Khutbah Jumaat : Syawal Menyemai Jiwa Pemenang

الحَمْدُ للهِ  !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 9 dan 10 surah as-Syamsi :

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

KIni lebih 2 minggu kita menyambut Syawal dan dalam masa yang sama meninggal Ramadhan yang penuh dengan pelbagai keistimewaannya. Hayatilah syair dari Ibnu Rajab Al-Hanbali : “ Hati orang-orang yang benar diselimuti kerinduan dan ratapan akibat derita dengan pemergian Ramadhan. Bagaimana mungkin seorang beriman tidak menitiskan air mata atas pemergian Ramadhan ketika dia sendiri tidak mengetahui apakah dirinya akan berjumpa kembali dengan bulan Ramadan tahun depan. Wahai Ramadan! Berbaik hatilah, air mata para pecintamu mengalir deras. Hati mereka koyak akibat derita pemergianmu. Berharap dengan tetap mengucapkan selamat tinggal padamu akan memadamkan api kerinduan yang terbakar. Berharap dengan meluangkan waktu bertaubat akan memperbaiki segala yang terkoyak dengan segera. Berharap yang tersingkirkan dari mereka yang puasanya diterima akan digabungkan bersama mereka.

Berharap yang terpenjara dengan dosa-dosanya akan dibebaskan. Berharap yang sepantasnya dimasukkan ke neraka akan diampuni. Berharap kasih sayang Tuhan akan dilimpahkan kepada orang-orang yang berlumuran dosa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sempena berada pada bulan Syawal yang dinamakan bulan kemenangan maka pastikan kita suburkan dengan amal ibadat disamping menjauhi dosa maksiat. Renungi nasihat ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz rahimahuLlah Ta’ala kepada puterinya tentang hakikat hari raya yang sebenar:

لَيْسَ الْعَيْدُ لِمَنْ لَبِسَ الْجَدِيْدَ إِنَّمَا الْعَيْدُ لِمَنْ خَافَ يَوْمَ الْوَعِيْدِ

“Hari raya itu bukan bagi orang yang memakai pakaian baru, akan tetapi hari raya bagi mereka yang takut terhadap hari pembalasan.”

Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahuLlah mengingatkan:

لَيْسَ الْعِيْدُ لِمَنْ تَجَمَّلَ بِاللِبَاسِ وَالرُكُوْبِ إِنَّمَا الْعِيْدُ لِمَنْ غُفِرَتْ لَهُ الذُنُوْبُ

“Dan bukanlah hari raya itu milik orang yang berhias dengan pakaian yang indah dan kendaraannya mewah, tetapi hari raya itu adalah milik orang yang telah diampunkan baginya dosa-dosanya.”

لَيْسَ الْعِيْدُ لِمَنْ لَبِسَ الْجَدِيْدَ إِنَّمَا الْعِيْدُ لِمَنْ طَاعَاتُهُ تَزِيْدُ

“Bukanlah hari raya itu milik orang yang berpakaian baru, akan tetapi (sebenar-benar) hari raya adalah milik orang yang ketaatannya bertambah.”

Amat malang apabila sepanjang Ramadhan kita dapat menjauhi dosa maksiat mata, telinga, lidah, tangan dan pancaindera yang lain tetapi bila masuk Syawal kita diperkudakan oleh hawa nafsu untuk melakukan dosa. Lupakah kita tentang bahayanya dosa yang boleh membawa kepada kerugian dunia dan akhirat. Peringatan Nabi SAW :

الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ  – رواه مسلم

Maksudnya: “Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia.” 

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda:

الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ- رواه أحمد

Maksudnya: Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Rasulullah SAW melalui sabdanya:

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ ، فَإِنْ هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ صَقَلَتْ قَلْبَهُ ، وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ فَهُوَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ {كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ} -رواه النسائي

Maksudnya: Sesungguhnya hamba, apabila melakukan satu kesalahan atau dosa, akan ditulis pada hatinya satu titik hitam. Apabila dia meninggalkan dosa, beristighfar dan bertaubat, nescaya digilap hatinya.

Sebaliknya, apabila mengulangi dosa, akan ditambah padanya titik hitam sehingga memenuhi hatinya, maka itulah dipanggil al-raan (الرَّانُ) yang Allah nyatakan: {كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ} Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

Kata Abdullah ibn Mas’ud R.A:

‎إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ فِي أَصْلِ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ، وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ وَقَعَ عَلَى أَنْفِهِ – رواه  الترمذي

Maksudnya: “Seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut gunung itu akan menghempapnya. Sedangkan orang fajir (derhaka), dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap di hidungnya.”

Ulama menyifatkan dosa ialah sesuatu yang ketagih umpama dadah atau arak. Sekali dicuba maka sukar untuk ditinggal. Dosa juga ibarat racun di mana ia memberi kesan kepada kehidupan kita mengikut kadar banyak atau sedikit dosa yang dilakukan.

Oleh itu jangan kotori kemuliaan Syawal dengan dosa maksiat. Jangan sama sekali kita terpengaruh dengan bisikan syaitan yang menyuruh kita meninggal solat, puasa , bersedekah atau tmenutup aurat atas alasan tidak ikhlas. Sebalknya  lakukan ibadat berterusan sehingga ikhlas. Kita tidak tahu bila kita akan mati dan bila kita yakin betul-betul boleh ikhlas dalam menunaikan amalan soleh.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 140 surah Ali ‘Imran :

إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ ۚ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ ‎﴿١٤٠﴾‏

Maksudnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itu pun (dalam perang Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa kejayaan dan kekalahan itu, Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran). Dan agar Allah membezakan orang-orang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya gugur sebagai syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim

Ketika menyambut Syawal juga kita sepatutnya mengambil iktibar daripada Peperangan Uhud yang berlaku pada Syawal tahun 3 Hijrah. [1] bahawa janji Allah akan kemenangan itu cuma akan berlaku, sekiranya kita taat pada Allah ﷻ. Sebagaimana kita tahu, sahabat ra ada yang melakukan kesilapan pada Perang Uhud, di mana 50 orang pemanah meninggalkan Jabal Rama sebelum mendapat keizinan daripada Nabi ﷺ. Ini membuatkan tentera berkuda Khalid Al-Walid pada masa itu belum lagi memeluk Islam mengambil kesempatan untuk menyerang umat Islam daripada belakang. Sama pada kita pada hari, janji kemenangan dan kebahagiaan itu cuma diberikan setelah sekalian kita menunjukkan ketaatan kepada Allah.

           [2] bahawa dalam kekalahan itu terdapat ujian kepada sekalian umat Islam. Seandainya Allah ﷻ hanya memberikan kemenangan dan keuntungan setiap masa kepada semua manusia yang memeluk Islam, maka bagaimana dibezakan di antara mereka yang benar-benar ikhlas beriman, dengan mereka yang hanya beriman dan gembira di kala mendapat manfaat dan ingkar pada ketika diuji? Malahan, itu merupakan salah satu sifat munafik, beriman ketika untung dan kufur ketika mendapat ujian atau bala. Sedangkan mereka yang beriman kekal mengikhlaskan diri kepada Allah, dalam susah dan senang. Dalam kelapangan mereka bersyukur kepada Allah. Dalam diberikan nikmat, mereka faham itu semua adalah milik Allah, namun dipinjamkan atas sifat Belas Kasihan Allah. Dalam ujian, mereka memahami itu tandanya Allah ingin menghapuskan dosa. Dalam ditimpa bala, mereka memahami itu ertinya Allah ingin mereka membuktikan keikhlasan dan keimanan mereka kepada Allah yang tidak berbelah bahagi, tanpa mengira masa dan keadaan.

            [3] bahawa setiap ujian dan bala menimpa, mempunyai pengajaran yang sangat berharga untuk jangka masa panjang. Benar sahabat ra ada melakukan kesilapan pada Uhud, namun kesilapan itu dididik Allah dengan kekalahan, sehingga selepas daripada Uhud, tidak ada lagi para sahabat ra yang ingkar pada arahan Nabi ﷺ. Kerana itu kita perhatikan, peperangan Nabi ﷺ bersama para sahabat tidak lagi mengalami kekalahan setelah Perang Uhud. Kesilapan mereka ambil sebagai pengajaran dan dijadikan bekalan untuk lebih matang dan cekal beriman, kerana itu, mereka akhirnya menamatkan hidup mereka dengan keimanan yang teguh kepada Allah dan rasulNya, dan juga membawa pulang amal soleh yang hanya Allah tahu betapa besar dan berharga ketika bertemu denganNya.

[4] bahawa proses menang dan kalah merupakan suatu ketentuan Allah bukannya datang secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana musuh Islam sekali pun tetap diberi kemenangan jika mereka memenuhi syarat kemenangan. Begitulah juga dengan umat Islam jika mencukupi syarat kekalahan maka kita akan kalah walau pun perjuangan Islam adalah benar sekali pun.  Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah mengingatkan kita : “Kebenaran yang bergerak tanpa organisasi dan perancangan yang tersusun bakal dikalahkan oleh kebatilan yang bergerak dengan cara tersusun”.

  Semoga syarat kemenangan Islam kita dapat penuhi untuk mencapai kemenangan yang dijanjikan oleh Allah dunia dan akhirat nanti

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Bulan Syawal

Istiqamah Bentuk Umat Cemerlang Negara Gemilang

AidilFitri DiRai, Syariat DiHayati, Kasih Sayang Bersemi

Syawal DiRai Zionis Yahudi DiPerangi

Syarat Kemenangan DiIkut Zionis Yahudi DiTunduk

Islamkan Sambutan Raya Raih Kehidupan Mulia

  1. Ketetapan Kalah Dan Menang Dalam Perjuangan
  2. Syawal Semarakkan Jihad Kemenangan

Islam Dijulang Keganasan Tentera Ahzab Moden Dihalang

Syarat Dipenuhi Kemenangan Dunia Akhirat Dirai

  1. Bahaya Silap Pilih 3 Pangkat
  2. Peperangan Ahzab
  3. Peperangan Hunain
  4. Menyoroti Hikmat Peperangan Uhud
  5. Iktibar Daripada Peperangan Hunain
  6. Iktibar Peperangan Uhud
  7. Peperangan Khandak
  8. Peperangan Uhud Peringatan Berharga

Jauhi Maksiat Perolehi Berkat

Maksiat Disisih Kemenangan Diraih

Khutbah Jumaat : Syawal Semarakkan Jihad Sekat Keganasan Zionis Yahudi

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 8-10 surah al-Syamsu :

 قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Maksudnya :  Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). 

Setiap graduan yang telah berjaya dalam pengajiannya wajib membuktikan kejayaannya dengan mencurah khidmat mengikut bidang yang diceburi barulah diiktiraf sebagai graduan yang benar-benar berjaya bukan setakat membawa sijil ke hulu-hilir tanpa menunjukkan hasilnya. Begitulah juga dengan graduan universiti Ramadhan bukan setakat berbangga kerana dapat berpuasa sebulan sebaliknya kesan daripada tarbiah Ramadhan dengan mengekalkan amalan soleh, sifat terpuji dalam diri serta ketaatan kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan pada 11 bulan yang lain dapat dilihat jelas dalam kehidupan seharian. Betapa beruntungnya orang-orang yang telah menyempurnakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal, begitu juga yang sedang menunaikannya. Bagi yang belum memulakannya atau tak pernah menunaikannya sebelum ini maka marilah kita sama-sama membuktikan bahawa tarbiah Ramadhan lepas telah berjaya mengubah kita ke arah menjadi hamba Allah bukan setakat hamba Ramadhan yang hanya baik pada bukan Ramadhan sahaja manakala pada bulan lain kembali menjadi pengikut setia kepada hawa nafsu. Sama-samalah kita merebut kelebihan puasa sunat terutama berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ – رواه مسلم

Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

Abu Said Al-Khudri RA berkata: Rasulullah saw bersabda

 مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا – رواه البخاري.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 64 surah al-Ma’idah’ :

﴿…وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ٦٤﴾

’Maksudnya : “…Dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian antara mereka hingga Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula secara terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedangkan Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.” 

Ramadhan dan Syawal tahun ini bumi Palestin begitu rakus diserang  oleh rejim Zionis Israel. Angka kematian dan kecederaan rakyat Palestin dijangka terus meningkat saban hari apabila rejim Zionis Israel mempergiatkan serangan dari semasa ke semasa. Alhamdulillah kita melihat kesedaran rakyat Malaysia khususnya anak muda bersatu hati menentang kezaliman Zionis Israel melalui media sosial. Isu yang berlaku di Palestin ini adalah isu penting untuk menyatukan hati umat Islam yang beriman dan kasih kepada tanah suci Baitul Maqdis. Seharusnya seluruh umat Islam khususnya negara Arab dan negara Islam lantang menentang tindakan zalim Zionis Israel, namun malangnya ada sebahagian negara-negara ini melaksanakan dasar normalisasi dengan negara haram Israel yang salah dan sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Kita mahu Zionis Israel dan negara-negara Arab bertanggungjawab atas kematian para syuhada, kemusnahan bangunan, dan kecederaan rakyat Palestin yang tidak berdosa. Semua pihak sepatutnya berusaha mencari solusi yang lebih tegas dan konkrit termasuk mengenakan tekanan politik dan pemencilan antarabangsa ke atas rejim Zionis Israel ini.

Negara umat Islam yang kaya dengan hasil bumi dan kepakaran tenaga manusia tetapi hilang keizzahan akibat tidak bersatu dan termakan dengan peluru musuh Islam yang memainkan sentimen mazhab dan perkauman. Oleh itu, kita menyeru dan mengajak seluruh umat Islam di Malaysia, negara-negara Islam dan masyarakat antarabangsa untuk mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Zionis Israel dan mengambil tindakan politik yang lebih keras dengan pemencilan terhadap negara haram Israel yang melampaui batas undang-undang dan kemanusiaan.

Kita mesti bersatu padu atas dasar keimanan dan kemanusiaan untuk bersama membebaskan bumi Palestin serta membela hak rakyat Palestin. Usaha murni yang disambung daripada generasi terdahulu ini diharapkan dapat diperluaskan lagi kepada seluruh rakyat Malaysia dengan bersama-sama menggerakkan bantuan kemanusian dan membantu perjuangan suci Palestin ini.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Israel sudah menjadi negara pengganas selama 73 tahun, tempoh yang bermula setelah berlakunya peristiwa al-Nakbah pada 15 Mei 1948. Al-Quran telah menyatakan bahawa keganasan yang paling kejam terhadap manusia dilakukan oleh kaum Yahudi. Sekali gus menyebabkan mereka menjadi kaum yang paling hina, setelah mereka diberikan kemuliaan oleh Allah SWT. Sebagaimana yang telah dijelaskan melalui firman-Nya dalam ayat 61  Surah al-Baqarah:
﴿…وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ٦١﴾
Maksudnya…Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal yang demikian itu, disebabkan mereka kufur (mengingkari) terhadap ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh para nabi tanpa sebarang alasan yang benar. Oleh yang demikian, perkara itu berlaku kerana mereka menderhakai Allah dan mereka pula sentiasa melampaui batas.” 

Kesimpulan yang kita dapati dengan perangai jahat dan tidak berperikemanusiaan Yahudi yang menyerang sesiapa sahaja secara membuta tuli kerana inilah aqidah yang ditanamkan oleh mereka di dalam kitabTalmud sejak mereka kecil lagi sedangkan aqidah yang mereka ajarkan itu aqidah yang batil! Lihatlah bagaimana Yahudi boleh bangkit sekalipun dengan aqidah yang batil dan palsu ini?. Antara aqidah ganas yang ditanamkan ialah

1. Orang lain selain Yahudi adalah seperti anjing-anjing
2. Umat-umat di luar agama Yahudi, bukan hanya anjing-anjing, bahkan juga keldai
3. Rumah-rumah selain Yahudi adalah kadang-kadang haiwan
4. Diharamkan ke atas Yahudi untuk menyelamatkan walaupun seorang ‘orang asing’ (selain Yahudi)
5.Orang yang membunuh selain Yahudi akan diganjarkan dengan kekal dalam syurga al-Firdaus

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Isra’ :
ثُمَّ رَ‌دَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّ‌ةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ‌ نَفِيرً‌ا ﴿٦﴾
Maksudnya : Kemudian Kami berikan kepadamu giliran sekali lagi (buat kali kedua) untuk mengalahkan mereka kembali (umat Islam) dan Kami limpahkan kamu dengan harta kekayaan dan anak pinak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar.
Ketika merenung kepada giliran kalah dan menang, memimpin dan terjajahnya umat Islam dari dulu hingga kini maka ia bergantung kepada sejauh mana kita berjaya melaksanakan kewajipan agama dalam kehidupan dan juga pergantungan kita dengan Allah. Malah ketika melihat kejayaan zionis Yahudi dalam menguasai dunia pada hari ini maka kita renungi suatu tafsiran Ulama’ berkaitan ayat 6 surah al-Isra’ di mana ia merupakan ayat yang sangat jelas menunjukkan kerosakan dan kebinasaan yang akan dilakukan oleh orang-orang Yahudi buat kali kedua malahan ianya disokong dengan 4 perkara sebagaimana yang disebut di dalam ayat ini.
[1] Perkataan (الْكَرَّ‌ةَ) di dalam ayat ini membawa makna Negara. Iaitu di akhir zaman nanti orang-orang Yahudi akan mendapat sebuah negara untuk tempat tinggal mereka, walaupun sepanjang sejarah Yahudi, tidak pernah mempunyai sebuah negara, negara di sini sudah tentulah bermaksud Baitulmaqdis sendiri.
[2] Yahudi akan mempunyai ekonomi yang kukuh. Sebagaimana dijelaskan di dalam ayat (وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ) yg bermaksud kami limpahkan kamu dengan harta benda. Jelas kepada kita bahawa pada hari ini ekonomi dunia dikuasai oleh oleh Yahudi.
[3] Yahudi akan mempunyai keturunan yang ramai. Sebagaimana di dalam ayat ini yang menyebut kalimah (وَبَنِينَ) bermaksud anak pinak. Lihatlah pada hari ini orang-orang Yahudi telah lama mengembangkan keturunannya dengan mengahwinkan anak-anak perempuan mereka dengan berbagai bangsa dan keturunan yang ada di dunia. Bahkan bangsa mereka telah berjaya menguasai banyak orang-orang besar politik dunia hanya dengan mengahwinkan anak-anak perempuan cantik mereka.
[4] Yahudi akan mempunyai pasukan tentera yang ramai. Ini jelas di dalam tafsiran ayat (أَكْثَرَ‌ نَفِيرً‌ا) yang ditafsirkan oleh setengah Ulama’ dengan makna pasukan tentera. Pada hari ini kita telah melihat bagaimana kelengkapan persenjataan ketenteraan yang terdapat pada askar-askar Yahudi, ditambah pula dengan sokongan oleh Barat terutamanya Amerika dan selainnya. Semuanya ini menunjukkan bahawa mereka sudah mula mempunyai kekuatan ketenteraan berbeza dengan sejarah kaum Yahudi sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki yang tidak pernah mempunyai sebarang kekuatan dari sudut ketenteraan. Kejayaan yahudi dalam menguasai ekonomi, ketenteraan dan system maklumat kerana bergerak atas dasar organisasi tersusun sedangkan umat Islam dipecahkan sehingga diambil peluang oleh musuh untuk terus menjajah kita

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang mulia, di bulan Syawal yang mulia ini Di Rumah Allah yang mulia ini maka kita mengutuk tindakan kejam zionis yahudi yang terus membedil  Gaza, pembantaian skala besar dihadapkan kepada umat Islam Palestin yang berjuang untuk membebaskan al-Quds. Bedilan udara zionis meratah jasad manusia yang tak berdosa terutama orang tua dan kana-kanak. Sedarlah kita bahawa untuk mencapai kemenangan tidak cukup sekadar menitis air mata tetapi mesti berkorban segala apa yang ada termasuk menumpahkan darah ke bumi dalam memerdekakan Masjid Aqsa dan Palestin. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam serta yakin bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Umat Palestin adalah penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Biar bermandi darah, pantang pejuang menyerah kalah. Biar nyawa melayang, bumi Aqsa mesti dimerdekakan. Biar bercerai nyawa daripada badan asalkan keganasan zionis yahudi dapat dihentikan. Beritahu kepada dunia bahawa umat Islam yang bermaruah tidak akan membiarkan tubuh umat Islam diratah dan bumi kita dijajah.

Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْخَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ: Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Syawal DiRai, Keganasan Zionis Yahudi DiHenti

الحَمْدُ للهِ !!!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 9-10 surah al-Syamsu :

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Syukur kepada Allah atas nikmat Ramadhan dan Syawal. Madrasah Ramadan meninggalkan kesan mendalam kepada mukmin yang memanfaatkannya dengan ibadah dan amalan soleh, manakala hasil tarbiahnya diharap mampu membimbing kita mengharungi 11 bulan akan datang. Sering berlaku apabila Ramadan berlalu, segala rutin ibadah yang sebati dalam diri bertukar kembali seolah-olah bulan itu tidak pernah kunjung tiba. Solat berjemaah menjadi asing pada diri, al-Quran mula ditinggalkan, silaturahim sesama jiran tidak lagi dihayati, fakir miskin dan anak yatim tidak dipeduli dan disantuni lagi. Jika pada Ramadan kita melazimkan berzikir, berwirid dan mengingati Allah SWT dengan membaca al-Quran hingga khatam, mengapa kita tidak mampu membaca dan mentadabburnya walau 5 minit sehari?. Andai pada Ramadan, kita mampu bertahajjud tetapi mengapa  bila berlalunya Ramadhan kita berat untuk bangun walau sekadar untuk menunaikan 2 rakaat sunat? . Apa yang lebih malang sepanjang Ramadhan dapat dikekang hawa nafsu tetapi kembali berseronok dengan maksiat bila Ramadhan berlalu.

Peringatan daripada salafussoleh :“Di antara balasan bagi amalan kebaikan adalah amalan kebaikan yang ada sesudahnya. Manakala hukuman bagi amalan yang buruk adalah amalan buruk yang ada sesudahnya.”

Antara cara mengetahui tanda awal berkenaan amalan Ramadhan kita samada diterima atau ditolak ialah sebagaimana yang disimpulkan oleh Ulama’ : “Oleh kerana itu sesiapa mengerjakan kebaikan kemudian meneruskannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amal pertama. Demikian juga sebaliknya, jika seorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dengan amalan yang buruk, maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang pertama.”

Antara usaha dalam mengekalkan tarbiah Ramadhan ialah dengan kita sama-sama merebut kelebihan puasa sunat terutama berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ – رواه مسلم

Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Firman Allah dalam ayat 155-156 surah Ali ‘Imran :

 وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ‎﴿١٥٥﴾‏ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ‎﴿١٥٦﴾‏

Maksudnya : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” 

            Kita menyambut hari raya tahun ini untuk tahun kedua dalam suasana berdepan dengan musibah covid-19. Ketika berdepan dengan sebarang musibah yang berlaku maka kita mesti mengambilnya sebagai iktibar berguna dalam mendekatkan diri kepada Allah. Amat malang sekiranya dalam keadaan menghadapi musibah kita masih merayakan hari raya dengan dosa maksiat termasuk memuat turun gambar mendedah aurat dalam media sosial, hanyut dengan hiburan melalaikan dan sebagainya.

Kata Ibn ‘Athoillah: Musibah yang sebenar bukanlah orang yang kematian ahli keluarga, atau kehilangan harta, mahupun pangkat dan jawatan. Tetapi, musibah yang sebenar adalah orang yang bergelumang dengan dosa, dikuasai oleh syahwat, dan diuliti dengan pelbagai kesalahan.

Musibah yang sebenar adalah mereka menghabiskan waktu mudanya untuk meraih segala kenikmatan, mereka yang menghabiskan umur untuk melakukan segala maksiat dan alpa dengan ibadat.

Orang yang benar-benar ditimpa musibah adalah mereka yang bermaksiat pada Allah dan tidak bertaubat dari dosa. Mereka memasukkan kotoran maksiat ke dalam hati mereka yang bersih! Mereka penuhkan noda dan dosa dalam kalbu mereka sehingga kematian mereka.

Seorang salafussoleh berkata: Apabila engkau di tanya tentang ‘Apakah yang patut di ratapi?’, maka, engkau jawablah: “Yang sepatutnya diratapi adalah seorang hamba yang Allah kurniakan kesihatan dan kekayaan, namun dia menghabiskan kedua-duanya untuk bermaksiat pada Allah….”

Perlu diingat! Jangan engkau menganggap orang yang berduka dan mendapat musibah adalah mereka yang terkena penyakit, dilanda kemiskinan, atau sedang dipenjara. Boleh jadi, semua itu membuatkan mereka lebih dekat dengan Allah dan memperoleh redhaNya. Adakalanya kesembuhan itu datang setelah meminum ubat yang pahit.

Tahukah kita bahawa, musibah dalam bentuk penyakit, kesusahan, keperitan adalah kerana Allah ingin memberikan kebaikan kepada hambaNya. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW:

أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ  – رواه البخاري

Maksudnya : “Sesiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya (mendatangkani musibah).”

Orang yang diuji dengan suatu musibah berbentuk penyakit atau kesusahan adalah salah satu tanda Allah ingin menganugerahkan kebaikan padanya.

Moga kita dipelihara oleh Allah daripada bergelumang dengan maksiat hingga menjadikan ia sebagai musibah sebenar buat kita.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam  ayat 76 surah an-Nisa’:

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا

Maksudnya : Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Toghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah

Suasana sambutan Syawal tahun ini telah dicemari dengan kezaliman berterusan zionis Yahudi bersama sekutu mereka dalam membaham umat Islam di Gaza, Palestin. Musuh Islam sentiasa berusaha siang dan malam dalam menghancur Islam dan umatnya termasuk dengan merenggangkan semangat persaudaraan Islam dengan menyuburkan semula semangat kebangsaan sempit. Isu Palestin yang merupakan isu umat Islam dialihkan kepada isu negara Arab seterusnya dipinggirkan lagi sebagai isu rakyat Palestin sahaja. Contohilah perjuangan Salehudin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdis tetapi bangkit atas dasar Islam membebaskan masjid Aqsa hasil daripada surat banduan Palestin yang terseksa dalam penjara kerajaan Salib Kristian ketika betapa banyak surat lagi yang dihantar kepada raja-raja Arab sekelilingnya tetapi tidak dihiraukan.  Kita mesti menghargai betapa bernilainya Baituil Maqdis  yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Sayidina Umar al-Khottab sebaik sahaja membebaskannya daripada cengkaman Empayar Rom. Bersamalah kita membantu umat Palestin yang merupakan penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Jangan tunggu sehingga Masjid Aqsa menyembam tanah baru kita merintih sedih. Jangan kita menjadi umat Islam yang paling lemah iaitu membiarkan sahaja Masjid Aqsa runtuh pada zaman kita hidup. Tirulah apa yang dilakukan oleh umat Islam ketika Majid Aqsa dibakar pada tahun 1969 sehingga mereka bangkit yang menyebabkan hampir seluruh Yahudi dihalau keluar dari bumi Palestin. Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ : Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali

قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ –  رواية الترمذي دان النسائي

Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 261 surah al-Baqarah :

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١

Maksudnya : Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya

Gunakanlah kemampuan yang ada dalam memberi sokongan  kepada perjuangan umat Islam di Palestin terutama kita yang diberi nikmat kelapangan harta untuk memperbanyakkan lagi sumbangan kepada saudara seagama yang sedang dikepung dari pelbagai sudut oleh Zionis Yahudi yang kejam. Keganasan yang terbaru dengan serangan dalam Masjid Aqsa dan berterusan hingga hari ini yang telah mengorbankan 109 orang termasuk 28 orang kanak-kanak dan 15 wanita serta lebih 621 yang cedera sebagaimana dilaporkan Kementerian Kesihatan Gaza akibat daripada hampir 1,000 sasaran tentera rejim zionis Israel di Semenanjung Gaza. Ratusan keluarga rakyat Palestin mula meninggalkan rumah mereka di utara Semenanjung Gaza akibat pengeboman berterusan oleh pesawat pejuang tentera rejim zionis Israel di kawasan tersebutYakinlah kita tentang kelebihan dunia dan akhirat bagi sesiapa yang membantu perjuangan Islam

قال رَسُولِ اللَّهِ  e : مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَدْ غَزَا وَمَنْ خَلَفَهُ فِي أَهْلِهِ بِخَيْرٍ فَقَدْ غَزَا – رواه مسلم

Maksudnya : Sesiapa yang membantu menyiapkan persiapan kepada orang yang berperang pada jalan Allah maka samalah keadaannya dengan dia turut berperang dan sesiapa yang menjaga atau memerhatikan ahli keluarga yang ditinggalkan oleh pejuang Islam dengan baik maka bererti dia juga telah ikut berperang

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jati Diri Umat DiBina Negara Maju Jaya

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 30 surah Fussilat :

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Kini kita berada dipenghujung bulan Syawal 1440H yang bererti hampir sebulan kita telah meninggalkan bulan Ramadhan. Berlalunya Ramadhan bukan bermakna kita berhenti dalam mendidik diri kita untuk terus istiqamah dengan dengan segala amalan soleh pada 11 bulan yang lain termasuk terus bersemangat untuk membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. Kita terus jinak dengan solat berjemaah di masjid atau surau. Tidak lupa untuk kita hidupkan bulan lain dengan puasa sunat. Betapa beruntungnya orang-orang yang telah menyempurnakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal, begitu juga yang sedang menunaikannya. Seterusnya suka bersedekah

Terdapat 3 tahap istiqamah yang perlu ada dalam diri kita khususnya bagi membentuk jati diri menurut syariat Islam iaitu [1] istiqamah hati di mana ia diperlukan dalam mempertahankan kesucian hati daripada sifat syirik kepada Allah, menjauhi sifat riyak serta mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. [2] istiqamah lidah dengan memelihara lidah dan tutur kata agar sentiasa berkata benar dan jujur, ia merupakan sifat orang beriman iaitu berani mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah semata-mata. [3] Istiqamah dalam perbuatan atau amalan iaitu melakukan amalan untuk mencapai kejayaan yang diredhai Allah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

عَنْ أَبِي عَمْرٍو وَقِيلَ: أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ  قَالَ: “قُلْت: يَا رَسُولَ اللَّهِ! قُلْ لِي فِي الْإِسْلَامِ قَوْلًا لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا غَيْرَك؛ قَالَ: قُلْ: آمَنْت بِاَللَّهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ” .  رَوَاهُ مُسْلِمٌ.

Maksudnya : Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.

Sifat Istiqamah membawa maksud tetap atau berpendirian teguh atas kebenaran. Secara umumnya, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah atau berpaling tadah walau apa jua keadaan. Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Terdapat 3 syarat dalam Istiqamah. [1] Niat dengan memasukkan dalam hati untuk beristiqamah. Teguhkan dan ajarkan hati untuk berniat melakukan perkara-perkara baik setiap hari. Syarat ke-[2] mengurangkan pilihan dalam membuat amalan di mana lumrah manusia sekiranya berhadapan dengan banyak pilihan tugasan, dia akan membuat pilihan yang paling ringan atau mudah sahaja. Syarat ke-[3] memperbanyakkan Doa untuk tetap istiqamah dalam kebaikan

Imam al-Ghazali merumuskan 4 perkara yang menghalang umat Islam daripada istiqamah dalam mengerjakan ibadat dan mentaati perintah Allah iaitu [1] Alasan sibuk dengan urusan dunia sama ada berkaitan kerja atau keluarga [2] Gangguan daripada pergaulan atau interaksi sesama manusia di mana ramai manusia yang rosak akibat terpengaruh dengan kawan atau masyarakat sekeliling yang rosak. [3] Gangguan syaitan. [4] Gangguan nafsu dalam diri di mana Imam al-Ghazali berkata:  “Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada keinginan nafsunya sama ada dalam aspek zahir atau batin.”

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab :

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢

Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:” Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya”. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah

Keberadaan kita pada bulan Syawal turut mengingatkan kita kepada peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini seperti termasuk Peperangan Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah. Setiap kali tibanya hari raya, kita sentiasa laungkan kalimah  وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده  yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab.

Laungan kemenangan ini bukan laungan kosong sebaliknya perlu kepada penghayatan termasuk sentiasa berwaspada dengan musuh Islam yang tidak pernah penat dan rehat dalam menghancurkan umat Islam dan menghalang perkembangan Islam samada secara keras melalui peperangan atau lembut melalui serangan pemikiran. Oleh itu usaha dalam memperkasakan jati diri umat Islam bermula daripada peringkat kana-kanak hingga dewasa mesti dipertingkatkan agar tidak terpesong dengan ajaran sesat dan pegangan yang bercanggah dengan Islam termasuk sekuler, liberal, plural agama yang meletakkan semua agama adalah setaraf hingga menghalalkan murtad, ateis yang menolak agama dan  sebagainya. Antara matlamat pendidikan Islam bukan sahaja ingin melahirkan seorang warganegara yang baik, keturunan yang baik, seorang yang taat pada peraturan, mahir dalam bidang-bidang yang diceburinya. Malah matlamat pendidikan Islam adalah melahirkan seorang manusia yang mempunyai sifat kemanusiaan, beriman, mendatangkan manfaat terhadap diri sendiri, orang lain dan negara. Matlamat pendidikan Islam juga ingin melahirkan insan yang menabur bakti kepada bangsanya dan bangsa lainnya. Insan yang menabur jasa kepada negaranya dan negara yang lain. Insan yang lahir dari pendidikan Islam akan memberikan produk yang lumayan kepada negara. Mereka akan menabur jasa dan memberi sumbangan kepada masyarakat pada setiap tempat dan ketika. Melalui sistem pendidikan Islam juga, mendidik dan mengasuh manusia supaya menghias diri dengan akhlak dan nilai-nilai murni agar perhubungan sesama manusia berjalan dengan baik tanpa ada persengketaan atau penyelewengan. Islam mendidik manusia supaya bersifat takwa, ikhlas, amanah, menghormati orang lain, mengamalkan sifat tolong- menolong dan sebagainya

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 37 surah an-Nuur :

رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ ﴿٣٧

Maksudnya : (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

Melihat kepada betapa pentingnya pendidikan Islam dalam melahirkan umat jati diri yang berkualiti maka ia mesti digarap oleh pakar yang berkelayakan dari kalangan cendikiawan Islam agar ia tidak terpesong daripada Islam. Kita pernah melihat bagaimana ketika negara dijajah maka banyak perkara yang telah dibuat oleh penjajah termasuk dalam system pendidikan sehingga melahirkan umat Islam yang gagal memahami dan menghayati Islam secara menyeluruh. Islam dihadkan pada masa dan tempat tertentu sahaja malah lulusan agama diletakkan ditahap yang rendah dari sudut pengiktirafan dan kerjaya

Malah pada alaf baru ini turut menyaksikan bagaimana zionis Yahudi yang didokong oleh Amerika Syarikat pernah mengganggu sukatan pengajian di Mesir termasuk di Universiti Al-Azhar dan beberapa negara Arab yang lain termasuk Arab Saudi, Jordan dengan gesaan agar dibuang pengajian berkaitan jihad, dibuang sukatan ayat al-Quran dan hadis nabi berkaitan kejahatan zionis Yahudi sedangkan di negara pengganas zionis Yahudi Israel sendiri sukatan pengajian yang membenci agama lain terutama Islam terus subur tanpa gangguan. Maka kita jangan ulangi kesilapan yang sama di mana umat Islam tidak menganggu pengajian agama lain maka mereka yang tidak berkenaan dilarang mengganggu sukatan pendidikan Islam

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 256 surah al-Baqarah :

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗوَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦

Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Kewajipan untuk mengawal umat Islam daripada terpesong daripada Islam samada melalui iktikad, lidah dan perbuatan adalah suatu perkara yang mesti diambil perhatian terutama oleh pemimpin dan ibubapa. Begitu juga dalam menyampai dan menyebar luaskan lagi dakwah Islam kepada orang bukan Islam mesti dipergiatkan oleh kerajaan, jabatan berkenaan dan setiap diri kita mengikut kemampuan. Islam melarang kita daripada memaksa orang bukan Islam supaya memeluk Islam tetapi dalam masa yang sama mewajibkan umat Islam untuk berdakwah kepada orang bukan Islam. Oleh itu kita berasa pelik apabila Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) yang mengutuk tindakan pihak UKM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan dan JAKIM dalam usaha menyampaikan dakwah kepada orang asli di Kelantan atas alasan bercanggah dengan kebebasan hak asasi manusia. Persoalan yang ditimbulkan oleh golongan liberal ini sangat menghairankan. Usaha dakwah kepada Orang Asli bukanlah baru dimulakan tahun ini malah dakwah kepada bukan Muslim bermula hampir 40 tahun yang lalu di mana pada tahun 1960, Tunku Abdul Rahman telah menubuhkan PERKIM manakala Cawangan Dakwah Orang Asli JAKIM pula telah ditubuhkan pada 22 April 1991. Ketika kumpulan liberal ini mempetikaikan dakwah Islam tetapi dalam masa yang sama mereka tidak pula mempertikaikan gerakan pendakyah Kristian yang melakukan gerak kerja Kristianisasi terhadap Orang Asli. Menurut Prof Dr. Nizam Sahad, melalui kajian yang dijalankan oleh beliau terhadap masyarakat Orang Asli Broga, usaha Kritistianisasi terhadap Orang Asli menampakkan kesan seawal tahun 1987 lagi. Adakah kita boleh berpeluk tubuh ketika agama lain bersungguh menyebarkan agama mereka sedangkan Islam yang merupakan agama negara dilarang daripada disebarkan. Berfikir dan bertindaklah secara waras berdasarkan wahyu bukannya nafsu….Firman Allah dalam ayat 125 surah an-Nahlu :

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ﴿١٢٥

Maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

Syawal DiRai Syarat Kemenangan DiPenuhi

 

السلام عليكم

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

 

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

 

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

 

Firman Allah dalam ayat 1 surah al-Anbiya’ :

 

اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُّعْرِضُونَ ﴿١﴾

 

Maksudnya : Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.

 

Kini 2 minggu kita berada di bulan Syawal di mana suasana hari raya masih hangat dirasai. Ini bererti telah 2 minggu kita telah meninggalkan bulan Ramadhan di mana sebulan Ramadan yang dilalui ibarat suatu perjalanan tarbiah dan rohaniah yang sewajarnya memberi kesan terhadap diri. Berpuasa secara zahir dan dihubungkan dengan batin bakal membawa keinsafan kepada diri bahawa kelahiran kita asalnya fitrah ibarat kain putih yang tercerna dengan pengalaman hidup yang pelbagai lalu wujud keinginan kembali semula ke fitrah. Manusia pada asasnya memiliki dua sifat iaitu nasiyya atau lupa dan ghaflah atau lalai seperti yang disebutkan oleh al-Quran. Kelupaan dan kelalaian perlukan peringatan. Melakukan puasa yang dibuat berulang-ulang ibarat peringatan Allah kepada kita supaya kita menjadi lebih manusiawi dalam niat dan amalan

 

Oleh itu antara doa yang diajarkan oleh nabi s.a.w agar kita dihindari daripada perkara yang buruk selepas memiliki suatu kebaikan

 

اللّهُمّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الحَوْرِ بَعْدَ الكَوْرِ – رواه ابن ماجه

 

Maksudnya : Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu dari kembali (kepada keburukan termasuk kekufuran) setelah (mendapatkan) tambahan (kebaikan terutama keimanan).

 

Ulama’ menyatakan maksud hadis ini seperti kembali kepada kekufuran selepas keimanan, maksiat selepas tunduk ibadat, kurang amalan selepas berjaya menambahnya, keburukan selepas mendapat kebaikan. Oleh itu kita doakan semoga kita berjaya menjadi hamba Allah yang kekal beribadat serta menjauhi maksiat bukan sahaja pada bulan Ramadhan malah pada 11 bulan selepasnya. Kita mohon perlindungan daripada Allah daripada menjadi hamba Ramadhan iaitu kuat beribadat dan menjauhi dosa maksiat, memusuhi syaitan, mengawal hawa nafsu hanya pada bulan Ramadhan sahaja sedangkan pada bulan yang lain kita tidak menghirau suruhan dan larangan Allah.

 

 

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

 

Firman Allah dalam ayat 9-10 surah As-Syamsu :

 

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠﴾

 

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9)Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)

 

Antara usaha kita dalam memastikan tarbiah Ramadhan tidak terhenti dengan berlalunya Ramadhan ialah dengan kita terus bersemangat untuk membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. Kita terus jinak dengan solat berjemaah di masjid atau surau. Tidak lupa untu kita hidupkan bulan lain dengan puasa sunat. Betapa beruntungnya orang-orang yang telah menyempurnakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal, begitu juga yang sedang menunaikannya. Bagi yang belum memulakannya atau tak pernah menunaikannya sebelum ini maka marilah kita sama-sama membuktikan bahawa tarbiah Ramadhan lepas telah berjaya mengubah kita ke arah menjadi hamba Allah bukan setakat hamba Ramadhan yang hanya baik pada bukan Ramadhan sahaja manakala pada bulan lain kembali menjadi pengikut setia kepada hawa nafsu. Sama-samalah kita merebut kelebihan puasa sunat terutama berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

 

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ – رواه مسلم

 

Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

 

 

 

Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا – رواه البخاري.

 

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”.

 

 

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

 

Firman Allah dalam ayat 104 surah An-Nisaa’ :

 

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّـهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ﴿١٠٤﴾

 

Maksudnya : Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

 

Kedatangan Syawal mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini seperti Peperangan Uhud, Peperangan Ahzab atau Khandak dan Peperangan Hunain. Ketika menyentuh tentang peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah di mana tentera Islam terpaksa berdepan dengan bala tentera musuh seramai 3000 orang. Pada peringkat pertama, tentera Islam telah mencapai kemenangan  tetapi pada peringkat kedua  tentera Islam menerima ujian kekalahan di mana 70 orang telah gugur Syahid termasuk Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib. Namun pada peringkat ketiga tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir Quraisy yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat membunuh Rasulullah s.a.w telah mengatur langkah untuk menyerang Madinah tetapi tidak meneruskan perancangan mereka itu apabila mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah bersiap untuk menyerang balas. Kekalahan pada peringkat kedua dalam peperangan Uhud ini akibat melanggar perintah nabi s.a.w selaku pemimpin serta rasa terlalu seronok dengan harta rampasan perang sehingga kurangnya pertautan hati dengan Allah.

 

Seterusnya Peperangan Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah di mana setiap kali tibanya hari raya, kita sentiasa laungkan kalimah  وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab. Peperangan Ahzab yang bererti tentera bersekutu kuffar juga dikenali dengan nama peperangan Khandak yang bererti parit yang dibina oleh para tentera Islam sebagai kubu dalam menahan kemaraan musuh. Peperangan ini berlaku selepas penghalauan Yahudi Bani Nadhir oleh Rasulullah s.a.w dari Madinah setelah mereka cuba membunuh nabi. Tentera Islam seramai 3 ribu orang sahaja terpaksa berdepan dengan tentera bersekutu kuffar seramai 10 ribu orang di mana tiada pertempuran sengit yang berlaku sehinggalah Allah mendatangkan kemenangan kepada tentera Islam yang begitu patuh pada arahan Rasulullah s.a.w disamping kuat ikatan diri mereka dengan Allah melalui ribut pasir dan juga kacau bilau di kalangan musuh.

 

 

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

 

Firman Allah dalam ayat 25 surah at-Taubah :

 

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّـهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ ۙ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ ۙ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ ﴿٢٥﴾

 

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.

 

Peperangan yang berikutnya ialah Peperangan Hunain yang berlaku padabulan Syawal tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah. Bilangan tentera musuh antara 20 hingga 30 ribu orang manakala tentera Islam pimpinan Rasulullah s.a.w  berjumlah 12 ribu orang. Pada peringkat pertama tentera Islam hampir kalah akibat diserang dari pelbagai penjuru oleh musuh ditambah dengan serangan saraf bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. Ketika suasana yang kacau bilau ini lalu Rasulullah s.a.w melaung suara bagi membangkitkan kembali semangat jihad tentera Islam sehingga baginda bersama 200 tentera yang terus berjuang bukan sahaja berjaya mengalahkan tentera musuh yang ramai malah berjaya mengepung musuh di Taif. Melalui ketiga-tiga peperangan ini kita dapati pelbagai pengajaran penting yang mesti diambil antaranya ialah bahawa proses menang dan kalah merupakan suatu ketentuan Allah bukannya datang secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana musuh Islam sekali pun tetap diberi kemenangan jika mereka memenuhi syarat kemenangan. Begitulah juga dengan umat Islam jika mencukupi syarat kekalahan maka kita akan kalah walau pun perjuangan Islam adalah benar sekali pun

 

 

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

 

Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :

 

وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِ‌بِّيُّونَ كَثِيرٌ‌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الصَّابِرِ‌ينَ

 

Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.

 

Allah telah menukilkan dalam al-Quran bagaimanakah sifat yang sepatutnya dimiliki oleh generasi kemenangan. Antara melalui ayat 146 surah Ali ‘Imran di mana 3 sifat utama golongan yang dianugerahkan kemenangan  oleh Allah ialah :

 

[1] Mereka tidak patah dan lemah semangat menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi perjuangan di jalan Allah.

 

[2] Mereka sentiasa gagah perkasa tidak lemah dari sudut jasad mahu pun jiwa mereka berhadapan dengan musuh.

 

[3] Mereka sentiasa gagah tidak tunduk kepada musuh.

 

Semoga kita termasuk dalam golongan ini untuk Berjaya di dunia dan akhirat. Ia bukan hanya disebut tetapi mesti dihayati dalam kehidupan. Ia bukan datang dengan mudah tetapi menuntut kepada usaha yang bersungguh dan istiqamah.

 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Syawal Menjana Syarat Kemenangan

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 9-10 surah al-Syamsu :

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Kini telah 2 minggu kita berada di bulan Syawal di mana kehangatan sambutan hari raya masih terasa. Kenikmatan sebenar berhari raya tidak mampu dirasai kecuali oleh golongan yang benar-benar berjaya menunaikan kewajipan yang diperintah oleh Allah disamping berjaya mengawal diri daripada segala laranganNya bukan sahaja pada bulan Ramadhan yang baru lalu malah pada 11 bulan selepasnya.  Betapa beruntungnya orang-orang yang telah menyempurnakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal, begitu juga yang sedang menunaikannya. Bagi yang belum memulakannya atau tak pernah menunaikannya sebelum ini maka marilah kita sama-sama merebut kelebihan puasa sunat terutama berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ – رواه مسلم

Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita sentiasa berusaha dan berdoa kepada Allah agar termasuk dalam kalangan hambaNya yang sentiasa istiqamah dalam mengerjakan amalan soleh dan menjauhi dosa maksiat dalam kehidupan seharian. Inilah antara tanda kemenangan yang kita capai hasil tarbiah Ramadhan di mana ia mampu dilihat dan dirasai dengan beberapa perubahan antaranya :

[1] Kemurahan Hati  Kita yang Mengalahkan Sifat Kikir dan Tamak di mana sifat tamak dan kikir adalah sifat mazmumah atau tercela yang mendatangkan mudharat dalam keluarga, masyarakat dan Negara.

[2] Keikhlasan Kita yang Mengalahkan Sifat Riya’ di mana Puasa mengajarkan kita tentang bagaimana sebuah amal yang kita kerjakan hanya diketahui oleh Allah yang menjadi rahsia antara kita dengan Allah semata-mata sehingga dapat membersihkan hati kita daripada sifat riya’, ujub dan sum’ah. Riya’ menjadi penyebab rosaknya amal seseorang hingga tidak bernilai sama sekali di sisi Allah.

  1. Pengendalian Diri Kita yang Mengalahkan Sifat Menuruti Hawa Nafsu di mana puasa memberikan latihan berharga terhadap seluruh unsur dalam diri kita termasuk fikrah, jasad, ruh, hati dan harta kita untuk di arahkan menuju kemaslahatan bagi diri kita dan orang lain. Ketabahan dan kesungguhan kita dalam menjalankan ibadah puasa maka kita dapat mengendalikan keinginan hawa nafsu itu melalui seluruh pancaindera iaitu mulut, kaki, tangan, telinga, mata termasuk hati untuk tunduk patuh kepada Allah.

Firman Allah dalam ayat 24 surah n-Nuur :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٢٤

Maksudnya : Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 140 surah Ali ‘Imran :

إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْ‌حٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْ‌حٌ مِّثْلُهُ ۚ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّـهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (musyrik) itu juga telah (tercedera dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

Keberadaan kita pada bulan Syawal turut mengetuk hati untuk kita sama-sama mengambil iktibar daripada beberapa peristiwa besar yang telah tercatat dalam sirah nabi s.a.w antaranya peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah,  Peperangan Ahzab bererti tentera bersekutu kuffar juga dikenali dengan nama peperangan Khandak yang bererti parit yang dibina oleh para tentera Islam sebagai kubu dalam menahan kemaraan musuh di mana ia berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah dan Peperangan Hunain yang berlaku pada bulan Syawal tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah. Ketika berdepan dengan musuh Islam maka tentera Islam menerima keputusan yang berbeza antara menang dan kalah. Contohnya tentera Islam diberi kemenangan dalam peperangan Badar pada bulan Ramadhan, meskipun jumlah mereka terlalu kecil. Tetapi oleh kerana jiwa mereka suci dan hati mereka bersih untuk tunduk mengabdikan diri kepada Allah semata- mata, maka mereka telah dianugerahkan dengan kekuatan dan kemenangan. Tidak ada kebendaan yang dicari dan tidak ada pengaruh duniawi yang menjadi matlamat dan tujuan dalam perjuangan mereka. Sebaliknya, di dalam peperangan Uhud, apabila hanya ada segelintir sahaja daripada jamaah Islam itu yang tidak mengikut arahan Rasulullah S.A.W mereka telah diajar dengan percikan darah yang menitis keluar daripada tubuh umat Islam, sehingga gigi Rasulullah S.A.W sendiri patah dan pipinya berdarah. Justeru kerana sedikit daripada mereka meninggalkan bukit strategi untuk mengejar ghanimah perang dan kebendaan, mereka telah diajar oleh Allah melalui syuhada’ yang bergelimpangan. Dan bagaimana mereka diuji sekali lagi secara jama’ah di dalam peristiwa peperangan Hunain tatkala mereka berbangga dengan jumlah mereka yang ramai. Mereka merasakan bahawa mereka tidak mungkin dapat dikalahkan sehingga diuji dengan kekalahan pada peringkat awal peperangan dengan serangan hendap daripada musuh

Peristiwa ini menjadi dalil yang kuat untuk membuktikan bahawa kejayaan dan kemenangan umat Islam, kegemilangan generasi Islam bukanlah bikinan manusia, tetapi ia adalah kurniaan daripada Allah. Pertolongan dan kurniaan daripada Allah itu tidak akan datang secara percuma, walaupun Islam ini adalah agama yang diturunkan oleh Allah. Sebagaimana ungkapan seorang Ulama’ :,  “Meskipun Allah boleh memberi kemenangan kepada umat Islam sebagaimana turunnya hujan dari langit, tetapi oleh kerana Islam itu diturunkan kepada manusia, maka kejayaan dan kegemilangan Islam ini hendaklah berjalan melalui proses kemanusiaan itu sendiri. Melalui sifat-sifat yang ada pada manusia, yang dibentuk melalui cara kehidupan manusia serta melalui tekanan dari penindasan yang dihadapi oleh mereka. Oleh kerana itulah Allah melatih dan membentuk mereka melalui wahyu secara individu dan jamaah, membentangkan di hadapan mereka ribuan tribulasi yang nyata dan praktikal. Sentuhan wahyu yang menggarap sikap dan semangat untuk memikul amanah Islam sehingga lahirnya individu-individu dalam rangkaian suatu jamaah yang padu dan kuat. Lahirnya jamaah Islam yang dapat melaksanakan perintah Allah tanpa syarat. Suatu jamaah yang tidak pernah menyimpang walau di saat wafatnya Rasulullah S.A.W. Mereka tidak mungkin dapat digugat, sebagaimana mereka tidak dapat digugat di zaman Rasulullah S.A.W.”

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 32 surah at-Taubah :

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّـهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٣٢

Maksudnya : Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Pertembungan antara Islam dan jahiliah terus berlangsung, pertentangan antara iman dan kufur terus berlaku, perlawananan antara hak dan batil terus berjalan. Musuh Islam sentiasa berusaha siang dan malam dengan seluruh kekuatan melalui pelbagai cara untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Oleh itu sebagai umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya wajib bangkit dan bangun dalam berdepan dengan pelbagai taktik jahat musuh agar kita ditulis oleh Allah sebagai pejuang Islam bukannya orang yang berlepas tangan daripada kewajipan. Kita yakin bahawa cahaya Allah tidak mampu dipadamkan antaranya disebabkan 3 faktor utama sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat 32 surah at-Taubah iaitu :

Pertama, Islam itu kukuh kerana adanya petunjuk Al Qur’an selama diamalkan oleh umat Islam. Mulia dan hinanya kita bergantung kepada sejauh mana kita memahami dan mengamalkan system al-Quran yang meliputi ibadat, ekonomi, politik, sosial dan pelbagai system hidup.

Kedua, Islam adalah Agama yang benar bukan rekaan iaitu Tauhid diikuti ‘amal soleh yang berguna di dunia dan akhirat. Islam akan tetap kukuh selagi ada umatnya yang berlumba menjaga aqidah dan beramal soleh

Ketiga, Allah sendiri yang menjaga kesucian Islam sampai cahaya kebenarannya betul-betul sempurna. Allah lah yang menjamin kemenangan Islam, dan kita wajib meyakini hal tersebut, dengan tidak hanya berpeluk tubuh dengan dalih bahwa Islam pasti dimenangkan Allah. Tugas kita adalah terus berikhtiar dengan jerih payah dan usaha yang terbaik yang kita miliki untuk menjadi saham kemenangan Islam.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang mulia, bulan Syawal yang mulia dan di masjid yang mulia ini maka tidak lupa untuk kita sebagai umat Islam yang bermaruah untuk sama-sama bangkit membantah dan mengutuk di atas kekejaman ke atas umat Islam Rohingya terutama 120,000 orang di kem-kem pelarian tidak diberikan perhatian; 800,000 orang ‘dikurung’ di Rakhine disekat ketat daripada mendapatkan mendapat pendidikan, kesihatan dan pekerjaan; manakala sejak 2012, seramai 140,000 orang terpaksa melarikan diri melalui perairan – sama ada mati dalam perjalanan atau menjadi mangsa penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Kita menyeru negara-negara anggota Asean dan OIC serta PBB agar memberikan perhatian yang serius dan mengatur langkah yang berkesan bagi menangani krisis kemanusiaan dan memulihkan keamanan di Myanmar, khususnya di Rakhine.  Semua negara dan pertubuhan ini perlu tegas memberikan tekanan dan mendesak Myanmar untuk:

(i) Menamatkan semua penindasan, sekatan dan serangan ke atas warga Rohingya dan memberi hak sama rata bagi mendapatkan pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.
(ii) Memberikan hak kerakyatan kepada warga Rohingya dan membenarkan mereka untuk mendapatkan kerakyatan dan membuktikan kerakyatan mereka.
(iii) Menempatkan semula warga Rohingya di penempatan asal mereka dengan mengembalikan semula tanah mereka yang telah dirampas dan membangunkan semula kediaman mereka yang telah dimusnahkan

Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran :

إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠

Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Istiqamah Bentuk Umat Cemerlang Negara Gemilang

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 30 surah Fussilat :

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠

Maksudnya : Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu

Kini kita mula memasuki minggu ke-2 daripada bulan Syawal di mana kemeriahan sambutan Aidilfitri terus hangat dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat terutama dengan rumah terbuka silih berganti. Hiasi rumah terbuka dengan ajaran Islam antaranya jangan cemari dengan pergaulan bebas, hiburan melampau, pakaian mendedah aurat, pembaziran. Rumah terbuka juga mesti mengutamakan golongan miskin bukannya hanya menjamu golongan kaya yang sedia kenyang sahaja, mengutamakan jiran tetangga bukan tertumpu kepada tetamu yang jauh sahaja agar matlamat merapatkan lagi silaturrahim dicapai bukannya memberi keutamaan kepada setengah golongan sahaja dengan meminggirkan golongan yang lebih utama yang lain. Kemeriahan menyambut hari raya tidak sepatutnya melupakan kita kepada tarbiah Ramadhan yang begitu bermakna dalam mengubah seterusnya membentuk diri sebagai hamba Allah yang bertaqwa dari setiap segi samada dari sudut ibadat khusus, ibadat umum yang meliputi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Contohilah cara yang pernah ditunjukkan oleh ulama terdahulu yang sangat mengambil berat mengenai Ramadan sehinggakan selepas berlalunya bulan mulia itu, mereka memanjatkan doa yang sama sepanjang 6 bulan selepasnya, memohon semua amal ibadah dilakukan pada bulan Ramadhan lalu diterima oleh Allah. 6 bulan seterusnya, mereka menadah tangan pula memohon doa supaya Allah memanjangkan usia mereka sehingga dapat bertemu dan beribadah lagi pada Ramadan akan datang. Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah menerima amalan soleh, mengampunkan dosa seterusnya memberikan keizinan bertemu dengan Ramadan akan dating. Ingatlah bahawa kita bukan sahaja mahu bergembira menyambut hari raya di dunia fana ini sahaja malah yang lebih penting ialah berhari raya dalam Syurga Allah di akhirat kelak.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam  ayat 204-205 surah al-A’araf:

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿٢٠٤﴾ وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ ﴿٢٠٥

Maksudnya : Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.  Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Suatu kajian menunjukkan bahawa sesuatu perbuatan yang sentiasa dibuat berulangkali dalam suatu tempoh tertentu boleh menimbulkan perasaan untuk terus melakukannya bila berjaya dihayati. Menyedari perkara ini maka kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mengekalkan momentum tarbiah Ramadhan dengan sama-sama mengekalkan amalan soleh yang telah kita jayakan pada bulan Ramadhan lalu antaranya memperbanyakkan bacaan al-Quran seterusnya tadabbur makna dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Pastikan program membaca al-Quran ada dalam jadual harian kita supaya tidak menjadikan alasan sibuk untuk tidak membaca al-Quran sedangkan masa untuk berbual, menonton tv, bermain sukan sentiasa ada dalam jadual walau sesibuk mana pun kita. Kita tidak mahu menjadi manusia yang lalai dengan kehidupan dunia sehingga lupa kepada akhirat

قال النبي (ص) : مَن قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ فِي لَيلَةٍ لَم يُكتَبْ مِنَ الغَافِلِينَ
– رواه الحاكم في المستدرك

Maksudnya : Sesiapa yang membaca 10 ayat (daripada al-Quran) pada malam hari, maka dia tidak termasuk orang-orang yang lalai.”

Imam Nawawi mengatakan dalam kitab Al-Adzkar : “Ketahuilah bahawa bacaan Al-Qur’an merupakan zikir yang utama, maka hendaknya dibiasakan. Jangan sampai berlalunya sehari semalam tanpa membaca al-Quran. Hal tersebut dapat diraih dengan sekadar membaca ayat meskipun sedikit”.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Begitu juga dengan tarbiah solat berjemaah jangan diabaikan setelah berlalunya Ramadhan kerana inilah antara jalan mudah untuk mengumpul bekalan akhirat. Bayangkan perbezaan jelas pahala antara orang yang solat Jemaah dengan 27 kali ganda berbanding orang yang solat seorang diri. Jika sehari orang yang solat berjemaah mengumpul 135 pahala sedangkan yang solat seorang diri hanya 5. Bayangkan jika seminggu, sebulan, setahun, sepuluh tahun berapa banyak lagi perbezaan yang jelas ketara dapat dilihat antara keduanya. Begitu juga dengan orang yang dapat istiqamah dengan solat sunat terutama yang mengiringi solat 5 waktu

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) مَنْ ثَابَرَ عَلَى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ  – رواه الترمذي والنسائي

Maksudnya :  Sesiapa menjaga dalam mengerjakan solat sunat 12 rakaat, maka Allah akan membangunkan mahligai untuknya di Syurga, iaitu 4 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya` dan 2 rakaat sebelum Subuh.

Malah menurut kajian sains bagaimana solat berperanan sebagaimana senaman yang memboleh membakar kalori serta boleh memanjangkan umur kerana ia begitu baik untuk kesihatan. Oleh itu begitu malang bagi sesiapa yang meninggalkan solat yang bukan sahaja bakal diseksa di akhirat malah turut rugi di dunia lagi

Firman Allah dalam  ayat 42-43 surah al-Mudassir:

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ ﴿٤٢﴾ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ ﴿٤٣

Maksudnya : (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?” Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;

 

Sidang Jumaat dirahmati Allah,

Antara sikap manusia yang cerdik ialah orang yang bersungguh membuat suatu perkara yang mudah tapi hasilnya berganda, amalan sedikit tetapi hasil banyak. Oleh itu masukkan diri kita sebagai manusia yang cerdik dengan sama-sama menyempurnakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal sebagai menyahut seruan nabi s.a.w

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ – رواه مسلم

Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tarbiah Ramadhan juga mengajak  kita merasai kesusahan dan keperitan orang lain. Seorang Raja juga berpuasa, seorang menteri juga berpuasa, seorang ulama juga berpuasa, si kaya juga berpuasa bahkan si miskin meneruskan kebiasaannya berlapar dengan sama-sama berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Apabila setiap anggota masyarakat mengambil kira kesusahan orang lain sebagai neraca membuat keputusan dan tindakan,  maka makin mengecillah jurang persengkitaan akibat rasa tidak puas hati. Meletakkan kepentingan orang lebih utama dari kepentingan diri sendiri. Rasa bersaudara kembarnya adalah kegembiraan dan kesusahan dapat dikongsi bersama. Bukannya kegembiraan dinikmati bersendirian tetapi kesusahan dipaksa kongsi bersama. Seorang ulama akan memberi nasihat yang benar bukan kerana kepentingan dirinya tetapi kerana menghayati kesusahan orang kebanyakan. Seorang pemimpin akan membuat polisi  bukan kerana kepentingan dirinya tetapi kerana menghayati kesusahan orang kebanyakan.

Pengurusan sikap sebagai pemimpin oleh Umar al Khattab ketika menghadapi krisis ekonomi yang sangat meruncing sangat baik dijadikan teladan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika berlaku krisis ekonomi yang berlaku selama 9 bulan bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, baginda juga cemerlang dalam pendirian dan sikap. Baginda r.a  tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. Sayyidina Umar enggan makan bahkan berkata:

 

“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”.

Dalam ungkapannya yang lain :“Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagianyang baik lalu aku berikan kepada rakyat makan yang sisa”

Kita mesti berkongsi rasa,  saat  rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, berkira-kira untuk membeli sebotol ubat , dulu makan berlebih lauk tapi kali ini berlebih kuah, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, Janganlah hati kita menjadi kematu lantaran hidup sentiasa senang. Garis ukur kita sebagai  ‘berjiwa rakyat’, bukan sekadar makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Tetapi  rasailah apa yang rakyat rasai. Jangan rakyat diikat kaki tangan dengan GST kemudian dijerut kepala dengan ditarik subsidi sedangkan gaji pemimpin terus naik ketika kemampuan rakyat semakin menurun

Rakyat biasa yang sering berkongsi rasa susah, tidak akan kekok menghulurkan bantuan walaupun dirinya juga susah. Contohnya rakyat Acheh yang tidaklah semewah mana hidup mereka tetapi tatkala beberapa negara berkira-kira untuk menyelamatkan bahtera hanyut etnik Ronghinya di awal krisis dahulu, merekalah yang paling awal menghulurkan bantuan seadanya. Bayangkan betapa indahnya jika tiga serangkai ini ulama-pemimpin-rakyat mempunyai rahmah kasih sayang yang luar biasa maka hidup kita akan menjadi rukun damai jauh dari persengketaan. Persengketaan amat mudah tercetus apabila masyarakat merasa tersisih dan rasa tidak diadili dan penuh rasa tidak puas hati.  Semoga tarbiah Ramadhan dan sinar Syawal membawa erti persaudaraan , bukan dikatakan mukmin jika sentiasa hidup dalam perbalahan sedangkan kekufuran itu menangguk kegembiraan di atas perpecahan sesama muslim.

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ  – رواه أبو دأود والترمذي

Maksudnya : Rasa kasih sayang tidak akan dicabut kecuali dari orang yang celaka.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Aidil Fitri DiRai, Syariat DiHayati, Kasih Sayang Bersemi

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 57-58 surah Yunus :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّ‌بِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ‌ وَهُدًى وَرَ‌حْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ﴿٥٧﴾ قُلْ بِفَضْلِ اللَّـهِ وَبِرَ‌حْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَ‌حُوا هُوَ خَيْرٌ‌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ ﴿٥٨

Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) “kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal

Alhamdulillah pujian syukur kita panjatkan ke hadrat Allah yang telah menganugerahkan kepada kita nikmat berhari raya. Jika pada tadi kita sama-sama berkumpul untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri serta mendengar khutbah raya yang datang setahun sekali maka pada tengahari ini kita berkumpul sekali lagi untuk perhimpunan seminggu sekali bagi sama-sama mendengar khutbah seterusnya menunaikan solat Jumaat. Ini memberi isyarat bagaimana Islam mementingkan hidup berjemaah dan umatnya sentiasa berada dalam majlis ilmu agar setiap tindakannya menjadi ibadat dan jauh daripada dosa maksiat. Bila hilangnya sikap mementingkan  diri sendiri akan mewujudkan masyarakat yang saling bantu membantu atas kebaikan dan menolak sebarang kejahatan. Begitu juga bila suburnya budaya suka menimba, mengembang dan mengamal ilmu dalam kehidupan akan membawa diri, keluarga, masyarakat seterusnya Negara ke arah kecemerlangan dari segi kebendaan dan kerohanian. Kejahilan meletakkan manusia bersikap lebih dahsyat daripada binatang sehingga melanggar batas syarak tanpa rasa malu dan bersalah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kesedihan dengan berlalunya Ramadhan tidak akan dapat dirasai kecuali oleh mereka yang benar-benar dapat menghayati tarbiah Ramadhan. Ini ibarat seorang tuan rumah yang menerima kunjungan daripada tetamu istimewa yang membawa pelbagai perkara yang diidamkan di mana tuan rumah akan berasa sedih dengan pemergian tetamu yang istimewa itu serta merasa risau sekiranya tetamunya itu tidak mendapat layanan yang terbaik sepanjang kunjungannya walau pun tuan rumah dengan sedaya upaya telah melakukan apa yang terbaik. Begitulah kita dengan Ramadhan di mana kita perlu merasa bimbang sekiranya penghayatan kepada tarbiah Ramadhan lepas tidak digunakan sebaik mungkin sehingga matlamat dalam melahirkan hamba Allah yang taqwa gagal dicapai.

Renungilah kata pujangga :

لَيْسَ العِيْد ِلمَنْ لَبِسَ الجَدِيْد، إِنَّمَا العِيْد ِلمَنْ طَاعَتُهُ تَزِيْد. لَيْسَ العِيْد ِلمَنْ تَجَمَّل بِاللِّبَاسِ وَالمَرْكُوْب، إِنَّمَا العِيْد ِلمَنْ غُفِرَتْ لَهُ الذُّنُوْب. لَيْسَ العِيْد ِلمَنْ حَازَ الدِّرْهَم وَالدِّيْنَار إِنَّمَا العِيْد ِلمَنْ أَطَاعَ العَزِيْزَ الغَفَّار

Maksudnya : Bukanlah hari raya itu bagi orang yang hanya berpakaian baru nan indah sebaliknya hari raya itu bagi orang yang ketaatannya terus bertambah. Bukanlah hari raya itu bagi yang berhias dengan pakaian anggun dan kenderaan bersusun sebaliknya hari raya itu bagi orang yang dosa-dosanya diampun. Bukanlah hari raya itu bagi yang memperolehi wang dinar juga dirham yang bertimbun sebaliknya raya itu bagi orang yang mentaati Allah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam  ayat 13 surah al-Hujuraat:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ‌ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَ‌فُوا ۚ إِنَّ أَكْرَ‌مَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ‌ ﴿١٣

Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)

Kedatangan 1 Syawal pada hari ini disambut dengan penuh kegembiraan dan keceriaan. Sambutan hari raya kita lebih bermakna bila diisi dengan adab Islam serta menjauhi sebarang unsur maksiat terutama mendedah aurat, pergaulan bebas, pembaziran, hiburan melampu dan sebagainya. Jadikan hari raya sebagai hari menambah pahala bukan hari menambah dosa maksiat. Antara perkara utama yang mesti disuburkan sempena menyambut hari raya ialah Idkhal as-surur bermaksud memasukkan rasa senang hati atau gembira kepada orang lain merupakan suatu amalan nabi s.a.w. Kita tidak mahu akibat pengaruh teknologi termasuk telefon pintar antara menghanyutkan manusia dalam dunia maya sehingga hubungan bersosial secara berdepan termasuk saling menziarahi semakin renggang. Antara golongan yang kita perlu berikan rasa gembira ialah :

[1] Kedua ibubapa iaitu dengan menunjukkan sikap hormat serta kasih terhadap mereka berdua, bukan kerana dengan kedatangan Syawal, malah sepanjang masa, kerana dengan sikap positif itu akan menggembirakan hati mereka dan tidak jadi masalah bagi mereka merestui setiap tindakan yang terbit dari diri anak-anak.

[2] Adik-beradik  di mana sikap saling hormat-menghormati antara adik-beradik akan melahirkan rasa suka, mesra, kasih, dengan erti kata yang tua mengasihi yang muda dan yang muda menghormati dan mengasihi yang lebih tua.

[3 Sanak saudara dan kaum kerabat dengan menziarahi bapa serta ibu saudara, sepupu dan sebagainya dengan penuh erat khususnya pada hari raya, akan menambahkan keutuhan kekeluargaan, kerana apabila seseorang itu menziarahi bapa saudaranya pada hari raya sebagai contoh, dia tidak akan ditanya kenapa dia datang, berbanding dengan hari biasa. Kesempatan bertemu perlu dimanfaatkan dengan memohon kemaafan

[4] Jiran tetangga dan sahabat handai di mana ia boleh dibuktikan dengan saling bermaafan, bertukar-tukar juadah hari raya untuk sama-sama rasa masakan masing-masing, menyahut undangan untuk ke rumah mereka dan mengundang mereka ke rumah kita. Kerana menyahut undangan mereka walaupun kesibukan dengan kunjungan dan sebagainya, akan membahagiakan tuan rumah yang rasa bangga dengan kehadiran, maka akan tercapailah maksud kegembiraan pada hari raya, ia tidak perlu menunggu apabila ada anjuran rumah terbuka sahaja.

[5] Golongan kanak-kanak  di mana mereka adalah golongan yang sentiasa berterima kasih terhadap apa yang mereka terima dari tuan rumah, apatah lagi mereka digembirakan dengan pemberian duit raya yang menjadi budaya. Semoga budaya memberi duit raya membawa kepada budaya positif iaitu sifat suka memberi bukannya melahirkan umat material yang memikirkan setiap perkara hanya berdasar kepentingan kebendaan termasuk ziarah menziarahi untuk mendapat benda bukan menyebar kasih sayang dan peluang mempertautkan lagi silaturrahim.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Suatu kajian menyatakan bahawa sesuatu perbuatan yang sentiasa dibuat berulangkali boleh menimbulkan perasaan untuk terus melakukannya bila berjaya dihayati. Oleh itu marilah sama-sama kita berdoa agar segala amalan soleh yang dibuat sepanjang Ramadhan lalu terus dapat dikekalkan pada 11 bulan yang lain. Kita tidak mahu melihat masjid atau surau kembali kosong daripada jemaah, al-Quran kembali tersusun kemas sebagai perhiasan tidak dibaca, tangan kedekut untuk menghulur derma, solat dan puasa sunat jarang dibuat lagi. Antara cara untuk melatih diri kita untuk terus istiqamah dengan amal soleh ialah dengan menyempurnakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal sebagai menyahut kelebihannya seperti sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ – رواه مسلم

Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا – رواه البخاري.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tarbiah puasa Ramadhan dan kewajipan berzakat antara tujuannya ialah untuk melahirkan umat yang mempunyai rasa kasih sayang yang tinggi sesame manusia dan juga makhluk Allah yang lain. Tanpa rasa kasihan belas menyebabkan banyak berlakunya kezaliman, penderaan, khianat dan pelbagai penyakit jenayah yang lain. 2 bulan lepas kita dikejutkan dengan penemuan ratusan kubur kebanyakannya pelarian Rohinya di sempadan Malaysia-Thailand akibat pemerdagangan manusia. Kes seorang ibu yang sanggup membunuh bayinya yang dikerat 15 diikuti dengan penderaan terhadap anak sendiri pada awal Ramadhan lepas. Akibat hilangnya sifat kemanusian juga menyaksikan berlakunya pembunuhan terhadap rakyat sendiri sebagaimana di Mesir, Syria, Iraq dan sebagainya. Begitu juga Negara Islam menyerang Negara Islam yang lain sebagaimana di Yaman sedangkan dalam masa yang sama mereka boleh berbaik dengan zionis yahudi untuk terus membunuh umat Islam di Palestin. Ingatlah beberapa peringatan nabi s.a.w terhadap mereka yang hilang sifat kasihan belas terutama sesama saudara seagama.

Dari Jarir bin Abdullah radhiallahu anhuma dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda

لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ – رواه البخاري.

Maksudnya : Allah tidak akan menyayangi siapa saja yang tidak menyayangi manusia.”

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ  – رواه أبو دأود والترمذي

Maksudnya : Rasa kasih sayang tidak akan dicabut kecuali dari orang yang celaka.

            Semoga ruh AidilFitri dapat menyemarakkann semula kasih sayang sesama kita dalam membentuk kesatuan yang hebat sebagaimana yang digambarkan oleh al-Quran dan hadis nabi iaitu kukuh sebagaimana batu bata yang tersusun, ibarat sebatang tubuh yang saling merasai penderitaan anggota yang lain. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Perang Bani Mustaliq DiKenang Kekejaman Boneka Zionis Yahudi DiHalang

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Renungilah firman Allah dalam ayat 9  surah al-Maidah:

وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ۙ لَهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَأَجْرٌ‌ عَظِيمٌ ﴿٩

Maksudnya : Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar

Kini kita telah pun melewati separuh kedua daripada bulan Sya’aban 1436H  di mana Nabi s.a.w bila ditanya tentang amalan baginda yang banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban lalu baginda menjelaskan bahawa Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah. Maka nabi s.a.w ingin amalan diangkat sedangkan baginda dalam keadaan berpuasa.

Keberadaan kita pada bulan Sya’aban juga mengingatklan kita bahawa tidak lama lagi kita bakal bertemu dengan bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu, marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum datangnya Ramadhan. Jika kita mahu mendapatkan hasil yang baik untuk kehidupan dunia maka kita membuat pelbagai persiapan awal apatah lagi untuk menyiapkan bekalan akhirat maka perlu kepada persediaan yang terbaik. Antara amalan sunat yang paling  baik bulan Sya’aban ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa, membaca al-Quran dan memohon keampunan kepada Allah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  32 surah at-Taubah :

يُرِ‌يدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ‌ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّـهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَ‌هُ وَلَوْ كَرِ‌هَ الْكَافِرُ‌ونَ ﴿٣٢

Maksudnya : Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)

Bulan Sya’aban yang sedang kita berada sekarang ini sarat dengan peristiwa yang besar yang pernah berlaku pada diri Rasulullah s.a.w dan para sahabat antaranya Peperangan Bani Mustaliq yang berlaku pada bulan Sya’aban tahun 6H . Peperangan ini meletus selepas Rasulullah s.a.w bertindak pantas menghantar tentera apabila mendengar bahawa Bani Mustaliq pimpinan al-Harith bin Abi Dirar sedang bersiap untuk menyerang umat Islam. Tindakan nabi s.a.w itu telah menyebabkan perancangan jahat Bani Mustaliq dapat dipatahkan dengan mudah sehingga ramai yang menjadi tawanan. Ini mengajar kita agar sentiasa bersiap sedia dengan kekuatan fizikal dan mental dari sudut ketenteraan dan keselamatan agar kedaulatan Negara terjamin dan perancangan jahat dapat dipatahkan dengan segera. Kita juga dapat belajar bagaimana pembukaan yang dilakukan oleh umat Islam pada zaman kegemilangan Islam membuktikan bagaimana Islam yang dibawa bukan sahaja menguasai wilayah yang luas bahkan membuka hati-hati manusia di negeri yang diperintah oleh Islam. Kedatangan dan pembukaan wilayah Islam yang membezakannya dengan penaklukan dan penjajahan. Pembukaan dan Kemenangan Islam membawa rahmat dan adil terhadap semua. Bukannya membalas dendam dan zalim. Kemenangan Islam membawa amanah bukannya hanya untuk mendapat peluang berkuasa semata-mata tanpa menghiraukan cara dan pengisiannya yang bercanggah dengan agama.

Apa yang menariknya juga di mana para sahabat telah memerdekakan tawanan perang yang memeluk Islam malah Rasulullah s.a.w sendiri telah menjadikan anak kepada ketua Bani Mustaliq yang telah memeluk Islam iaitu Juwairiyyah sebagai isteri. Tindakan ini merupakan antara strategi dakwah yang telah membuka hati ramai di kalangan Bani Mustaliq untuk memeluk Islam setelah melihat bagaimana Islam begitu banyak menawar erti keamanan dan perdamaian. Islam begitu menitik berat keadilan walau pun kepada musuh yang ditawan bukan boleh dibunuh sesuka hati. Kita merasa bimbang apabila adanya golongan yang mahu melaksanakan Islam dalam sekelip mata atau menang secara cepat dengan mengangkat senjata atas nama jihad tetapi tidak menepati kehendak syarak sehingga memberi gambaran buruk kepada Islam dan gagal mencapai matlamat jihad yang sebenar. Malah musuh Islam terus menggunakan peluang ini untuk menjauhkan masyarakat dunia daripada Islam.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Ketika menyoroti peperangan Bani Mustaliq ini juga kita dapati bagaimana sikap golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai yang turut serta dalam tentera Islam bertujuan membuat kacau dan menabur fitnah serta lebih berminat untuk mendapatkan hasil rampasan perang. Peristiwa ini mengajar bagaimana liciknya gerakan musuh dalam selimut yang dinamakan munafik dalam menghancurkan Islam yang mesti diambil perhatian sewajarnya agar ia tidak membantut kelancaran kepada perjuangan dan seterusnya pelaksanaan Islam dalam setiap aspek kehidupan. Malah semangat perkauman sempit yang cuba diapi-apikan oleh ketua munafiq Abdullah bin Ubai merupakan suatu senjata yang berterusan digunakan oleh musuh Islam dalam menghancurkan kesatuan umat Islam.  Musuh terus melaung dan memastikan usaha melenyapkan kesatuan kaum Muslimin di mana dengan dasar pecah perintah maka umat Islam saling memandang bahawa isu umat Islam di Negara lain adalah masalah Negara dan bangsa masing-masing tiada kaitan dengan diri mereka seperti penderitaan umat Islam di Palestin, Iraq, Syria, bangsa Ronghiya di Myanmar dan sebagainya. Tiada lagi ruh persaudaraan Islam akibat rasukan semangat assobiyah atau kebangsaan sempit. Sedangkan kita sentiasa diajar tentang persaudaraan Islam yang melangkaui bangsa, Negara, budaya, bahasa

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ؛ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى  – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit

Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, atas masjid yang mulia maka kita mendesak pimpinan Negara yang baru menjadi pengerusi ASEAN untuk menekan Myanmar agar memberhentikan tindakan kejam terhadap umat Islam Rohingya. Malah kerajaan Malaysia wajib menyelesaikan segera masalah penemuan ratusan kubur di Kedah dan Perlis sempadan Malaysia–Thailand yang membongkar jenayah pemerdagangan manusia supaya nama buruk Negara dapat dibersihkan serta jenayah buruk dapat disekat. Dulu kita sibuk dengan isu seludup beras, barang kini seludup manusia. Kita tidak mahu isu pecah amanah dan rasuah bakal memberi kesan kepada keselamatan sempadan Negara daripada pencerobohan dan pemerdagangan manusia. Ketika Negara dibebani dengan hutang 1MDB puluhan billion ringgit yang turut melibatkan Tabung Haji dan anak syarikatnya Takaful Malaysia dalam menampung hutang tersebut, ditambah dengan bebanan cukai GST dikuti dengan kenaikan harga minyak beberapa hari lepas yang pasti akan meningkat kos sara hidup ditengah-tengah kemewahan dan pembaziran yang melampau akan menyebabkan suasana tidak sihat dalam Negara yang turut memberi kesan kepada peningkatan kes jenayah.

Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, atas masjid yang mulia maka marilah kita sama-sama bangkit atas semangat Islam dalam menghentikan segera pembunuhan, pembakaran, kekejaman terhadap saudara seagama kita bangsa Rohingya. Kita tidak mahu menjadi umat yang tidak sempurna iman akibat tidak menghirau penderitaan saudara seagama yang sedang meraung kesakitan ketika kita melaung keseronokan, tidak membantu saudara yang kehilangan rumah akibat dibakar ketika kita tidur lena atas tilam empuk yang terhampar, tidak menolong saudara yang kebuluran ketika kita berehat kekenyangan. Di manakah sifat kemanusiaan kita?, di manakah nilai keimanan kita?, di manakah ruh Islam kita?. Tepuklah dada tanyalah iman kita

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat  30 surah al-Anfal :

وَإِذْ يَمْكُرُ‌ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ‌جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُ‌ونَ وَيَمْكُرُ‌ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ‌ الْمَاكِرِ‌ينَ

Maksudnya : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya

Usaha dalam meninggikan kalimah Allah yang tinggi di atas muka bumi ini bukan dihampar dengan permaidani merah sebaliknya menuntut kepada jihad yang bersungguh termasuk menumpahkan darah, ia bukan diraih dengan jalan yang mudah sebaliknya berdepan dengan pelbagai halangan yang susah, ia bukan datang dengan kemenangan yang senang sebaliknya banyak nyawa yang melayang. Oleh itu kita wajib sedar tentang banyak halangan, cabaran yang terpaksa kita hadapi dalam memperjuangkan Islam di mana ramai pejuang Islam yang dibuang Negara, ramai juga yang dipenjara dan ramai lagi yang dibunuh. Kita juga sedar betapa banyaknya perncangan musuh dalam menyekat malah menghancurkan Islam dan umatnya di mana antara perancangan jahat musuh Islam ialah memastikan berdirinya negara diktator di dunia Islam. Kita dapat lihat bagaimana kejatuhan satu demi satu pemerintahan kuku besi oleh rakyat seperti di Iraq, Mesir, Libya dan sebagainya tetapi musuh Islam segera bertindak memastikan penggantinya mesti daripada boneka bagi memastikan sebarang usaha dalam mengembalikan pemerintahan Islam dapat dikuburkan segera.

Perancangan jahat musuh Uslam lagi ialah menyingkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya di mana telah ramai pemimpin gerakan Islam dipenjara serta ramai dibunuh. Banyak parti Islam telah diharamkan seperti FIS di Algeria, Ikhwanul Muslimin di Mesir dan sebagainya.  2 Minggu lepas,  kita dapat saksikan bagaimana kerajaan boneka zionis Yahudi-Amerika Syarikat di Mesir menjatuhkan hukuman bunuh kepada presiden yang digulingkan Mohammed Morsi disamping 100 pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin yang lain atas tuduhan melakukan rusuhan. Musuh Islam tidak pernah rasa puas dalam mengkhianati perjuangan Islam sehingga mereka  rasa bahawa pemimpin dan gerakan Islam dapat dikuburkan sepenuhnya. Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, atas masjid yang mulia maka kita mengutuk tindakan kejam yang tidak bertamadun ini yang dilakukan oleh kerajaan boneka zionis Yahudi-Amerika Syarikat Mesir ini. Kita nyatakan kepada musuh Islam bahawa cahaya Islam terus bersinar terang walau pun ia cuba dipadam, Perjuangan Islam terus maju ke depan walau pun musuh menghalang. Biar bermandi darah namun kami tidak akan sama sekali menyerah kalah, biar berpisah nyawa dari badan namun perjuangan Islam tetap kami teruskan, biar dihalang dengan seribu cara namun system Islam tetap kami  julang dengan berjuta cara. Islamlah nescaya kita bahagia dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan :

فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢

Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ