Suapan RSS

Category Archives: Rabiul Awwal

Agama DiJulang Al-Quds DiMerdekakan

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

Keberadaan kita pada bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik kepada kembali MengEsakan Allah, daripada mengikut hawa nafsu kepada tunduk kepada suluhan wahyu, daripada sikap kebinatangan kepada akhlak yang mulia. Kita sebagai umat yang beriman begitu yakin bahawa pada diri Rasulullah s.a.w mempunyai contoh teladan yang terbaik dari pelbagai aspek kehidupan samada cara berkeluarga, cara berekonomi, cara bersosial, cara berpolitik, cara bernegara dan sebagainya. Bila kita benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka setiap tindak tanduk kita akan membawa kebaikan bukan sahaja pada diri sendiri malah mampu menyebar luaskan kebaikan kepada sekitar. Hanya umat yang meyakini bahawa perlunya kita kepada pengutusan nabi untuk membimbing umat manusia dalam mengurus kehidupan dunia berteraskan agama bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan yang paling penting di akhirat nanti. Islam melarang kita mendewakan nabi sehingga dianggap sebagai Tuhan sebagaimana sesatnya Kristian yang mempertuhankan nabi Isa a.s .

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 23-24 surah al-Jaathiyah :

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّـهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّـهِ ۚأَفَلَا تَذَكَّرُونَ ﴿٢٣﴾ وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ ۚ وَمَا لَهُم بِذَٰلِكَ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ

Maksudnya : Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeterikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?  Dan mereka berkata: “Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman”. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata

Keperluan kita kepada pengutusan nabi Muhammad s.a.w bersama wahyu al-Quran begitu penting dan wajib disyukuri kerana ini semua menjadi antara asbab dalam  melahirkan kita sebagai seorang Islam. Kita begitu yakin bahawa nikmat agama adalah jauh lebih penting berbanding nikmat duniawi yang lain termasuk nikmat udara untuk bernafas, nikmat makan minum, nikmat tempat tinggal dan sebagainya. Agama dalam bahasa Arab disebut ad-Din. Selain bererti agama, ad-Din juga bererti yakin dengan “kekuasaan”, “ketundukan”, “kepatuhan”, “balasan”, peraturan” dan “nasihat”. Agama memang mengandung peraturan dan hukum yang harus dipatuhi manusia. Agama mempunyai kekuasaan yang membuat manusia tunduk dan patuh kepada Tuhan. Orang yang tunduk dan patuh kepada Tuhan akan mendapat balasan baik daripada Tuhan, sementara yang tidak patuh akan mendapat balasan buruk daripada Tuhan. Meskipun kini ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang dengan pesat, manusia tetap memerlukan agama. Ilmu pengetahuan dan teknologi tidak dapat memberi jawapan atas pertanyaan mengenai makna dan tujuan hidup manusia, yang hanya boleh dijawab oleh agama.

5 sebab utama manusia perlu kepada agama ialah :

[1] Keterbatasan akal terhadap pengetahuan mengenai hakikat sebenar kehidupan. Betapapun cerdasnya manusia, betapa maju teknologi tetapi tidak mampu menjawab banyak persoalan terutama berkaitan alam ghaib. Oleh itu manusia perlu kepada agama untuk menunjuk hakikat kehidupan dunia yang berkait dengan akhirat

[2] Keperluan fitrah manusia di mana semua bangsa percaya terhadap dzat yang dianggap Agung. Sedangkan orang-orang yang mengaku tidak percaya terhadap Tuhan, itu sebenarnya adalah hanya sebuah pelarian dari rasa kecewa terhadap agama yang mereka lihat. Padahal ia salah faham terhadap agama itu dan sama sekali itu tidak membuktikan bahawa Tuhan tidak ada. Oleh itu kita begitu bimbang apabila adanya anak-anak Melayu yang terlibat dengan golongan anti Tuhan. Perkara ini wajib dicegah daripada merebak dengan undang-undang dan pendidikan agar rasa perlu kepada agama ditingkatkan dalam jiwa umat Islam

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 59 surah Maryam :

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا ﴿٥٩

Maksudnya : Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),

Sebab ke- [3] perlunya manusia kepada agama kerana manusia perlu kesihatan jiwa dan kekuatan rohani. Pelbagai keadaan dalam hidup seperti susah senang, sihat sakit, kaya miskin, kuat lemah menjadikan manusia perlu kepada kekuatan untuk mengawal emosinya. Keyakinan dan keimanan terhadap agamalah sumber kekuatan itu. Sebab hanya agamalah yang mengajarkan tentang kepercayaan terhadap takdir, tawakkal, kesabaran, pahala dan siksa. Dengan kepercayaan semacam itulah jiwa akan menjadi sehat dan rohani akan menjadi kuat. Antara cara menguatkan jiwa ialah melalui amalan solat 5 waktu terutama secara berjemaah. Oleh itu ketika melihat ramai umat Islam meninggalkan solat yang menyebabkan pelbagai masalah sosial dan jenayah meningkat maka perlu ketika suatu usaha dalam memastikan umat Islam bersungguh dalam menjaga solat. Kita menyokong penuh usaha pihak satu sekolah di Pahang yang meminta agar pelajar terlebih dahulu solat Zohor berjemaah sebelum pulang. Inilah adalah suatu usaha baik yang mesti dicontohi ketika statistic menunjukkan peratusan umat Islam termasuk pelajar sekolah yang meninggal solat begitu tinggi. Kita juga meminta agar pihak yang membantah usaha murni ini agar di’sekolah’kan semula supaya mereka lebih takut kepada Allah.

[4] Keperluan masyarakat terhadap motivasi dan disiplin akhlak.

Hukum dan peraturan semata-mata tidak mampu mendidik manusia untuk melaksanakan kebaikan, menunaikan kewajiban dan meninggalkan larangan. Manusia perlu kepada motivasi dalaman iaitu hati nurani. Dengan membina hati nurani inilah seorang manusia akan termotivasi untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan dengan sukarela walaupun tanpa ada pengawasan dari manusia dan tekanan dari hukum dan peraturan. Peranan ini hanya mampu dimainkan oleh agama. Apalagi agama juga mengajarkan adanya “pengawasan melekat” oleh Tuhan terhadap seluruh perbuatan manusia dan menanamkan keimanan bahawa kehidupan dunia berhubung dengan balasan akhirat

[5]  Keperluan masyarakat kepada hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Ikatan aqidah mampu meruntuhkan sikap perkauman sempit sehingga manusia mampu hidup saling bantu membantu tanpa mengira bangsa, keturunan, pangkat dan harta. Hubungan atas dasar iman akan menolak sebarang bentuk penindasan dan kezaliman sebaliknya menyuburkan lagi rasa hormat dan kasih sayang dalam diri masyarakat.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan :

فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢

Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.

Sempena kita berada pada hari Jumaat yang mulia, di masjid yang mulia maka kita mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat dan sekutu zionis yahudi yang mengistiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Yahudi. Bumi Palestin milik umat Islam, Al Quds milik kita. Allah dengan segala kekuatannya bersama kita. Walau musuh berhimpun dengan segala kekuatan mereka untuk mengalahkan Islam, mereka tak akan dapat melakukannya. Donald Trump memilih untuk bermain api dengan dunia Islam. Nanti dia bakal rasa bagaimana panasnya kobaran api jihad yang menyala lantaran tindakan bacul ini. Tentunya Trump dan anak emasnya Israel akan terpaksa membayar harga yang mahal kerana apa yang mereka jual akan bakal dibeli oleh pejuang Islam. Al Quds kiblat pertama ummat Islam. Di sini tersematnya maruah dan harga diri umat Islam. Saudara kita di Palestin telah mempertahankannya dengan darah dan nyawa. Mungkin kita tak seberani mereka untuk berdepan dengan kereta kebal Israel dengan hanya bersenjatakan batu-batu di tangan. Tapi tetap perlu ada bahagian kita dari kemuliaan jihad ini walau kita dipisahkan dengan luasnya lautan dan jarak yang jauh. Isu Palestin adalah isu kita bersama. Isu semua manusia yang cintakan keamanan dan kedamaian. Isu manusia yang cintakan keadilan dan mempertahankan hak orang lain dari dicabuli. Zionis Yahudi adalah pengganas dunia dan inilah musuh sebenar kita. Di belakang mereka juga negara pengganas yang mendakwa sebagai polis dunia. Siapa yang lebih ganas daripada mereka yang merampas bumi milik orang lain lalu bermaharajalela membunuh dan menindas. Pengganas ini tak kenal bahasa diplomasi. Kerana itu tentera Allah di bumi Palestin telah mengajar mereka dengan bahasa peluru dan darah. Jihad ini akan berterusan sampai hari kiamat

Buktikan kebersamaan kita dengan pejuang Palestin. Hulurkan bantuan kewangan dan yang paling penting ialah doakan keselamatan dan kejayaan pejuang Islam. Boikot barangan zionis yahudi dan sekutunya semampu yang mungkin terutama kaki rokok. Kalau tidak mampu membantu saudara seagama jangan pula membantu musuh dalam membunuh saudara seagama. Bangkitlah wahai umat Islam. Saudara seagama sedang menderita ketika kita riang gembira, mereka bermandi darah ketika kita hidup mewah, mereka berlagukan tangisan ketika kita hidup penuh hiburan. Bersama kita merdekakan bumi wakaf milik umat seluruh umat Islam Palestin. Kibarkan bendera Islam, jatuhkan bendera kezaliman

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Maulidurrasul s.a.w

Agama DiJulang al-Quds DiMerdekakan

Sunnah Nabi s.a.w DiJulang Penderitaan Aleppo DiHentikan

Sunnah Nabi s.a.w DiHayati Bala Allah DiJauhi

Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w Tinggi Umat DiBerkati

Cinta Nabi Muhammad s.a.w Subur Umat Makmur

Sistem Islam DiNobat Ajaran Nabi Muhammad s.a.w DiMartabat

Kepimpinan nabi Muhammad s.a.w DiPilih Kebahagiaan DiRaih

Nabi Muhammad s.a.w DiCintai Ajarannya DiRealisasi

Sistem nabi DiJulang Racun Musuh DiBuang

Rasulullah s.a.w DiTeladani Rahmat Allah Dirasai

Nabi Muhammad s.a.w DiIkuti Sistem Islam DiJulang Tinggi

Nabi Muhammad s.a.w DiContoh Jahiliah DiRoboh

Ajaran Nabi DiMartabat Negara Selamat

Rasulullah DiJulang Asobiyyah DiBuang

19. Rasulullah S.A.W Dan Tarbiah

112. Tarbiah Pemangkin Kejayaan Dakwah

68. Maulidurrasul S.A.W Pemangkin Kesatuan Ummah

70. Sanjungi Rasulullah & Junjungi Agama Allah

Ujian Ditempuh Iman Utuh

69. Maulidurrasul S.A.W Semarakkan Perjuangan Islam

45. Kelahiran Rasulullah S.A.W Perubah Tamadun

Rasulullah s.a.w DiPertahan Umat Gemilang

67. Bersatu Hadapi Tentera Bergajah Moden

91. Islam Dijulang Jahiliah Dibuang

Sunnah Nabi s.a.w DiJulang Penderitaan Aleppo DiHentikan

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 24 surah al-Anfal :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ ﴿٢٤

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan

Keberadaan kita pada bulan Rabiul Awwal sewajarnya digunakan semaksima yang mungkin dalam menyuburkan rasa cinta dan kasih kita kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Kelahiran nabi Muhammad s.a.w telah mengubah tamadun kebendaan yang menyaksikan hawa nafsu menjadi rujukan kepada tamadun yang mengikat hubungan manusia dengan Allah dengan tunduk kepada panduan wahyu. Kedatangan nabi s.a.w bukan sahaja untuk mengajar manusia cara membina rumahtangga yang bahagia di dunia sahaja dengan melaksanakan tanggungjawab suami isteri, ibubapa dan anak serta menjauhi sikap curang, keganasan terhadap pasangan sehingga  mampu meraih kebahagian dalam Syurga Allah di akhirat nanti. Kehadiran nabi s.a.w untuk mengatur pentadbiran Negara berasaskan agama supaya bebas daripada rasuah, pecah amanah, penipuan sehingga wujudnya Negara yang berkat. Kepimpinan nabi s.a.w bukan sahaja untuk membawa menteri, pegawai kerajaan seterusnya rakyat jelata untuk hidup harmoni di dunia malah akan merasai kepimpinan yang soleh untuk meraih kebahagiaan yang kekal di akhirat.

Antara rahsia dan kunci kejayaan Rasulullah s.a.w dalam memimpin umat manusia yang begitu lama berada dalam suasana kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam, daripada kegelapan kufur kepada cahaya iman ialah berteraskan  Keperibadian yang unggul, Akhlak dan perwatakan yang terpuji,  Pembicaraan dan perkataan yang selari dengan perbuatan  dan Mempunyai sifat bijaksana dan berhikmah dalam setiap tindakan

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri berkaitan sejauh mana rasa cinta dan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w, sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengamalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian. Individu manakah yang lebih kita kenal dan sanjung antara peribadi nabi s.a.w atau artis, pemain sukan dan selainnya yang kita lebih minati. Adakah kita sudah mempunyai seseorang yang kita sanjung dan junjung sepanjang hidup di dunia ini untuk kita bangkit bersama mereka bila keluar daripada lubang kubur menuju ke padang Mahsyar nanti. Nabi s.a.w mengingatkan kita bahawa seseorang itu akan bangkit daripada kuburnya bersama dengan orang yang paling dia kasih semasa hidup di dunia ini.

Seorang muslim yang mengaku mencintai Rasulullah s.a.w semestinya dia selalu berusaha untuk meneladani sunnah nabi s.a.w dalam kehidupannya mengikuti petunjuk dan perbuatan baginda s.a.w. Imam Ibnu Katsir, ketika menafsirkan ayat 31 surah Ali ‘Imran berkata, “Ayat yang mulia ini merupakan hakim (pemutus perkara) bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah, akan tetapi dia tidak mengikuti jalan (sunnah) Rasulullah s.a.w, maka dia adalah orang yang berdusta dalam pengakuan tersebut dalam masalah ini, sampai dia mahu mengikuti syariat dan agama (yang dibawa oleh) Nabi Muhammad s.a.w dalam semua ucapan, perbuatan dan keadaannya”

Imam al-Qadhi ‘Iyadh pula berkata, “Ketahuilah bahawa sesiapa yang mencintai sesuatu, maka dia akan mengutamakannya dan berusaha meneladaninya. Kalau tidak demikian, maka bererti dia tidak dianggap benar dalam kecintaanya dan hanya mengaku saja (tanpa bukti nyata). Maka orang yang benar dalam (pengakuan) mencintai nabi s.a.w adalah apabila terlihat tanda (bukti) kecintaan tersebut pada dirinya. Tanda (bukti) cinta kepada Rasulullah s.a.w yang utama adalah (dengan) meneladani baginda s.a.w, mengamalkan sunnahnya, mengikuti semua ucapan dan perbuatannya, melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangannya, serta menghiasi diri dengan adab-adab (etika) yang baginda tunjukkan, dalam keadaan susah mahupun senang, keadaan lapang maupun sempit”.

Betapa malangnya bila kita begitu malu untuk berpakaian cara nabi tetapi begitu gembira berpakaian yang melanggar syariat termasuk mendedah aurat dengan seluar yang sengaja dikoyak, memakai subang bagi lelaki dan sebagainya. Merasa malu untuk mengucap salam tetapi merasa bangga dengan ucapan yang tidak berpahala yang lain.

Imam al-Qurthubi berkata, :“Sesiapa yang terus-menerus meninggalkan sunnah nabi s.a.w maka ini menunjukkan  kekurangan atau kelemahan dalam agamanya. Apalagi kalau dia meninggalkan sunnah tersebut kerana meremehkan dan tidak menyukainya, maka ini kefasikan yang merosakkan iman sebagaimana maksud suatu sabda Rasulullah s.a.w : “Sesiapa yang membenci sunnah atau petunjukku maka dia bukan termasuk golonganku“

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 13 surah Al-Hujurat :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣

Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)

Sesuai dengan keberadaan kita pada bulan Disember di mana disambut hari Hak Asasi Sedunia maka kita yakin bahawa kehadiran Rasulullah s.a.w membawa Islam adalah untuk mengangkat hak asasi yang telah koyak dirobek budaya Arab Jahiliyyah. Islam membawa keadilan tatkala kaum wanita dihina dan dipandang rendah, hingga anak perempuan dibunuh kerana dianggap mencemar maruah keluarga, orang miskin dan hamba sahaya dicemuh dan dipandang rendah, dan ketika itu Baginda datang memperjuangkan hak asasi jauh beratus tahun sebelum Abraham Lincoln berjuang menghapuskan perhambaan di Amerika.

Hak asasi dalam pandangan Islam berbeza dengan hak asasi dari kaca mata Barat, namun tidak bermakna Islam menolak hak asasi sepenuhnya. Hak asasi dalam Islam dipandu oleh hukum-hukum dan syariat yang termaktub dalam al-Quran dan Hadis. Islam tidak mengiktiraf keserataan gender, homoseksual dan perkahwinan sejenis, perkahwinan antara Islam dan bukan Islam dan nasab anak haram kerana ia bertentangan dengan syariat. Namun selain dari itu Islam mengiktirafnya dan turut mengangkat hak asasi tersebut merangkumi hak untuk hidup, persamaan, kebebasan dalam segala bentuknya, hak politik dan sivil, hak bangsa-bangsa untuk menentukan nasibnya, hak untuk merdeka dan mempunyai identiti bangsa, hak berpendapat dan menyatakan pendapat, hak beragama, hak belajar dan mendapat pendidikan, hak ekonomi dan sosial, hak milik khusus, hak berkerja dan menjawat jawatan umum, hak mendapat rawatan kesihatan dan sosial, hak mendapat jaminan dan perlindungan negara, hak keibubapaan, hak kanak-kanak, hak remaja dan belia untuk mendapat pendidikan, hak kekeluargaan, hak tempat tinggal dan lain-lain

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 9-10 surah Al-Hujurat :

وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّـهِ ۚفَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿٩﴾ إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚوَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿١٠

Maksudnya : Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat

Penderitaan dan penindasan terhadap saudara seagama terus berlangsung silih berganti. Ada yang menjadi mangsa keganasan musuh Islam seperti umat Islam di Palestin, bangsa Rohingnya di Myanmar dan selainnya. Tidak kurang yang menjadi mangsa akibat perang saudara walau pun tidak dinafikan penglibatan musuh Islam di belakang peperangan yang berlaku kerana musuh tidak akan menghentikan peperangan yang boleh mengaut keuntungan dengan jualan senjata serta dapat menyedut hasil mahsul Negara yang berperang sebagaimana yang berlaku di Yaman dan paling teruk di Syria terutama wilayah Halab atau Aleppo. Mengambil kira dengan apa yang berlaku di Aleppo, Syria di mana mangsa perang terutama orang tua, wanita dan kanak-kanak terperangkap dan menunggu masa untuk terbunuh maka kita menggesa semua pihak yang terlibat dan berkepentingan supaya tidak bertindak memburukkan lagi keadaan dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membenarkan bantuan kemanusiaan sampai kepada semua mangsa terutama orang awam. Kita bertegas menolak kezaliman pemimpin Bashar Asad tetapi dalam masa sama menolak campur tangan asing yang matlamatnya bertentangan dengan keperluan rakyat dan kepentingan umat Islam. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) wajar mengambil tanggungjawab membantu, menggunakan kuasa dan pengaruh demi kebaikan rakyat Syria. Kepentingan orang ramai dan umat Islam hendaklah menjadi tumpuan utama dalam menangani kes Syria, dan juga krisis dan konflik di seluruh dunia Arab. Adakah kita boleh tidur nyenyak sedangkan saudara seagama dilanyak dengan kereta kebal. Adakah kita boleh terus berseronok ketika batang tubuh saudara seagama sedang disembelih dan ditembak. Adakah kita boleh makan kenyang ketika saudara seagama sedang diganyang lebih dahsyat daripada binatang. Adakah kita boleh berehat senang ketika saudara seagama sedang meraung kesakitan. Hulurlah bantuan samada berbentuk kewangan, pakaian, makanan dan paling penting dengan doa memohon pertolongan Allah agar diturunkan bantuan dalam menghentikan penderitaan. Jadilah manusia yang sempurna iman yang sentiasa merasai penderitaan saudara seagama yang lain

قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم :الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seperti bangunan, dimana yang satu dengan yang lain saling menguatkan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sunnah Nabi s.a.w DiHayati Bala Allah DiJauhi

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

Rabiul Awwal menjelang lagi bersama catatan sejarah gemilang dengan sama-sama mengingati kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, nabi akhir zaman yang telah membawa rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan. Ketika umat manusia tiada ikatan dengan Allah sehingga berlaku penindasan berdasarkan hawa nafsu maka pengutusan nabi Muhammad s.a.w telah menautkan kembali ikatan manusia dengan Allah yang menyuburkan lagi  ikatan sesama manusia berdasarkan wahyu. Kelahiran nabi Muhammad s.a.w bukan kelahiran biasa tetapi telah berjaya mengubah tamadun manusia yang hidup berdasarkan hukum rimba di mana yang kuat menindas yang lemah, yang kaya memeras yang miskin, golongan bangsawan memperbudakkan orang lain yang dianggap keturunan hina. Kasih sayang atas dasar iman mengambil alih sikap assobiyyah atau kebangsaan sempit sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w itu sendiri untuk membawa rahmat kepada seluruh alam bukan tertentu untuk umat arab sahaja.

Kasih sayang Rasulullah s.a.w kepada umatnya begitu tinggi sehingga baginda memperjuangkan Islam hingga sampai kepada kita walau pun banyak sekali ujian, ancaman, kesulitan hingga ancaman kematian terhadap baginda. Namun begitu baginda tetap memperjuangkan Islam hingga kita mampu merasai kemanisan Islam ini

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Ketika musuh Islam berusaha siang dan malam dalam menjarakkan kita daripada nabi s.a.w dan juga system Islam yang dibawanya maka marilah kita sama-sama menambahkan lagi ilmu tentang nabi s.a.w terutama berkaitan akhlak, system hidup, cara dakwah dan sebagainya agar rasa cinta kita kepada nabi s.a.w semakin bertambah. Malah kejayaan umat Islam dalam menzahirkan cara hidup nabi s.a.w dalam seluruh aspek kehidupan termasuk rumahtangga, pendidikan anak-anak, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya akan menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memeluk Islam dan menolak segala tohmahan jahat musuh Islam yag memburukkan nabi s.a.w dan imej Islam. Tunjukkan bukti dan tanda-tanda kecintaan dan kasih kita kepada nabi s.a.w antaranya :

[1] Beriman kepada nabi saw sebagaimana firman Allah dalam ayat 136 surah an-Nisa’

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نزلَ عَلَى رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنزلَ مِنْ قَبْلُ وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا

Maksudnya ; Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.

[2]  Ketaatan kepada nabi saw sebagaimana firman Allah dalam ayat 80 surah an-Nisa’

مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ تَوَلَّى فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا

Maksudnya : Sesiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan Sesiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.

Ketaatan kepada Nabi akan membawa kepada sikap mahu mengikuti baginda. Tidak ada ketaatan yang mutlak, kecuali dilakukan kepada manusia yang membawa kebenaran dari Allah. Ketaatan kepada Rasulullah saw. pada hakikatnya merupakan ketaatan kepada Allah. Manusia wajib taat kepada Allah, kemudian Allah menegaskan bahwa ketaatan kepada Rasul adalah sebahagian daripada ketaatan kepada-Nya.

[3] Mengikuti nabi saw sebagaimana firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

            Kegagalan umat Islam dalam mengikut jejak langkah nabi sa.w dalam setiap apek kehidupan termasuk ibadat, sosial, ekonomi, politik telah menyebabkan kita terus dijajah di Negara sendiri dan dilanyak oleh musuh Islam

[4] Berselawat kepada nabi saw

عن أبي هريرة أن رسول الله قال: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً وَاحِدَةً، صَلىَّ  اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْر ًا  ( رواه مسلم)

Maksudnya : Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali maka Allah berselawat (iaitu memberi rahmat dan gandaan ganjaran) ke atasnya sepuluh kali

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tanda kasih kepada nabi yang ke-[5] Meyakini bahawa Rasulullah saw. adalah Nabi penutup segala nabi sebagaimana firman Allah dalam ayat 40 surah Al-Ahzab :

مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

Maksudnya :” Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu

Nabi Muhammad adalah nabi terakhir, penutup para nabi. Tidak ada lagi nabi, rasul, dan wahyu setelah kewafatan baginda. Umat Islam tidak perlu terjebak akan adanya dakwaan dari manusia yang mengaku bahwa dirinya adalah seorang nabi.

[6] Membela Rasulullah saw di mana sikap cinta perlu dibuktikan dengan pembelaan kepada Rasulullah saw. Khususnya dari pihak yang ingin mendiskreditkan, memfitnah Rasulullah saw. Pembelaan kepada baginda bererti juga pembelaan kepada kebenaran dan keberlangsungan ajaran Islam.

Sebagai contohnya pandangan olongan Islam Liberal terhadap keperibadian Rasulullah SAW iaitu sifat Nubuwah yang dimiliki oleh Rasulullah SAW tidak lain hanyalah kemampuan seorang manusia untuk memimpin manusia yang lain. Oleh itu siapa sahaja yang boleh memimpin boleh mengambil alih sifat nubuwah seumpama Rasulullah SAW dalam memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Baginda dianggap manusia biasa yang lazimnya berbuat silap dan benar; boleh dipuji dan dikritik. Oleh kerana itulah kita dapati tokoh-tokoh aliran Islam Liberal termasuk di Malaysia tidak segan-segan untuk mengkritik Rasulullah SAW. Di antara mereka ada yang menuduh baginda bernafsu seks yang kuat dan memiliki ramai perempuan simpanan gundik. Ada juga yang menuduh baginda bukanlah pemimpin negara Islam tetapi hanyalah sekadar pegawai daerah semata-mata. Adapun sunnah-sunnah nabi s.aw, maka tanpa ragu aliran Islam Liberal berpendapat ia hanya releven untuk masyarakat arab zaman baginda, ketinggalan untuk dipraktikkan pada zaman kini. Justeru aliran Islam Liberal memandang orang yang berjanggut, bersiwak, memakai serban, jubah dan sebagainya sebagai orang yang  ketinggalan zaman lagi tertutup mindanya. Begitu juga pandangan Islam Liberal terhadap hadis nabi terutama  hadis tentang azab kubur, suasana hari akhirat berkaitan Padang Masyar, Titian Sirat, Pengadilan dan sebagainya, Isra’ dan Mikraj, Dajjal, Penurunan Nabi Isa, fitnah-fitnah akhir zaman dan sebagainya hanyalah cerita rekaan para perawi hadis untuk memberi pengaruh kepada orang ramai pada zaman mereka. Sekalipun hadis-hadis ini tercatit di dalam kitab-kitab hadis sahih, pada hakikatnya ia hanyalah cerita-cerita tahayul semata-mata.Ini suatu pegangn yang merosakkan aqidah yang wajib dijauhi dan dibanteras secara bersungguh

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 33 surah Al-Anfal :

وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ﴿٣٣﴾

Maksudnya :” “Dan Allah sekali-kali tidak akan mengadzab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengadzab mereka, sedang mereka meminta ampun”

Dalam beberapa minggu ini banyak musibah yang berlaku samada dalam Negara atau luar Negara berbentuk banjir, tanah runtuh, peperangan dan tsunami yang terbaru di Acheh. Oleh itu tirulah cara nabi s.a.w dalam berdepan dengan ujian Allah antaranya : [1] Taubat kepada Allah di mana peristiwa ini akan membuahkan bertambahnya iman seorang mukmin, memperkuat hubungannya dengan Allah. Dia sedar bahawa musibah ini tidak lain dan tidak bukan adalah akibat dosa-dosa manusia berupa kesyirikan dan kemaksiatan. Tidaklah terjadi suatu malapetaka melainkan kerana dosa. Malapetaka itu tidak akan dicabut oleh Allah kecuali dengan taubat

[2] Banyak berdzikir, do’a, dan istighfar kepada Allah. Imam Syafi’e mengatakan, “ubat yang paling mujarab untuk mengubati bencana adalah memperbanyak tasbih”. Imam as-Suyuti pula menyatakan , “Hal itu karena zikir dapat mengangkat bencana dan azab”. [3] Membantu mangsa bencana. Ketika kita sekarang boleh makan, minum, dan memiliki rumah, maka ingatlah saudara-saudara kita yang terkena bencana. Saat ini mereka sedang kesusahan dan kesulitan. Maka hulurkanlah tangan kita untuk membantu mereka semampu mungkin. Terlebih lagi orang kaya, pengusaha, pemerintah, dan bangsawan, hendaknya mereka mengeluarkan hartanya untuk membantu mangsa bencana. Dahulu, ketika terjadi gempa pada masa Khalifah Umar bin Abdul Aziz, beliau menulis surat kepada para gabenornya untuk bersedekah dan memerintah rakyat untuk bersedekah.

قال النبي :مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ-رواه مسلم

Maksudnya: Sesiapa yang membantu menghilangkan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan menghilangkan kesusahan daripadanya pada hari kiamat

[4] Menegakkan Amar Ma’ruf Nahi Munkar di mana tadi kita sebutkan bahawa antara faktor berlakunya bencana adalah dosa umat manusia maka hendaknya hal itu dihilangkan, salah satu caranya dengan menegakkan dakwah, saling menasihati, dan amar ma’ruf nahi munkar sehingga mengecillah kemungkaran. Adapun bila kita acuh tak acuh dan mendiamkan kemungkaran maka bencana tersebut akan kembali menimpa kita. Peringatan Allah dalam ayat 78-79 surah al-Maidah :

لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنۢ بَنِىٓ إِسْرَ‌ٰٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِيسَى ٱبْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ يَعْتَدُونَ ﴿٧٨﴾ كَانُوا۟ لَا يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍۢ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا۟ يَفْعَلُونَ ﴿٧٩﴾

Maksudnya :“Telah dilaknat orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan nabi Daud dan nabi Isa putra Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu”

Marilah kita sama-sama kembali kepada jalan Allah, bersungguh dan istiqamah dalam meghidupkan sunnah nabi dalam setiap aspek kehidupan. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Kecintaan Kepada Rasulullah s.a.w Tinggi Umat DiBerkati

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

Rabiul Awwal menjelang lagi bersama catatan sejarah gemilang dengan sama-sama mengingati kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman yang telah membawa rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan. Hadirnya bersama wahyu al-Quran mengubah keadaan alam yang dulunya diselubungi suasana jahiliah yang penuh dengan kesesatan dan penindasan. Pengutusannya sebagai penghulu segala nabi telah melenyapkan kebatilan dengan cahaya kebenaran Islam,  memadam kekufuran dengan siraman keimanan serta membanteras kezaliman dengan keadilan system Islam. Sekiranya umat Islam mahu mengubah semula keadaan daripada umat yang dijajah kepada umat yang memerintah, umat yang dipandang hina kepada umat mulia, umat yang lemah kepada umat yang gagah maka segala kebaikan dan tauladan yang ditunjukkan oleh nabi bukan setakat disebut tetapi diikut, bukan setakat dikata tetapi dikota, bukan setakat dilaung tetapi dijunjung, bukan setakat dicerita tetapi dilaksana dalam kehidupan seharian barulah segala yang diidamkan akan tercapai.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Mencintai nabi Muhammad saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim. Oleh itu wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah saw dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah saw. Di antara bukti dan tanda-tanda kecintaan dan kasih kita kepada nabi s.a.w ialah :

[1] Mencontohi dan mengamalkan sunnah nabi saw di mana orang yang mencintai Rasulullah saw adalah orang yang sentiasa bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya. Menghidupkan sunnah dan mengikuti Rasulullah saw dalam setiap langkah kehidupannya adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah saw sebagaimana juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah. Berdasarkan hal ini, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya menuntut natijah mengamalkan hal-hal yang dicintai dan menjauhi yang dilarang dan dibenci oleh Baginda saw. Tidak mungkin ada orang yang mencintai Rasulnya sedangkan dia tidak mahu mengikuti sunnahnya apatah lagi melakukan perkara yang bercanggah dengan ajaran nabi dengan sengaja. Antara sunnah yang terbaik ialah meringankan bebanan orang lain terutama ketika bakal menyambut ketibaan tahun baru 2016 dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi terutama ketika subsidi minyak, elektrik, pengajian ditarik ketika hidup mewah dan pembaziran pemimpin terus berlaku. Begitu juga ketika mengimbau setahun banjir kuning yang melanda Kelantan di mana masih banyak bantuan yang masih perlu diberikan perhatian disamping kita banyak berdoa di mana kini telah masuk gelombang ke-5 hujan lebat supaya Allah menjauhkan kita semua daripada musibah yang besar

[2]  Banyak mengingati dan menyebut nama nabi Muhammad s.a.w, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan tanda kesinambungan kecintaan  yang berterusan.

[3] Sentiasa mengucap selawat dan salam kepada nabi saw

عن أبي هريرة أن رسول الله قال: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً وَاحِدَةً، صَلىَّ  اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْر ًا  ( رواه مسلم)

Maksudnya : Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali maka Allah berselawat (iaitu memberi rahmat dan gandaan ganjaran) ke atasnya sepuluh kali

Ulama’ menyatakan faedah yang boleh didapati dari Selawat ke atas Nabi saw ialah: Seorang ketika banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya dihati, mengingati kebaikan-kebaikan dan perkara-perkara yang boleh melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda kecintaannya kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya. Apabila dia tidak menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan berkurangan rasa cinta dihatinya.

Apabila keadaan ini kuat dihatinya maka lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-kebaikannya. Bertambah dan berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta dihatinya dan anggota menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkan sunnah nabi dalam pelbagai aspek kehidupan.

[4] Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada nabi saw, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda saw. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah saw.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 63 surah an-Nuur :

لا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ قَدْ يَعْلَمُ اللهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya : Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada) Rasulullah saw di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih.

Tanda Cinta kepada nabi s.a.w yang ke- [5] Bersopan santun dan beradab dengan nabi saw baik dalam menyebut nama atau memanggilnya. Kata ulama’: Adab yang tinggi terhadap Rasulullah saw adalah menerima sepenuhnya serta tunduk patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh penerimaan dan membenarkannya tanpa ada penentangan dengan pemikiran logik akal, syubhat, keraguan atau mendahulukan pendapat para intelektual dan pemikiran yang tidak betul kepada hanya berhukum dan menerima tunjuk ajar Baginda saw sahaja

[6] Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah saw walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga.

قال النبي : مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِه – رواه مسلم

Maksudnya : Di antara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Tanda Cinta kepada nabi s.a.w yang ke- [7] Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.

قال النبي : الدِّينُ النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ– رواه مسلم.

Maksudnya : Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.”

Maksud nasihat untuk Nabi dalam hadis ini ialah beriman kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti sunnahnya dan mencintainya.

[8] Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya (ahlu sunnah). Imam Al Qadhi Iyaad rahimahullahmenyatakan: Diantara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing manusi dengan Quran serta berakhlak dengan Quran.

Ibnu Mas’ud ra berkata: “Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya kecuali Al-Quran, apabila ia mencintai Al-Quran maka ia mencintai Allah dan Rasul-Nya”.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tanda Cinta kepada nabi s.a.w yang ke- [9] Mencintai orang yang Rasulullah saw cintai, antaranya:

  1. Ahlul-baitnya (keluarga)

Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata: “Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah saw adalah mencintai ahli bait. Ahlul bait Rasulullah saw memiliki hak-hak yang wajib dipelihara, kerana Allah menjadikan untuk mereka hak dalam Al-Khumus, Al fai’ (harta rampasan perang) dan memerintahkan berselawat untuk mereka bersama selawat untuk Rasulullah saw.

Ulama’ juga menyatakan: “Di antara kewajipan kita adalah mencintai ahli bait Rasulullah saw dan memberikan keutamaan kepada mereka serta menjaga wasiat Rasulullah saw tentang mereka.”

  1. Para isteri Baginda saw.

Menjaga keutamaan dan hak-hak mereka dan meyakini mereka tidak sama seperti para wanita lainnya. Menjadikan mereka sebagai ibu kaum mukminin  sehingga wajib bagi kita menjaga hak-hak mereka walaupun setelah mereka wafat, berselawat untuk mereka bersama Nabi saw dan memohon keampunan bagi mereka serta menzahirkan pujian dan keutamaan mereka.

  1. Para sahabat Baginda saw.

Imam Al-Baihaqi rahimahullah menyatakan: Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi saw adalah cinta kepada para sahabat Baginda saw. Apabila para sahabat nabi telah mendapat kedudukan ini, maka mereka memiliki hak dari kaum muslimin untuk mencintai mereka dan dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan kecintaan kepada mereka. Ini kerana apabila Allah meredhai seseorang, maka Dia mencintainya dan wajib atas seorang hamba untuk mencintai orang yang Allah cintai.”

Umat Islam wajib mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

))لا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَوَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ((

Maksudnya : Janganlah kamu sekelian mencela para sahabatku, demi Allah seandainya salah seorang dari kamu berinfaq emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga separuhnya.” [HR: Al-Bukhari]

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Tanda Cinta kepada nabi s.a.w yang ke- [10] Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat sebagaimana Firman Allah ayat 22 surah al-Mujadilah :

لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ

Maksudnya : Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Nikmat Allah DiSyukuri Syariat Rasulullah s.a.w DiIkuti

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 128-129 surah at-Taubah :

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَ‌سُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِ‌يصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَ‌ءُوفٌ رَّ‌حِيمٌ ﴿١٢٨﴾ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَ‌بُّ الْعَرْ‌شِ الْعَظِيمِ ﴿١٢٩

Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang agong.”

Kini kita berada diminggu terakhir bulan Rabiul Awwal bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam dapat dirasa di mana dalam rumahtangga Rasulullah s.a.w adalah suami dan bapa yang bukan sahaja memelihara kebajikan kebendaan yang sementara bahkan  membelai dan menyubur jiwa dan ruh ahli keluarga agar berjaya di dunia dan akhirat. Sebagai pemimpin maka nabi s.a.w bukan sahaja mahu melihat rakyat maju di dunia malah meraih kebahagiaan di akhirat dengan memastikan setiap tamadun kebendaan dan rohani berjalan serentak. Kasih sayang baginda kepadanya umatnya begitu mendalam sehingga sanggup mati dalam mengembangkan system Islam agar seramai mungkin umatnya memasuki Syurga dan terselamat daripada Neraka Allah. Ini tergambar dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud : Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Perasaan kasih dan cinta yang tinggi kepada junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w tidak mampu terhasil melainkan melalui ilmu. Oleh itu betapa pentingnya system pendidikan Negara dirangka dalam melahirkan rakyat yang benar-benar mengenali seterusnya mencintai dan meneladani cara hidup nabi Muhammad s.a.w yang lengkap. Begitu juga suasana di rumah dan sekitar mesti menjadi perangsang kepada minat mendalam dalam diri anak-anak untuk mengenali nabi Muhammad s.a.w seterusnya menjadikan baginda sebagai contoh teladan terbaik dalam kehidupan. Amat malang jika umat Islam sendiri tidak mengenali nabi apatah lagi untuk mencontohinya dalam setiap aspek kehidupan. Kita perlu rasa bimbang berkenaan suatu Kaji selidik yang dilakukan oleh Adecco Malaysia menunjukkan 12 peratus kanak-kanak berusia 7 hingga 14 tahun di Malaysia mahu menjadi pelakon apabila dewasa sebagai pilihan utama kerana ingin mencipta nama dalam industri hiburan. Hiburan melalaikan yang terus disajikan sehingga artis didewakan menyebabkan suatu yang menjatuhkan maruah dianggap biasa termasuk yang terbaru isu adanya gadis Melayu yang bertudung sanggup dipeluk oleh artis K-Pop Korea Selatan tanpa segan silu. Begitu juga Kajian Institut Integriti Malaysia (IIM) menunjukkan sebanyak 31 peratus pelajar sekolah sanggup menerima rasuah seandainya ada kuasa dan peluang melakukannya. Ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diberikan perhatian kerana tidak mustahil jumlah peratusan tersebut akan meningkat pada masa hadapan yang boleh menghancurkan Negara. Rosaknya generasi muda bakal menyaksikan kerosakan Negara kerana golongan ini merupakan pelapis kepimpinan yang ada.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 19-27 surah al-Ma’arij :

إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا ﴿١٩﴾ إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا ﴿٢٠﴾ وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا ﴿٢١﴾ إِلَّا الْمُصَلِّينَ ﴿٢٢﴾ الَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ ﴿٢٣﴾ وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَّعْلُومٌ ﴿٢٤﴾لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ ﴿٢٥﴾ وَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ ﴿٢٦﴾وَالَّذِينَ هُم مِّنْ عَذَابِ رَبِّهِم مُّشْفِقُونَ ﴿٢٧

Maksudnya : Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisahDan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;  Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;  Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);  Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, –

Pada tahun ini kita menyambut kehadiran Rabiul Awwal dalam suasana banjir besar. Musibah banjir ini banyak mengajar kita untuk mengenal dan bersyukur atas segala nikmat Allah disamping sentiasa bertaubat atas segala dosa maksiat. Secara umum dibahagikan nikmat Allah kepada 5 iaitu Nikmat [1], nikmat asas seperti udara yang disedut, air yang digunapakai. Bayangkan jika setiap udara yang disedut itu perlu dibayar setiap bulan, sudah pasti kita tidak mampu membayarnya. Nikmat ke-[2],  yang Allah kurniakan ialah ‘nikmat akliah’ iaitu nikmat akal atau kefahaman. Ada orang yang Allah berikan kepadanya nikmat mampu memahami sesuatu, mampu merancang dan berfikir dengan baik.Ada antara kita yang nikmat akliah ditarik balik sedikit demi sedikit seperti orang tua yang sudah nyanyuk atau orang gila.

Nikmat ke-[3],  ialah ‘nikmat badaniah’ iaitu kesihatan tubuh badan. Tentu kita semua pernah ditimpa penyakit dan bayangkan perasaan kita ketika sakit. Harapan kita supaya sakit itu cepat hilang. Ke-[4],  ialah ‘nikmat qalbiah’ iaitu nikmat yang menyenangkan hati. Memiliki keluarga, kereta, rumah, adalah contoh nikmat yang menyenangkan hati kita. Banyak perkara yang kita suka dan kita peroleh menjadi nikmat kurniaan Allah SWT.  Nikmat ke[5],  ialah ‘nikmat imaniah’, nikmat paling tinggi diberikan kepada hamba-Nya. Mereka yang diberikan nikmat iman sahajalah yang benar-benar boleh merasakan ketenangan dan kedamaian hati. Rugi bagi mereka yang tidak merasakan iman sehingga tidak syukur dengan apa yang ada dan sentiasa mengeluh dengan apa yang tiada.

Oleh itulah contohilah nabi s.a.w dalam menghadapi sebarang musibah iaitu redha dengan ketentuan Allah, bersabar atas ujian serta mengambil iktibar untuk lebih mendekati Allah. Musibah banjir yang menimpa juga membuka peluang yang luas kepada kita untuk membantu mangsa banjir terutama yang kehilangan rumah, musnah barang keperluan. Yakinlah kita bahawa Allah akan menggantikan dengan ganjaran yang lebih hebat dan kekal atas sumbangan yang kita hulurkan.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَيُّمَا مُسْلِمٍ كَسَا مُسْلِمًا ثَوْبًا عَلَى عُرْيٍ كَسَاهُ اللَّهُ مِنْ خُضْرِ الْجَنَّةِ وَأَيُّمَا مُسْلِمٍ أَطْعَمَ مُسْلِمًا عَلَى جُوعٍ أَطْعَمَهُ اللَّهُ مِنْ ثِمَارِ الْجَنَّةِ وَأَيُّمَا مُسْلِمٍ سَقَى مُسْلِمًا عَلَى ظَمَإٍ سَقَاهُ اللَّهُ مِنْ الرَّحِيقِ الْمَخْتُومِ. (رواه أبو داود)

Maksudnya : Mana-mana orang Islam yang memberi pakaian kepada seorang Islam yang sedang terdedah anggotanya yang sepatutnya tertutup, Allah akan memakaikan penderma itu dengan pakaian (penduduk) syurga yang (serba indah dan) berwarna hijau. Demikian juga mana-mana orang Islam yang memberi makan kepada seorang Islam yang sedang lapar,  Allah akan memberi makan kepada penderma itu dari buah-buahan syurga.  Demikian juga mana-mana orang Islam yang memberi minum kepada seorang Islam yang sedang dahaga,  Allah akan memberi minum kepada penderma itu dengan sejenis minuman syurga yang (serba lazat dan) termeterai bekasnya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 64 :

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّـهِ مَغْلُولَةٌ ۚ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا ۘ بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم مَّا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا ۚ وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۚ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّـهُ ۚ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا ۚوَاللَّـهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ ﴿٦٤

Maksudnya : Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil – kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan

Kedatangan Rabiul Awwal tahun ini juga dikejutkan dengan serangan terhadap pejabat akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo yang mengorbankan 12 nyawa. Akhbar ini pernah menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW  pada 2011. Malangnya selepas serangan berdarah ini, akhbar ini sekali lagi bertindak biadap membuat provokasi dengan lukisan terbaru menghina nabi Muhammad s.a.w yang telah mencetuskan kebencian serta mengguris perasaan umat Islam di seluruh dunia. Kita melihat serangan ini seperti serangan 11 September dalam membangkitkan Islamphobia terutama ketika masyarakat Eropah berbondong-bondong memeluk Islam walau pun pelbagai gambaran buruk dilemparkan kepada Islam dan umatnya. Kita wajib menangkis tuduhan jahat musuh Islam ini dengan menyatakan bahawa umat Islam diwajibkan beriman kepada semua para Rasul, dilarang memaki Tuhan yang dilantik oleh penganut berbagai agama, walaupun tidak percaya kepada tuhan-tuhan yang lain daripada Allah. Sangat berbeza dengan pihak lain yang boleh memaki hamun dan menghina Allah dan Rasulullah S.A.W.  Islam mewajibkan berperang terhadap musuh yang melampau, namun diharamkan melampau dan membalas dendam, serta wajib berlaku adil walaupun terhadap musuh yang paling kejam.  Maka kedatangan Islam disambut oleh penduduk negeri yang zalim terhadap rakyatnya, sehingga kedatangan Islam dinamakan Futhuhaat (membuka negeri) kepada kebebasan yang sebenar. Ianya sangat berbeza dengan perkataan “penjajahan” yang mengabdikan rakyat, merompak dan mencuri hasil negerinya. Islam sangat menghormati para ilmuan dan orang yang bijak, walaupun tidak menganut Islam. Islam berjaya menghapuskan perhambaan manusia secara damai. Berbeza dengan negara yang membunuh orang yang bijak dan ilmuan kerana dianggap membahayakan takhta kerajaan.  Oleh itu kita wajib mempertahankan kesucian Islam dan kemuliaan nabi Muhammad s.a.w dengan cara penuh hikmat agar Islam terus merajai hati umat Islam dan bukan Islam. Islam dijulang Kemuliaan nabi dipertahankan. Biar bermandi darah namun kebiadapan musuh Islam wajib disanggah

Firman Allah dalam ayat 35 surah Muhammad :

فَلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ وَاللَّـهُ مَعَكُمْ وَلَن يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ ﴿٣٥

Maksudnya : (Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan), dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Cinta nabi Muhammad s.a.w Subur Umat Makmur

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِاللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَاللهَ كَثِيرًا

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

            Kini kita sedang menyambut kehadiran bulan Rabiul Awwal iaitu bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang merupakan nabi akhir zaman yang diutuskan untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Rahmat daripada kelahiran Rasulullah SAW merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk aqidah, syariah dan akhlak. Dalam soal membersihkan aqidah, Baginda s.a.w membimbing umat manusia kepada mentauhidkan Allah setelah masyarakat kehilangan arah sehingga meluasnya penyembahan berhala dan selainnya. Kemudian dalam soal syariat atau hukum-hakam agama maka ia diajar dan diperlihatkan oleh Baginda a.a.w sama ada melalui teori dan amali. Begitu juga dengan akhlak ditunjukkan melalui kehidupan seharian dan nasihat yang berkesan sehingga keindahan akhlak nabi Muhammad s.a.w berjaya menarik ramai manusia yang selama ini tenggelam dalam arus kerakusan hawa nafsu kepada adab Islam yang murni. Kejayaan sesuatu kepimpinan keluarga, masyarakat, negeri dan seterusnya negara bergantung kepada sejauh mana kita mencontohi cara hidup nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan. Kita wajib menghayati kisah hidup para sahabat nabi yang bukan sahaja bersungguh-sungguh mengikut cara hidup nabi dari segi pemakaian, pemakanan, membina keluarga bahagia, mengurus masyarakat dan Negara malah sanggup diseksa dan mati demi mempertahankan nabi Muhammad s.a.w. Pengorbanan suci ini lahir daripada rasa kasih dan cinta kepada nabi Muhammad s.a.w yang tidak berbelah bahagi. Tak kenal maka tak cinta serta tidak melahirkan rasa bertanggungjawab dan peka terhadap isu yang berkaitan dengan nabi Muhammad

قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْحَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه

Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

            Perasaan kasih dan cinta yang tinggi kepada junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w tidak mampu terhasil melainkan melalui ilmu. Oleh itu betapa pentingnya system pendidikan Negara dirangka dalam melahirkan rakyat yang benar-benar mengenali seterusnya mencintai dan meneladani cara hidup nabi Muhammad s.a.w yang lengkap. Begitu juga suasana di rumah dan sekitar mesti menjadi perangsang kepada minat mendalam dalam diri anak-anak untuk mengenal nabi Muhammad s.a.w dan menjadikan baginda sebagai contoh teladan terbaik dalam kehidupan. Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini, marilah kita sama-sama menghitung diri tentang tahap kecintaan kita kepada nabi Muhammad s.a.w dan apakah usaha berterusan yang kita lakukan dalam menyuburkan rasa cinta kepada baginda. Berapa banyak kitab atau buku yang berkaitan kisah nabi Muhammad s.a.w berbanding novel, komik, majalah hiburan yang ada di rumah kita. Kita perlu mengambil perhatian sewajarnya berkenaan suatu Kaji selidik yang dilakukan oleh Adecco Malaysia menunjukkan 12 peratus kanak-kanak berusia 7 hingga 14 tahun di Malaysia mahu menjadi pelakon apabila dewasa sebagai pilihan utama kerana ingin mencipta nama dalam industri hiburan. Cara hidup dan pendedahan yang begitu meluas berkaitan cara hidup artis telah membuatkan anak-anak mudah terpengaruh dan menganggap bahawa cara hidup ini merupakan pilihan terbaik. Ibarat peribahasa “Melentur buluh biar dari rebungnya”. Oleh itu pendidikan anak-anak diperingkat bawah umur 12 tahun perlu dijaga dan dikawal kerana peringkat usia ini mereka mudah terpengaruh samada perkara baik atau buruk dari segi pemakaian, pergaulan, pemakanan, cara bercakap dan sebagainya. Banyak kisah bagaimana hebatnya nabi Muhammad s.a.w dalam mendidik golongan kanak-kanak dan remaja dari segi adab kehidupan sehingga pendidikan ini melekat dan disuburkan lagi kepada orang lain.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 128-129 surah at-Taubah :

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَ‌سُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِ‌يصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَ‌ءُوفٌ رَّ‌حِيمٌ ﴿١٢٨ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَ‌بُّ الْعَرْ‌شِ الْعَظِيمِ ﴿١٢٩

Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang agong.”

Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini juga marilah kita perbanyakkan untuk berselawat kepada junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w

عن أبي هريرة أن رسولاللهقال: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةًوَاحِدَةً، صَلىَّ  اللَّهُعَلَيْهِعَشْر ًا  ( رواه مسلم)

Maksudnya : Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali maka Allah berselawat (iaitu memberi rahmat dan gandaan ganjaran) ke atasnya sepuluh kali

Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan kebendaan yang tidak kekal sifatnya maka Rasulullah s.a.w adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan ruh umatnya agar berjaya di dunia dan akhirat. Hidup dan mati baginda sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk umatnya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan. Kasih sayang yang tinggi pada umatnya tergambar dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud : Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah ibnu ‘Amru ibnu al ‘As berkata : Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca ayat 36 surah Ibrahim:

 رَ‌بِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرً‌ا مِّنَ النَّاسِ ۖ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي ۖ وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ‌ رَّ‌حِيمٌ

Maksudnya : Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat).

Kemudian Baginda SAW membaca pula perkataan Nabi Isa as iaitu dalam surah al-Maidah ayat 118 :

إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِن تَغْفِرْ‌ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Maksudnya : Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis: Ya Allah! Umatku! Umatku! Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, “Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada nabi Muhammad – sememangnya Allah lebih Mengetahui – tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis.” Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. Maka Allah berfirman kepada Jibril as, “Pergilah kamu menemui nabi Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau.

Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan kesempurnaan sifat kasih Nabi SAW terhadap umatnya, keprihatinan Baginda terhadap kemaslahatan dan keadaan mereka. Ia juga menerangkan tentang kebesaran kedudukan Nabi SAW di sisi Allah dan betapa besarnya kelembutan Allah terhadap hamba-Nya. Pengutusan Jibril as kepada Baginda SAW menzahirkan lagi ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah di tempat yang teratas sehingga Baginda dimuliakan dengan diberikan kepadanya apa yang disukai dan diredainya.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Menyedari betapa kasihnya nabi kepada kita sebagai umatnya maka wajib meningkat lagi rasa cinta dan kasih kita kepada baginda dengan bersungguh melaksanakan sunnah nabi dalam setiap aspek kehidupan. Bermula daripada pemimpin yang wajib menanamkan rasa bertanggungjawab kepada rakyat jelata sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh nabi bukannya membiarkan amalan rasuah, pecah amanah dan pembaziran dalam menguruskan harta rakyat kemudian dihisap darah rakyat dengan kenaikan harga minyak, barangan keperluan, tol, tarif elektrik, cukai dan sebagainya. Jangan hanya rakyat sahaja disuruh bersyukur dengan menerima bulat-bulat kenaikan kos sara hidup sedangkan pemimpin tidak syukur kepada Allah dengan pecah amanah dan pembaziran sehingga hidup mewah di tengah penderitaan rakyat. Pastikan cadangan dan tindakan yang boleh merosakkan aqidah dan akhlak umat Islam disisihkan serta perkasakan pelaksaan syariat Islam dalam Negara dalam meraih keberkatan dan rahmat daripada Allah dunia  akhirat. Begitu juga ibubapa bertanggungjawab dalam melahirkan zuriat yang cintakan Allah dan rasulNya agar masalah kerosakan akhlak dan jenayah rumahtangga dapat diatasi. Jangan hanya anak sahaja disuruh jaga solat, baca al-Quran, tutup aurat sedangkan ibubapa tidak melaksanakannya. Sunnah nabi dilaksana umat mulia. Sirah nabi dihayati umat diberkati

Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru :

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ