Kepimpinan Islam Menjamin Keamanan

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  256  surah al-Baqarah:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗوَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦

Maksudnya: Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Hakikat peperangan dan kemenangan dalam Islam adalah jauh berbeza dengan misi dan cara peperangan yang dilakukan oleh manusia yang melanggar agama. Islam tidak membenar peperangan dengan tujuan untuk memaksa orang lain masuk Islam secara paksa.  Islam melarang berperang dengan tujuan agar suatu bangsa atau manusia kuat mahu menguasai bangsa atau manusia lemah yang lain. Allah mencipta manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling mengenal, bukan untuk saling berbunuhan, bukan untuk saling menguasai.  Islam tidak menjadikan matlamat peperangan untuk mencari keuntungan material atau kebendaan. Oleh itu, Islam mengenepikan sebarang bentuk kemenangan yang di belakangnya tersembunyi kerakusan ekonomi seperti memperluas pasaran untuk memasarkan hasil pengeluaran pihak yang menang atau untuk mendapatkan bahan mentah Negara yang dijajah atau untuk menyedut hasil mahsul sumber alam, atau untuk mendapatkan tempat strategik untuk kepentingan pihak yang menang.  Islam juga melarang peperangan untuk memperolehi kemegahan peribadi untuk raja dan para pemimpin atau untuk memuaskan nafsu untuk mencapai ketinggian pangkat dan kekuasaan.

Memahami matlamat peperangan dan kemenangan Islam adalah untuk menegakkan kalimat Allah atas muka bumi. Peperangan dan kemenangan itu didahului oleh dakwah Islam. Peperangan baru terjadi sekiranya terdapat 2 keadaan yang memaksa iaitu: [1] Jika ada kekuatan kebendaan terutama ketenteraan musuh yang menghalang dakwah yang bersifat damai. [2] Apabila terjadi serangan terhadap kebebasan beragama dan godaan agar kaum Muslimin keluar dari agamanya, baik secara perseorangan atau secara berkelompok.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 41 surah at-Taubah :

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun berasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui

Sempena kita berada di bulan Jamadil Awwal maka marilah kita sama-sama mengambil pengajaran yang berguna daripada kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh memasuki bandar Constantinople atau Istanbul Turki untuk membukanya pada hari Selasa 20 Jamadilawal tahun 857 Hijrah bersamaan 29 Mei 1453 Masihi. Janji nabi s.a.w tentang kehebatan panglima tentera dan pasukan tentera yang bakal menawan kota Constantinople ini telah disahut sejak dari zaman sahabat nabi RH lagi termasuk Abu Ayyub Al-Anshari sehingga kuburannya yang ditemukan dekat kubu Constantinople. 800 tahun selepas itu barulah apa yang dijanjikan oleh nabi s.a.w dicapai

قال النبي : لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ، وَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا، وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ- رواه أحمد

Maksudnya : Sungguh Constantinople akan dibuka, maka sebaik – baik panglima tenteranya adalah panglimanya dan sebaik – baik pasukan tentera adalah pasukan tersebut (yang membukanya)

Kejayaan besar Sultan Muhammad al-Fateh membuka Constantinople yang diubah nama kepada  Islambol yang bererti Bandaraya Islam yang kemudian diubah kepada nama Istanbul. Sebalik kebesaran namanya maka di sana ada nilai-nilai tarbiyah yang dapat menjadi pelajaran berharga bagi pendidikan kita saat ini antaranya : [1] Kurikulum Pendidikan di mana dalam usia yang masih muda, Muhammad Al-Fateh sudah menghafal Al-Quran 30 Juz, menguasai Ilmu Hadits, memahami Ilmu feqah, matematik, ilmu falak, strategi perang, menguasai 6 bahasa. Ini membuktikan bahawa dalam konsep kurikulum haruslah dibangun di atas landasan Al-Quran. Belajar dan menghafalnya merupakan pelajaran yang terbaik daripada semua pelajaran yang lain. Sangat sulit dibayangkan jika generasi Islam saat ini tidak mampu membaca al-Quran dan memahaminya maka bagaimana mahum mencapai kejayaan yang dijanjikan oleh Allah.  [2] Peranan Guru di mana peringkat awalnya Muhammad Al-Fateh sulit untuk dikawal oleh ayahnya yang ketika itu menjadi khalifah ke 6. Kebiasaan hidup mewah di istana sehingga menjadi anak yang manja, dia selalu berlindung di balik kebesaran pangkat ayah sehingga menyulitkan para ulama yang didatangkan ke istana untuk mendidiknya. Hingga akhirnya kelembutan dan ketegasan 2 ulama besar berhasil menundukkannya iaitu Syeikh Aaq Samsuddin dan Muhammad Ismail Al-Qurani. Diusianya yang 14 Tahun Muhamad Al-Fateh menjadi pemuda yang cerdas dan taat beragama. Muhamad Al-Fateh berkata tentang gurunya: “Penghormatanku kepada Syeikh mulia ini tanpa aku sedari. Aku boleh menjadi emosional di hadapannya. Aku merasa gementar di hadapannya sedangkan para guru yang lain ketika mereka datang menghadapku maka mereka yang gementar dihadapanku.”

Hal yang lebih menarik adalah pada saat Muhammad Al-Fateh meminta agar gurunya turut ikut berperang bersamanya. Setelah beberapa kali percubaan perang melawan pasukan musuh belum membuahkan hasil. Akhirnya utusan Sultan datang 2 kali ke khemah gurunya lalu gurunya berpesan bahawa: “Allah akan memberi kemenangan.” Sebuah motivasi yang sangat luar biasa. Tidak berhenti di situ, kerana Muhammad Al Fateh yang tidak puas dengan jawapan gurunya akhirnya baginda sendiri pergi menjumpai gurunya di mana baginda mendapati gurunya sedang sujud cukup lama kemudian bangun dan berkata kepada Muhamad Al-Fateh : “Aku selalu mendoakanmu semoga Allah menganugerahkan dengan kemenangan yang dijanjikan”.

Begitulah seharusnya seorang guru terus mendoakan kebaikan bagi murid-muridnya. Mengajar dengan penuh keikhlasan dengan jiwa yang bersih, berwibawa dan terus memberikan motivasi untuk kejayaan dunia dan akhirat.

[3] Pendidikan Akhlak dan kerohanian di mana keunikan dan sifat peradaban Islam asasnya adalah tauhid. Muhammad Al-Fateh adalah seorang yang selalu mendekatkan diri kepada Allah, sentiasa puasa sunat, tidak pernah masbuq dalam solat berjema’ah, membaca al-Quran dan qiamullail. Ini merupakan pelajaran penting bagi dunia pendidikan kita saat ini yang begitu banyak  borientasi duniawi semata-mata menyebabkan lupa mendidik dan membina rohani pelajar. Kekuatan rohani begitu perlu dalam melahirkan seorang yang menghargai ilmu, menghormati Guru, tidak sombong dan adil. Bahkan setelah selesai membuka Kota Constantinopel, Muhammad Al-Fateh menemui gurunya untuk ikut berkhalwat di khemah dengan tujuan agar terhindar dari kehidupan dunia, jawatan dan harta yang melenakan yang akan membuatkannya lupa kepada Allah. Namun gurunya menolak dan meminta agar baginda tetap memimpin rakyatnya. Gurunya menasihatinya : “Jika engkau ikut bersamaku lalu mendapatkan hasil tarbiah kerohanian yang hanya untuk dirimu sendiri. Namun jika engkau memimpin dengan adil dan amanah maka kebaikanmu bukan hanya untuk dirimu tapi turut bermanfaat untuk rakyat jelata”.

Apa yang lebih penting ialah setiap pembukaan Negara adalah mahu meruntuhkan jahiliah dan dibangunkan system Islam bukannya menukar jahiliah kepada jahiliah yang baru, bukan menukar system zalim kepada system zalim yang lain, bukan menukar pemimpin sahaja tanpa menukar system penjajah kepada Islam

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat  109  surah al-Baqarah :

وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٠٩

Maksudnya : Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Negara dihangatkan dengan keputusan Mahkamah tentang pembatalan status Islam 3 anak seorang muallaf 2 minggu lepas. Masalah  seumpama ini sebenarnya telah menjadi perbincangan hangat di kalangan para ulama sejak zaman dahulu, kerana negara Islam sangat berpengalaman mentadbir masyarakat majmuk. Secara khusus apabila berlakunya perceraian dan masalah penjagaan oleh ibu yang bukan Islam. Para ulama Mazhab Syafie dan Hanbali dengan tegas mengamalkan konsep berkebajikan dengan mewajibkan pihak Islam hendaklah diberi hak menjaga anak kerana melihat pengawasan Islam terhadap kepentingan anak adalah menyeluruh.  Bukan sahaja dalam aspek agama dan menyusu anak secara zahirnya, bahkan juga dalam aspek pemakanan yang halal kerana semua makanan yang haram adalah mendatangkan mudarat kepada jasad, roh dan akal kanak-kanak yang dijaga. Tanpa menafikan naluri kesayangan ibu terhadap anak secara zahirnya, tetapi tidak ada kawalan terhadap pemakanan yang halal, kerana agama lain tidak mengharamkannya. Di samping itu, aspek akhlak yang berbeza dalam menilai baik dan buruk secara fitrah juga diberi perhatian.  Islam juga memberi jaminan wajibnya ke atas anak menunaikan kewajipan terhadap ibubapa yang tidak beragama Islam, walaupun anak itu tetap memilih agama Islam.  Perkara ini tidak ada dalam kitab suci agama yang lain daripada Islam. Oleh itu, tidak boleh ada kebimbangan oleh kalangan bukan Islam terputusnya hubungan keluarga dengan sebab ahli keluarganya menganut Islam.

Adapun Mazhab Hanafi dan Maliki mengizinkan ibu bukan Islam menjaga anak, tetapi dengan syarat jaminan yang sebenar dapat memelihara kesucian akhlak dan fitrah anaknya serta tidak juga memberi makanan yang haram seperti daging babi, meminum arak dan sebagainya.  Pandangan ini berdasarkan kepada negara dan masyarakat yang dilaksanakan Islam sepenuhnya sehingga dapat mengawasi anak tersebut dengan menjaga sensitiviti bapa dan masyarakat yang menganut Islam. Masalahnya, adakah aspek ini dapat dijaga dalam masyarakat yang telah meletakkan Islam tidak ada pengawasannya yang sempurna?. Sepatutnya badan kehakiman yang membuat keputusan hendaklah mengambil kira kedudukan agama Islam yang menjadi agama Persekutuan, serta bidang kuasa negeri terhadap urusan agama Islam dan peranan Raja-raja yang menjadi Ketua Agama Islam yang menjadi komponen penting dalam negara kita dengan nasihat para Mufti atau Majlis Fatwa masing-masing. Pada masa yang sama, hendaklah menjaga batas hak agama lain yang mensyaratkan menjaga batas keharmonian masyarakat majmuk.  Benarlah kata al-Marhum Tuan Guru Hj Abdul Rahman pengasas Pondok Sungai Durian: “Harimau mati tinggalkan belang, penjajah pergi tinggalkan undang-undang”. Kini undang-undang penjajah digunakan dalam menafikan kuasa mahkamah Syariah. Oleh itu bersungguhlah kita dalam memperkasakan Mahkamah Syariah dan system Islam untuk Berjaya dunia akhirat. Jika orang bukan Islam bersungguh dalam usaha menghalalkan murtad dan budaya songsang maka kita sebagai umat Islam yang bermaruah mesti bangkit untuk menjaga aqidah dan maruah umat Islam. Islamlah nescaya kita selamat dan mulia dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

Pemimpin Bertaqwa Negara Sentosa Rakyat Mulia

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 45-46 surah al-Anfal :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُ‌وا اللَّـهَ كَثِيرً‌ا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٤٥﴾ وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَ‌سُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِ‌يحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُ‌وا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِ‌ينَ ﴿٤٦﴾

Maksudnya : Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkanlah hatimu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh keuntungan. Dan taatlah kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah yang akan menyebabkan kamu menjadi gentar serta hilang kekuatanmu dan bersabarlah sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar

Kita kini berada dalam bulan Jamadil Awwal yang telah mencatatkan beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya Peperangan Mu’tah, Jordan tahun ke 8 Hijrah yang meletus disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Rasulullah s.a.w dalam masa yang pantas dapat mengumpul 3000 orang tentera Islam untuk keluar ke Mu’tah. Penghantaran tentera ini bukan atas misi membalas dendam sebaliknya Rasulullah s.a.w telah meletakkan tujuan utama ialah berdakwah dengan mengajak terlebih dahulu penduduk Mu’tah agar memeluk Islam dan jika mereka enggan serta terus berkeras untuk berperang barulah serangan boleh dimulakan. Tindakan tegas ini mengajar kita tentang betapa pentingnya umat Islam memilih pemimpin yang takutkan Allah bukannya pengecut dengan musuh supaya maruah dan nyawa umat Islam dapat dibela. Kita berasa sedih apabila pada hari ini bukan seorang umat Islam yang dibunuh terutama di Palestin, Iraq, Syria, Afghanistan, Yaman, Selatan Filiphina, Myanmar dan selainnya namun tidak ramai pemimpin negara umat Islam yang bangun membela sehingga musuh Islam lebih bermaharajalela dalam membaham dan meratah tubuh saudara seagama. Apa yang lebih malang apabila peluru dan bom dihalakan sesama saudara seagama. Kebanyakan pemimpin negara umat Islam sendiri lebih memikirkan bagaimana mahu menambahkan kekayaan peribadi dan bagaimana mahu mengekalkan kuasa yang sedia ada bukannya untuk memperjuang agama. Di manakah rasa kasih sayang dan bertanggungjawab terhadap saudara seagama yang disuruh oleh agama

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ؛ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit demam dan tidak dapat tidur

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 64-65 surah al-Anfal:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَسْبُكَ اللَّـهُ وَمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٦٤﴾ يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّ‌ضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُ‌ونَ صَابِرُ‌ونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ ﴿٦٥﴾ ‌

Maksudnya : Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu 100 orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) golongan yang tidak mengerti.

Sebelum keluar ke Mu’tah maka nabi Muhammad s.a.w telah melantik 3 panglima perang sekaligus iaitu Zaid bin Harithah, Ja’afar bin Abi Tolib dan Abdullah bin Rawahah di mana mereka akan diganti secara berturutan sekiranya yang lebih utama gugur syahid. Inilah bayangan awal bagaimana peperangan yang bakal dihadapi begitu dahsyat terutama 3 ribu tentera Islam akan berdepan dengan 200 ribu tentera kuffar sehingga ada tentera Islam mencadangkan agar mereka berundur terlebih dahulu bagi meminta bantuan tambahan dari Madinah. Dalam keadaan kelam kabut ini lalu Abdullah bin Rawahah bangun sambil memberi semangat kepada tentera Islam dengan katanya : “ Demi Allah! Adakah kita benci dengan sebab keluarnya kita ke Mu’tah iaitu untuk untuk memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan untuk beradu kekuatan tetapi datangnya kita ke sini adalah untuk Islam yang telah memuliakan kita. Oleh itu maralah kita ke medan peperangan kerana di sana 2 kebaikan pasti kita perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama dengan keredhaan Allah”.

Semangat jihad yang ditanam beserta keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada pertolongan Allah telah membawa kemenangan kepada tentera Islam di mana hanya 12 tentera Islam gugur syahid termasuk 3 panglima perang yang telah dilantik oleh Rasulullah s.a.w sedangkan pihak musuh lebih 3000 yang terbunuh. Kepimpinan tentera Islam selepas itu diambil alih oleh Sayyidina Khalid ibnu Walid yang berjaya mengatur strategi yang membolehkan tentera Islam dapat pulang ke Madinah dengan selamat bagi mengatur perancangan yang baru selepas itu

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 58-59 surah an-Nisaa’ :

إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا﴿٥٨﴾ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّـهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا﴿٥٩

Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya

Antara pengajaran yang dapat kita ambil daripada peperangan Mu’tah ialah berkaitan kepimpinan. Islam meletakkan kepimpinan adalah suatu taklif atau bebanan tanggungjawab dan bukan suatu tasyrif atau keistimewaan. Pemimpin diibaratkan sebagai “pengembala” yang akan diminta tanggungjawab di atas gembalaannya. Kepimpinan atau pemerintahan dalam Islam adalah alat dan bukan sebagai tujuan atau matlamat. Pemimpin perlu dipimpin oleh ilmu, iman dan amal untuk menjadikan kepimpinannya sebagai alat yang aktif yang dapat merealisasikan tujuan yang hendak dicapai iaitu membela agama dan mengurus dunia. Lantaran itu, Islam menempatkan kepimpinan ditempat yang tinggi. 4 perkara utama yang perlu diberi keutamaan dalam usaha menunaikan amanah kepimpinan, iaitu: [1] Allah sebagai kemuncak pimpinan yang wajib ditaati. [2]  Kesetiaan dan ketaatan kepada Rasulullah s.a.w sebagai jalan untukmelaksanakan ketaatan kepada Allah. [3]  Ketaatan dan kesetiaan para muslimin kepada ulil `amri, iaitu orang yang telah diberikan kekuasaan untuk memimpin masyarakat. [4]  Mengiktiraf Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan utama masyarakat Islam sekaligus menjadikannya sebagai sumber rujukan untuk menyelesaikan segala-segala persengketaan

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kepimpinan banyak mencorakkan rakyat dan negaranya. Oleh itu tidak ada pemimpin yang mampu membina Tamadun Kebendaan dan Rohani secara serentak berdasarkan agama melainkan orang yang kenal Allah dan mencintai Allah. Antara contohnya ialah pemimpin yang mengatakan judi adalah haram maka kedai judi tidak diberikan lesen untuk beroperasi agar rakyat terjaga daripada keruntuhan akhlak. Pemimpin yang meyakini bahawa arak suatu benda yang merosakkan akal dan memusnahkan kerukunan masyakat maka lesen arak dihadkan. Pemimpin yang yakin tentang bahayanya system riba lalu diperkasakan perbankan Islam. Pemimpin yang tahu tentang bahayanya zina, keruntuhan akhlak akibat hiburan melampau maka kelab malam ditutup, penguatkuasaan terhadap pemakaian yang tidak sopan dilaksana, rancangan tv, program hiburan dipantau. Corak pemerintahan akan mendatangkan keberkatan kepada negara bila melaksana kehendak agama sebaliknya ribuan penyakit silih berganti akibat mengabaikan Islam

Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar:

يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا, وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا, وَلَمْ يَنْقُضُوْا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُوْلِ اللهِ إِلا سَلَّطَ اللهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوْا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيْهِمْ, وَمَالَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوْا ِمماَّ أَنْزَلَ اللهُ إِلا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah:  [1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. [2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. [3]Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. [4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. [5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T  yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri

Ditangan kita ada pilihan samada memilih kepimpinan Islam yang membawa kepada Syurga atau memilih kepimpinan berdasarkan hawa nafsu yang mendatangkan penderitaan dunia akhirat. Islamlah nescaya kita mulia dan bahagia dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

Pemuda Bertaqwa Negara Sejahtera

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 45-46  surah al-Anfal :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُ‌وا اللَّـهَ كَثِيرً‌ا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٤٥﴾ وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَ‌سُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِ‌يحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُ‌وا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِ‌ينَ ﴿٤٦

Maksudnya : Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkanlah hatimu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh keuntungan. Dan taatlah kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah yang akan menyebabkan kamu menjadi gentar serta hilang kekuatanmu dan bersabarlah sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar

Kita kini berada dalam bulan Jamadil Awwal yang telah mencatatkan beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya Peperangan Mu’tah, Jordan tahun ke 8 Hijrah yang meletus disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Rasulullah s.a.w dalam masa yang pantas dapat mengumpul 3000 orang tentera Islam untuk keluar ke Mu’tah. Penghantaran tentera ini bukan atas misi membalas dendam sebaliknya Rasulullah s.a.w  telah meletakkan tujuan utama ialah berdakwah dengan mengajak terlebih dahulu penduduk Mu’tah agar memeluk Islam dan jika mereka enggan serta terus berkeras untuk berperang barulah serangan boleh dimulakan. Tindakan tegas ini mengajar kita tentang betapa pentingnya umat Islam memilih pemimpin yang takutkan Allah bukannya pengecut dengan musuh barulah maruah dan nyawa umat Islam dapat dibela. Kita berasa sedih apabila pada hari ini bukan seorang umat Islam yang dibunuh terutama di Palestin, Iraq, Syria, Afghanistan, Selatan Filiphina, Myanmar dan selainnya namun tidak ramai pemimpin negara umat Islam yang bangun membela sehingga musuh Islam lebih bermaharajalela dalam membaham dan meratah tubuh saudara seagama. Kebanyakan pemimpin negara umat Islam lebih memikirkan bagaimana mahu menambahkan kekayaan peribadi dan bagaimana mahu mengekalkan kuasa yang sedia ada bukannya untuk memperjuang agama. Malah pelarian Syria, Palestin dan sebagainya terpaksa berdepan dengan masalah murtad jika kebajikan terutama pendidikan mereka tidak diambil berat oleh saudara seagama sedangkan Islam mengajar kita betapa pentingnya kesatuan kita

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ؛ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى  – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah

Firman Allah dalam ayat 64-65  surah al-Anfal:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَسْبُكَ اللَّـهُ وَمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٦٤﴾ يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّ‌ضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُ‌ونَ صَابِرُ‌ونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ ﴿٦٥﴾ ‌

Maksudnya : Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu 100 orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) golongan yang tidak mengerti.

Ujian pertama yang terpaksa mereka lalui oleh tentera Islam ketika tiba di Mu’tah apabila mendapat berita bahawa musuh telah pun bersiap sedia dengan angkatan tentera seramai 200 ribu orang sehingga ada tentera Islam mencadangkan agar mereka berundur terlebih dahulu bagi meminta bantuan tambahan dari Madinah. Dalam keadaan kelam kabut ini lalu Abdullah bin Rawahah bangun sambil memberi semangat kepada tentera Islam dengan katanya : “ Demi Allah! Adakah kita benci dengan sebab keluarnya kita ke Mu’tah iaitu untuk untuk memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan untuk beradu kekuatan tetapi datangnya kita ke sini adalah untuk Islam yang telah memuliakan kita. Oleh itu maralah kita ke medan peperangan kerana di sana 2 kebaikan pasti kita perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama dengan keredhaan Allah”.

Semangat jihad yang ditanam beserta keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada pertolongan Allah telah membawa kemenangan kepada tentera Islam di mana hanya 12 tentera Islam gugur syahid termasuk tiga panglima perang yang telah dilantik oleh Rasulullah s.a.w sedangkan pihak musuh lebih 3000 yang terbunuh. Kepimpinan tentera Islam selepas itu diambil alih oleh Sayyidina Khalid ibnu Walid telah berjaya mengundurkan tentera sedangkan musuh ratusan ribu jumlahnya tidak berani untuk mengejar kerana menyangka tentera Islam memasang perangkap dan adanya bantuan tambahan dari Madinah. Tindakan mengundur diri daripada peperangan ini diherdik oleh sebahagian umat Islam lalu Rasulullah s.a.w mempertahankan tindakan Khalid ibnu Walid ini dengan menyatakan ia bukan undur untuk lari dari medan peperangan sebaliknya untuk mengatur strategi untuk kembali memerangi musuh pada masa terdekat. Semangat jihad inilah yang digeruni oleh musuh Islam sehingga telah banyak usaha termasuk dalam merombak sukatan pengajian di kebanyakan university di Negara umat Islam supaya umat Islam mandul jihad dan tidak lagi bangkit menentang keganasan kuffar. Sekiranya terus ada pejuang Islam yang cintakan mati syahid bagi berdepan dengan tentera kuffar yang takut mati maka selagi itulah kuffar akan berdepan dengan tentangan sengit yang menakutkan

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

Jamadil Awwal turut merakamkan suatu kejayaan gemilang yang dicapai oleh Sultan Muhammad al-Fateh dalam menawan Constantinople atau Istanbul, Turki ibu kota Empayar Byzantine oleh Khilafah Uthmaniyyah pada 20 Jamadil Awwal 857H bersamaan 29 Mei 1453. Kejayaan besar dalam menyahut seruan nabi s.a.w iaitu sebaik-baik pemimpin dan tentera ialah yang berjaya membuka kota Constantinople di mana ia juga menandakan berakhirnya Empayar Byzantine yang berusia lebih kurang 1,000 tahun itu dan ia membuka jalan untuk Islam masuk ke Eropah.

Semangat jihad tinggi dan kepintaran Sultan Muhammad al-Fateh yang ketika itu masih muda memberi isyarat yang besar kepada kita dalam memastikan golongan muda supaya memiliki sifat atau cirri umat cemerlangnya antaranya 10 sifat yang telah digariskan oleh Hassan al-Banna : [1] ( سَلِيمُ العقيدة ) iaitu Aqidah yang sejahtera bebas daripada syirik. Dia juga membebaskan dirinya daripada tunduk kepada isme-isme dan tahayul, khurafat yang menyesatkan. [2] ( صحيح العبادة ) iaitu Ibadah yang soheh berdasarkan ilmu sehingga ibadat yang dilakukan mampu memberi kekuatan kepada diri daripada terjebak dengan maksiat dan kemungkaran

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Kahfi :

نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَ‌بِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ﴿١٣

Maksudnya : Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka (ashabul Kahfi) dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

Ciri pemuda cemerlang yang ke-[3] ( مَتِينُ الخُلُقِ ) iaitu akhlak yang mantap. Kita bimbang pemuda kita hanyut dengan senjata musuh sebagaimana kata seorang pemimpin Tertinggi Imprealis: “ Arak dan nyanyian merupakan 2 unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”

[4] ( قوي الجسم ) iaitu Tubuh badan yang kuat untuk memikul tanggungjawab yang berat. Islam menggalakkan senaman dan menjaga pemakanan yang seimbang, baik lagi halal. Muslim yang kuat lebih utama dam lebih dicintai Allah daripada muslim yang lemah.  Kita begitu bimbang dengan angka yang diberikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan di mana pertambahan jumlah 22 ribu penagih dadah tahun 2015 berbanding 20 ribu tahun 2014

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mu’minun :

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْ‌ضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِ‌هِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِ‌هِم مُّعْرِ‌ضُونَ

Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;

Ciri pemuda cemerlang yang ke- [5] (مُثَقَّفُ الفِكْرِ ) iaituPemikiran yang terdidik dan matang. Musuh-musuh Islam telah menyusup ke pelbagai bidang kehidupan melalui disiplin-disiplin ilmu yang mereka kuasai. Untuk melawan mereka, maka kita juga perlu menguasai berbagai-bagai disiplin ilmu. Bangsa lain maju kerana membaca buku yang bermanfaat sedangkan kita terus mundur akibat asyik baca majalah hiburan

[6] ( مُنَظَّمْ فى شُؤُوْنِهِ) iaitu Teratur dalam urusan atau kerja hingga melahirkan hasil kerja yang berkualiti.

[7] مجاهدةللنفس iaitu Kesungguhan dalam diri  di mana bersabar sewaktu ditimpa kesusahan dan bersyukur kepada Allah ewaktu mendapat kegembiraan atau menerima nikmat daripada Allah

[8] ( حَرِيْسٌ على وقته) iaitu Menjaga waktu dengan baik. Janganlah sampai kita gunakan waktu untuk perbuatan yang sia-sia, jauh sekali daripada melakukan ma’siat. Bukankah kewajipan kita lebih banyak daripada waktu yang kita ada?

[9] ( قادر على الكسب ) iaitu Mampu untuk bekerja dan berdikari. Dia boleh berusaha sendiri untuk mencari nafkah bagi diri sendiri, keluarga dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

[10] ( نافع للغير ) iaitu Bermanfaat terhadap orang lain. Seorang muslim yang soleh harus menjadi rahmat bagi ‘alam. Dia membawa manfaat kepada diri sendiri, orang lain dan ‘alam sekitarnya dalam rangka menegakkan Islam.

Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Munafiqun :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ‌ اللَّـهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُ‌ونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Islam DiNobat Perancangan Jahat Musuh DiSekat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  120 surah al-Baqarah :

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠

Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Kini kita berada pada bulan Jamadil Awwal yang pernah menyaksikan bagaimana berlakunya peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun ke 8 Hijrah disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peperangan Mu’tah antaranya mengajar kita bagaimana ketegasan Rasulullah s.a.w terhadap musuh Islam di mana walau pun seorang utusan Islam yang dibunuh namun nyawanya mesti ditebus sehingga dihantar tentera ke Mu’tah dengan motif dakwah terlebih dahulu sebelum melakukan serangan jika musuh tidak mahu tunduk. Pada hari ini suasana itu telah hilang terutama dengan kehilangan sistem khilafah setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniah Turki 1924 sehingga kesatuan umat Islam tidak mampu disatukan di bawah suatu pemerintahan. Umat Islam ibarat anak ayam yang kehilangan ibu tiada tempat mengadu sehingga musuh Islam dengan mudah melakukan keganasan dan kekejaman terhadap umat Islam tanpa ada sekatan dan halangan. Malah bila berlakunya sesuatu musibah di negara umat Islam seperti banjir besar, tsunami, gempa bumi dan sebagainya maka bantuan daripada negara umat Islam sendiri begitu lambat dan tidak selaras dengan baik. Ini membuka peluang kepada orang lain untuk menjuarai hal kebajikan dan lebih membimbangkan ia datang bersama dakyah kepada agama atau ideologi yang bertentangan dengan Islam. Malah kita biasa dengar bagaimana di hospital seolah adanya petugas khusus daripada agama lain yang akan mendekati pesakit yang sedang nazak sedangkan pesakit Islam hanya bergantung pada ahli keluarga terdekat yang ada untuk mengajar kalimah syahadah. Bagaimana jika tiada ahli keluarga terdekat yang berada disampingnya maka siapakah yang akan mengambil tanggungjawab besar ini. Sama-samalah kita berfikir dan mengambil tindakan yang sewajarnya kerana penghujung kehidupan merupakan saat yang paling berharga supaya dapat meraih husnul khatimah

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan :

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا ﴿٣٠

Maksudnya : Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.

Kesesatan dan kebatilan yang bergerak dengan organisasi yang tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang bergerak dengan terabur. Kita sedar bagaimana Islam dan umatnya akan terus berdepan dengan pelbagai perancangan dan serangan daripada musuh Islam sehingga hari Qiamat. Antara 10 Rancangan Kuffar dalam menghancurkan Islam dan umatnya ialah : [1] Menjauhkan umat Islam daripada Al-Qur’an sehingga ramai di kalangan umat Islam sendiri buta al-Quran apatah lagi untuk memahami seterusnya menghayatinya dalam kehidupan seharian. Sebab itu selepas banjir besar baru-baru ini agak mudah untuk kita mengagihkan naskhah al-Quran kepada mangsa banjir tetapi untuk kita duduk sama-sama membaca dan memahami al-Quran agak susah. Oleh itu kita wajib kembali kepada al-Quran sebagaimana zaman kegemilangan Islam iaitu merasai betapa pentingnya al-Quran kepada kehidupan kita, menjiwai setiap ayat al-Quran di mana sebarang berita gembira dan ancaman azab mesti dirasakan ditujukan kepada kita bukan ianya hanya dijadikan bahan bacaan semata-mata atau merasakan bahawa kisah dalam al-Quran adalah kisah dahulu kala tiada kaitan dengan kita seterusnya kita berlumba-lumba untuk melaksanakan system al-Quran dalam seluruh aspek kehidupan. Kita wajib mengembalikan fungsi dan peranan al-Quran seperti yang dilaksanakan oleh generasi kemenangan sebelum ini. Mereka boleh berjaya kerana al-Quran dijunjung sedangkan umat kini meletaknya dipunggung, mereka menjadikan al-Quran sebagai panduan sedangkan umat kini jadikan sebagai barang hiasan, mereka bersungguh mengkaji al-Quran sedangkan umat kini banyak mencari alasan untuk lari daripadanya

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 71 surah at-Taubah :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّـهُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya : Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Rancangan musuh Islam yang saling berkait rapat iaitu yang ke-[2] Lenyapkan sistem pemerintahan Islam di mana Lornis Brown berkata : “ Apabila orang Islam bersatu di bawah empayar Arab, maka ia boleh menjadi satu malapetaka dan bahaya kepada dunia. Adapun jika mereka kekal dalam perpecahan, maka ketika itu mereka tiada nilai dan tidak memberikan kesan kepada sesiapa. Umat Arab dan umat Islam mestilah terus berpecah belah supaya mereka terus kekal tanpa kekuatan dan autoriti.” Akhirnya penderitaan umat Islam tiada tempat untuk mengadu dan tiada suatu kuasa pemerintahan Islam yang mampu menyekat keganasan yang berlaku

Rancangan ke-[3] Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin di mana dengan dasar pecah perintah maka umat Islam saling memandang bahawa isu umat Islam di Negara lain adalah masalah Negara dan bangsa masing-masing tiada kaitan dengan diri mereka seperti penderitaan umat Islam di Palestin, Iraq, Syria, Myanmar dan sebagainya. Tiada lagi ruh persaudaraan Islam akibat rasukan semangat assobiyah atau kebangsaan sempit. Sedangkan kita sentiasa diajar tentang persaudaraan Islam yang melangkaui bangsa, Negara, budaya, bahasa

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ؛ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى  – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit

Rancangan musuh yang ke-[4] Lemahkan bangsa Arab di mana Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini: “ sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak pada mereka. Bahkan kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”

Rancangan ke-[5] Dirikan negara diktator di dunia Islam di mana W.K Smith seorang orientalis Amerika yang mahir dalam hal ehwal Pakistan: “ apabila orang Islam diberikan kebebasan di dunia Islam serta hidup dibawah system demokrasi , maka sesungguhnya Islam akan mendapat kemenangan di Negara-negara tersebut. Hanya dengan cara diktator sahaja yang boleh memisahkan antara umat Islam dan agamanya.” Kita dapat lihat bagaimana kejatuhan satu demi satu pemerintahan kuku besi oleh rakyat seperti di Iraq, Mesir, Libya dan sebagainya tetapi musuh Islam segera bertindak memastikan penggantinya mesti daripada boneka bagi memastikan sebarang usaha dalam mengembalikan pemerintahan Islam dapat dikuburkan.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Rancangan musuh yang ke-[6] Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu sebagaimana kata seorang pemimpin Tertinggi Imprealis: “ Arak dan nyanyian merupakan 2 unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.” Malah Karl Marx  pengasas ideology sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada aqidah ketuhanan, beliau menjawab: “ penggantinya ialah teater iaitu panggung drama dan filem, maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian ke arah pementasan drama.”

Rancangan musuh yang ke-[7] Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya di mana sejarah pernah mencatatkan bagaimana perisik Portugal telah melakukan risikan di Andalusia terutama berkaitan aktiviti dan kecenderungan pemudanya lalu bila didapati pemudanya lebih menumpu kepada ilmu maka rancangan untuk menjatuhkan kerajaan Islam ditangguh sehinggalah pemuda hanyut dalam hiburan dan perkara yang tidak berfaedah yang mewujudkan generasi muda yang lemah. Berdasarkan keadaan itu perisik Portugal berasakan itulah masa yang tepat untuk menyerang Andalusia. Akhirnya, Andalus yang dikuasai pemerintahan Islam selama 800 tahun jatuh ke tangan Portugal dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Rancangan musuh yang ke-[8] Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas sehingga zina dianggap suatu perkara biasa. Kita terlalu bimbang dengan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan modul pendidikan seks bagi golongan lelaki lingkungan 16 tahun ke atas mulai tahun 2016 jika ia tidak berteraskan Islam. Kita tidak mahu mengulangi kegagalan sebagaimana suatu kajian yang dijalankan di United Kingdom yang mendedahkan kehamilan dalam kalangan remaja adalah yang tertinggi di kawasan yang giat aktif dan agresif dalam mempromosi pendidikan seks. Ingatlah amaran nabi s.a.w

قال الرسول  :  لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا ، فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ  – رواه أحمد بسندحسن

Maksudnya: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya

Rancangan musuh yang ke-[9] Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat. Manakala Rancangan musuh yang ke-[10] Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya di mana telah ramai pemimpin gerakan Islam dipenjara dan parti Islam diharamkan seperti di Algeria, Mesir dan sebagainya.  Oleh itu sama-samalah bangkit dalam melawan dan menguburkan perancangan jahat musuh Islam ini. Jangan biarkan kita terus menjadi hamba abdi kepada musuh Islam dalam setiap perkara samada melalui serangan fizikal mahu pun mental. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan :

فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢

Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Cara Hidup Islam Subur Umat Makmur

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

Kini kita berada pada bulan Jamadil Awwal yang pernah menyaksikan bagaimana berlakunya peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun ke 8 Hijrah disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peperangan Mu’tah merupakan antara siri awal peperangan tentera Islam di luar semenanjung Tanah Arab menghadapi tentera bukan Arab. Sebagaimana maklum bahawa selepas pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun yang sama maka tiada lagi berlaku peperangan besar dengan kafir Quraisy sebaliknya tumpuan dakwah Islam mula dikembangkan ke luar tanah arab melalui penghantaran utusan yang membawa surat daripada Rasulullah s.a.w yang biasanya turut ditulis beberapa ayat al-Quran kepada ketua qabilah, raja-raja dan pemimpin negara berhampiran. Jawapan yang diterima daripada pemimpin qabilah dan negara terhadap seruan dakwah melalui surat yang dihantar ini bermacam-macam di mana ada yang menerima Islam, tidak kurang yang menolak secara lembut dan ada juga yang menolak secara kasar termasuk dalam kes utusan kepada Raja Busra yang dibunuh secara kejam. Pada hari ini jarang berlaku pemimpin negara umat Islam yang menghantar surat dakwah kepada pemimpin bukan Islam sebaliknya ramai yang mengutus surat untuk terus taat setia kepada kuasa kuffar dan sistem ciptaan manusia. Apa yang lebih malang apabila pemimpin negara sanggup menggunakan khidmat nasihat syarikat APCO yang mempunyai kaitan dengan zionis yahudi pembunuh kejam dunia sehingga musuh dijadikan kawan manakala saudara seagama dijadikan sasaran serangan serta keadaan keselamatan negara terdedah kepada musuh Islam

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 29 surah al-Fathu:

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Peperangan Mu’tah turut mengajar kita bagaimana ketegasan Rasulullah s.a.w terhadap musuh Islam di mana walau pun seorang utusan Islam yang dibunuh namun nyawanya mesti ditebus sehingga dihantar tentera ke Mu’tah dengan motif dakwah terlebih dahulu sebelum melakukan serangan jika musuh tidak mahu tunduk. Jika Rasulullah s.a.w dan banyak pemimpin Islam zaman silam sanggup menghantar tentera walau pun seorang umat Islam yang dibunuh atau dihina oleh musuh sebaliknya pada hari ini ramai pemimpin umat Islam sendiri sanggup bersekongkol dengan penjenayah dan pengganas dunia iaitu Amerika Syarikat dan zionis yahudi dalam menjajah dan membunuh umat Islam seperti di Palestin, Iraq dan terbaru di Libya. Kita lihat Libya bakal menjadi Iraq kedua di mana atas alasan mahu menggulingkan pemimpin berkuku besi maka musuh Islam melakukan serangan dan akhirnya ia dijajah dengan pemimpin boneka dijadikan sandaran. Inilah antara amaran nabi Muhammad s.a.w apabila sesebuah negara tidak melaksanakan sistem Islam dan memilih pemimpin yang jahat maka negara tersebut akan dijajah oleh penjajah yang jauh lebih jahat dan kejam.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 10 surah al-Buruj :

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang mencetuskan bencana fitnah [untuk memesong dan memporak – perandakan] orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan keji itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

Peperangan Mu’tah juga menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang sekaligus iaitu Zaid bin Harithah di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi Jaafar bin Abi Tolib dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Ketiga-tiga panglima perang yang dilantik ini menerima tugas yang diberikan dengan penuh kerelaan di mana mereka yakin bahawa perkataan nabi adalah benar dan mereka tidak sekali-kali merasa takut walau pun dari segi arahan nabi tadi bermakna mereka bertiga akan gugur syahid dalam peperangan nanti. Pemilihan sebagai pemimpin mesti berlandaskan syarak bukannya hawa nafsu dan rasuah bagi memastikan keadilan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat antaranya ialah mesti sanggup berkorban bukan sahaja harta benda malah jiwa raga dalam mempertahan dan menjulang sistem Islam bukan memilih pemimpin yang hanya tahu mengumpul kekayaan dengan merompak hasil mahsul negara. Memilih pemimpin yang sanggup menjaga maruah dan nyawa rakyat jelata bukannya pemimpin yang membiarkan budaya fitnah dan pelanggaran maruah seperti isu liwat dan video seks yang meletakkan maruah umat Islam lebih murah daripada besi buruk tanpa ada usaha dalam menyekat perbuatan terkutuk ini demi mengejar dan menjaga harta dan takhta. Memilih pemimpin yang menjadikan Allah sebagai Penguasa yang paling berkuasa sehingga tunduk patuh terhadap segala sistemNya bukannya pemimpin yang hanya melaungkan hak asasi manusia sedangkan hak Allah dilanggar sesuka hati. Bijak memilih pemimpin bawa bahagia, salah memilih pemimpin bawa derita. Ia bukan perkara kecil tetapi bakal ditanya di akhirat kelak

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Kesungguhan dan kecekalan nabi Muhammad s.a.w dan pejuang Islam dalam menjaga dan mengembangkan dakwah Islam sehingga sanggup gugur syahid di medan perjuangan wajib diteruskan barulah kita dianugerahkan dengan kemuliaan di dunia dan akhirat. Tugas menyebarkan Islam bukan dijanjikan dengan kejayaan yang mudah sebaliknya menuntut kepada penat dan lelah, tidak dihamparkan dengan permaidani merah sebaliknya menuntut kepada tumpahnya darah merah ke tanah. Kita sepatutnya merasa malu dengan gerakan Kristian contohnya yang begitu bersungguh dalam menyebar luas ajaran mereka termasuk melalui tekanan politik yang membolehkan mereka mengedar Bible berbahasa Melayu. Bagaimana pula dengan usaha kita dalam mempertahankan aqidah umat Islam yang semakin luntur disamping dakwah kepada orang bukan Islam agar mereka sama-sama merasai nikmat iman dan Islam atau sekurang-kurangnya mereka tidak menentang sistem Islam. Ketika menyoroti sejarah bagaimana umat Islam di China yang mampu mempertahankan agama walau pun ratusan tahun berada di bawah cengkaman komunis antaranya dengan menjaga solat berjemaah sehingga ada masjid bilangan jemaah solat Jumaatnya menjangkau 30 ribu orang manakala hari raya 200 ribu orang. Kita di negara ini wajib merasa gerun dan bimbang sekiranya semakin ramai umat Islam sendiri semakin jahil dan menjauhi cara hidup Islam apatah lagi bilangan orang bukan Islam yang membenci Islam semakin bertambah. Sesungguhnya seseorang itu akan membenci dan memusuhi apa yang dia tidak ketahui. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengorak langkah dengan serius dan bersungguh dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup dalam setiap aspek kehidupan sehingga Islam dilihat sebagai satu-satunya cara dalam menangani pelbagai masalah masyarakat dan negara. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali Imran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ 

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Musuh DiTatang Islam DiTentang

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

Kini kita berada pada bulan Jamadil Awwal yang pernah menyaksikan bagaimana berlakunya peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun ke 8 Hijrah disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peperangan Mu’tah merupakan antara siri awal peperangan tentera Islam di luar semenanjung Tanah Arab menghadapi tentera bukan Arab. Sebagaimana maklum bahawa selepas pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun yang sama maka tidak lagi berlaku peperangan besar dengan kafir Quraisy sebaliknya tumpuan dakwah Islam mula dikembangkan ke luar tanah arab melalui penghantaran utusan yang membawa surat daripada Rasulullah s.a.w yang biasanya turut ditulis beberapa ayat al-Quran kepada ketua qabilah, raja-raja dan pemimpin negara berhampiran. Jawapan yang diterima daripada pemimpin qabilah dan negara terhadap seruan dakwah melalui surat yang dihantar ini bermacam-macam di mana ada yang menerima Islam, tidak kurang yang menolak secara lembut dan ada juga yang menolak secara kasar termasuk dalam kes utusan kepada Raja Busra yang dibunuh secara kejam. Pada hari ini jarang berlaku pemimpin negara umat Islam yang menghantar surat dakwah kepada pemimpin bukan Islam sebaliknya ramai yang mengutus surat untuk terus taat setia kepada kuasa kuffar dan sistem ciptaan manusia. Apa yang lebih malang apabila pemimpin negara sanggup menggunakan khidmat nasihat syarikat yang mempunyai kaitan dengan zionis yahudi pembunuh kejam dunia sehingga musuh dijadikan kawan manakala saudara seagama dijadikan sasaran serangan serta keadaan keselamatan negara terdedah kepada musuh Islam

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  51 surah al-Maidah  :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim

Peperangan Mu’tah turut mengajar kita bagaimana ketegasan Rasulullah s.a.w terhadap musuh Islam di mana walau pun seorang utusan Islam yang dibunuh namun nyawanya mesti ditebus sehingga dihantar tentera ke Mu’tah dengan motif dakwah terlebih dahulu sebelum melakukan serangan jika musuh tidak mahu tunduk. Pada hari ini kita begitu marah dan kecewa apabila pemimpin negara begitu bangga dapat berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama seterusnya sanggup bersekongkol degan negara anti Islam dalam menyokong Israel dan dalam masa yang sama menekan negara umat Islam seperti menghentikan eksport petroleum bertapis  kepada Iran selaras dengan seruan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mendesak dunia agar menghentikan eksport bahan tersebut ke Iran bagi menghentikan negara itu daripada meneruskan projek nukleurnya. Ini mungkin antara kesan mendengar nasihat APCO pro zionis Yahudi. Kita perlu sedar bahawa setelah setahun Obama bekerja, akhirnya satu pasukan pemikir yang ditubuhkan, pada Mei tahun lalu menghasilkan satu dasar baru untuk AS berdepan dengan negara Islam khasnya dan umat Islam amnya. Pasukan yang diberi nama Global Engagement Directorate (GED) itu ditugaskan melakukan diplomasi bagi  tujuan keamanan nasional. Sejak dibentuk, pasukan itu tidak hanya mengubah makna memerangi keganasan, tetapi juga mengatur bagaimana cara AS melakukan perniagaan dan pelaburan di negara Islam. Apa yang penting ialah Islam dan umatnya mesti diperangi habis-habisan tetapi caranya sahaja berbeza agar umat Islam tidak bangkit menentang terhadap penjajahan cara lembut

Jika Rasulullah s.a.w dan banyak pemimpin Islam zaman silam sanggup hantar tentera walau pun seorang umat Islam yang dibunuh atau dihina oleh musuh sebaliknya pada hari ini pemimpin sanggup mengkhianati umat Islam sedunia dengan menjemput pembunuh dan pengganas dunia Tony Blair untuk memijak bumi Malaysia esok 24 April. Ini mungkin kesan nasihat APCO-zionis yahudi yang dibayar RM 77 juta yang menyebabkan pemimpin seperti melupakan jenayah Tony Blair yang bersekongkol dengan Bush dalam pencerobohan terhadap Iraq pada tahun 2003 yang menyaksikan lebih daripada 1 juta orang mati,  hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal iaitu 2.7 juta melarat dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah. Sanggupkah kita membiarkan pemimpin bersekongkol dengan pembunuh, penjajah, pengganas atau kita bangkit menentang tindakan bacul ini dengan memastikan mereka kembali bertaubat atau tidak lagi dipilih daripada menjadi pemimpin pada waktu terdekat

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 168 surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu

Pemimpin Negara bagaikan baru sedar bahawa arak dan judi itu haram sehingga mula melaungkan perkara ini. Apa yang paling besar dosa ialah golongan yang melulus dan member lesen kepada benda haram ini di mana pemimpin sentiasa berbangga dengan kadar cukai yang dikutip daripada arak dan judi semakin meningkat. Apa yang lebih malang hasil cukai judi terutamanya turut digunakan untuk pendidikan. Jika zaman Khalifah Islam dahulu kita dapat membaca banyak tulisan ulama’ yang menyatakan gaji dari Kerajaan adalah syubhat kerana dicampur dengan cukai yang tidak munasabah maka pada hari ini kita bimbang jika hasil haram digunakan untuk untuk membayar gaji kakitangan awam menyebabkan bukan lagi syubhat malah haram bekerja dengan kerajaan yang tidak sensitif masalah halal haram. Ini juga mungkin mempengaruhi akhlak rakyat yang semakin jauh daripada agama sehingga berlaku banyak jenayah termasuk buang bayi. Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007, satu kajian di Lembah Klang mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan yang lebih membimbangkan kejadian ini bukan hanya berlaku di bandar besar sebaliknya semakin menular di desa dan luar bandar. Sebanyak 304 kes buang bayi dilaporkan antara 2004 hingga 2007, membabitkan 117 bayi lelaki, 96 bayi perempuan manakala bakinya tidak diketahui jantina kerana mayat reput. Menurut statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatat jumlah tertinggi iaitu 36 peratus. Ingatlah makanan haram merosakkan akhlak manusia dan diakhirat pula bakal dibakar dalam api neraka yang dahsyat

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Bila benci maka setiap perkara yang membabitkan musuh akan diperangi habis-habisan. Sejak kebelakangan ini, projek-projek pembinaan menara azan dan masjid di kebanyakan negara Eropah, termasuk Switzerland, Perancis, Itali, Austria, Greek, Jerman dan Slovenia mengundang bantahan daripada penduduk tempatan. Begitu juga pengharaman Burqa dan purdah termasuk yang terbaru di Perancis atas alasan merendahkan martabat perempuan dan mengancam keselamatan. Sebenarnya musuh Islam begitu risau dan bimbang dengan kebangkitan Islam terutama peningkatan yang begitu ketara dari kalangan  rakyat Eropah yang memeluk Islam setiap hari terutama selepas serangan 11 September. Dunia perlu sedar bahawa tanpa Islam dan pengutusan nabi Muhammad s.aw nescaya masyarakat dunia tidak merasai kecantikan berpakaian sebagaimana hari ini. Islam yang mementingkan kecantikan termasuk pakaian terutama pada ketika mendirikan solat, hari Jumaat, hari raya dan sebagainya telah menjadikan manusia berlumba-lumba memakai pakaian cantik. Pernah berlaku dalam sejarah Afrika, kapitalis Kristian begitu marah kepada pendakwah Kristian yang hanya berjaya mengkristiankan rakyat Afrika sedangkan jualan pakaian tidak laku kerana mengekalkan pemakaian cara lama sedangkan kawasan Afrika yang dikuasai Islam melahirkan rakyat yang berpakaian cantik yang memajukan perniagaan pakaian. Pakaian yang cantik semestinya yang menutup aurat dan mengikut sunnah nabi. Kita berasa gembira apabila Mahkamah Tumpat semalam membebaskan 5 pelajar Pondok Gelang Mas daripada kesalahan memakai serban ketika menunggang motosikal di mana keputusan ini mengiktiraf kebebasan beragama dan peruntukan yang sedia ada dalam undang-undang jalanraya. Keputusan ini juga menyuntik kembali semangat untuk memakai serban di dalam menghidupkkan sunnah nabi disamping secara tidak langsung ia juga boleh membantu dalam mengurangkan gejala Mat Rempit dan pemanduan laju yang membahayakan kerana dengan memakai serban pemandunya akan memandu cara berakhlak dan perlahan. Islamlah nescaya selamat dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali Imran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jihad Kendur Umat Mundur

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

Kini kita berada pada bulan Jamadil Awwal yang pernah menyaksikan bagaimana berlakunya peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun ke 8 Hijrah disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peperangan Mu’tah merupakan antara siri awal peperangan tentera Islam di luar semenanjung Tanah Arab menghadapi tentera bukan Arab. Sebagaimana maklum bahawa selepas pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun yang sama maka tidak lagi berlaku peperangan besar dengan kafir Quraisy sebaliknya tumpuan dakwah Islam mula dikembangkan ke luar tanah arab melalui penghantaran utusan yang membawa surat daripada Rasulullah s.a.w yang biasanya turut ditulis beberapa ayat al-Quran kepada ketua qabilah, raja-raja dan pemimpin negara berhampiran. Kita boleh faham daripada tindakan Rasulullah s.a.w ini bahawa tidak salah orang bukan Islam diberi peluang untuk membaca ayat al-Quran bukan untuk tujuan menghina tetapi untuk mengkaji keindahan al-Quran dan penyebaran dakwah Islam. Jawapan yang diterima daripada pemimpin qabilah dan negara terhadap seruan dakwah melalui surat yang dihantar ini bermacam-macam di mana ada yang menerima Islam, tidak kurang yang menolak secara lembut dan ada juga yang menolak secara kasar termasuk dalam kes utusan kepada Raja Busra yang dibunuh secara kejam. Pada hari ini jarang berlaku pemimpin negara umat Islam yang menghantar surat dakwah kepada pemimpin bukan Islam sebaliknya ramai yang mengutus surat untuk terus taat setia kepada kuasa kuffar dan sistem ciptaan manusia. Apa yang lebih malang apabila pemimpin negara umat Islam bukan sahaja merasa malu dan takut untuk menyebarkan Islam malah bertindak biadap menghina sistem Islam disamping menampilkan imej yang buruk akibat pecah amanah dan rasuah dan skandal moral yang lain

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 87 surah al-Qasas :
ولا يصدنك عن ءايت الله بعد إذ أنزلت إليك وادع إلى ربك ولاتكونن من المشركين
Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangmu daripada (menyampaikan) ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu. Dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu dan janganlah sekali-kali kamu termasuk mereka yang mempersekutukan Allah.
Rasulullah s.a.w yang menerima berita tentang pengkhianatan terhadap utusannya itu lalu mengumpul 3000 orang tentera Islam dalam waktu yang singkat untuk keluar ke Mu’tah. Penghantaran tentera ini bukan atas misi membalas dendam sebaliknya Rasulullah s.a.w telah meletakkan tujuan utama ialah berdakwah dengan mengajak terlebih dahulu penduduk Mu’tah agar memeluk Islam dan jika mereka enggan serta terus berkeras untuk berperang barulah serangan boleh dimulakan. Tindakan tegas ini mengajar kita tentang betapa pentingnya umat Islam memilih pemimpin yang takutkan Allah bukannya pengecut dengan musuh barulah maruah dan nyawa umat Islam dapat dibela. Kita berasa sedih apabila pada hari ini bukan seorang umat Islam yang dibunuh terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Filiphina dan selainnya namun tiada pemimpin negara umat Islam yang bangun membela sehingga musuh Islam lebih bermaharajalela dalam membaham dan meratah tubuh saudara seagama. Kebanyakan pemimpin negara umat Islam lebih memikirkan bagaimana mahu menambahkan kekayaan peribadi dan bagaimana mahu mengekalkan kuasa yang sedia ada bukannya untuk memperpejuang agama
Peperangan Mu’tah juga memberi pengajaran penting apabila Rasulullah s.a.w turut memberi arahan kepada tentera Islam agar tidak membunuh golongan kanak-kanak, wanita, orang tua serta tidak mengerat pohon-pohon dan tidak pula memusnahkan rumah kediaman penduduk. Inilah ia keadilan dan kemuliaan Islam yang menghormati hak kemanusiaan musuh terlebih dahulu bersama dengan usaha dakwah di mana peperangan hanya dijadikan tindakan terakhir apabila musuh terus berkeras untuk melawan walau pun telah diberi peluang untuk berdamai dan tunduk kepada keadilan Islam. Ini berbeza dengan tindakan kejam musuh Islam pada hari ini terutama pengganas dunia Amerika Syarikat dan zionis yahudi yang tidak pernah menghormati perjanjian Ganeva yang dipersetujui oleh mereka sendiri apabila bertindak kejam membunuh orang awam dan mengebom bangunan Hospital, sekolah, masjid dan sebagainya tanpa rasa salah.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Peperangan Mu’tah juga menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang sekaligus iaitu Zaid bin Harithah di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi Jaafar bin Abi Tolib dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Ketiga-tiga panglima perang yang dilantik ini menerima tugas yang diberikan dengan penuh kerelaan di mana mereka yakin bahawa perkataan nabi adalah benar dan mereka tidak sekali-kali merasa takut walau pun dari segi arahan nabi tadi bermakna mereka bertiga akan gugur syahid dalam peperangan nanti. Ujian pertama yang terpaksa mereka lalui apabila mendapat berita bahawa musuh telah pun bersiap sedia dengan angkatan tentera seramai 200 ribu orang sehingga ada tentera Islam mencadangkan agar mereka berundur terlebih dahulu bagi meminta bantuan tambahan dari Madinah. Dalam keadaan kelam kabut ini lalu Abdullah bin Rawahah bangun sambil memberi semangat kepada tentera Islam dengan katanya : “ Demi Allah! Adakah kita benci dengan sebab keluarnya kita ke Mu’tah iaitu untuk untuk memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan untuk beradu kekuatan tetapi datangnya kita ke sini adalah untuk Islam yang telah memuliakan kita. Oleh itu maralah kita ke medan peperangan kerana di sana 2 kebaikan pasti kita perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama dengan keredhaan Allah”.
Semangat jihad yang ditanam beserta keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada pertolongan Allah telah membawa kemenangan kepada tentera Islam di mana hanya 12 tentera Islam gugur syahid termasuk tiga panglima perang yang telah dilantik oleh Rasulullah s.a.w di mana kepimpinan tentera Islam selepas itu diambil alih oleh Sayyidina Khalid ibnu Walid. Semangat jihad inilah yang digeruni oleh musuh Islam sehingga telah banyak usaha termasuk dalam merombak sukatan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir dan lain-lain supaya umat Islam mandul jihad dan tidak lagi bangkit menentang keganasan kuffar. Sekiranya terus ada pejuang Islam yang cintakan mati syahid bagi berdepan dengan tentera kuffar yang takut mati maka selagi itulah kuffar akan berdepan dengan tentangan sengit yang menakutkan. Umat Islam dimandulkan jihad mereka dengan kejahilan terhadap agama meraka sendiri, tenggelam dalam hiburan yang melalaikan, lemas dalam cinta dunia dan takutkan mati. Pemikiran umat Islam dipenuhi dengan cara hidup kuffar di mana ikutan mereka adalah artis, bintang sukan dan sebagainya. Bahan bacaan mereka adalah bahan hiburan yang merosakkan. Malah cara berpakaian bukan sahaja jauh daripada sunnah nabi malah bertentangan dengan syariat Islam seperti pemakaian gelang getah di kalangan remaja lelaki dengan pelbagai warna sedangkan ia adalah racun musuh di mana setiap warna melambangkan kumpulan anti Islam yang tertentu seperti gelang warna Putih untuk penyokong zina dan pengguguran anak, Merah untuk penganut Kristian yang menyokong McDonalds menyumbang kepada Amerika Syarikat bagi membantu zionis Yahudi, Oren untuk mendoakan usaha pendakyah Kristian, Kuning untuk memperingati Pope John Paul II, Hijau untuk menyokong ketenteraan Amerika, Warna Pelangi lambang merasa bangga menjadi ’gay’ dan ’lesbian’ dan menyokong perkahwinan sejenis, Merah Putih lambang kebebasan bersuara termasuk menyokong penghinaan terhadap nabi Muhammad s.a.w dan warna Biru Putih lambang menyokong zionis Yahudi menceroboh bumi Palestin. Pastikan masyarakat kita menjauhi cara pemakaian yang merosakkan ini
Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali Imran:
ياأيها الذين ءامنوا إن تطيعوا الذين كفروا يردوكم على أعقــبكم فتنقلبوا خــسرين
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Musuh DiMulia Umat Merana

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 45-46 سورة الأنفال :
يأيهاالذين ءامنوا إذا لقيتم فئة فاثبتوا واذكروا الله كثيرا لعلكم تفلحون وأطيعوا الله ورسوله ولاتنــزعوا فتفشلوا وتذهب ريحكم واصبروا إن الله مع الصــبرين
Maksudnya : Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkanlah hatimu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh keuntungan. Dan taatlah kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah yang akan menyebabkan kamu menjadi gentar serta hilang kekuatanmu dan bersabarlah sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar
Kita kini berada dalam bulan Jamadil Awwal yang mengingatkan kita kepada suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w iaitu berlangsungnya peperangan Mu’tah yang banyak meninggalkan kesan bagi mereka yang mengambil iktibar dengan sewajarnya terhadap peristiwa itu. Peperangan yang berlaku di Mu’tah, Jordan disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peristiwa ini telah berlaku pada bulan Jamadil Awwal tahun ke 8 Hijrah di mana Rasulullah s.a.w dalam masa yang pantas dapat mengumpul 3000 orang tentera Islam untuk keluar ke Mu’tah. Penghantaran tentera ini bukan atas misi membalas dendam sebalinya Rasulullah s.a.w telah meletakkan tujuan utama ialah berdakwah dengan mengajak terlebih dahulu penduduk Mu’tah agar memeluk Islam dan jika mereka enggan serta terus berkeras untuk berperang barulah serangan boleh dimulakan. Disamping itu Rasulullah s.a.w turut memberi arahan kepada tentera Islam agar tidak membunuh golongan kanak-kanak, wanita, orang tua serta tidak mengerat pohon-pohon dan tidak pula memusnahkan rumah kediaman penduduk. Inilah ia keadilan dan kemuliaan Islam yang menghormati hak kemanusiaan musuh terlebih dahulu bersama dengan usaha dakwah di mana peperangan hanya dijadikan tindakan terakhir apabila musuh terus berkeras untuk melawan walau pun telah diberi peluang untuk berdamai dan tunduk kepada keadilan Islam.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Kita juga dapat lihat bagaimana dalam peristiwa peperangan Mu’tah ini di mana setiap perancangan Rasulullah s.a.w walau pun baginda sendiri tidak turut serta dalam peperangan ini merupakan suatu tindakan yang berdasarkan wahyu. Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang iaitu Zaid bin Harithah di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi Jaafar bin Abi Tolib dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Ketiga-tiga panglima perang yang dilantik ini menerima tugas yang diberikan dengan penuh kerelaan di mana mereka yakin bahawa perkataan nabi adalah benar dan mereka tidak sekali-kali merasa takut walau pun dari segi arahan nabi tadi bermakna mereka bertiga akan gugur syahid dalam peperangan nanti. Ujian pertama yang terpaksa mereka lalui apabila mendapat berita bahawa musuh telah pun bersiap sedia dengan angkatan tentera seramai 100 ribu orang sehingga ada tentera Islam mencadangkan agar mereka berundur terlebih dahulu bagi meminta bantuan tambahan dari Madinah. Dalam keadaan kelam kabut ini lalu Abdulah bin Rawahah bangun sambil memberi semangat kepada tentera Islam dengan katanya : “ Demi Allah! Adakah kita benci dengan sebab keluarnya kita ke Mu’tah iaitu untuk untuk memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan untuk beradu kekuatan tetapi datangnya kita ke sini adalah untuk Islam yang telah memuliakan kita. Oleh itu maralah kita ke medan peperangan kerana di sana 2 kebaikan pasti kita perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama dengan keredhaan Allah”.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Semangat jihad yang ditanam beserta keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada pertolongan Allah telah membawa kemenangan kepada tentera Islam di mana 12 tentera Islam gugur syahid termasuk tiga panglima perang yang telah dilantik oleh Rasulullah s.a.w di mana kepimpinan tentera Islam selepas itu diambil alih oleh Sayyidina Khalid ibnu Walid. Walau pun kehilangan tiga orang panglima perang dalam satu peperangan namun tentera Islam terus berjuang sehingga dianugerahkan kemenangan yang besar kerana perjuangan bukan berdasarkan bilangan dan pemimpin sebaliknya perjuangan mestilah ikhlas kerana Allah dalam meninggikan kegemilangan Islam.
Semangat jihad yang telah ditunjukkan oleh tentera Islam yang terpaksa menghadapi musuh yang berganda jumlahnya mestilah diambil iktibar yang sewajarnya oleh umat Islam pada hari ini samada kita yang terpaksa menghadapi mereka yang memusuhi sistem Islam melalui sistem demokrasi pilihanraya atau pun saudara Islam yang lain yang terpaksa menghadapi senjata musuh setiap masa. Kita yang berada di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pimpinan melalui pilihanraya sepatutnya menggunakan peluang yang terbuka ini untuk terus menyebarkan dakwah kepada umat Islam sendiri yang masih jahil tentang sistem Islam yang menyeluruh disamping mengembangkan dakwah kepada orang bukan Islam. Walau pun banyak sekatan dari segi kuliah di masjid-masjid, ceramah penerangan, maklumat melalui media serta ada pusat pengajian ditutup namun kita mesti terus berusaha agar sistem Islam dapat difahami dan diterima dengan baik oleh semua pihak. Penglibatan gerakan Islam dalam proses pilihanraya bukanlah untuk merebut jawatan tetapi tujuan yang paling besar ialah untuk memastikan pemimpin yang ada kembali kepada ajaran Islam yang sebenar bukannya setakat bangga kerana boleh mengistiharkan bahawa negara ini adalah negara Islam sedangkan sistem dalam negara terus berqiblatkan sistem kuffar. Kita mesti terus menegur pemimpin yang mengaku Islam tetapi terus berbangga dengan arak dengan 1.75 bilion dihabiskan setahun yang meletakkan rakyat Negara ini sebagai pengguna arak ke 10 tertinggi dunia. Begitu juga dengan hasil cukai judi yang terus meningkat untuk menyara hidup rakyat

Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Semangat jihad yang lebih besar mestilah disemat dalam sanubari seluruh umat Islam dalam membantu saudara seagama yang sedang ditindas dan dizalimi oleh penggans kuffar seperti di Afghanistan, Kashmir, India, Selatan Filiphina, Iraq, Palestin dan sebagainya. Apa yang malang ialah umat Islam itu sendiri yang tidak mampu bangkit untuk bersatu ke arah menghentikan segala bentuk kekejaman yang dilakukan oleh pengganas kuffar. Ramai pemimpin negara umat Islam sendiri lebih seronok menghimpun kekayaan peribadi dan menindas rakyat sendiri daripada bangun membangkitkan semangat jihad dalam sanubari rakyat jelata untuk Islam. Malah akibat mendapat nasijhat APCO menyebabkan pemimpin Negara sanggup mengkhianati Iran dan bersekongkol dengan zionis yahudi Israel. Rakyat yang benar-benar bangkit untuk membantu menegakkan Islam pula terpaksa berhadapan dengan penindasan pemimpin dalam negara dan musuh kuffrar dari luar. Oleh itu gandakan lagi semangat jihad dan usaha kita dalam memartabatkan kembali sistem Islam. Kemenangan Islam semakin hampir dan nyata. Jika kita sendiri tidak mampu mengecapi pelaksaaan menyeluruh terhadap sistem Islam maka janganlah berasa hampa dengan perjuangan yang telah dicurahkan selama ini kerana kita berharap agar anak cucu dan generasi akan datang mampu mengecapinya hasil perjuangan ayah dan datuk mereka demi Islam. Pejuang Islam tidak pernah kecewa apabila mereka sentiasa bersyukur dengan kemenangan serta sentiasa sabar atas ujian kekalahan. Kekalahan di dunia bukan bererti turut kalah dalam meraih keredhaan Allah untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Yakinlah kita bahawa perjuangan Islam tidak pernah ditimpa kerugian sebaliknya kemenangan yang lebih manis bakal menunggu kita di akhirat sana.
Firman Allah dalam ayat 42 surah Saba’ :
فاليوم لايملك بعضكم لبعض نفعا ولاضرا ونقول للذين ظلموا ذوقوا عذاب النار التي كنتم بها تكذبون
Maksudnya : Maka pada hari ini sebahagian kamu tidak berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudharat kepada sebahagian yang lain. Dan Kami katakan kepada mereka yang zalim : “ Rasakan olehmu azab neraka yang dahulunya kamu dustakannya”.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ