Khutbah Jumaat : Jihad Islam DiSemarak Kejahatan Zionis Yahudi DiSekat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 21-22 surah Ali Imran:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ‎﴿٢١﴾‏ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ ‎﴿٢٢﴾‏

Maksudnya :  Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (21) Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan

Kisah jatuh dan bangunnya sesebuah bangsa begitu banyak menghiasi helaian al-Quran al-Karim sebagai salah satu unsur pengajaran dan pendidikan kepada umat Islam. Yang lebih menariknya, ada juga kisah tersebut diulang-ulang di beberapa surah yang berlainan sebagai memperkuatkan dan melengkapkan lagi unsur-unsur pengajaran supaya ia diterjemahkan ke dalam realiti kehidupan yang serba mencabar ini. Kisah kaum Saba’, kaum ‘Ad, kaum Thamud dan sebagainya adalah antara cebisan nostalgia silam yang mengungkapkan rahsia tersendiri yang hanya dapat difahami oleh individu Muslim yang berfikir.  

Salah satu kisah yang perlu diberi perhatian dan menjadi bahan renungan umat Islam dewasa ini ialah  kisah kaum Yahudi Bani Israil banyak dirakamkan Allah Taala dalam kitab suci al-Quran bagi mendedahkan tembelang sebenar kaum Yahudi terhadap isu keagamaan dan kemanusiaan sejagat. 

Perkataan Israel pada asalnya bererti pilihan adalah satu sebutan khusus bagi Nabi Yaakub AS. Jadi Bani Israil adalah susur galur keturunan Nabi Yaakub AS. Tetapi sekarang Bani Israil lebih dikenali dengan sebutan Yahudi atau Zionis. 

Sebagai bangsa pilihan, mereka telah dianugerahkan limpahan nikmat Allah Taala yang tidak diberikan kepada bangsa-bangsa lain. Antara nikmat tersebut ialah diutuskan ramai nabi dan rasul yang berasal daripada kalangan mereka, mereka telah diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan bala tenteranya, mereka dilindungi awan ketika berjalan di bawah terik mentari dan diturunkan makanan dari syurga iaitu manna dan salwa serta dua belas mata air dan banyak lagi nikmat Ilahi yang tiada terhitung.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 109  surah al-Baqarah:

وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ‎﴿١٠٩﴾‏ 

Maksudnya : Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu 

Biarpun kenikmatan demi kenikmatan Allah Taala limpahkan kepada bangsa Yahudi tersebut namun mereka telah berubah menjadi bangsa yang lupa diri, sombong takbur, mempermainkan ayat-ayat Allah Taala dan ajaran agama, bahkan mereka juga tergamak membunuh dai dan nabi mereka sendiri yang sentiasa menyeru mereka ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup. Demikianlah pula perilaku kaum Yahudi di zaman Rasulullah SAW yang hampir relatif sama dengan jejak langkah nenek moyang mereka yang terdahulu. Mereka sangat membenci dan berhasad dengki terhadap Rasulullah SAW dan sahabatnya. Maka, mereka telah berusaha dengan pelbagai cara dan helah sama ada secara terang-terangan mahu pun secara sulit supaya kaum Muslimin meninggalkan ajaran agama mereka dan kembali menjadi kufur semula seperti mereka.

Perilaku jahat kaum Yahudi ini Allah telah rakamkan dalam al-Quran sebagai satu pengajaran kepada umat Islam selepasnya berkenaan sikap dan perilaku sebenar kaum Yahudi tersebut

Sejarah Islam juga mencatatkan bahawa kaum Yahudi terkenal dengan sifat khianat dan mungkir janjinya di mana hampir semua perjanjian yang termeterai antara mereka dengan Rasulullah SAW  dikhianati mereka. Kerana itu, tidak menghairankan jika sekarang pun rejim Yahudi di Israel tetap mengulangi perbuatan khianat dan mungkir janji sebagaimana yang dilakukan oleh nenek moyang mereka yang terdahulu. Mereka bukan sahaja mengkhianati seluruh isi perjanjian damai dengan bangsa Palestin, malahan mereka dengan bongkaknya tidak mahu tunduk kepada resolusi yang telah diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang isu perdamaian Timur Tengah. 

Kisah pengkhianatan kaum Yahudi dahulu dan sekarang sekali gus membuktikan kebenaran wahyu Ilahi yang telah mendedahkan tembelang dan sikap kaum Yahudi sebenarnya terhadap isu keagamaan, kemanusiaan dan keamanan sejagat. Oleh kerana itu, mereka merupakan golongan yang tidak boleh dipercayai sama sekali, maka tidak perlu lagi diusahakan sebarang rundingan ataupun perjanjian damai, apatah lagi diadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan mereka, bahkan umat Islam di bumi Palestin yang dizalimi dan ditindas oleh rejim Zionis itu wajib berjihad demi mempertahankan maruah, harta benda, tanah air dan agama mereka.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 77-79 surah al-Maidah :

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِن قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ ‎﴿٧٧﴾‏ لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ ‎﴿٧٨﴾‏ كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ ‎﴿٧٩﴾

Maksudnya : Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul” (77) Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. (78) Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.

Kebangkitan Palestin melalui Operasi Taufan Al-Aqsa mampu menjadi titik tolak kepada perubahan menyeluruh umat Islam dalam membela nasib umat Islam yang tertindas di seluruh dunia, khususnya di Palestin. Sebagai respons segera umat Islam bagi menekan Zionis-Israel, ada lima langkah utama yang perlu segera dilaksanakan iaitu:

[1] Kempen pemboikotan produk keluaran Israel dan sekutunya perlu digerakkan semula secara besar-besaran. Memang diakui, kempen sebegini dilihat lebih bersifat bermusim, namun sekiranya ia digerakkan secara berstrategi dan menyeluruh, pastinya memberi kesan lebih kuat. Dengan strategi pemboikotan yang bersasar, ia mampu melumpuhkan ekonomi konglomerat Israel, sekali gus menghapuskan penguasaan ekonomi mereka.

[2] kempen media sosial amat penting dan sangat berkesan. Walaupun media sosial utama dunia dikuasai Israel seperti Twitter, Instagram dan Facebook, namun dengan kekuatan solidariti umat Islam berjumlah 1.9 billion ini, ia mampu menggegar dunia serta mendedahkan kezaliman Israel kepada penduduk Palestin. Pihak Zionis-Israel sentiasa memadamkan maklumat dan berita berkaitan Palestin daripada rangkaian media sosial yang dikuasai mereka. Oleh itu, strategi dan kreativiti umat Islam seluruh dunia amat diperlukan bagi menembusi kepungan maklumat mereka. Maklumat berkaitan Palestin boleh dikongsi secara reverse psychology iaitu dengan memulakan perkongsian maklumat berkaitan pelancongan di Israel, kemudian diikuti dengan realiti penindasan yang berlaku di Palestin serta sejarah asal kewujudannya.

[3]  Penyaluran dana kewangan adalah keperluan mendesak bagi pejuang Palestin dalam usaha perjuangan ini. Umat Islam wajib menyalurkan bantuan semampu mungkin kepada badan yang menguruskan sumbangan terus kepada pejuang Palestin. Pelbagai NGO di Malaysia yang mempunyai akses terus ke Palestin. Sumbangan kewangan adalah bukti solidariti umat Islam dan kesaksian di hadapan Allah SWT penyertaan kita dalam perjuangan suci ini.

[4]  Momentum solidariti kebajikan umat Islam perlu digerakkan sepenuhnya di seluruh dunia bagi membantu rakyat Palestin. Tindakan sokongan kebajikan ini perlu segera dilaksanakan di peringkat domestik negara Islam dan antarabangsa. Peranan ini boleh dimainkan ketua negara Islam dengan duduk semeja dan menetapkan tindakan segera mewakili dunia Islam. Bantuan makanan, perubatan, kemanusiaan dan sokongan moral perlu segera digerakkan di seluruh dunia Islam tanpa bertangguh. Setiap nyawa saudara kita di Palestin dipertanggungjawabkan kepada kita umat Islam seluruh dunia. Kepentingan diri dan negara masing-masing perlu diketepikan demi tanah suci Islam tercinta. Negara Islam tidak perlu takut, malah seharusnya berasa kuat dengan solidariti yang ada serta penguasaan ‘Emas Hitam’ yang dimiliki negara Islam. Kekuatan umat Islam terserlah sekiranya seluruh umatnya bersatu, bak kata pepatah ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.’

[5]  Doa ialah senjata bagi orang Mukmin. Sempena keberkatan bulan Rabiul Awal bulan kelahiran Junjungan Mulia Rasulullah SAW, umat Islam seluruh dunia diseru untuk bermunajat dan memanjatkan doa setulus ikhlas memohon bantuan kepada Allah SWT Yang Maha Perkasa untuk membantu perjuangan Mujahidin di Palestin. Umat Islam juga diseru melazimi Qunut Nazilah dalam setiap solat supaya Allah SWT memberikan kekuatan dan kemenangan kepada perjuangan Islam di Palestin.

          Yakinlah kita tentang janji Allah berkenaan kemenangan Islam di Palestin dalam memerangi kezaliman zionis Yahudi. Islam dijulang tinggi, kejahatan zionis yahudi dihenti. Biar nyawa melayang asalkan tanah wakaf Palestin milik umat Islam dapat dimerrdekakan. Biar bermandi darah asalkan Masjid Aqsa dibebaskan dari cengkaman zionis yahudi yang menjajah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Kepimpinan Islam DiJulang Penyalahgunaan Kuasa DiTentang

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  58   surah an-Nisaa’ :

 إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا ‎﴿٥٨﴾‏

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Kepimpinan di dalam Islam mempunyai pengertian yang amat luas, termasuklah pemimpin dalam institusi keluarga, pemimpin masyarakat dan juga pemimpin negara. Semakin luas bidang kepimpinan kita maka semakin beratlah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.  Di dalam sejarah kepimpinan Islam, Rasulullah s.a.w adalah merupakan pemimpin umat Islam yang pertama berjaya membentuk sebuah negara Islam di Madinah Al-Munawarah. Sekalipun penduduk Madinah mempunyai berbagai-bagai suku kaum dan bangsa, namun dengan kebijaksanaan dan keadilan Rasulullah s.a.w mereka dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadilan Rasulullah s.a.w sebagai seorang pemimpin amat terserlah dalam banyak perkara.

 Dalam melaksanakan syariat Islam, baginda Rasulullah s.a.w tidak pernah membezakan di antara sesama manusia samada ahli keluarganya, kaum kerabatnya, sahabat-sahabatnya mahupun golongan yang berpengaruh atau sebaliknya. Baginda senantiasa berlaku adil di dalam semua perkara. Corak kepimpinan Rasulullah s.a.w ini telah diikuti oleh para khalifah selepasnya seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab dan lain-lain lagi sehinggakan kemakmuran di kota Madinah dapat terus dikekalkan. Inilah antara bukti yang nyata di mana apabila seseorang pemimpin itu bersifat adil maka rumahtangga, masyarakat dan rakyat seluruhnya akan hidup aman sejahtera dan negara akan terus makmur dengan mendapat perlindungan daripada Allah SWT. Seseorang pemimpin itu hanya akan dianggap sebagai pemimpin yang adil apabila ia dapat melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya dengan sempurna. Dua amanah utama yang harus dipikul oleh seorang pemimpin di dalam sebuah negara ialah; Pertama : Melaksanakan syariat Allah SWT. Kedua : Menggerakkan dan memimpin ke arah kehidupan yang diredhai Allah SWT. Pemimpin yang adil hendaklah sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama dalam menjalankan amanah yang telah diberikan kepadanya.  

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  8  surah al-Maidah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ‎﴿٨﴾

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

           Pembahagian kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil “separation of powers” merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada 3 cabang utama iaitu pemerintah (eksekutif), perundangan (legislatif), dan kehakiman (judisiari).

Islam mendahului beberapa abad dalam pelaksanaan konsep pembahagian kuasa ini dan telah mempengaruhi sistem kehakiman negara Barat yang mengamalkan sistem demokrasi melalui pengkajian golongan orientalis daripada tamadun Islam. Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW terhadap diri Baginda sendiri, apabila Baginda membeli seekor kuda daripada seorang Badwi. Setelah mereka bersetuju dengan harga kuda itu, hanya Baginda belum menjelaskan bayarannya kerana berlaku hal yang lain, tiba-tiba si Badwi itu mempelawa kepada sesiapa sahaja untuk membelinya dengan harga yang lebih mahal dan ada pula yang mahu membelinya. Apabila Rasulullah SAW memanggil untuk membayarnya, tiba-tiba si Badwi itu tegas mahu menjual kepada orang lain dengan tawaran harga yang lebih mahal.

Mengikut hukum Islam, bahawa Rasulullah SAW yang berhak menjelaskan bayarannya kerana jual beli itu masih berada dalam majlis yang belum berpisah (khiyar majlis). Namun, si Badwi itu tetap meminta untuk dibicarakan dengan membawa saksi dan Rasulullah SAW perlu menunjukkan saksinya. Khuzaimah bin Thabit RA lalu tampil menjadi saksi di samping ramai lagi saksi daripada kalangan sahabat yang lain. Akhirnya, si Badwi bersetuju menyerahkan kuda itu kepada Rasulullah SAW. 

Di sini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sebagai seorang rasul yang dilantik oleh Allah SWT mengatasi jawatan segala raja dan pemimpin negara, tidak menggunakan kedudukan Baginda untuk mempengaruhi sistem kehakiman yang mewajibkan keadilan Islam kepada semua.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 135  surah an-Nisaa’ :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا ۚ وَإِن تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا ‎﴿١٣٥﴾

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan

Keadilan Islam dalam memisahkan antara kuasa pemerintah , perundangan , dan kehakiman dapat kita saksikan dalam kisah Khalifah keempat Khulafa’ al-Rasyidin, Khalifah ‘Ali RH di mana pada suatu hari ketika beliau   sedang berjalan di pasar pada suatu hari, tiba-tiba beliau melihat baju perisai kepunyaannya yang hilang hendak dijual oleh seorang bukan Islam (Ahli Kitab) di pasar itu. Lalu beliau mengambilnya dan mengaku baju perisai itu ialah kepunyaannya yang hilang, namun si penjual itu menegaskan bahawa baju perisai itu merupakan miliknya.

Akhirnya, kes itu dibawa ke hadapan Hakim Syuraih al-Kindi untuk dibicarakan. Syuraih meminta saksi daripada Khalifah ‘Ali RA. Apabila Khalifah ‘Ali RA tidak dapat mengadakan saksi yang diterima, maka Hakim Syuraih menyerahkan baju perisai itu kepada yang dituduh iaitu seorang bukan Islam untuk mengambilnya. Tiba-tiba, si penjual yang dituduh itu berkata:

‌أَمَّا ‌أَنَا ‌فَأَشْهَدُ ‌أنَّ ‌هَذِهِ ‌أَحْكَامُ ‌الأَنْبِيَاءِ، ‌أَمِيْرُ ‌الْمُؤمِنِيْنَ ‌يُدْنيني ‌إِلَى ‌قَاضِيْهِ ‌يَقْضِيْ ‌عَلَيْهِ. ‌أَشْهَدُ ‌أَنْ ‌لَا ‌إلَهَ ‌إلَا ‌اللهُ ‌وَأَشْهَدُ ‌أَنَّ ‌مُحَمَّدًا ‌عَبْدُهُ ‌وَرَسُولُهُ، ‌الدِّرْعُ ‌وَاللهِ ‌دِرْعُكَ ‌يَا ‌أَمِيْرَ ‌الْمُؤْمِنِينَ ‌اتَّبَعْتُ ‌الجَيْشَ ‌وَأَنْتَ ‌مُنْطَلِقٌ ‌إِلَى ‌صِفِينَ.

Maksudnya : “Sesungguhnya, aku bersaksi bahawa inilah kehakiman para anbiya’ yang adil kerana seorang Amir al-Mu’minin (ketua negara yang berkuasa) mengadukan masalah ini kepada hakim untuk menghakiminya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Dan demi Allah baju perisai ini sememangnya kepunyaanmu, wahai Amir al-Mu’minin! Aku mengambilnya ketika ia terjatuh dari unta apabila kamu wahai Khalifah mahu berangkat ke Siffin.”

Kemudian, si ahli Kitab itu terus menyerahkan baju perisai tersebut kepada Khalifah ‘Ali RA, lalu beliau mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluk Islam.

Khalifah ‘Ali RA pula menghadiahkan perisai itu kepada Ahli Kitab itu dan beliau menjadi seorang pejuang Islam yang berjihad dengan ikhlas.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Pernah berlaku pula pada zaman Sultan Muhammad al-Fatih yang memerintah Kerajaan ‘Uthmaniyyah di mana Baginda menugaskan seorang arkitek berbangsa Rom (bukan Islam) kerana kemahirannya agar membina sebuah masjid yang besar dan indah bertiangkan marmar mengikut ketinggian yang telah ditetapkan. Tiba-tiba, masjid yang dibina itu tidak mengikut arahan baginda, menyebabkan sultan sangat murka lalu arkitek itu dipotong tangannya. Namun, selepas itu, sultan sangat menyesal atas tindakannya yang zalim itu.

Adapun arkitek itu membuat pengaduan kepada hakim Istanbul yang terkenal ketegasannya, Syeikh Sori Khadir Jalabi. Hakim membuat keputusan bahawa sultan hendaklah dijatuhkan hukuman qisas dipotong tangannya atau membayar diat (wang dengan jumlah yang dihadkan) cara hukumannya mengikut pilihan pendakwa.

Tiba-tiba, orang yang mendakwa tercengang dengan keputusan hakim lalu memilih hukuman bayaran sara hidup kepadanya. Kemudian, Sultan Muhammad al-Fatih menggandakan bayaran sara hidupnya lebih daripada keputusan hakim. 

Semua kisah ini menunjukkan betapa Islam mendahului negara demokrasi Barat dalam melaksanakan konsep pembahagian kuasa dan menegakkan keadilan kepada semua, termasuk terhadap bukan Islam kerana perintah Allah yang mengatasi undang-undang ciptaan manusia.

Negara demokrasi Barat yang menjajah dan menakluki negara Islam banyak mengambil kitab karangan para ulama’ Islam dalam segala lapangan ilmu, termasuk dalam lapangan pentadbiran dan kehakiman sehingga ilmu yang terkandung dalam kitab-kitab itu telah mempengaruhi mereka. Akan tetapi, mereka memisahkan urusan pentadbiran dan kehakiman itu daripada agama. Namun, pengaruhnya tetap membawa pembaharuan kepada mereka.

Rasulullah SAW memberikan amaran kepada para hakim dengan sabdanya:

القُضَاةُ ثَلَاثَةٌ: قَاضِيَانِ فِي النَّارِ، وَقَاضٍ فِي الجَنَّةِ، رَجُلٌ قَضَى بِغَيْرِ الحَقِّ فَعَلِمَ ذَاكَ فَذَاكَ فِي النَّارِ، وَقَاضٍ لَا يَعْلَمُ فَأَهْلَكَ حُقُوقَ النَّاسِ فَهُوَ فِي النَّارِ، وَقَاضٍ قَضَى بِالحَقِّ فَذَلِكَ فِي الجَنَّةِ. – رواه أبو دأود و الترمذي والنسائي وابن ماجه

Maksudnya : “Para hakim itu ada 3 jenis; dua jenis berada di dalam neraka dan satu jenis berada di dalam syurga. Seseorang yang menghukum secara salah walaupun dia mengetahui perkara yang benar, maka dia berada di dalam neraka. Seseorang yang jahil yang merosakkan hak manusia dengan kejahilannya, maka dia berada di dalam neraka juga. Dan seseorang yang menghukum secara benar, maka dia berada di dalam syurga.” 

Sangat malang dan memalukan bagi pemimpin dan umat Islam yang ditimpa bencana kehakiman yang tidak mengikut Islam yang merupakan agamanya sendiri. Keadaan ini menunjukkan betapa penjajahan pemikiran dan sistem masih lagi bertapak dan perjuangan kemerdekaan masih belum selesai.  Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia dunia dan akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Raikan Kemenangan Perkasakan Undang-undang Islam

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  1-3   surah al-Fathu :

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ‎﴿١﴾‏ لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ‎﴿٢﴾‏ وَيَنصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا ‎﴿٣﴾‏ 

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,  Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).  Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya)

Kemenangan adalah suatu perkara yang sentiasa menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Tidak kira perjuangan itu benar haq atau batil, pejuang itu Muslim atau tidak, masing-masing meletakkan harapan untuk mencapai kemenangan dengan berusaha untuk mengatasi yang lain. Islam mempunyai asasnya yang tersendiri tentang kemenangan, berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi serta fahaman lain. Di dalam al-Quran, Allah menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al-fawzu, al-nasru dan al-fathu. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza.

Kemenangan dengan istilah “al-falah” melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan “al-fawz” pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan “al-nasr” pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya. “Al fath” pula kejayaan yang diperolehi setelah melalui pelbagai jenis ujian seperti kekalahan, kelemahan, kesedihan dan kesengsaraan.

Kemenangan pula terbahagai kepada 2 iaitu kemenangan di Dunia dan kemenangan di akhirat nanti. Di dalam al-Quran, golongan yang memperolehi kemenangan dunia (al-nasr) ini disebut sebagai ghalibun dan dzahirun. Ghalibun memberi maksud orang-orang yang mengalahkan, manakala dzahirun bermaksud orang yang menang. Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. Ulama’ sejarah menggunakan istilah al-fath (pembukaan) di dalam setiap kejayan tentera Islam menawan sesuatu wilayah kerana mengambil pengajaran dari al-Quran. Sifat penaklukan itu bukan pemaksaan dan penjajahan, tatapi ia adalah pendedahan manusia kepada Islam, pemerintahannya dan keadilannya.

3 bentuk kemenangan al-nasr di dunia yang dijanjikan itu adalah :

[1] Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendukung-pendukung ke atas negara atau wilayah dan memegang tampuk pimpinan.

[2] Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya kewibawaan untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.

[3] Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 10-12 surah as-Soff:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ ‎﴿١٠﴾‏ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ‎﴿١١﴾‏ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ‎﴿١٢﴾

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?  Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).  (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.

Kemenangan di akhirat yang disebut al-fawzu pula adalah kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam. Allah  menawarkan kemenangan  di akhirat itu meliputi 4 perkara iaitu : [1] Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat. [2] Mendapat keampunan dari Allah Taala di atas segala dosa yang telah dilakukan. [3] Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai yang mengalir. [4] Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di Syurga yang bernama ‘Adni.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 1-3 surah an-Nasru:

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ‎﴿١﴾‏ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا ‎﴿٢﴾‏ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ‎﴿٣﴾

Maksudnya : Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), –  Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, –  Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. 

Surah an-Nasru bukan sahaja memberitahu tentang kemenangan Islam malah ia merupakan penunjuk Rabbani saat datang pertolongan Allah dan kemenangan dari-Nya. Rasulullah diperintahkan untuk bertasbih, bertahmid dan beristighfar. Orang-orang beriman tidak boleh sombong dan angkuh atas kemenangan ini. Tapi mesti menyedari bahqwa kemenangan itu datangnya dari Allah. Oleh itu wajib mendekatkan diri kepada Allah, mensucikan Allah daripada segala sifat kekurangan, bersyukur kepada-Nya dan memohon ampunanNya. Bertasbih dan bertahmid atas kurniaan dan anugerah Allah yang telah menjadikan mereka sebagai pemegang amanah untuk melaksanakan dakwah-Nya dan menjaga agama-Nya. Beristighfar dari rasa bangga dan sombong yang kadang-kadang menyelinap ke dalam jiwa saat kemenangan tiba. Juga beristighfar atas perasaan dan sikap yang boleh jadi menyertai saat perjuangan panjang dan sekian lama menantikan datangnya kemenangan.

Ibnu Katsir menjelaskan, Rasulullah s.a.w tidak hanya bertasbih dan beristighfar. Bahkan pada hari pembukkan Kota Makkah, baginda mengerjakan solat dhuha 8 rakaat. Sebahagian ulama berpendapat, disunnahkan mencontohi Rasulullah s.a.w mengerjakan sholat 8 rakaat ketika mendapatkan kemenangan atas suatu negeri.  Sa’ad bin Abi Waqash RH ketika menawan kota-kota di Parsi juga melakukan solat itu.

Rasulullah mensyukuri nikmat pengampunan Allah ini dengan pengampunan kepada seluruh penduduk Makkah. Baginda  memaafkan mereka meskipun dulunya menyakiti dan memerangi Rasulullah s.a.w.

Sebelum pembukaan Kota Makkah berlaku, pemimpin Quraisy Abu Sufyan bin Harb telah datang menemui Rasulullah S.A.W meminta perdamaian. Beliau tahu Quraisy tidak dapat lagi menghadapi kemaraan umat Islam. Nabi s.a.w menerima perdamaian itu dengan meletakkan beberapa syarat. Namun semangat berkobar-kobar umat Islam mahu membalas pengkhianatan janji Quraisy menyebabkan Saad bin Ubadah menyatakan kata-kata keras di hadapan Abu Sufyan:

الْيَوْمَ يَوْمُ الْمَلْحَمَةِ ، الْيَوْمَ تُسْتَحَلُّ الْكَعْبَةُ

Maksdudnya : “Hari ini adalah hari balasc dendam! Hari ini Kaabah akan ditawan!”

Apabila Nabi S.A.W mendapat tahu perkara ini, baginda membalas:

 الْيَوْمُ يَوْمُ الْمَرْحَمَةِ .

Maksudnya : “Sebenarnya hari ini hari kerahmatan kasih sayang..

Keadaan ini telah membuatkan orang berbondong-bondong memeluk Islam. Kemenangan Islam tidak sedikitpun digunakan bagi membalas dendam kejahatan yang selama ini dilakukan Quraisy.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah :

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ‎﴿١٢٠﴾

Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Ketika Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan kali ke-66 sepatutnya budaya penjajah yang merosakkan dan pemikiran penjajah samada sekuler, liberal dan sebagainya sudah terhakis namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Masih ada segelintir umat Islam sendiri yang mengaku sudah merdeka namun cara hidup dan berfikir terus berqiblatkan penjajah. Kita begitu bimbang apabila ada usaha halus dan terancang telah memfailkan permohonan untuk membatalkan 21 kesalahan jenayah Syariah Negeri Kelantan. Antaranya termasuk liwat, persetubuhan dengan mayat dan bukan manusia, musnahkan tempat ibadat, judi, arak dan banyak lagi. Permohonan itu bersandarkan kepada keputusan kes Iki Putra. Bahawa Negeri Kelantan tiada kuasa untuk buat undang-undang tersebut. Pendengaran kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid ditetapkan semalam 17 Ogos 2023. Kalau Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan permohonan tersebut, maka 21 kesalahan tersebut akan dibatalkan.

Namun yang lebih parah kesannya, saya pasti kesemua Enakmen Jenayah Syariah di semua negeri akan mula dicabar dan terus dicabar. Ia membawa teori domino jika Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibatalkan ia boleh membawa akibat terbatalnya juga Kanun Jenayah Syariah di lain-lain negeri. Oleh itu kita menyeru pihak berkuasa agama Islam negeri, badan-badan berkanun berkaitan agama Islam dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agama diseru terlibat dalam kes berkaitan Nik Elin Zurina lawan Kerajaan Kelantan sama ada sebagai pencelah  atau sahabat mahkamah dalam menentang tindakan jahat ini. Kita juga sebagai umat Islam yang bermaruah mesti terus bermunajat berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati golongan ini dan dihancur serta digagalkan segala perancangan jahat mereka yang tidak bertanggungjawab. Kita juga wajib berdoa dan berusaha agar kuasa Mahkamah Syariah bukan sahaja semakin lemah malah semakin diperkasakan dari masa ke semasa bermula dengan kesungguhan pemimpin negara dan ahli parlimen. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Kalimah Allah DiJulang Umat Gemilang

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  256  surah al-Baqarah:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦

Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

           Cabaran-cabaran ke atas agama Islam, ajaran dan Syariatnya semakin hari semakin hebat. Tetapi pada masa sama Islam juga berkembang di serata pelusuk dunia dengan begitu pesat.  Atas janji Allah dalam Al-Quran bahawa Islam itu agama yang sempurna. Sifat Islam yang sempurna dan jaminan Allah tentang kelangsungan Islam di alam ini sehinggalah datangnya Hari Kiamat tidak bermakna kita umat Islam tidak perlu berusaha untuk menjelaskan tentang Islam dan merealisasikan kesempurnaannya. Keadaan ini juga tidak membenarkan kita umat Islam bertindak pasif dalam menegakkan hukum Syariah serta syiar Islam. Di sinilah munculnya kewajipan untuk setiap kita melakukan dakwah, mengajak ke arah kebaikan dan cara hidup Islam serta menegakkan hukum Allah yang jelas dan nyata.

Di negara kita, antara cabaran utama kepada Islam dan umatnya di negara ini ialah cabaran berkaitan akidah. Perkara yang menjadi fokus semasa ialah berkaitan kebebasan menganut dan mengamal doktrin yang diisytiharkan salah oleh pihak berautoriti agama. Timbulnya golongan liberal yang meminta supaya pegangan agama diserahkan kepada setiap individu untuk  memilih dan mengamal doktrin serta menentukan akidah masing-masing tanpa sebarang peduli atau perhatian dan jagaan daripada pihak berautoriti agama. Perkara ini sudah tentu tidak selaras dengan kefahaman Islam sebenar kerana akidah Islam itu mempunyai paksi tertentu dan tidak boleh diubah

Begitu juga jeritan pihak-pihak tertentu untuk memansuhkan sekatan yang boleh dikenakan ke atas penyebaran doktrin bukan Islam di kalangan orang Islam. Alasannya ialah kebebasan beragama sedangkan sekatan penyebaran doktrin ini adalah suatu hak orang Islam yang dimaterai dan diiktiraf  Perlembagaan Negara.

Apa yang lebih malang bila adanya cadangan agar Majlis Agama Islam Negeri tidak mengambil tindakan kepada orang Islam sekiranya maksiat dilakukan secara tertutup yang membuka kepada segala pintu kemaksiatan semakin berleluasa. Kita bimbang peranan Majlis Agama dalam membanteras gejala maksiat semakin dikecilkan malah mungkin tidak berperanan lagi.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Penghinaan terhadap agama Islam terakam dalam banyak ayat al-Qur’an. Antaranya adalah penghinaan yang dilakukan oleh golongan bukan Islam yang memusuhi Islam dan umat Islam. Sebagai contoh firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 12:

وَإِن نَّكَثُوا أَيْمَانَهُم مِّن بَعْدِ عَهْدِهِمْ وَطَعَنُوا فِي دِينِكُمْ فَقَاتِلُوا أَئِمَّةَ الْكُفْرِ ۙ إِنَّهُمْ لَا أَيْمَانَ لَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَنتَهُونَ 

Maksudnya: “Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela ugama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).”
Ayat ini membahaskan berkenaan pembesar-pembesar musyrikin yang telah memungkiri janji mereka seperti Abu Sufyan bin Harb, Harith bin Hisham dan Sahl bin Amr.  Pada asalnya orang-orang bukan Islam yang memohon perlindungan di bawah negara Islam (kafir mu’ahad) hendaklah diperlakukan sebagaimana orang-orang Islam. Namun, jika mereka mencabuli perjanjian lalu menghina agama Islam, maka mereka boleh diambil tindakan keras termasuk dibunuh kerana perjanjian telah berakhir dan mereka tidak lagi dilindungi.  Kefahaman daripada ayat ini, menghina Islam merupakan suatu perkara yang amat serius sehingga hukuman yang boleh dikenakan juga amat berat. Dalam contoh yang lain, firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 65:

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّـهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ ﴿٦٥﴾

Maksudnya: “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”

Ayat ini diturunkan sebelum berlaku peperangan Tabuk. Pada ketika itu terdapat dua orang munafik yang menghina al-Qur’an dan Rasulullah SAW manakala seorang lagi mentertawakannya. Lalu Allah SWT menyampaikan hal tersebut kepada Rasulullah SAW. Baginda memanggil mereka bertiga lalu bertanya hal tersebut dan mereka menjawab sambil mengatakan perbuatan itu sekadar suatu gurauan atau permainan. Dengan itu, Allah SWT menurunkan ayat ini menempelak perbuatan mereka.

Daripada dua contoh ayat di atas, dapat kita fahami bahawa agama Islam tidak boleh sama sekali dihina. Termasuk dalam erti kata menghina Islam adalah menghina segala perkara yang berkaitan langsung dengan agama Islam seperti menghina Allah SWT, Rasulullah dan para nabi, al-Qur’an, al-Sunnah, laungan azan, solat, puasa dan lain-lain.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Bukan sekadar itu, bahkan Islam turut melarang umatnya sendiri untuk menghina agama bukan Islam. Hal ini bersandarkan firman Allah dalam surah al-An’am ayat 108:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّـهِ فَيَسُبُّوا اللَّـهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٠٨﴾

Maksudnya: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Jika diperhatikan sepintas lalu, larangan mencela tuhan agama lain itu seolah-olah tidak tepat. Ini kerana, tuhan yang disembah oleh mereka itu adalah batil menurut aqidah Islam. Walau bagaimanapun, sekiranya diteliti dengan lebih cermat, alasan larangan itu dinyatakan sendiri oleh al-Qur’an. Larangan menghina tuhan sembahan golongan kafir itu adalah bagi mengelakkan mereka membalas penghinaan atau cercaan itu dengan menghina atau mencerca Allah SWT sedangkan Allah SWT adalah Tuhan yang sebenar-benarnya. Ini bermakna, Islam merupakan agama yang tidak akan berkompromi sama sekali dengan mana-mana pihak yang menghina agama tanpa mengambil kira sama ada agama yang dihina itu adalah Islam atau selainnya.

Dalam konteks peruntukan undang-undang, kita melihat isu penghinaan terhadap agama Islam boleh ditangani menerusi perundangan sivil dan perundangan syariah. Ini kerana, kedua-dua perundangan tersebut ada menyatakan peruntukan bagi kesalahan menghina agama. Namun demikian, bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya terbatas kepada membicarakan kes-kes yang melibatkan orang Islam, berbeza dengan Mahkamah Sivil yang boleh membicarakan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Isu kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran hangat dibincang dalam minggu ini. Penggunaan kalimah Allah dalam buku penerbitan agama Kristian pastinya mamberikan maksud yang berbeza dengan tafsiran Islam berikutan dasar kepercayaan yang berbeza lagi bertentangan. Sedangkan kalimah Allah adalah bersifat eksklusif yang membezakan tafsiran kalimah Allah dari sudut kepercayaan musyrikin, Kristian dan selainnya. 

Firman Allah S.W.T dalam 1-4 surah al-Ikhlas:

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ۝  ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ۝  لَمۡ یَلِدۡ وَلَمۡ یُولَدۡ ۝  وَلَمۡ یَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.”

Kita senada dengan pendirian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menegaskan tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menarik balik rayuan kes penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan berkaitan agama Kristian di mana MAIS berpendirian kes tersebut bukan hanya berkaitan dengan isu pentadbiran dan keselamatan, sebaliknya ia juga melibatkan akidah orang Islam dan pentadbiran agama Islam yang berada di bawah bidang kuasa Raja sebagai ketua agama negeri.

Kerajaan sebelum ini termasuk melalui 3 majlis agama itu ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)telah bertindak dalam proses rayuan terutama dalam menjunjung titah DYMM Sultan Selangor serta DYMM Sultan Johor  dengan berpandangan demi kepentingan awam, proses rayuan dalam kes melibatkan penggunaan kalimah ALLAH dibuat bagi membolehkan mahkamah di peringkat tertinggi negara memutuskan isu itu secara muktamad dan boleh menjadi panduan semua pihak yang terlibat dalam isu penggunaan kalimah ALLAH demi maslahat agama dan negara.

Ia juga bertepatan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada tahun 2008 telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.

Firman Allah S.W.T: dalam ayat 30 surat at-Taubah :

(وَقَالَتِ ٱلۡیَهُودُ عُزَیۡرٌ ٱبۡنُ ٱللَّهِ وَقَالَتِ ٱلنَّصَـٰرَى ٱلۡمَسِیحُ ٱبۡنُ ٱللَّهِۖ ذَ ٰ⁠لِكَ قَوۡلُهُم بِأَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡۖ یُضَـٰهِـُٔونَ قَوۡلَ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ مِن قَبۡلُۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُۖ أَنَّىٰ یُؤۡفَكُونَ)

Maksudnya : Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Isra’ dan Mikraj Membina Kekuatan Umat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!  الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Renungilah firman Allah dalam ayat 36 surah at-Taubah :

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦

Maksudnya : Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa

Kini kita telah berada pada pertengahan bulan Rejab yang merupakan antara 4 bulan haram selain bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Sesungguhnya ketibaan bulan Rejab sebagai petanda betapa kita semakin menghampiri bulan yang paling mulia iaitu Ramadan al-Mubarak. Rejab ialah bulan yang mulia dan suci. Selain itu, terdapat juga maksud lain bagi Rejab iaitu kebesaran, rahmat, pemurah, kebajikan dan kerohanian. Seorang Ulama iaitu Abu Bakar al-Warraq RH berkata : “Rejab ialah bulan untuk bercucuk tanam, Syaaban pula bulan untuk menyiram tanaman dan Ramadan pula bulan untuk memungut hasil.”  

Nabi S.A.W bersabda:

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمـُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya :  “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah S.W.T menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang Haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadil Akhir dan Syaaban.”

Rejab Mudhor ini merujuk kepada kabilah Bani Mudhor kerana kabilah ini amat menjaga akan pengharaman bulan tersebut. Selain itu, Ibn Kathir menukilkan pendapat Ibn Abbas R.A yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain.

Sebab itulah ramai di kalangan ulama salafussoleh yang selalu berpuasa sunat di bulan-bulan Haram seperti Sufyan al-Thauri. Beliau menyebutkan: “Bulan-bulan haram itu lebih aku sukai untuk berpuasa sunat padanya.”

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 42 surah at-Taubah :

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ ‎﴿٤٢﴾

Maksudnya : Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

Bulan Rejab yang pernah mencatatkan beberapa peristiwa besar terutama peristiwa Isra’ dan Mikraj, Peperangan Tabuk tahun 9H serta kembali tertawannya bumi Palestin oleh Yahudi pada 15 Mei 1948 bersamaan 6 Rejab 1367H dengan penubuhan negara haram Israel selepas Palestin dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 27 Rejab 583 Hijrah bersamaan 2 Oktober 1187 Masihi. Peristiwa-peristiwa ini meninggalkan begitu banyak pengajaran dan iktibar yang mesti diambil dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini.

Melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj khususnya banyak iktibar yang mesti diambil terutama di dalam mengembalikan kemuliaan dan kekuatan umat Islam. Sebelum berlakunya mukjizat Isra’ dan Mikraj yang merupakan mukjizat kedua terbesar selepas mukjizat al-Quran di mana kita menyaksikan penghinaan dan serangan terhadap batang tubuh nabi Muhammad s.a.w semakin kuat sehingga berlakunya suatu peristiwa yang hebat ini di bawah aturan Allah. Ia menjadi motivasi yang begitu kuat pada diri nabi s.a.w dalam meneruskan kerja dakwah dan mentadbir bumi berasaskan Islam. Kemenangan Islam bukan datang dengan mudah dan senang bahkan terpaksa menumpahkan darah dan nyawa melayang

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali Imran :

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ ‎﴿٧٩﴾‏

Maksudnya : Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

Perlu diinsafi bahawa hanya dengan senjata kekuatan sahaja, umat Islam akan muncul sebagai umat yang terbaik, berwibawa, dihormati, bermaruah dan disegani oleh kawan dan lawan sehingga tidak mudah dipermainkan dan dipengaruhi oleh musuh-musuhnya. Kekuatan yang dimaksudkan di sini bukan hanya sekadar kekuatan material atau luaran sahaja seperti kekuatan senjata, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya, malah kekuatan yang perlu ditekankan di sini ialah kekuatan dalaman iaitu kekuatan akidah, ibadah, akhlak, ukhuwah Islam dan seumpamanya. Kedua-dua kekuatan iaitu kekuatan dalaman dan luaran inilah yang telah melahirkan generasi terbaik dan cemerlang pada suatu ketika dahulu. Mereka memanfaatkan segala kekuatan tersebut sehingga mampu mencipta satu tamadun Islam yang tiada tolok bandingnya dalam lipatan sejarah Islam. kekuatan yang harus dijana dan direalisasikan dalam kehidupan umat Islam dewasa ini. Antara kekuatan tersebut ialah:

[1] Kekuatan akidah merupakan tonggak yang paling penting dalam proses pembinaan sahsiah Muslim yang sebenar. Ia bermula dengan menanam dan menyuburkan jiwa keimanan yang hanya tunduk dan patuh ke hadrat Allah Yang Maha Berkuasa. Akidah yang mantap adalah benteng yang bertapak kukuh di dalam jiwa Muslim sehingga mampu menepis segala anasir asing yang cuba mengeruhkan kesucian Islam. Akidah yang kukuh adalah penyelamat umat daripada segala gejala sosial dan memelihara mereka daripada terjerumus dalam kancah kesesatan yang dimurkai Allah.

[2] Kekuatan ilmu. Ilmu adalah sumber kekuatan dan ejen pemangkin ke arah kegemilangan serta keunggulan Islam dalam pelbagai lapangan hidup sebagaimana yang pernah dirintis oleh generasi Rasulullah SAW dan sahabat satu ketika dahulu. Generasi Rasulullah dan sahabat merupakan contoh generasi yang memahami Islam secara bersepadu dan menyeluruh dari segi teori dan amalinya, duniawi dan ukhrawinya. Justeru, umat Islam dituntut menguasai seluruh ilmu Islam yang memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi. Ini sesuai dengan kedudukan Islam itu sendiri sebagai cara hidup  cukup sempurna dan lengkap yang merangkumi semua tuntutan keperluan manusia dunia dan akhirat. 

[3] Kekuatan akhlak. Ini kerana akhlak adalah antara mekanisme terpenting dalam Islam sehingga mendapat kedudukan yang istimewa sebagai nilai pengisi dan penyeri binaan asas iman dan Islam. Malah kualiti manusia yang berpaksikan kekentalan iman dan ketrampilan akhlak yang luhur merupakan aset yang amat penting bagi sesebuah negara dan seterusnya boleh bertindak sebagai agen penentu kepada jatuh bangunnya sesebuah negara. 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 60 surah al-Anfal :

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ‎﴿٦٠﴾

Maksudnya :  Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
Kekuatan  yang seterusnya ialah [4] kekuatan harta. Ini kerana Islam menganggap harta itu sebagai urat nadi kehidupan yang mampu membawa kesejahteraan hidup dunia dan akhirat di samping ia juga merupakan sebahagian daripada kepentingan asasi individu dan masyarakat umum. Harta yang dikurniakan Allah itu sebenarnya adalah satu amanah yang dipinjamkan buat sementara waktu kepada setiap Muslim di dunia ini agar dapat memanfaatkannya untuk kepentingannya dan juga untuk kepentingan masyarakat umum. 

[5] Kekuatan jihad. Jihad menurut pengertian syarak ialah berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat yang disasarkan dan juga untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Jihad amat memerlukan pengorbanan sebagai bukti kepada keteguhan imannya dan kesungguhannya untuk merealisasikan cita-cita Islam. Perlu diingat, pengorbanan tersebut bukan hanya sekadar mengorbankan nyawanya sahaja, bahkan ia juga merangkumi kesanggupan seseorang Muslim membelanjakan harta bendanya, mengerahkan tenaganya, masanya dan fikirannya ke jalan Allah.

[6] Kekuatan ukhuwah. Ukhuwah Islam adalah antara tonggak terpenting yang sama-sama menyumbang ke arah kecemerlangan ummah. Islam amat menganjurkan umat Islam agar mereka membina persaudaraan dan ia merupakan antara intipati dan mesej utama perutusan Islam yang hendak disampaikan kepada umat Islam. Biarpun berlainan bangsa, warna kulit, sempadan tempat dan bahasa, namun ia bukanlah merupakan batu penghalang besar ke arah itu dan Islam tetap menyatukan mereka atas dasar iman dan takwa kepada Allah.

Demikianlah enam kekuatan yang perlu dijana dan dibangunkan oleh umat Islam kini agar mereka dapat mengharungi arus globalisasi yang membadai kini dengan jayanya. Tanpa kekuatan tersebut, sukar bagi umat Islam untuk menghadapi persaingan yang hebat tersebut. Malah enam kekuatan inilah senjata utama umat Islam untuk membangunkan kembali era kegemilangan tamadun Islam di persada dunia dalam waktu terdekat ini. Islamlah nescaya kita mulia dan berjaya dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Berkat DiCari Maksiat DiHindari Umat DiRahmati

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  11   surah at-Taghabun :

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾ ‌

Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Kita di negeri sebelah Pantai Timur masih berada di musim tengkujuh di mana sudah ada beberapa tempat yang telah dan sedang dilanda banjir. Hujan itu adalah suatu rahmat daripada Allah. Namun, apabila ia turun terlalu lebat dan banyak atau turun terus menerus sehingga mengakibatkan banjir besar, maka sudah tentu ianya suatu bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan daripada Allah. Jika yang terjadi adalah hujan yang begitu lebat atau hujan yang tidak kunjung henti di tempat kita, maka kita boleh meminta pada Allah untuk mengalihkan hujan tersebut ke tempat yang lebih manfaat dengan mengamalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya pernah nabi s.a.w berdoa:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَام وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ- رواه البخاري ومسلم .

Maksudnya : “Ya Allah!, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  116-117  surah Huud:

فَلَوْلَا كَانَ مِنَ الْقُرُونِ مِن قَبْلِكُمْ أُولُو بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنِ الْفَسَادِ فِي الْأَرْضِ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّنْ أَنجَيْنَا مِنْهُمْ ۗ وَاتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَا أُتْرِفُوا فِيهِ وَكَانُوا مُجْرِمِينَ ﴿١١٦﴾ وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ ﴿١١٧

Maksudnya : Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa. Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri

Al-Quran banyak menceritakan kisah bagaimana umat dahulu dihancurkan sebagaimana pengajaran dan iktibar yang berguna kepada kita semua agar tidak mengulanhi jenayah dan sikap yang sama. Antara sikap umat dahulu yang telah dihancurkan oleh Allah iailah : [1] Menentang ayat-ayat Allah dan Rasul-rasulNya. [2]  Mengikut perintah pemerintah yang zalim, hidup berfoya-foya, melakukan kerosakan di muka bumi tanpa melakukan pembaikan seperti kaum ‘Aad dan Thamud. [3]  Berbangga dengan pengetahuan kebendaan, berpaling dari ilmu wahyu [4]  Kagum dengan kekuatan kebendaan dan kekayaan harta benda dengan melupakan kemurkaan Allah seperti Firaun dan Qarun). [5]  Zalim dan bongkak yang melampaui batas kebenaran khususnya terhadap orang-orang miskin dan lemah seperti bangsa Madyan kaum Nabi Syu’aib. [6] Melakukan perbuatan kotor dan mengikut hawa nafsu seperti kaum Nabi Luth). [7] Tersebarnya kerosakan dan kemungkaran di mukabumi secara terang-terangan tanpa usaha menghentikannya seperti sebahagian kaum Bani Israeil. [8] Kufur pada ni’mat Allah dan tidak mensyukurinya, bahkan digunakan pemberian Allah itu untuk melakukan maksiat. [9] Boros dan melampau-lampau dalam kesenangan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  25  surah al-Anfal:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥

Maksudnya : Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya

            Melalui al-Quran dan hadis nabi s.a.w menjelaskan kepada kita bagaimana bala musibah yang datang tidak khusus kepada pelaku maksiat sahaja malah meliputi umat sekelilingnya terutama bila tugas amar makruf dan nahi munkar tidak dijalankan

قال النبي : إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ عَذَابًا أَصَابَ الْعَذَابُ مَنْ كَانَ فِيهِمْ ثُمَّ بُعِثُوا عَلَى أَعْمَالِهِمْ – رواه مسلم

Maksudnya : Apabila Allah mengkehendaki azab berlaku kepada sesuatu kaum, Allah akan menimpakan azab kepada semua yang berada dalam kalangan mereka. Kemudian mereka akan dibangkitkan dengan amalan-amalan mereka.

قال النبي : أَنَهْلِكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ قَالَ ‏نَعَمْ، إِذَا كَثُرَ الْخَبَثُ – رواه البخاري

Maksudnya : Adakah kami akan binasa dalam keadaan orang-orang soleh berada dalam kalangan kami ? Maka Rasulullah S.A.W menjawab : Ya, jika kejahatan semakin banyak.

Ulama’ dalam syarahan ke atas hadis ini menukilkan bahawa Azab Allah akan meliputi kesemua yang berada dalam sesebuah kaum dari kalangan orang yang taat dan juga pelaku maksiat.  Allah akan membinasakan kesemua mereka dengan azab yang Allah datangkan kepada mereka yang meliputi orang soleh dan juga orang jahat dari kalangan mereka. Adapun azab yang menimpa orang soleh maka itu bertujuan mengangkat darjatnya serta membanyakkan pahalanya kemudian dia akan dibangkitkan di atas niatnya yang soleh.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Firman Allah dalam ayat  88  surah al-Maidah:

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ ﴿٨٨

Maksudnya : Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

Antara usaha kita dalam menghindari bala Allah ialah dengan memperbanyakkan jbadat, zikrullah, doa dan menjauhi maksiat. Punca doa ditolak antaranya akibat terlibat dengan perkara yang haram samada sumber dapatan atau makanan itu sendiri yang haram . Dalam kitab Minhajul Abidin, Imam al-Ghazali menjelaskan ada 3 alasan mengapa kita wajib menjauhkan diri dari memakan makanan yang haram dan syubhat:

[1] Takut pada neraka Jahannam

قال النبي : لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ ، النَّارُ أَوْلَى بِهِ – رواه  أحمد

Maksudnya : Tidak masuk syurga daging yang tumbuh dari yang haram, neraka lebih baik untuknya.

[2]  orang yang memakan makanan haram dan syubhat tidak pantas beribadah, sebab ibadah yang dikerjakannya ditolak Allah SWT. Hanya orang-orang yang bersih dan suci yang berhak beribadah kepada-Nya.

[3]  orang yang makan barang haram dan syubhat, maka ia terhalang untuk melakukan kebaikan, meskipun ia melakukan kebaikan, namun perbuatannya ditolak Allah SWT. Semua yang dilakukannya hanyalah kepayahan, kesedihan, dan mengisi waktu luang belaka saja, tidak lebih daripada itu.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

            Firman Allah dalam ayat  114 surah an-Nahlu:

فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ﴿١١٤﴾ 

Maksudnya : Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. 

Jika awal bulan ini kita dikejutkan dengan terbongkarnya taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina dengan menjadikan sebuah gudang di Senai, Johor Bahru sebagai tempat membungkus semula daging itu dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia. Minggu ini pula Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang berjaya merampas daging kambing sejuk beku Australia yang dirampas di Terminal Kontena Butterworth Utara. Kita bimbang perkara ini berlaku berpunca daripada sifat ketidakjujuran dalam mana-mana rantaian proses import dari negara asal hingga ke pasaran kepada orang awam.Sesiapa yang terbabit dalam kes memalsukan dokumen dan logo halal bagi produk makanan untuk pasaran di negara ini wajib dikenakan hukuman berat.

Umat wajib mengambil berat tentang hukum halal haram samada pada makan minum itu sendiri dan sumber dapatan untuk berkat dunia dan selamat di akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Valentine’s Day DiHindari, Laknat Allah DiJauhi, Rahmat Allah DiMiliki

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 24 surah at-Taubah :
قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ ﴿٢٤﴾
Maksudnya : Katakanlah (wahai nabi Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)
Islam begitu menitikberatkan sifat berkasih sayang dengan memberi ruang lingkupnya sangat luas dan mempunyai batas-batas tertentu. Islam sememangnya dari peringkat asas lagi adalah agama yang menyebarkan kasih sayang bukan sahaja sesama manusia bahkan kasih sayang dizahirkan dengan melarang daripada melakukan kezaliman kepada alam dan binatang. Cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah diikuti dengan cinta kepada Rasul-Nya, para Sahabat, ibu bapa, sesama orang-orang beriman dan sesama manusia. Sebagai seorang beriman, kita wajib pandai menyusun kedudukan cintanya yang perlu didahulukan dan cinta yang mana perlu diputuskan. Pemahaman seseorang terhadap kedudukan cinta ini sudah tentu akan membentuk jati diri seseorang dan sudah tentu akan mempengaruhi cara ia berfikir dan bertindak. Al-Quran telah memberi panduan di dalam meletakkan kedudukan cinta bahkan al-Quran telah menggambarkan akibat apabila kita gagal meletakkan kedudukan cinta pada tempat sepatutnya iaitu bakal menerima azab Allah, digelar fasiq, jauh dari petunjuk Allah
Malah melalui ayat ayat 24 surah at-Taubah yang dibaca awal khutbah tadi maka kita mendapati bahawa cinta Allah adalah paling utama, Rasul-Nya dan berusaha bersungguh-sungguh sehabis daya untuk memenangkan agama Allah di atas muka bumi ini. Ayat di atas juga difahami bahawa kita tidak dihalang untuk mencintai perkara-perkara yang lazimnya dicintai oleh manusia seperti anggota keluarga, sanak saudara, perniagaan dan sebagainya asalkan kecintaan kepada perkara-perkara berkenaan tidak berlawanan dengan apa yang dibenarkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak membantut dan menghalang usaha jihad mendaulatkan agama Allah di atas muka bumi ini.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 72 surah an-Nahlu :
وَاللَّـهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ ۚ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللَّـهِ هُمْ يَكْفُرُونَ ﴿٧٢﴾
Maksudnya : Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?
Tarikh 14 Februari seluruh dunia khususnya dunia remaja dan awal dewasa akan diwarnai dengan fenomena mengadakan sambutan ‘Hari Kekasih’ atau disebut sebagai Valentine’s Day. Sambutan lebih tertumpu kepada meraikan percintaan pasangan-pasangan walaupun ada di kalangan mereka yang tiada ikatan pernikahan yang sah.Jika disaring sambutan ‘Hari Kekasih’ seperti yang disambut oleh masyarakat muda-mudi hari ini, mengikut fahaman di atas maka kita dapati peluang untuk melanggar cinta Allah dan Rasul-Nya sangat terbuka luas. Mencintai kekasih yang berlainan jantina tanpa sebarang ikatan pernikahan yang sah sehingga membawa kepada pergaulan bebas adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya.
Bulan Februari dipromosikan sebagai bulan cinta dan dijadikan tema bulanan yang seolah-olah wajib diraikan. Media memainkan peranan mempromosi sambutan ini dengan berbagai pendekatan sama ada secara langsung mahupun secara halus. Tidak boleh secara terang-terangan, dibuat secara lebih diplomasi seperti menu istimewa sempena hari kekasih, fesyen hari kekasih dan sebagainya. Para pemuda-pemudi dikelirukan pula dengan pujukan “tidak mengapa menyambut hari kekasih dan menyambutnya berdua-duaan asalkan tahu menjaga diri”. Bahkan ada ibu bapa yang dikatakan ‘berfikiran terbuka’ mengizinkan sambutan berkenaan untuk hari istimewa itu
Oleh itu sebagai umat beriman yang memiliki jatidiri yang tinggi sepastinya menjauhi sebarang perkara yang menjerumus kepada kemungkaran termasuk zina yang bukan saja menjatuhkan maruah malah merosakkan keturunan
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Dari Abu Sa’id Al Khudri, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda,
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ . قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ – رواه مسلم
Maksudnya : Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob, pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, Apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Lantas siapa lagi?”
Umat Islam wajib sedar bahawa serangan terhadap Islam dan umatnya terus berlangsung tanpa henti. Serangan musuh bukan setakat dengan senjata fizikal malah melalui serangan pemikiran dalam menghilangkan jatidiri umat Islam. Yahudi dan barat cuba untuk merosakkan jatidiri umat Islam termasuk di Malaysia dengan menggunakan proksi-proksi liberal yang terdiri daripada ejen-ejen mereka yang berselindung di sebalik laungan, Islam moderate, Islam liberal, hak asasi manusia, hak samarata dan istilah-istilah lain yang bertopengkan Islam. Suara sumbang seperti mengkritik amalan solat berjemaah yang dijalankan di sekolah, qiamullail dan program kerohanian agama dikatakan tidak membantu dalam membangunkan perkembangan pelajar. Malah yang lebih teruk lagi bila didakwa pendidikan agama sebagai punca kelembapan minda orang Melayu sehingga dicadangkan agar pendidikan agama dihadkan tidak lebih dari 2 jam seminggu sahaja.
Pemikiran sesat ini bukan sahaja bercanggah dengan cara didikan nabi Muhammad s.a.w malah sebuah kajian yang dijalankan oleh Harvard University mendapati bahawa anak-anak yang dibesarkan dengan didikan agama akan membesar dengan lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik ketika dewasa. Kajian yang dikendalikan oleh Harvard School of Public Health ini dijalankan ke atas 5000 responden berusia di antara 8 hingga 14 tahun. 18 peratus daripada mereka menikmati kegembiraan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menerima pendidikan agama sejak dari kecil. Sekalipun kesedaran mengenai agama dilihat menurun di Amerika, 51 peratus daripada mereka masih menganggap agama sebagai sesuatu yang sangat penting. Perkembangan di Amerika lebih membimbangkan apabila Pew Research Centre mengeluarkan data bahawa 36 peratus daripada anak-anak yang lahir sekitar tahun 1990 hingga 1996 tidak mengikat diri mereka dengan agama.
Oleh itu yakinlah kita dengan pendidikan Islam dalam membina generasi yang hebat dunia sebagaimana Rasulullah S.A.W sangat menekankan pendidikan asas agama bagi anak-anak Muslim. Al-Imam Ibn al-Qayyim menjelaskan bahawa seawal kelahiran anak kecil itu lagi kita telah dianjurkan untuk membisikkan azan di telinga mereka. Lafaz-lafaz tauhid yang menerobos ke telinga mereka menggambarkan betapa penerapan nilai aqidah perlu diterapkan sejak anak kecil itu lahir ke dunia lagi. Pengabaian terhadap didikan agama akan melahirkan umat yang hilang jatidiri dan mudah terpengaruh dengan hidup sesat
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 32 surah al-Anfal :
وَإِذْ قَالُوا اللَّـهُمَّ إِن كَانَ هَـٰذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِندِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِّنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٣٢﴾
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Makkah) berkata: “Wahai tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.
Kita berasa sedih akibat kejahilan maka terdapat golongan Liberal yang bertanya, mengapa Allah tidak menghantar petir ketika pendukung kemungkaran melakukan kerosakan di Mekah? Tahukah golongan Liberal ini bahawa kafir Quraisy pernah melakukan lebih dahsyat dari itu. Kafir Quraiys pernah menghimpunkan segala berhala di dalam Kaabah, bahkan memposisikan patung Hubal di atas Kaabah. Mereka melakukan dosa syirik iaitu kezaliman yang paling besar di sisi Allah, namun Allah tidak mengazab mereka serta merta. Soalan golongan liberal ini tidak ubah seperti yang pernah diutarakan oleh Abu Jahal sebagaimana dirakam dalam ayat 32 surah al-Anfal
Menurut al-Imam Ibn Hajar, soalan ini, atau lebih tepat cabaran ini diutarakan sendiri oleh Abu Jahal, penghulu kemungkaran yang mencabar kebenaran al-Quran. Tindakan Abu Jahal ini kemudian diikuti oleh beberapa pembesar Quraysh yang lain, bertanyakan sesuatu dengan nada mencabar kebenaran al-Quran. Mendengar cabaran tersebut, Allah terus menjawab melalui firmannya dalam ayat 33 surah al-Anfal:
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Maksudnya : “Allah tidak akan sekali-kali menurunkan azab selagimana engkau (wahai nabi Muhammad) masih berada di sisi mereka. Bahkan Allah tidak akan mengazab mereka selagi mana ada dikalangan mereka yang memohon keampunan.”
Melalui ayat ini, Allah menjelaskan bahawa keberadaan Rasulullah yang berusaha untuk membimbing kaum Baginda menjadi sebab mengapa Allah menangguh azab. Bahkan ucapan istighfar (permohonan ampun) dan belas ehsan oleh kaum muslimin menjadi salah satu punca mengapa sesuatu azab ditangguhkan. Ini kerana, sekiranya Allah menimpakan azab ke atas sesuatu kaum, maka ia akan turut menimpa semua yang berada dengan mereka sebagaimana Firman Allah dalam ayat 45 surah Fatir:
وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِن دَابَّةٍ
Maksudnya : “Dan kalaulah Allah menghitung kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah Allah tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak.”
Lalu, bagi menghadapi cabaran kafir Quraisy ini, Allah mendidik Rasulullah agar memberikan jawapan yang positif dengan menjelaskan bahawa Allah itu Maha Pengasih. Mengapa azab yang kamu minta sedangkan rahmat Allah itu luas?
Bala Allah jangan diminta, laknat Allah jangan dipinta. Perbanyakkan ibadat, istigfar dan taubat agar diampuni seterusnya disirami rahmat dan nikmat Allah dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Islam DiNobat Virus Corona DiRawat Arak diSekat

 

السلام عليكم

 

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

 

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

 

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

 

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

 

Firman Allah dalam ayat  17 surah al-An’am :

 

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّـهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٧﴾

 

Maksudnya : Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

 

Dunia hari ini digemparkan dengan kehadiran sejenis wabak yang dikenali sebagai Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang merujuk kepada spesis baru virus dalam famili coronavirus yang belum pernah ditemui manusia. Virus ini boleh merebak sesama haiwan dan manusia. Jangkitan virus ini adalah sama seperti jangkitan selesema yang lain dan komplikasinya lebih teruk pada badan yang lemah imunisasi badan. Wabak ini datangnya dari Bandar Wuhan, China. Kini, lebih 2,761 kes di beberapa Negara dengan 81 kematian berlaku di China. Perlahan-lahan virus ini menular hampir ke 13 buah negara lain termasuk 7 kes positif virus itu di Malaysia. Sehingga kini, WHO sendiri tidak pernah menemui virus seperti ini. Justeru, apa yang berlaku ini adalah bukti tanda keEsaan dan keagungan Allah. Sehebat mana pun manusia, canggih bagaimana pun teknologi akhirnya terpaksa akur kepada Allah yang Maha Kuasa apabila berdepan dengan wabak ini. Perhatikan, wabak yang sedang melanda adalah merupakan panggilan dan seruan kepada seluruh umat manusia untuk kembali kepada apa yang diajar oleh Islam.

 

 

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

 

Sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w membawa rahmat kepada sekalian alam maka Islam bukan sahaja menekan ibadat khusus sahaja malah meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk kesihatan. Antara kaedah yang dianjurkan oleh Islam ketika berdepan dengan situasi penyakit berjangkit atau mudah merebak ini ialah pendekatan yang berasaskan perubatan `mencegah’atau kuarantin.

 

الطَّاعُونُ آيَةُ الرِّجْزِ ابْتَلَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ نَاسًا مِنْ عِبَادِهِ فَإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ فَلاَ تَدْخُلُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَفِرُّوا مِنْهُ  – رواه مسلم

 

Maksudnyu :Taun (penyakit merebak) adalah suatu peringatan dari Allah untuk menguji hamba-hamba-Nya dari kalangan manusia. Maka apabila kamu mendengar penyakit itu berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu masuk ke negeri itu. Dan apabila wabak itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, jangan pula kamu lari keluar daripadanya.”

 

Wabak coronavirus yang melanda dunia ketika ini dilihat bukan sahaja mengancam kesihatan dan nyawa manusia, malah turut memberi kesan yang kurang baik terhadap sumber ekonomi dan pendapatan sesebuah negara terutama bagi negara-negara di mana aktiviti pelancongan adalah di antara beberapa sumber pendapatan negara. Keadaan ini berlaku di samping sebagai kesan dari kebimbangan dan panik masyarakat yang enggan melawat negara yang berkenaan kerana takut dijangkiti, adalah juga berpunca dari langkah-langkah pencegahan dan larangan seperti kuarantin yang dikenakan oleh sesebuah negara. Bagaimanapun, tindakan yang elok ini telah dianggap sebagai satu tindakan yang kurang baik, malah disalah tafsir pula akan mempunyai unsur sabotaj ke atas ekonomi negara lain. Mungkin ini juga sebagai kesan tidak langsung globalisasi di mana negara-negara amat bergantung kepada negara lain bagi mengukuhkan ekonomi negara sendiri.

 

Walau apa pun tindakan yang diambil, faktor kesihatan dan keuntungan ekonomi adalah sama pentingnya. Namun hakikatnya, Islam lebih mengutamakan kesejahteraan nyawa manusia dan ia perlu dipelihara pada setiap masa agar terhindar daripada sebarang perkara yang boleh mengancamnya. Aspek ekonomi yang kukuh, di samping pemakanan yang baik dan sihat serta persekitaran yang bersih dan selamat amat berkait rapat dan turut membantu meningkatkan kesejahteraan nyawa manusia. Namun ada pada ketika yang tertentu, seseorang itu perlu mengehadkan aktiviti sosioekonominya jika ia didapati akan mengancam kesejahteraan nyawanya.

 

Menurut prinsip Islam, sesuatu tindakan yang baik itu adalah yang mendatangkan manfaat kepada seluruh umat manusia. Bagaimanapun, jika terdapat kemudaratan atau keburukan yang akan menimpa mereka, maka menghindari keburukan itu adalah lebih penting dan diutamakan daripada mencari kemanfaatan. Manakala jika terdapat pelbagai kepayahan dalam menangani sesuatu isu yang sukar seperti ketika wabak ini, maka Islam menyarankan agar menerima kepayahan yang mendatangkan dengan mengawal kesan buruk yang paling minimum kepada masyarakat.

 

 

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

 

Firman Allah dalam ayat 91 surah al-Maidah :

 

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴿٩١﴾

 

Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

 

Islam begitu menjaga akal daripada dirosakkan termasuk dengan arak dan dadah. Ketika kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk terus berlaku maka kewajipan kepada kerajaan untuk menanganinya segera. Kita yakin bahaya arak bukan sahaja merosakkan akal peminum malah membahayakan nyawa orang lain. Sebab itu di Negara maju seperti Australia dan United Kingdom (UK) tidak membenarkan penjualan dan minum arak secara terbuka. Taiwan pula merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut, ketika memandu dalam keadaan mabuk bagi kes serius. Jika undang-undang merokok di tempat awam boleh dikuatkuasakan dalam Negara maka arak yang lebih bahaya mesti lebih dipandang serius. Dengan peningkatan kes kematian yang diakibatkan pemandu mabuk, kita menyarankan langkah-langkah segera dipertimbangkan:

 

[1] Melalui peruntukan undang-undang yang lebih ketat dan hukuman yang lebih berat kepada seorang yang sabit kesalahan. Hukuman mandatori yang lebih keras wajar dikenakan.

 

[2] Daripada aspek kebajikan, tiba masanya negara memperkenalkan skim sosial bagi membantu keluarga si mati yang menjadi mangsa dalam setiap kes pemandu mabuk. Kelalaian pemandu sedemikian telah diperhatikan dalam hukum Islam bila mana adanya hukuman diat pada kes-kes kematian atau kemalangan.

 

[3] Antara solusi juga adalah mewajibkan kenderaan polis mempunyai ‘breathalyzer’ untuk segera ukur kandungan alkohol mereka yang terlibat dengan kemalangan tidak kira maut atau bukan. Difahamkan sekarang ini, jika berlaku kemalangan, pemandu yang terlibat boleh lepaskan diri dengan hadir lambat ke balai polis.

 

Kerajaaan wajib lebih serius dalam menangani masalah ini. Jangan hanya sibuk untuk kuatkuasa masalah penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak sahaja sedangkan isu pemandu mabuk dipandang sambal lewa sahaja. Sayangi nyawa rakyat dengan menyekat aktiviti minum arak di tempat awam. Cegah sebelum parah, sekat sebelum melarat.

 

 

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

 

Firman Allah dalam ayat 10 surah Fatir :

 

مَن كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّـهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا ۚ إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ ۚ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ۖ وَمَكْرُ أُولَـٰئِكَ هُوَ يَبُورُ ﴿١٠﴾

 

Maksudnya : Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa

 

Jika penyakit berjangkit begitu merbahaya sehingga menggugat nyawa maka ada lagi penyakit yang lebih merbahaya daripada itu iaitu penyakit hati terutama berkaitan keimanan kepada Allah dan segala rukun iman. Penyakit ini bukan menyebabkan kehinaan di dunia malah sengsara dalam Neraka Allah di akhirat nanti. Antara penyakit hati yang merbahaya ialah tidak berbangga dengan Islam dan merasakan Islam sebagai penyekat kebebasan dan kemajuan. Adalah amat ganjil tatkala orang kafir berbangga dengan kekafirannya, orang munafik begitu dan berbangga serta yakin dengan berbaik-berbaik dengan orang-orang kafir serentak meninggalkan orang mukmin, manakala orang beriman merasa rendah diri  dengan keIslaman dan keimanannya.

 

Bangga dengan Islam bukan sekadar hanya ‘merasainya’ di dalam diri, namun perlu dibuktikan dengan berbangga dengan segala syariat-Nya, merasa marah apabila ada pihak yang mempersendakannya, membela apabila ia dihina. Pertuturan dan penulisannya membuktikan bahawa benar-benar ia berbangga dengan Islam. Sesungguhnya jika setiap muslim merasa bangga dengan anugerah yang amat bernilai ini, menjadi manusia yang dipilih oleh Allah menjadi seorang muslim, dia akan menjadi batu penghalang terbesar kepada pihak-pihak yang berniat jahat kepada Islam berbuat apa sahaja kepada umat Islam. Umat yang berjaya membuang penyakit wahnu iaitu terlalu cinta dengan dunia dan benci kepada kematian akan melahirkan umat yang hebat yang digeruni oleh musuh Islam

 

Sebagai warga negara muslim di Malaysia ini, kita berbangga kerana Islam diberikan kedudukan istimewa di dalam negara ini, Islam berperanan di dalam pentadbiran negara, Institusi-institusi Islam ditubuhkan untuk melicinkan pentadbiran menguruskan kehidupan masyarakat, institusi Pendidikan berusaha menerapkan rasa cinta kepada agama Islam sejak dari usia muda. Perbuatan meragui dan mempertikaikan perkara-perkara di atas adalah tanda-tanda tidak berbangga dengan Islam. Jika bukan umat Islam berbangga dan mempertahankannya, siapa lagi yang kita harapkan?. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

 

Firman Allah dalam ayat 139 surah Ali ‘Imran :

 

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩﴾

 

Maksudnya : Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman

 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  17 surah al-An’am :

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّـهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٧

Maksudnya : Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Kedatangan Islam menerusi nabi Muhammad s.a.w. dengan system yang lengkap dan menyeluruh termasuk penekanan terhadap kesihatan dan penjagaan kesihatan yang sempurna. Ajaran Islam amat menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan yang sempurna supaya individu itu mempunyai kekuatan yang diperlukan bagi menjalankan ibadat kepada Allah. Begitu juga, bagi menjadikan amalan ibadat dan doanya itu diterima Allah, individu Muslim itu mestilah sentiasa memelihara kesihatan diri terutamanya dalam memastikan kebersihan dan halal haram makanan yang diambil di samping menggunakan hanya pakaian yang bersih, tidak dikotori najis dan sebagainya.

Oleh itu ketika berdepan dengan penyakit berjangkit seumpama Influenza pada waktu ini yang merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan antaranya sentiasa merujuk pihak kesihatan dan apa yang paling penting ialah menjauhi maksiat dan perkara yang menjadi punca kepada penyakit serta memperbanyakkan doa kepada Allah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 7-10 surah as-Syamsu :

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا ﴿٧﴾ فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا ﴿٨﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠

Maksudnya : Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);  Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; – Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Ketika berbicara tentang penyakit berjangkit di mana sebahagiannya boleh membawa maut maka datang rasa gerun di hati kita. Namun ada lagi penyakit lebih merbahaya daripada itu iaitu penyakit rohani yang bukan sahaja menyebabkan kerosakan akhlak yang membawa kepada jenayah malah membawa kesengsaraan sehingga akhirat. Kestabilan dan keteguhan sebuah negara bergantung kepada kekuatan jati diri rakyatnya. Apabila rakyat dijangkiti penyakit sosial, hidup semata-mata mengejar kemewahan dan keseronokan hawa nafsu, berpecah belah, negara akan menuju kehancuran. Nilai kerohanian membolehkan manusia mempunyai akhlak dan tingkah laku yang baik serta memelihara nilai-nilai itu walau apa juga perubahan yang berlaku di persekitarannya.

Islam masuk ke alam Melayu dalam keadaan masyarakat ketika itu hidup dengan pelbagai kepercayaan dan animisme. Namun, dengan kegiatan keilmuan dan kerohanian yang dicetuskan oleh ulama silam, umat Islam membina tamadun yang dibanggakan dan mematuhi nilai-nilai kehidupan yang baik serta mengukuhkan institusi kekeluargaan. Tamadun Melayu tidak meninggalkan binaan-binaan bangunan, sebaliknya mewariskan banyak hasil ilmu terutama dalam menterjemahkan tulisan Arab dalam pelbagai disiplin ilmu. Tamadun Melayu hanya hebat dan kuat setelah mereka menerima dan menemui makna diri dengan Islam, seterusnya muncul sebagai antara bangsa yang hebat.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 37 surah an-Nuur :

رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ ﴿٣٧

Maksudnya : (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan

Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din menukilkan bagaimana aspek ruh lebih tinggi nilai dan kedudukannya berbanding jasad kerana datang secara langsung serta dinisbahkan kepada Allah sedangkan jasad hanya dinisbahkan kepada tanah atau air mani hina. Komponen kedua-dua aspek material dan ruh inilah tabie yang mewujudkan makhluk dipanggil insan atau manusia. Kita begitu bimbang umat Islam turut terperangkap dengan krisis jiwa dengan mendewakan unsur kebendaan berdasarkan faham dan doktrin materialisme yang rata-rata menjadi pedoman, dorongan serta bernilai utama dan tinggi dalam kehidupan. Hasilnya mereka terperangkap dalam krisis kerohanian dan kejiwaan yang berat sehingga terbabit dalam pelbagai perlakuan negatif seperti ketagih arak, dadah, bunuh diri dan sebagainya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) misalnya mencatatkan kebelakangan ini lebih daripada sejuta manusia seluruh dunia membunuh diri setiap tahun, iaitu pada kadar seorang membunuh diri setiap 40 saat.

Memandangkan betapa pentingnya membina jatidiri berteraskan Islam bermula dari alam sekolah lagi kerana seseorang itu bergantung dengan apa yang dipelajari, apa yang dijadikan rutin dan apa yang sering berlaku dalam kehidupannya. Aktiviti solat berjemaah, qiamullail, berpuasa sunat, tadarrus al-Quran dan program keagamaan yang lain adalah penting dalam memupuk sikap kebersamaan dalam melakukan ketaatan, sekaligus membina satu sosok tubuh jatidiri seorang muslim yang ghairah terhadap agamanya. Aktiviti kerohanian ini mampu membina kecemerlangan dalam pengajian dan juga pembentukan peribadi yang hebat yang berjaya dunia dan akhirat. Kita bukan sahaja mahu membentuk anak muda yang cemerl;ang akademik tetapi juga teguh aspek kerohanian mereka

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 217 surah al-Baqarah :

…… وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَـٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢١٧

Maksudnya : “…..Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).”

Pembinaan rohani umat Islam berteraskan Islam begitu penting terutama dalam  berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk serangan sekulerisme, liberalisme, atheis tolak agama. Antaranya Isu aqidah apabila Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 yang sebelum ini lantang mempertikaikan kewujudan JAKIM di mana yang terbaru mereka mengkritik Undang-undang Murtad dengan mengatakan keputusan seorang Islam untuk keluar agamanya antara individu itu dengan Tuhan. Kumpulan itu mengatakan bahawa Undang-undang Negeri menghukum orang murtad, sama ada dengan denda, pemenjaraan atau pemulihan, tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama. Kumpulan ini jelas menafsirkan kebebasan beragama mengikut acuan Liberal Barat. Agama dianggap urusan peribadi yang tidak ada campur tangan dari pihak lain. Kebebasan beragama bagi mereka, manusia tidak boleh dipaksa hidup beragama. Pentafsiran ini adalah tidak betul kerana setiap individu yang telah menganut sebarang agama adalah terikat dengan peraturan agamanya.

Kebebasan beragama dalam Islam ialah Islam menjamin kebebasan agama dalam bentuk tidak boleh melakukan paksaan untuk menganut agama Islam bahkan Islam memberi hak kepada setiap individu untuk memilih agama yang ingin dianuti tanpa ada paksaan. Murtad atau keluar dari agama Islam adalah satu jenayah, telah melakukan kesalahan dan dikenakan hukuman hudud. Murtad tergolong dalam dosa-dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah. Hukuman membunuh orang murtad akan dilaksanakan sekiranya telah tamat tempoh untuk bertaubat dengan kembali kepada Islam

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ – رواه البخاري

Maksudnya : “Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia.”

Murtad atau keluar daripada agama Islam sebenarnya adalah berbeza dengan konteks hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan kerana Perkara 11 tersebut adalah lebih merujuk kepada kebebasan mempertahankan amalan dan cara hidup yang digariskan oleh agama masing- masing bukan menghalalkan murtad sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan pelampau ini.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 91 surah al-Maidah :

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴿٩١

Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Islam begitu menjaga akal daripada dirosakkan termasuk dengan arak dan dadah. Ketika kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk terus berlaku maka kewajipan kepada kerajaan untuk menanganinya segera. Kita yakin bahaya arak bukan sahaja merosakkan akal peminum malah membahayakan nyawa orang lain. Sebab itu di Negara maju seperti Australia dan United Kingdom (UK) tidak membenarkan penjualan dan minum arak secara terbuka. Taiwan pula merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut, ketika memandu dalam keadaan mabuk bagi kes serius. Jika undang-undang merokok di tempat awam boleh dikuatkuasakan dalam Negara maka arak yang lebih bahaya mesti lebih dipandang serius. Dengan peningkatan kes kematian yang diakibatkan pemandu mabuk, kita menyarankan langkah-langkah segera dipertimbangkan:

  1. Melalui peruntukan undang-undang yang lebih ketat dan hukuman yang lebih berat kepada seorang yang sabit kesalahan. Hukuman mandatori yang lebih keras wajar dikenakan.
  2. Daripada aspek kebajikan, tiba masanya negara memperkenalkan skim sosial bagi membantu keluarga si mati yang menjadi mangsa dalam setiap kes pemandu mabuk. Kelalaian pemandu sedemikian telah diperhatikan dalam hukum Islam bila mana adanya hukuman diat pada kes-kes kematian atau kemalangan.
  • Antara solusi juga adalah mewajibkan kenderaan polis mempunyai ‘breathalyzer’ untuk segera ukur kandungan alkohol mereka yang terlibat dengan kemalangan tidak kira maut atau bukan. Difahamkan sekarang ini, jika berlaku kemalangan, pemandu yang terlibat boleh lepaskan diri dengan hadir lambat ke balai polis.

Kerajaaan wajib lebih serius dalam menangani masalah ini. Jangan hanya sibuk untuk kuatkuasa masalah penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak sahaja sedangkan isu pemandu mabuk dipandang sambal lewa sahaja. Sayangi nyawa rakyat dengan menyekat aktiviti minum arak di tempat awam. Cegah sebelum parah, sekat sebelum melarat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Islam DiMartabat Murtad DiSekat Umat Kuat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  17 surah al-An’am :

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّـهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٧

Maksudnya : Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Tamadun manusia telah menyaksikan bahawa sebelum kedatangan Islam ke Tanah Arab, keadaan kesihatan awam pada ketika itu amat daif. Penyakit berjangkit seperti cirit-birit, batuk kering, taun dan lain-lain amat mudah berlaku, bahkan secara berleluasa. Hanya dengan kedatangan Islam menerusi nabi Muhammad s.a.w. penekanan terhadap kesihatan dan penjagaan kesihatan yang sempurna mula mendapat perhatian masyarakat. Walaupun Rasulullah diutuskan bagi menyampaikan hukum-hukum Allah yang Maha Suci, tetapi ajaran dalam Islam amatlah menyeluruh sifatnya. Malah ajaran Islam juga amat menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan yang sempurna supaya individu itu mempunyai kekuatan yang diperlukan bagi menjalankan ibadat kepada Tuhan.

Begitu juga, bagi menjadikan amalan ibadat dan doanya itu diterima Allah, individu Muslim itu mestilah sentiasa memelihara kesihatan diri terutamanya dalam memastikan kebersihan dan halal haram makanan yang diambil di samping menggunakan hanya pakaian yang bersih, tidak dikotori najis dan sebagainya. Semua perkara ini terkandung dalam ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sehingga muncul sebuah karya agung khusus berkaitan kaedah perubatan dan penjagaan kesihatan cara Rasulullah s.a.w yang dikenali At Tibb an Nabawi.

Pencegahan menjadi asas utama penjagaan kesihatan yang baik di samping melakukan aktiviti kehidupan secara bersederhana dan tidak berlebih-lebihan yang sentiasa dianjurkan oleh Islam kepada umatnya. Manakala bidang perubatan dan kesihatan moden yang berasaskan kaedah saintifik kini turut memberi penekanan terhadap pencegahan dan rawatan dalam menghadapi sesuatu jangkitan dan penyakit yang menjadi asas disiplin kesihatan awam.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  51 surah at-Taubah :

قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّـهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿٥١

Maksudnya :  Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.

Kini Negara kita diuji dengan penyakit berjangkit Influenza yang merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti. Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi Demam, Selesema, Sakit tekak, Batuk, Sakit kepala, Sakit badan, Sukar bernafas, Cirit birit dan sakit perut khususnya di kalangan kanak-kanak) . Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Pendekatan yang berasaskan perubatan `mencegah’ dalam menangani wabak dan jangkitan penyakit sebenarnya telah diajar oleh Nabi s.a.w dalam banyak situasi.

الطَّاعُونُ آيَةُ الرِّجْزِ ابْتَلَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ نَاسًا مِنْ عِبَادِهِ فَإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ فَلاَ تَدْخُلُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَفِرُّوا مِنْهُ ) – رواه مسلم

Maksudnyu :Taun (penyakit merebak) adalah suatu peringatan dari Allah untuk menguji hamba-hamba-Nya dari kalangan manusia. Maka apabila kamu mendengar penyakit itu berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu masuk ke negeri itu. Dan apabila wabak itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, jangan pula kamu lari keluar daripadanya.”

Kekhuatiran ini berkisar apabila kita berkemungkinan sebagai kumpulan pembawa yang terlibat menjangkitkan pula penyakit berkenaan kepada orang lain. Ajaran dalam al-Quran, kita juga ditegah daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang menjerumus kepada kesengsaraan, kemudaratan dan kemusnahan.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Usaha dalam menangani masalah penyakit berjangkit ini juga ialah sentiasa merujuk pihak kesihatan dan apa yang paling penting ialah menjauhi maksiat dan perkara yang menjadi punca kepada penyakit serta memperbanyakkan doa kepada Allah

Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca: (Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” [Riwayat Abu Daud (5088)]

Daripada Abu Hurairah RA berkata:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ، قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ، حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ تَضُرَّكَ – رواه مسلم

Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu: (Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.”

Daripada Anas bin Malik RA berkata:

كَانَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: Adapun Rasulullah berdoa: (Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk)”.” [Riwayat Abu Daud (1554)]

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Kafiruun :

لَكُمۡ دِینُكُمۡ وَلِیَ دِینِ

Maksudnya : “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku

Ketika melihat isu Tanglung di sebuah sekolah baru-baru ini  betapa menteri terus turun padang untuk mempertahankannya atas alasan perpaduan. Alangkah bagusnya jika isu yang dianggap perpaduan itu juga diguna dalam isu tulisan jawi di sekolah yang dirempuh ganas oleh kumpulan rasis antara alasan dangkalnya bertujuan untuk menyebar Islam di kalangan pelajar bukan Islam ketika kaligrafi Cina dianggap lambang penyatuan. Isu terbaru ada pihak mengecam dan mempertikaikan arahan Kementerian Pendidikan untuk semua sekolah melarang pelajar Islam menyertai Pesta Ponggal yang diisytiharkan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pongal merupakan perayaan masyarakat Hindu terutama di Tamil Nadu yang dirayakan pada bulan ‘Thai’ sekitar pertengahan Januari dalam kalendar India. Ia sempena berakhirnya musim menuai, di mana hasil tuaian ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari. ‘Pongal’ dalam bahasa Tamil bermaksud ‘merebus’, dan perayaan ini dirayakan sebagai perayaan kesyukuran bagi musim menuai. Oleh itu apa relevan untuk pelajar-pelajar Islam di sekolah-sekolah dikerah untuk terlibat sama dalam Pesta Ponggal ini. Sedangkan dalam masa yang sama kita tidak melarang pelajar yang beragama Hindu untuk menyambut Pesta tersebut. Inilah toleransi kita dalam perbezaan agama dalam perayaan masing-masing yang perlu dihormati akan prinsip oleh penganut agama lain. Mengapa orang Islam yang tegas dalam mempertahankan prinsip dianggap rasis sedangkan orang lain yang tidak toleransi malah menyerang Islam secara membabi buta tidak dipanggil rasis.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 217 surah al-Baqarah :

…… وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَـٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢١٧

Maksudnya : “…..Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).”

Isu yang paling besar apabila Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 yang sebelum lantang mempertikaikan kewujudan JAKIM di mana yang terbaru mereka mengkritik Undang-undang Murtad dengan mengatakan keputusan seorang Islam untuk keluar agamanya antara individu itu dengan Tuhan. Kumpulan itu mengatakan bahawa Undang-undang Negeri menghukum orang murtad, sama ada dengan denda, pemenjaraan atau pemulihan, tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama. Kumpulan ini jelas menafsirkan kebebasan beragama mengikut acuan Liberal Barat. Agama dianggap urusan peribadi yang tidak ada campur tangan dari pihak lain. Kebebasan beragama bagi mereka, manusia tidak boleh dipaksa hidup beragama. Pentafsiran ini adalah tidak betul kerana setiap individu yang telah menganut sebarang agama adalah terikat dan berkewajipan dengan peraturan agamanya. Hak beragama ini bukanlah bersifat mutlak bahkan ianya adalah berdasarkan prinsip agama masing-masing.

Kebebasan beragama dalam Islam ialah Islam menjamin kebebasan agama dalam bentuk tidak boleh melakukan paksaan untuk menganut agama Islam bahkan Islam memberi hak kepada setiap individu untuk memilih agama yang ingin dianuti tanpa ada paksaan. Murtad atau keluar dari agama Islam adalah satu jenayah, telah melakukan kesalahan dan dikenakan hukuman hudud. Murtad tergolong dalam dosa-dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah. Hukuman membunuh orang murtad akan dilaksanakan sekiranya telah tamat tempoh untuk bertaubat dengan kembali kepada Islam

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ – رواه البخاري

Maksudnya : “Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia.”

Murtad atau keluar daripada agama Islam sebenarnya adalah berbeza dengan konteks hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan kerana Perkara 11 tersebut adalah lebih merujuk kepada kebebasan mempertahankan amalan dan cara hidup yang digariskan oleh agama masing- masing bukan menghalalkan murtad sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan pelampau ini. Oleh itu bersungguhlah kita bukan sahaja dalam mempertahankan aqidah malah memperkasakan system Islam dalam Negara. Islamlah nescaya kita berjaya dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ