke-[3] sesuai dengan Syarat utama puasa diterima adalah seseorang itu mesti beriman kemudian diiringi dengan mengharap balasan baik daripada Allah. Pengharapan terbina atas dasar iman dan ilmu. Iman manusia sudah tentu ada turun dan naiknya. Maka, persiapan iman sebelum masuk ke bulan Ramadan adalah amat penting dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Iman yang benar perlu kepada ilmu yang benar. Oleh yang demikian, ini adalah waktu yang terbaik untuk kita mempelajari dan mengulangkaji semula hukum-hukum mengenai amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin itu melakukan ibadah dengan berlandaskan ilmu yang betul, bukan sekadar ikutan. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan tiba supaya puasa kita benar-benar diterima dan mendapat ganjaran oleh Allah

Amalan ke-[4] berusaha memperbetul bacaan al-Quran, usaha untuk memperbaiki bacaan seharusnya sudah dilakukan sebelum kedatangan Ramadan kerana bulan Ramadan adalah bulan untuk kita pecut selajunya.

Amalan ke-[5] Seiring dengan persiapan fizikal dan tubuh badan, kita juga perlu mempersiapkan mental dan rohani kita bagi menghadapi Ramadan. Melakukan pembacaan mengenai teknik penyucian jiwa dan menghadiri majlis ilmu yang membincang perkara ini akan membantu kita bersiap siaga untuk melaksanakan ketaatan sepanjang bulan Ramadan.

Sebagai kesimpulan, mari sama-sama kita merancang agenda persiapan dan aktiviti ibadah kita sebelum dan sepanjang Ramadan supaya kita dapat memanfaatkan sebanyak mungkin masa kita di bulan Ramadan.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 178 surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى ۖ الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنثَىٰ بِالْأُنثَىٰ ۚ فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ ۗ فَمَنِ اعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ ‎﴿١٧٨﴾‏ 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya 

Sekiranya kita boleh menerima kewajipan berpuasa melalui firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah maka begitulah kita wajib menerima kewajipan dalam melaksanakan undang-undang Islam termasuk qisas sebagaimana firman Allah dalam ayat sebelumnya iaitu 178 surah al-Baqarah. Kita wajib memerdekakan minda, jiwa dan kehidupan kita daripada belenggu penjajahan. Kita telah dibekalkan oleh penjajah dengan perlembagaan yang memiliki banyak bom jangka sebagaimana yang telah digubal oleh Suruhanjaya Reid. Perlembagaan itu dibentuk oleh penjajah ketika memberikan kemerdekaan yang tidak sempurna, yang tersurat dengan perkara-perkara yang masih menjajah fikiran kita bagi menyesatkan kita daripada Islam. Sepatutnya, kita tidak membaca perlembagaan yang disediakan itu sehingga terikat dan dikongkong dengan perkara yang tersurat sahaja. Gunakanlah kebijaksanaan untuk memahami perkara yang tersirat menjadi aqidah dan iman kita dengan mentafsirkan perlembagaan atau menggunakan hak memindanya ke jalan yang betul mengikut petunjuk Allah secara istiqamah. Tidakkah sudah banyak perkara yang telah dipinda dalam perlembagaan tersebut.

Ada kalangan yang memberikan alasan bahawa kita telah dibenarkan melaksanakan hukum takzir yang menjadi sebahagian daripada hukum Islam. Benarkah begitu? . Hukum takzir ialah mata rantai yang tidak putus daripada hukum Islam, bukan hukum yang diambil semena-mena di tengah jalan. Hukum takzir ialah hukum Allah yang disertakan dengan hukum qisas dan hudud dalam kesalahan tertentu sahaja, dengan syarat-syarat yang ketat dan hukuman yang keras.

Apabila tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka barulah dibawa kepada hukum takzir dalam perkara yang luas lapangannya dan banyak pilihannya dengan syarat, rukun, dan adab Islam yang menjadi roh kepada syariat Islam yang tidak boleh disamakan dengan undang-undang sivil. Maka, undang-undang sivil gagal mencegah kemungkaran, walaupun hukumannya lebih keras daripada qisas dan hudud.

Semua hukum syariat ialah berkaitan dengan maqasid al-syari‘ah bagi memelihara rukun hidup manusia mengikut ketetapan Allah, iaitu menjaga agama, akal, nyawa, maruah, keturunan, dan harta. Perkara ini tidak dipedulikan secara sistematik dalam undang-undang sivil. Hakikatnya, mereka membuang undang-undang Allah lalu diganti dengan undang-undang ciptaan manusia yang berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian, bagi membebaskan kalangan pemimpin dan bangsawan mereka untuk mengerjakan maksiat. Oleh itu yakinlah kita sebagaimana kewajipan puasa adalah untuk kebaikan kita maka begitulah perundangan Islam untuk kebaikan kita dunia dan akhirat

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 35 surah al-Maidah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ‎﴿٣٥﴾

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

Sempena berada diambang Ramadhan juga marilah kita sama-sama terus membantu saudara kita di Palestin dalam berdepan dengan kekejaman zionis Yahudi dan sekutu pengganasnya dalam membunuh rakyat yang tidak berdosa yang kini lebih 30 ribu terkorban dari kalangan kanak-kanak dan orang awam. Doakan keselematan dan kemenangan buat umat Islam dan kehancuran buat pengganas. Jadikah roh Ramadhan sebagai semangat dalam mencapai kemenangan. Tiada erti kekalahan dalam memperjuangkan Islam. Kemenangan atau syahid menunggu kita

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Ramadhan

Ramadhan DiHayati Negara DiBerkati

Keberkatan Ramadhan DiCari Kemenangan Islam DiRai

Nuzul al-Quran DiHayati Tamadun Islam Diraih Kembali

Ramadhan Dirai al-Quran DiSanjungi

Ramadhan Dihayati Taqwa Dimiliki

Ramadhan DiHayati al-Quran DiJulang Tinggi

Taqwa DiTagih Kemuliaan DiRaih Sempena Ramadhan

Ramadhan Penyemarak Semangat Juang

Peristiwa Pembukaan Kota Mekah

Ramadhan DiRebut al-Quran DiIkut

Peperangan Badar Al-Kubra

Ramadhan Penyubur Kasih Sayang

Ramadhan Penyubur Jiwa Mulia

Ramadhan Dihayati Umat Terpuji

Taqwa Bertambah Berkat Melimpah Sempena Ramadhan al-Mubarak

Al-Quran DiJulang Umat Cemerlang

Khutbah Jumaat : Perjuangan Ashabul Kahfi DiTiru  Jihad Palestin DiBantu

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  11   surah at-Taghabun :

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾ ‌

Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Kebanyakan negeri terutama di Pantai Timur berada dalam musim tengkujuh di mana banyak tempat berlakunya banjir. Musibah ini memberi banyak pengajaran buat kita semua terutama dalam menambah keimanan kepada kekuasaan Allah dan kesabaran dalam menerima qada’ dan qadarNya. Kita diajar tiap kali berlaku hujan yang begitu lebat maka kita disaran untuk memohon kepada Allah agar mengalihkan hujan tersebut ke tempat yang lebih manfaat dengan mengamalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya pernah nabi s.a.w berdoa:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَام وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ- رواه البخاري ومسلم .

Maksudnya : “Ya Allah!, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok”.

Nabi s.a.w juga mengajar kita untuk berdoa seperti :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ وَخَيْرِ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ : وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ – رواه مسلم

Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya daku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan daku berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya.“ 

Kita yang tidak ditimpa musibah  hendaklah sama-sama hulurkanlah bantuan kepada mangsa banjir semampu mungkin. Sedekah kita di dunia akan membawa kesenangan di akhirat kelak

قال النبي :مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ-رواه مسلم

Maksudnya: Sesiapa yang membantu menghilangkan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan menghilangkan kesusahan daripadanya pada hari kiamat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  10-11   surah al-Kahfi :

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا ‎﴿١٠﴾‏ فَضَرَبْنَا عَلَىٰ آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا ‎﴿١١﴾

Maksudnya : (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.  Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.

Keberadaan kita pada hari Jumaat yang merupakan Penghulu segala hari yang memiliki kelebihan yang besar di mana kita mesti menggunakan sebaik mungkin kehadiran hari Jumaat untukm menambahkan amal ibadat disamping memohon keampunan daripada Allah atas ketelanjuran. Antara amalan terbaik pada hari Jumaat yang mulia ini ialah memperbanyakkan selawat ke atas nabi s.a.w, istighfar, berdoa dan membaca al-Quran terutama surah al-Kahfi

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الكَهْفِ في يَوْمِ الجُمُعَةِ، أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الجُمُعَتَيْنِ – رواه الحاكم والبيهقي

Maksudnya : Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi baginya dengan cahaya di antara dua Jumaat.

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ   – رواه مسلم

Maksudnya : Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada fitnah Dajjal.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  13   surah al-Kahfi :

 نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ‎﴿١٣﴾‏

Maksudnya : Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk

Surah al-Kahfi antaranya mengisahkan tentang sekumpulan pemuda yang mempertahankan iman mereka sehingga akhirnya ditidurkan di dalam gua selam 309 tahun. Kisah ini begitu memberi pengajaran yang mendalam antaranya [1] Membuang kebiasaan mudah terikut-ikut dan  terpengaruh dengan suasana masyarakat sekitar yang rosak aqidah dan akhlak. Pegangan kepada keimanan yang kukuh kepada Allah telah menyelamatkan pemuda Kahfi ini daripada amalan syirik yang ada dalam masyarakat. [2] Hijrah dari lingkungan yang menyimpang agar tidak terpengaruh dengan cara hidup yang bercanggah dari agama [3]Menjaga rahsia dalam segala tindakan bagi menyelamatkan diri dan kerja dakwah daripada diketahui oleh mereka yang membenci Islam. [4] Tidak bersekongkol dengan kesesatan dan kezaliman pemimpin  dengan menolak kehidupan yang mewah demi mempertahankan Islam [5] Keyakinan bahawa pasti datangnya pertolongan Allah dari jalan yang tidak dijangka di puncak masalah. Bila kita bertahan di jalan kebenaran, maka pertolongan Allah akan datang di waktu yang paling tepat.

Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran :

إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠

Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 96  surah al-A’araf:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ‎﴿٩٦﴾

Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Imam Fakhruddin Al Razi  telah menukilkan bahawa Dunia ini termasuk sesebuah negara menjadi cantik seperti taman bunga dengan syarat mempunyai 5 perkara iaitu [1] Ilmu para ulama (   العلماء علم) [2] Pemimpin yang adil (  عدلالأمراء) [3] Ibadah ahli ibadah ( العباد عبادة) [4] Peniaga yang amanah ( التجار  أمانة) [6]Nasihat golongan profesional ( المحترفين نصيحة)

Namun negara atau masyarakat  boleh rosak dengan 5 perkara yang perlu dihindari iaitu [1] Ulamak yang hasad ( العلماء حسد) [2] Pemimpin yang jahat (  جورالأمراء) [3] Ahli ibadah yang riak (   العباد  رياء) [4] Para peniaga yang khianat ( التجار  خيانة) [5] Profesional yang menipu ( المحترفين  غش)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Beberapa hari lagi kita akan mula memasuki tahun baru 2024 Masihi di mana marilah kita sama-sama bermuhasabah dengan amalan soleh kita dan taubat atas salah silap kita. Jangan biarkan waktu berlalu dengan sia-sia sebaliknya pastikan umur kita diberikan keberkatan oleh Allah sehingga menjadi manusia yang terbaik iaitu umur panjang dan amalan soleh pun bertambah. Kita juga memohon dijauhkan daripada menjadi manusia yang jahat iaitu umurnya panjang tetapi dipenuhi dengan dosa maksiat.

Setelah hampir 3 bulan serangan besar-besaran oleh pengganas dunia zionis Yahudi ke atas bumi wakaf milik umat Islam iaitu Palestin di mana telah membunuh lebih 21 000 orang terutama majoritinya kanak-kanak,  wanita dan orang awam. Orang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat sebatang tubuh. Apabila satu anggota sakit, maka anggota badan lain akan merasai kesakitan tersebut. Kita sebagai umat Islam boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan untuk membantu saudara seakidah di bumi Palestin. Bantuan ini akan meringankan penderitaan ditanggung penduduk Palestin. Semua pihak perlu bertindak dengan memberi bantuan dan desakan supaya peperangan dan keganasan Zionis Israel ini diberhentikan segera. Kita sebagai umat Islam yang bersaudara perlu membantu perjuangan rakyat Palestin. Kita perlu tunjukkan solidariti bersama perjuangan rakyat Palestin. Sebagai umat Islam, kita perlu mengangkat tangan memohon pertolongan daripada Allah SWT. Pada saat ini doa ke hadrat Ilahi oleh seluruh umat Islam dari segenap pelusok dunia sangat ditagih rakyat Palestin. Semua pihak perlu berganding bahu membantu saudara kita di bumi Palestin. Yakinlah, kemenangan yang menjadi milik rakyat Palestin semakin hampir. Mereka berjuang dengan cara bertempur untuk pertahan diri, keluarga dan tanah air tercinta yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Berbahagialah pejuang-pejuang yang mati syahid. Mereka bakal mendapat rezeki yang tidak putus-putus daripada Allah

Firman Allah dalam ayat 169 surah Ali Imran :

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ ‎﴿١٦٩﴾

Maksudnya : dan janganlah sama sekali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah telah mati. Bahkan mereka hidup dan dikurniakan rezeki di sisi Tuhan mereka.”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Syarat Umat Gemilang DiPenuhi Kemerdekaan Palestin DiMiliki

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 139 surah Ali Imran :

 وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ‎﴿١٣٩﴾

Maksudnya :  Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman

Kita umat Islam yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang layak untuk menerima tampuk kepemimpinan umat manusia. Oleh sebab itu, ada para pemikir Barat ada yang menyedari akan peranan ini. Mungkin di antara tulisan yang paling tepat dalam memberikan gambaran tentang unsur-unsur kekuatan Islam adalah tulisan, “Powell Schamtaz” dalam bukunya (Islam adalah kuasa dunia masa depan), yang bertujuan memberikan pencerahan dan peringatan kepada bangsanya sendiri terhadap unsur -unsur kekuatan Islam. Beliau menyatakan unsur kekuatan asasi yang dimiliki umat Islam adalah:

[1] Kedudukan strategik yang dimiliki umat Islam di dunia.

[2] Pertumbuhan manusia yang begitu pesat di kalangan umat Islam, yang menjadikan pertumbuhan mereka unggul berbanding orang lain.

[3] Kekayaan sumber alam dan bahan mentah. Melalui sumber alam yang besar yang dimiliki umat Islam menyebabkan mereka mampu membangun kuasa industry yang terhebat di peringkat dunia.

Islam adalah unsur kekuatan paling penting di tengah masyarakat Islam. Menurut “Schamtaz” adalah: “Demikianlah agama yang memiliki kekuatan bagaikan ‘sihir’ untuk menghimpunkan perbagai jenis manusia di bawah satu bendera setelah menghilangkan perbezaan bangsa dan keturunan dari jiwa mereka, memiliki tenaga ruh yang mampu mendorong orang beriman mempertahankan tanahairnya dan sumber kekayaannya sehingga sanggup mengorbankan apa jua yang dimiliki hatta nyawa mereka sendiri”.

Dia juga berkata: “Sejarah akan berulang kembali, bermula dari daerah kuasa Islam dunia pertama diraih. Kuasa ini akan muncul apabila berpegang teguh pada Islam dan bersatunya pasukan tentera. Kuasa ini akan kukuh dan wujud apabila umat Islam menyedari bagaimana mengeluarkannya dan mengambil manfaat darinya, dan seterusnya mampu mengimbangi kuasa dunia lainnya”.

Seorang lagi penulis Inggeris (Heller Block) berkata: “Sesuatu peradaban yang mana tonggak-tonggaknya terikat dengan ikatan yang kukuh, bahagian tepinya saling berpegangan dengan kuat dan membawa bersamanya ideologi seperti Islam, tidak sekadar sedang menunggu masa depan yang cerah saja namun juga akan menjadi bahaya bagi musuh-musuhnya. ”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

FIRMAN Allah SWT Surah al-Baqarah ayat 256:

﴿لَآ إِكۡرَاهَ فِي ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَيِّۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ٢٥٦﴾

“Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar (Islam) daripada jalan yang sesat (kufur). Oleh itu, sesiapa yang ingkar kepada Taghut (pelampau sempadan Allah) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Perkara pertama yang wajib dipegang oleh umat Islam dalam mengembalikan semula kekuatan dan kegemilangan umat ialah kembali kepada aqidah Islam. Dibandingkan pegangan kepada ajaran Islam yang diimani laksana simpulan ikatan tali yang sangat kuat. Dalam bahasa Arab, ia disebut sebagai aqidah, yakni simpulan. Aqidah Islam berprinsipkan beriman kepada Allah SWT dan ketuhanan-Nya sahaja, di samping menerima ketetapan-Nya yang disampaikan oleh Rasul-Nya dan menolak segala yang lain daripada-Nya yang disebut taghut iaitu pelampau daripada sempadan Allah. Setiap ajaran Islam yang sempurna wajib diyakini dengan kepercayaan hati yang teguh dalam segala aspek, sama ada yang dinamakan urusan agama dalam istilah bahasa yang lain atau urusan kehidupan dunia yang tidak termasuk dalam takrif agama lain, namun ia tetap menjadi ajaran Islam. Begitu juga, sama ada perkara yang dinaskan secara nyata atau dasar yang umum, mahupun termasuk perkara yang tidak dinaskan yang hukumnya wajib, harus, halal dan haram. Semua perkara termasuklah perkara yang tidak dinaskan, terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna dan merupakan perkara yang diizinkan oleh Allah mengikut kemampuan manusia. Semua ajaran Islam yang sempurna itu wajib diimani dan dilaksanakan dalam kehidupan manusia, kelak pada Hari Kiamat ia akan dihisab

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Kewajipan yang kedua untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam ialah melaksanakan segala sistem Islam samada dalam ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Rasulullah SAW telah memberi amaran bahawa akan berlaku pada akhir zaman, ajaran Islam itu dirungkai satu demi satu, kerana terikut-ikut dengan hawa nafsu dan langkah syaitan. Sabda Rasulullah SAW:

لَتُنْقَضَنَّ ‌عُرَى ‌الْإِسْلَامِ ‌عُرْوَةً ‌عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ.- رواه أحمد وابن حبان  

Maksudnya : “Akan berlaku suatu keadaan apabila ajaran Islam yang disimpul dengan ikatan yang teguh akan dirungkai satu demi satu. Setiap satu dirungkai, para penganutnya berpegang dengan simpulan yang masih ada. Pertama yang dirungkai ialah kuasa pelaksanaan hukum Islam (politik) dan yang terakhir dirungkai ialah pelaksanaan solat.” 

Kita menyaksikan hukum pemerintahan negara yang disebut al-Ahkam al-Sultaniyyah, Siyasah Syar‘iyyah atau Wilayat al-Faqih (politik) yang memberi kuasa kepada Islam memerintah dan mentadbir, menjadi perkara yang pertama sekali dirungkaikan, dan akhirnya ia akan dilupakan. Begitulah gambaran betapa besar dan pentingnya hukum ini sehinggakan ia dinaskan dalam al-Quran, sunnah amaliah Rasulullah SAW dan ijmak para sahabat RA selepas kewafatan Baginda SAW. Bahkan, hukum ini juga dipertahankan oleh semua kerajaan Islam yang tidak berani membatalkan kuasa Islam pada prinsipnya, walaupun mereka secara peribadinya melakukan maksiat. Hal ini demikian kerana, mereka berpegang kepada ketetapan Allah yang menjadi amanah besar kepada manusia.

Imam al-Ghazali RH dalam kitab al-Iqtisad fi al-I‘tiqad menegaskan:

الدِّينُ ‌أُسٌّ ‌وَالسُّلْطَانُ ‌حَارِسٌ وَمَا لَا أُسَّ لَهُ فَمَهْدُومٌ وَمَا لَا حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ.

“Agama itu asas, kuasa pemerintahan (politik) itu pengawas. Apa yang tidak ada asasnya akan runtuh; dan apa yang tidak ada pengawasnya akan hilang.” 

Sewaktu adanya kuasa pemerintahan Islam, apabila semua hukumnya dilaksanakan, umat Islam menjadi kuasa besar dunia yang dipandang hebat oleh musuh. Hal ini disebabkan keadilannya dan kedatangannya yang bersifat tidak menjajah, serta ilmunya yang memberi kebijaksanaan dan kekuatan. Islam dihormati kerana keadilannya, bukan kerana takut akan kezalimannya, sehingga umat Islam dan golongan bukan Islam berjaya diselamatkan daripada kezaliman tanpa paksaan beragama.

Apabila kuasa Islam dijatuhkan dengan sebab kelemahan pemimpin dan para ulama’  dalam melaksanakan ajaran Islam yang sempurna dengan bertafaqquh memperdalam pengetahuan dan kefahaman mereka tentang agama, umat Islam mengalami kelemahan. Akhirnya, tanah air umat Islam dijajah, kuasa politik Islam dihapuskan oleh penjajah, kemudiannya ajaran Islam yang berada di bawah bidang kuasanya dirungkai dan tidak diamalkan lagi. Malah, ia diganti dengan hukum-hukum ciptaan manusia yang dibawa oleh penjajah dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah.

Penjajah yang menakluk kita telah mencabut kuasa Islam dan memaksa kita beramal dengan hukum Islam yang hanya berkait dengan aspek fardu ‘ain, melibatkan urusan peribadi, kekeluargaan dan akhlak sahaja. Ajaran Islam hanya boleh diamalkan dalam urusan ibadat, munakahat, undang-undang muamalat dan sedikit undang-undang jinayat. Bahkan, umat Islam hanya boleh bertindak di bawah hukum takzir dalam perkara yang melibatkan kesalahan akhlak peribadi dan keluarga, mengikut bidang kuasa yang dinamakan bidang kuasa syariah yang diletakkan sempadannya. Kuasa itu diberikan kepada raja-raja yang dirampas kuasanya sehingga hanya sekadar menjadi penaung kepada hukum Islam yang sedikit itu.

Adapun hukum yang berkait dengan pentadbiran negara, sistem pendidikan yang sempurna, pentadbiran, ekonomi dan kemasyarakatan, pertahanan negara dan undang-undang jenayah yang menjaga keamanan secara mendidik dibatalkan dan diganti dengan undang-undang ciptaan manusia yang lemah dan zalim.

Dalam perkara fardu kifayah yang melibatkan urusan kemasyarakatan, umat Islam hanya dibenarkan melaksanakan sembahyang jenazah sahaja. Adapun semua perkara yang besar bagi kemajuan sains dan teknologi dalam segala lapangan yang menjadi fardu kifayah, dianggap bukan lagi fardu kifayah, sebaliknya dianggap urusan dunia yang tidak ada kaitan dengan agama Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran :

إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠

Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri

Sempena kita berada pada hari Jumaat yang mulia, di masjid yang mulia maka marilah kita sama-sama menanam tekad dan azam dalam membuang sikap penting diri dan terlalu cinta kepada dunia di mana ini antara punca umat Islam berpecah dan gagal untuk kembali umat cemerlang. Ketika kita menyaksikan suasana getir dan bahaya yang sedang dihadapi oleh saudara seagama kita yang sedang mempertahankan tanah wakaf milik umat Islam di Palestin maka sewajibnya kita bersatu hati dan buang sifat cinta dunia sehingga tidak bersungguh dalam memberi bantuan, berdoa dan boikot barangan zionis Yahudi. Malah yang lebih malang ketika saudara kita di Palestin mati dibom oleh zionis Yahudi manakala kita yang di luar Palestin mati hati akibat dibom dengan hiburan melalaikan yang merupakan senjata halus zionis Yahudi. Bangkitlah dari lena, bangun dari tidur segera. Kita bimbang saudara di Palestin mendapat anugerah mati syahid berharga, kita mati hina akibat mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan. Islamlah nescata kita mulia dan selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Pertandingan Ratu Cantik DiSekat Kemerdekaan Palestin DiMartabat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  11   surah at-Taghabun :

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾ ‌

Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Kini kita di negeri sebelah Pantai Timur sedang memasuki musim tengkujuh di mana sudah ada beberapa tempat yang sedang dilanda banjir. Hujan itu adalah suatu rahmat daripada Allah. Namun, apabila ia turun terlalu lebat dan banyak atau turun terus menerus sehingga mengakibatkan banjir besar, maka sudah tentu ianya suatu bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan daripada Allah. Jika yang terjadi adalah hujan yang begitu lebat atau hujan yang tidak kunjung henti di tempat kita, maka kita boleh meminta pada Allah untuk mengalihkan hujan tersebut ke tempat yang lebih manfaat dengan mengamalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya pernah nabi s.a.w berdoa:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَام وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ- رواه البخاري ومسلم .

Maksudnya : “Ya Allah!, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok”.

Nabi s.a.w juga mengajar kita untuk berdoa seperti :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ وَخَيْرِ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ : وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ – رواه مسلم

Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya daku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan daku berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya.“ 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  6  surah Luqman:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ ‎﴿٦﴾

Maksudnya : Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan

Ketika  setengah negeri berada dalam keadaan tengkujuh yang boleh berlaku banjir bila-bila masa disamping dunia sedang bersedih dengan keganasan zionis Yahudi yang sedang membunuh tanpa belas kasihan di Palestin sewajibnya kita banyak mengingati Allah bukannya tenggelam dengan senjata yahudi berbentuk hiburan  lebih-lebih lagi bila kumpulan muzik  dikaitkan dengan  mempromosikan LGBT.

 Perhatikan Protokol yahudi dalam menguasai dunia yang ke-13 : “ Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bangsa Bukan-Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek-projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan Bukan-Yahudi kerana semuanya ini akan menelan kekayaan mereka.
Untuk mengalihkan perhatian orang Bukan-Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen-agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

قال النبي : لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ، يَسْتَحِلُّونَ الحِرَّ وَالحَرِيرَ، وَالخَمْرَ وَالمَعَازِفَ – رواه البخاري

Maksudnya: Akan ada di antara umatku, satu  kaum yang menghalalkan zina, sutera (untuk lelaki), arak dan alat musik. 

قال النبي : لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمُ الأَرْضَ وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ – رواه ابن ماجه

Maksudnya: Manusia daripada kalangan umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan nama selain arak, alat muzik akan dimainkan untuk mereka dan penyanyi wanita menyanyi untuk mereka. Allah SWT akan menjadikan bumi menelan mereka dan menukar mereka menjadi monyet dan babi.

Syariat Islam diturunkan bukanlah untuk menyekat kebebasan manusia tetapi ia bertujuan untuk mengawal dan mengatur keperluan manusia untuk menjamin kesejahteran dan kebahagiaan hidup yang berpanjangan. Hiburan dalam Islam adalah suatu yang menenangkan dan mendidik jiwa. Bahkan melakukannya bukan hanya semata-mata untuk mencari keseronokan dan memenuhi runtunan nafsu tanpa batasan. Konsep berhibur dalam Islam adalah dengan tujuan untuk membangunkan dan memdamaikan jiwa, menenangkan fikiran dan merehatkan rohani serta jasmani. Melihat kepada realiti hiburan kita pada hari ini, dapat dirumuskan bahawa sebahagaian besar hiburan kita gagal mencapai matlamatnya. Bukan sahaja hiburan tersebut gagal memberi ketenangan jiwa dan kedamaian dalam sanubari kita, malah ia telah mencetuskan masalah dan kecelaruan di dalam kehidupan.

Ciri-ciri hiburan mengikut syariat Islam antaranya [1] : Lagu dan senikata lagu atau hiburan tersebut mestilah tidak melalaikan, tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam, tiada unsur maksiat seperti memuja kecantikan wanita, menganjurkan hubungan bebas muda-mudi dan perlanggaran syariat. Sewajarnya senikata lagu-lagu Islam mampu mengajak manusia kepada Cintakan Allah dan Hari Akhirat serta ke arah memperbaiki diri. [2] : Tidak lalai dan berlebih-lebihan dalam berhibur sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai. Maka haram berhibur jika sampai meninggalkan solat, mengabaikan urusan mencari nafkah dan menuntut ilmu. Kelalaian ini adalah perkara sia-sia yang wajib dijauhi. [3] : Tiada percampuran di antara lelaki dan wanita ajnabi dalam berhibur. Jika persembahan dari kalangan wanita maka ia hendaklah dibuat secara tertutup dan hanya wanita sahaja dibolehkan menyaksikan persembahan tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan segala fitnah dan punca kerosakan Umat Islam. Tiada juga perlakuan yang haram seperti minum arak, unsur judi dan sebagainya di dalam hiburan tersebut. [4] : Penyanyi atau orang yang melakukan persembahan dan para penonton yang hadir hendaklah menjaga tata susila Islam, memelihara aurat, tidak melakukan gerak badan yang mengghairahkan dan penampilan yang mengundang fitnah. [5] : Menghasilkan sesuatu yang baik susulan dari hiburan tersebut. Berkat dari senikata yang baik, persembahan yang sopan dan syariat yang dipelihara akan lahirlah masyarakat yang tenang dan bahagia, teguh iman dan baik akhlaknya, bersatu padau dan berkasih sayang sesama mereka. Kini telah banyak sumber-sumber hiburan Islam yang boleh dijadikan alternatif kepada hiburan yang sedia ada yang jelas melalaikan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal :

 وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ‎﴿٢٥﴾‏

Maksudnya : Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. 

           Kita sebagai orang Islam yang cintakan negara aman dan berkat pasti berusaha dalam memastikan kehidupan yang sentiasa tunduk dan patuh kepada arahan Allah serta menjauhi larangan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu kita mendesak agar kerajaan membatalkan Penganjuran Pertandingan Ratu Cantik yang bakal disertai oleh peserta dari seluruh Dunia bermula 5 Disember ini. penganjuran ini sebenarnya hanya akan merosakkan budaya unik negara yang telah berada di kelasnya yang tersendiri di mata dunia. Selain penganjuran pertandingan ratu cantik yang memperagakan tubuh badan wanita di hadapan khalayak adalah jelas bertentangan dengan Syariat Islam dan tidak bersesuaian dengan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Penganjuran berkenaan juga dilihat bercanggah dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu sendiri yang jelas menggariskan 3 prinsip utama untuk dipatuhi iaitu; [1] Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini;[2] Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima; [3] Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
Jangan menempah bala Allah ketika negara sedang berdepan dengan masalah tekanan sara hidup dan bencana alam

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  190  surah al-Baqarah:

﴿وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠﴾

Maksudnya : “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” 

             Setelah hampir tujuh minggu maka Israel dan Hamas memaklumkan, gencatan senjata sementara seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak yang terlibat dalam peperangan itu yang berkuat kuasa pada hari ini Jumaat 24 November 2023. Kegasanasan dan kekejaman zionis Yahudi telah menyebabkan  lebih 13,300 orang, sekurang-kurangnya 5,800 daripadanya kanak-kanak, telah terbunuh dalam peperangan ini.

Negara haram Israel tetap diberikan sokongan, walaupun negara itu telah melancarkan serangan yang melampaui batas undang-undang antarabangsa dalam peperangan sehingga sanggup menyerang hospital, sekolah, rumah ibadat dan lain-lain yang mengorbankan sebahagian besar nyawa kanak-kanak dan kaum wanita. Pada masa yang sama, menyebabkan berlakunya protes besar-besaran dalam negara Barat sendiri, sehingga beberapa negara bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan mahu mendakwa Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana telah melakukan jenayah perang.

Berbeza dengan mujahidin yang melancarkan dengan menyasarkan pasukan tentera sahaja

Perjuangan rakyat Palestin tidak boleh dipadamkan sekali-kali walaupun pihak kerajaan negara sahabat dan jiran telah mengecewakannya.

قال النبي :لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ.

“Masih ada satu golongan daripada kalangan umatku yang nyata berjuang menegakkan agamanya, dalam keadaan gagah perkasa menghadapi musuh mereka. Tidak bolah dimudaratkan oleh kalangan yang mengecewakan mereka atau menentang mereka, melainkan mereka menghadapi kesusahan, namun mereka terus berjuang atas dasarnya sehingga datangnya ketentuan Allah (memenangkan mereka).”

قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah mereka?”

قَالَ: ‌بِبَيْتِ ‌الْمَقْدِسِ، وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

Jawab Rasulullah SAW, “Mereka itu (penduduk) di Bait al-Maqdis dan di sekitat Bait al-Maqdis.” [Ahmad, Musnad Ahmad, Tatimmah Musnad al-Ansar, No. 22320, daripada Abu Umamah al-Bahili]

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ