Khutbah Jumaat : Islam DiNobat Filem Sesat DiSekat Aqidah Selamat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Renungilah firman Allah dalam ayat 7-8  surah al-Bayyinah:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ‌ الْبَرِ‌يَّةِ ﴿٧﴾ جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَ‌بِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِ‌ي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ‌ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَّ‌ضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَ‌ضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَ‌بَّهُ ﴿٨

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Kini kita telah pun berada minggu ketiga bulan Sya’aban yang turut mempunyai kelebihan dan catatan sejarah yang tersendiri. Nabi s.a.w bila ditanya tentang amalan baginda yang banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban lalu baginda menjelaskan bahawa Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah. Maka nabi s.a.w ingin amalan diangkat sedangkan baginda dalam keadaan berpuasa.

Ibarat kata Ulama’ : “Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.” Begitu juga Hukama’ menyifatkan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada  segala macam celaan manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum datangnya Ramadhan. Antara amalan sunat yang paling  baik bulan Sya’aban ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa, sedekah, membaca al-Quran dan memohon keampunan kepada Allah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Renungilah firman Allah dalam ayat 150  surah al-Baqarah:

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِي عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 

Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)

Jika padal bulan Rejab yang baru lalu pernah mencatatkan peristiwa Isra’ Mikraj, manakala pada bulan Sya’aban pula telah berlaku perubahan Qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa di Palestin ketika mula-mula nabi Muhamamd s.a.w sampai di Madinah kepada mengadap Ka’abah di Masjidil Haram, Mekah selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w memohon daripada Allah. Pertukaran qiblat ini telah menghentikan ejekan kaum yahudi terhadap nabi Muhammad s.a.w dan para muslimin kerana yahudi menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke  arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada umat Islam agar kita mesti memerdekakan diri kita daripada mengikut jejak langkah musuh Islam terutama yahudi dalam setiap aspek kehidupan samada dalam sistem ekonomi, sosial, politik, perundangan dan sebagainya. Akibat dipasak dan ditanam dengan system penjajah begitu lama telah melahirkan umat Islam yang berfikiran penjajah yang mengagungkan segala system kuffar serta memandang hina system Islam.

2 peristiwa yang besar ini membuktikan bagaimana Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa adalah 2 saudara yang tidak boleh dipisahkan. Jika terabai salah satunya, maka yang satu lagi juga turut akan terjejas.

David Ben-Gurion, Perdana Menteri pertama Israel pernah mengerahkan tentera Yahudi untuk mengepung Masjidil Aqsa sambil beliau menyampaikan ucapan kepada hadirin dalam penuh rasa kebencian (ke atas ummat Islam dan rakyat Palestin) serta mengakhiri teks ucapannya dengan mengatakan: “Kami dah pun menakluk Al Quds (Al-Aqsa) dan sekarang kami dalam perjalanan ke Yathrib(Madinah).”

Begitu juga Golda Meir Bekas Perdana Menteri keempat zionis Israel pernah berkata dengan bongkaknya selepas mereka berjaya merampas Al-Quds: “Aku dapat mencium bau nenek moyangku di (Madinah dan Hijaz) dan itu adalah negara kami yang kami bakal merampasnya kembali.”

Kenyataan biadap pemimpin zionis ini sepatutnya membangkitkan rasa perhambaan diri kita kepada Allah dan semangat berjihad dijalan Allah adalah satu jalan untuk membebaskan Masjidil Aqsa.   Hentikan zionis Yahudi daripada terus bermaharajalela di segenap ceruk rantau dan yakinlah kita tentang kemenangan Islam dan kemerdekaan Aqsa adalah suatu ketetapan Allah yang pasti terlaksana.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 186  surah Ali ‘Imran:

 لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا ۚ وَإِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ﴿١٨٦

Maksudnya : Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)

Peristiwa pertukaran Qiblat ini memberi isyarat yang jelas kepada umat Islam agar kita mesti berusaha menjauhi amalan dan budaya hidup yang bercanggah daripada Islam yang sentiasa disogokkan oleh musuh Islam dengan pelbagai cara. Umat Islam mesti mempunyai jatidiri berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi sehingga kita mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada orang bukan Islam bukannya kita menjadi penghalang atau tembok yang mendinding orang bukan Islam daripada melihat keindahan yang ada dalam Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan. Umat Islam wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar sehingga orang bukan Islam yang selama ini dimomokkan dengan gambaran jahat tentang Islam dan umatnya yang dipandang sebagai punca keganasan dan kemunduran dapat ditepis. Islam adalah agama yang menyucikan aqidah dan mencantikkan akhlak manusia dengan membersihkan diri daripada sifat dan sikap yang buruk serta menyuruh umat manusia agar tunduk patuh kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dalam setiap kelakuan. Islam bukan agama yang bersangkutan hati sahaja tetapi ia adalah sebuah agama yang lengkap. Islam juga bukan agama untuk kegunaan peribadi tetapi ajarannya mengambil berat tentang kehidupan masyarakat seluruhnya. Kegagalan umat Islam sendiri daripada menghayati suruhan agama dalam kehidupan seharian bukan sahaja menyebabkan diri mereka rosak malah turut memberi kesan kepada orang bukan Islam untuk memandang rendah kepada Islam. Sebab itulah Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah memberi nasihat penting dengan katanya : “ Kenalilah muslim melalui Islam dan jangan kamu kenali Islam melalui muslim”. Pesanan berharga ini mengingatkan kita semua bahawa dalamilah Islam terlebih dahulu barulah seseorang itu dapat tahu siapakah orang Islam yang benar-benar menghayati Islam atau sebaliknya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun :

 وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ ﴿٧١

Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;

Seminggu dua ini isu sebuah Filem yang bertajuk Mentega Terbang hangat diperkatakan. Kita menyokong penuh tindakan pantas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menegaskan bahawa filem ini ‘bertentangan dengan akidah’ adalah maklum balas yang wajar bagi sebuah agensi kerajaan. Kita bimbang adanya unsur Plurel agama diterapkan melalai filem akan memberi kesan besar kepada aqidah umat Islam terutama yang cetek pengetahuan agamanya

Pluralisme agama adalah pandangan, fikiran, keyakinan bahawa agama-agama yang pelbagai dan berbeza-beza itu mempunyai kesamaan dari segi ontologi, soteriologi dan epistemologi. Seperti dikemukakan Peter Byrne, pluralisme agama merupakan persenyawaan tiga tesis. Pertama, semua tradisi agama-agama besar dunia adalah sama, semuanya merujuk dan mengisyarat kepada suatu realiti tunggal yang suci. Kedua, semuanya sama-sama menawarkan jalan keselamatan. Dan ketiga, semuanya tidak ada yang final. Ertinya, setiap agama mesti senantiasa terbuka untuk dikritik dan diteliti kembali. Ini jelas bercanggah dengan aqidah Islam
Dengan menisbikan kebenaran mutlak, ini bermakna secara tersirat ia telah menafikan, atau sekurang-kurangnya merendahkan kebenaran mutlak yang sebenar. Tuntutan pluralisme agama membawa implikasi berbahaya kepada manusia sama ada yang bersifat teori, epistemologi, dan metodologi, atau yang bersifat ideologi dan akidah, atau yang berkaitan dengan isu yang lebih praktikal, iaitu hak asasi manusia (human rights), terutamanya kebebasan beragama. Paling penting, sehingga hari ini kita belum temui bukti faham pluralisme agama ini mampu menyelesaikan isu pertelingkahan dan mewujudkan toleransi yang sebenar antara agama tanpa menggadaikan prinsip akidah masing-masing.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Filem ini juga cuba menerapkan konsep kelahiran semula di mana konsep perpindahan roh dari satu jasad ke satu jasad yang lain wujud dalam pelbagai agama-agama selain Islam. Ia berasal daripada beberapa buah agama dan falsafah kerohanian seperti Hindu, Buddha, sebahagian ajaran Greek, ajaran Mesir Purba, dan sebahagian agama-agama di Afrika. Dalil yang paling jelas tentang batilnya akidah konsep perpindahan roh dari satu jasad ke satu jasad adalah ketidakmampuan roh kembali ke dunia selepas meninggal dunia sedangkan itulah yang diimpikan oleh orang kafir apabila mereka melihat azab-Nya. Firman Allah S.W.T:

وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذۡ وُقِفُواْ عَلَى ٱلنَّارِ فَقَالُواْ يَٰلَيۡتَنَا نُرَدُّ وَلَا نُكَذِّبَ بِـَٔايَٰتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ.

Maksudnya : “Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: “Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman.” 

Kita mendesak agar kerajaan mengharamkan fileh ini dari terus disiarkan agar sebarang usaha dalam menyesatkan umat dalam apa juag bentuk termasuk melalui filem dapat disekat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Bulan Sya’aban

Berqiblatkan Sistem Islam Merawat Penyakit Umat

Berqiblatkan Islam Menerajui Perubahan

Berqiblatkan Islam Meraih Kebahagiaan

Berqiblatkan Islam Membina Masa Depan Gemilang

Berqiblatkan Islam Menuju Kemenangan

Pengajaran Peperangan Bani Mustaliq 6H

Sistem Islam DiLaksana Kemuliaan DiRasa

Cemburu dan malu julangkan maruah umat

117. BERSUNGGUH MEMBINA JATIDIRI MUSLIM SEJATI

14. PERUBAHAN QIBLAT

94. BERSATU BERQIBLATKAN SISTEM ISLAM

32. KEMBALIKAN SEMUA SISTEM BERQIBLATKAN ISLAM

Khutbah Jumaat : Berqiblatkan Islam Julang Kehebatan Umat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  144 surah al-Baqarah :

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ ‎﴿١٤٤﴾‏ 

Maksudnya : Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Ayat 144 surah al-Baqarah yang dibaca tadi mengingatkan kita bagaimana peristiwa perubahan arah qiblat daripada mengadap ke arah Masjid Aqsa di Palestin kepada Ka’abah di Mekah Mukarramah. Jika pada bulan Rejab lepas kita dingatkan dengan peristiwa Isra’ Mikraj di mana disebut secara jelas bagaimana perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjdi al-Aqsa di Palestin maka dalam peristiwa perubahan qiblat daripada mengadap Baitul Maqdis kepada Ka’abah di Masjidil Haram yang berlaku pada bulan Sya’aban yang menunjukkan kepada kita bagaimana kuatnya ikatan antara kedua-dua masjid tersebut.

Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda diarahkan agar menghadap ke arah Baitul Maqdis dan ramai di kalangan penduduk Madinah waktu itu daripada golongan Yahudi di mana sememangnya qiblat mereka adalah Baitul Maqdis. Oleh itu kaum yahudi sentiasa mengejek dan mencerca nabi Muhammad s.a.w dan muslimin kerana mereka menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Cercaan dan ejekan yahudi ini agak memberi kesan mendalam terhadap umat Islam pada masa itu sehingga nabi berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu yang mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke Baitullah di Mekah. Akhirnya selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Allah memerintahkan agar baginda menghadap ke Ka’abah.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah antaranya dalam ayat  145 surah al-Baqarah :

وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ بِكُلِّ آيَةٍ مَّا تَبِعُوا قِبْلَتَكَ ۚ وَمَا أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ ۚ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ ۚ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ إِنَّكَ إِذًا لَّمِنَ الظَّالِمِينَ ‎﴿١٤٥﴾‏

Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim. 

            Peristiwa pertukaran Qiblat ini memberi isyarat yang jelas kepada umat Islam agar kita mesti berusaha menjauhi amalan dan budaya hidup yang bercanggah daripada Islam yang sentiasa disogokkan oleh musuh Islam dengan pelbagai cara. Umat Islam mesti mempunyai jatidiri berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi sehingga kita mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada orang bukan Islam bukannya kita menjadi penghalang atau tembok yang mendinding orang bukan Islam daripada melihat keindahan yang ada dalam Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan.

Sejarah mencatatkan bagaimana Islam telah berjaya mengubah dan merevolusi diri dan jiwa orang Melayu sehingga orang Melayu seolah menemukan identiti diri mereka yang serasi dan sesuai dengan jiwa mereka. Walaupun umum mengetahui bahwa Kepulauan Melayu sebelum kedatangan Islam, rata-rata umat Melayu dikatakan menganuti samada ajaran Hindu atau  Buddha dan budaya atau kepercayaan anak negeri sendiri. Namun, sepertimana yang dijelaskan oleh seorang tokoh sejarawan Barat Van Leur, ajaran-ajaran itu sebenarnya tidak benar-benar dihayati oleh masyarakat tetapi sekadar oleh golongan raja-raja dan bangsawan. Para sami dari tanah besar India didatangkan ke Nusantara ini untuk mempengaruhi masyarakat agar mendewa-dewakan raja-raja kononnya keturunan dewa atau wakil Tuhan. Ajaran ini sekadar nipis dan tidak benar-benar bertapak dalam jiwa masyarakat umum pada masa itu. Begitu juga dengan ajaran Buddha walaupun kesan Candi Borobudur  wujud di Pulau Jawa, namun dari segi pemikiran dan pegangan tiada ditemukan karya-karya Buddha mahupun Hindu yang dikarang oleh bangsa Melayu. Tiada ahli fikir Melayu-Hindu atau Melayu-Buddha yang pernah dicatatkan wujud dalam sejarah Nusantara ini. Tetapi berbeza dengan Islam apabila ramai ulama Melayu-Islam yang lahir dengan karya-karya yang berkualiti tinggi sepeti Sheikh Hamzah Fansuri, Sheikh Nuruddin al-Raniri, Sheikh Shamsuddin al-Sumara’I dan ramai lagi. Ini jelas, betapa ajaran Islam telah berjaya membentuk jatidiri bangsa Melayu dari dulu hingga kini dan tanpa Islam, bangsa Melayu seolah-olahnya tidak memiliki identiti yang jelas dan kukuh. Kalimat bahasa Arab juga ditemui begitu banyak dalam bahasa Melayu sehingga dianggarkan sekitar 3,000 kalimat Arab diterimapakai dalam bahasa Melayu, iaitu sekitar 15 peratus daripada perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Kekuatan Islam terhadap bangsa Melayu ini diperkukuhkan lagi apabila Perlembagaan Persekutuan turut memasukkan takrif bagi “orang Melayu” sepertimana yang dirakamkan dalam Perkara 160 (2) yang menyebut  orang Melayu “sebagai seorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat Istiadat Melayu…”

Kedudukan Islam-Melayu itu adalah hubungan yang berkait rapat yang tidak dapat dipisahkan sepertimana ikan dan air atau irama dan lagu. Adat budaya dan sopan santun yang bangsa Melayu miliki hari ini adalah kerana pengaruh daripada ajaran Islam yang dianuti mereka khususnya daripada aspek tasawuf melalui pendekatan Imam al-Ghazali misalnya

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

            Firman Allah dalam ayat  110 surah Ali Imran :

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”

Hasan al-Banna berkata: “Bangsa yang membangun perlu merasa bangga dengan bangsa mereka dan merasakan bangsa mereka adalah bangsa yang mempunyai kelebihan dan kemuliaan. Mereka perlu merasakan bangsa mereka mempunyai keistimewaan dan sejarah silam yang agung. Rasa bangga ini perlu wujud dalam jiwa anak bangsa ini.

Dengan ini, mereka akan bersedia mengorbankan darah dan jiwa raga demi mempertahahankan kegemilangan dan maruah mereka. Dengan ini juga mereka akan berusaha demi kepentingan, kemuliaan dan kesejahteraan negara ini. Nilai ini tidak akan dapat kita lihat dilaksanakan secara adil, bermaruah dan berperikemanusiaan oleh mana-mana sistem yang lain tidak seperti yang dilaksanakan oleh Islam yang suci ini.

Sebuah bangsa yang mengetahuinya harga diri dan maruahnya pasti dimuliakan oleh Allah SWT. Sebagaimaan ungkapan Saidina Umar ibn Al-Khattab : “Kita adalah bangsa yang dimuliakan Allah dengan Islam, dan sekiranya kita mencari kemuliaan melalui selain daripada Islam, nescaya Allah akan menghina kita”.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  56 surah al-Zariyat:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada ibadah khusus yang disyariatkan Islam. Kesannya bukan hanya dapat membentuk baik jati diri seorang Muslim, ia juga berkesan dalam memupuk sebuah masyarakat yang harmonis. Sebagai contoh, solat fardu dapat memupuk disiplin dan kepekaan tentang masa dalam seseorang, dan jika dilakukan secara berjamaah ia dapat mengeratkan silaturahim sesama Muslim dan mengajar tentang kesamarataan antara manusia dalam urusan kerohanian. Memberi zakat pula dapat membersihkan jiwa dari sifat tamak dan kedekut, dan mengajar manusia untuk mengambil peduli tentang keadaan sekelilingnya.

Ibadah juga bukan hanya terhad pada amalan-amalan kerohanian yang berlaku di atas tikar sembahyang atau di persekitaran masjid. Bahkan setiap perbuatan dan percakapan yang dilakukan seorang Muslim atas tujuan mencari reda Tuhan dan rahmat-Nya serta membawa kebaikan pada semua dapat dikira sebagai ibadah.

Mencari rezeki buat keluarga, melaksanakan tanggungjawab pekerjaan, membantu meringankan beban dan menjaminkan keamanan adalah antara perbuatan lazim manusia yang boleh dilihat sebagai ibadah yang umum. Seharusnya identiti Islam seseorang tidak dilucutkan apabila ia melakukan perbuatan luar daripada ibadat khusus kerana ajaran Islam merangkumi semua aspek kehidupan termasuk politik, ekonomi, sosial dan lainnya. Hanya dengan cara ini kesan ibadah khusus itu dapat diterapkan dalam jati diri seorang yang bergelar Muslim.

Oleh itu bersungguhlah kita dalam membentuk jati diri sehingga kita sahaja akan memberi manfaat pada diri sendiri malah dapat memberi manfaat untuk oran lain

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya : Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.

(Riwayat Ibn Hibban)

 بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Perpaduan Kuat Pemacu Umat Berkat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam surah al-Ana’am, ayat 153 :

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menuruti jalan-jalan yang lain daripada Islam, kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertakwa.

Kini kita telah berada pada minggu-minggu  yang terakhir daripada bulan Sya’ban di mana dalam sejarah Islam pernah tercatat suatu peperangan iaitu Perang Bani Mustaliq pada tahun 6H. Dalam peristiwa ini, Rasulullah ﷺ melancarkan serangan kepada Bani Mustaliq setelah agen perisikan kaum muslimin Buraidah al-Aslami mengesahkan bahawa al-Harith ibn Dirar iaitu pemimpin Bani Mustaliq) merancang untuk menyerang Rasulullah ﷺ dan Madinah. Dalam peperangan ini, berlaku beberapa insiden yang menarik untuk diteladani. Antaranya tercetusnya perselisihan antara Jahjah ibn Masu’d dari kaum Muhajirin dan Sinan ibn Wabr al-Juhani dari kaum Ansar. Perselisihan yang berlaku di telaga al-Muraysi’ itu hampir mencetuskan peperangan di antara kaum Muslimin. Jahjah telah meminta bantuan kaum Muhajirn untuk berlawan dengan Sinan, begitu juga dengan Sinan. Sinan menyeru kaum Ansar untuk menyokong pergaduhan ini. Sifat asabiyyah ini iaitu membantu kaum sendiri atas dasar kezaliman adalah perkara yang dikeji dalam Islam sehingga Rasulullah ﷺ menyifatkan perkara ini sebagai sikap Jahiliyyah.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah.

Ketika insiden ini terjadi, Abdullah ibn Ubai iaitu ketua Munafik merasa geram apabila melihat pergaduhan sesama Muslim tidak berlaku. Bahkan beliau merungut atas sikap Ansar yang selama ini banyak memberi bantuan kepada kaum Muhajirin. Lihatlah sikap si munafiq yang suka melihat perpecahan berlaku dan mengambil kesempatan atas emosi dan perselisihan kaum Muslimin. Bahkan munafiq ini juga dilihat tidak suka kebajikan yang dilakukan oleh kaum Ansar terhadap Muhajirin.

Abdullah bin Ubaj berkata : “ Adakah munasabah dia melakukan demikian, apabila mereka (Muhajirin) sudah ramai dalam negeri kita maka mereka hendak menunjukkan kekuatan samalah seperti kata pepatah gemukkan anjingmu kemudian ia akan menggigitmu. Tengoklah nanti apabila pulang ke Madinah tahulah dia bagaimana orang mulia (Ansor) akan mengeluarkan orang yang hina ( Nabi dan Muhajirin)”.

Mendengar kata-kata biadap yang keluar daripada mulut Abdullah bin Ubai  itu lalu Sayyidina Umar meminta izin daripada nabi untuk membunuhnya tetapi nabi menegahnya bagi mengelakkan fitnah yang mengatakan nabi membunuh sahabatnya sendiri. Hasil daripada kesabaran ini juga menyebabkan lebih ramai  orang membenci Abdullah bin Ubai sehingga dia semakin terpinggir. Allah turut merakamkan  peristiwa bagi menjawab tuduhan Abdullah bin Ubai terhadap nabi dan golongan Muhajirin melalui ayat 8 surah al-Munafiqun :

يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الأَعَزُّ مِنْهَا الأَذَلَّ ۚ وَِللهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لاَ  يَعْلَمُونَ 

Maksudnya : Mereka (golongan munafik) berkata : “ Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah maka benar-benar orang yang kuat akan mengusir orang yang lemah daripadanya”. Sedangkan kekuatan itu hanyalah bagi Allah S.W.T, bagi rasulNya dan bagi orang-orang mukmin tetapi orang munafik itu tidak mengetahui.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 14 :

وَمِنَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّا نَصَارَى أَخَذْنَا مِيثَاقَهُمْ فَنَسُواْ حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُواْ بِهِ فَأَغْرَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاء إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَسَوْفَ يُنَبِّئُهُمُ اللَّهُ بِمَا كَانُواْ يَصْنَعُونَ

Maksudnya : Dan di antara orang-orang yang berkata bahawa kami ini orang-orang Nasrani, Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka melupakan sebahagian daripada apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai ke hari kiamat dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.

            Isu perpaduan dan perpecahan umat Islam terutama selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki tahun 1924 sering dibangkitkan sehingga umat Islam bagaikan anak ayam yang kehilangan ibu. Penelitian al-Quran dan Sunnah telah mendedahkan beberapa sebab perselisihan atau perpecahan ini. Sebab-sebab perselisihan tersebut telah disusun oleh seorang Ulama iaitu Said Hawwa di dalam kitab “Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan”. Antaranya [1] Tidak Mengikuti Jalan Allah sehingga setengah keadaan umat Islam sendiri lebih mendewakan system dan cara hidup penjajah yang bercanggah dengan Islam [2] Melupai Satu Juzu’ Daripada Agama Allah dengan mengambil Islam pada sudut ibadat khusus, nikah kahwin sahaja sedangkan ekonomi, politik berqiblatkan penjajah. [3] Hasad Dengki dan saling Marah Memarahi

Firman Allah Taala dalam surah al-Syura, ayat 14 :

وَمَا تَفَرَّقُوا إِلاَّ مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ

Maksudnya : Dan umat setiap Rasul tidak akan berpecah-belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka pengetahuan (apa yang disuruh dan apa yang dilarang) berlakunya (perselisihan itu) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.

Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam telah mentafsirkan (البغي) dengan sabdanya;

دَبَّ إِلَيْكُمْ دَاءُ الْأُمَمِ قَبْلَكُمُ الْحَسَدُ، وَالْبَغْضَاءُ هِيَ الْحَالِقَةُ لَا أَقُولُ تَحْلِقُ الشَّعَرَ وَلَكِنْ تَحْلِقُ الدِّينَ– رواه الترمذي

Maksudnya : Telah merebak di kalangan kamu penyakit umat-umat sebelum kamu iaitu hasad-dengki dan marah-memarahi. Ia adalah pencukur. Aku tidak berkata pencukur yang mencukur rambut. Sesungguhnya ia adalah pencukur yang mencukur agama

Demikianlah kalau sudah tidak ada lagi sikap saling percaya di kalangan umat. Bagaimana mungkin kita mengharapkan berlakunya pertemuan, perundingan dan perdamaian yang tulen kalau dilubuk hati masing-masing tersimpan rasa tidak percaya kepada pihak lain. Kerana itu langkah ke arah mewujudkan perpaduan harus juga bermula dengan usaha menumbuhkan sikap saling percaya di kalangan sesama umat. Tetapi ini juga tidak mudah kerana percaya kepada seseorang atau sesuatu pihak harus berlaku secara tabi‘ie, tidak dapat dipaksa-paksakan.

Sidang Jumaat yang dirberkati Allah S.W.T,

Firman Allah Taala dalam surah al-Hasyr, ayat 14 :

لا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلاَّ فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاء جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لّا يَعْقِلُونَ

Maksudnya : (Orang-orang Yahudi dan munafiq) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbentang kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya) permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras, engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka.

[4] Mementingkan Nafsu Melebihi Kitab Allah di mana Sifat nafsu itu cenderung kepada kejahatan lebih-lebih lagi ia pula didorong oleh peranan syaitan yang sentiasa melaga-lagakan kita supaya berpecah dan bermusuh-musuhan di antara satu sama lain. Di antara kejahatan nafsu ialah bersifat tamak dan mementingkan diri. Umat yang hidupnya mengikut dorongan hawa nafsu semata dan angkuh, mereka  itulah umat yang  berada dalam suasana jahiliyyah. Kerana keangkuhan, seorang manusia itu menolak nilai-nilai kebenaran dan keadilan atas sentimen kepentingan peribadi dan kelompok tertentu sahaja sehinga mengenepikan agama dan maslahat umum.

[5] Tidak Bersatu Hati Untuk Akhirat. Sabda Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam;

لَا تُفْتَحُ الدُّنْيَا عَلَى أَحَدٍ إِلَّا أَلْقَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بَيْنَهُمْ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ  – رواه أحمد وبَزَّار

Maksudnya : Tidak akan dibuka dunia kepada seseorang melainkan Allah akan melontarkan perasaan permusuhan dan marah-memarahi sesama mereka sehingga hari kiamat. 

Formula asasnya memang sudah jelas, tetapi realitinya tidak semua orang rela dan bersedia untuk kembali kepada hukum Allah. Sikap tersebut akan mengundang laknat oleh Allah, bererti ia mendapat kemurkaan Allah di mana hidupnya akan menjadi susah, tidak tenang, tidak bahagia, tidak mendapat rahmah Allah, tidak mendapat keberkatan dari Allah dan saling bermusuhan. Akibat mendapat laknat Allah itu, hatinya akan menjadi keras dan dia dengan mudah sahaja akan menjadi marah dan gelisah.

[6] Tiada Rahmat di mana Allah telah menyebut sifat-sifat mereka yang layak mendapat rahmat Allah sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Taubah, ayat 71 :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya : Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagiannya menjadi penolong kepada sebahagian yang lain, mereka menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada kemungkaran dan mereka mendirikan solat dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha Bijaksana.

Kecuaian pada salah satu daripada sifat ini bererti kecuaian kepada kesatuan umat Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

 Firman Allah dari surah al-Maidah, ayat 105;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ لاَ يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudharat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya) Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu balasan apa yang kamu telah lakukan.

Abu Tha’labah menjawab, “Demi Allah aku pernah bertanya Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam tentang ayat ini, jelas Baginda Nabi” ;

بَلِ ائْتَمِرُوا بِالْمَعْرُوفِ، وَتَنَاهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ، حَتَّى إِذَا رَأَيْتَ شُحًّا مُطَاعًا، وَهَوًى مُتَّبَعًا، وَدُنْيَا مُؤْثَرَةً، وَإِعْجَابَ كُلِّ ذِي رَأْيٍ بِرَأْيِهِ فَعَلَيْكَ بِخَاصَّةِ نَفْسِكَ وَدَعِ الْعَوَامَّ ، فَإِنَّ مِنْ وَرَائِكُمْ أَيَّامًا الصَّبْرُ فِيهِنَّ مِثْلُ الْقَبْضِ عَلَى الْجَمْرِ، لِلْعَامِلِ فِيهِنَّ مِثْلُ أَجْرِ خَمْسِينَ رَجُلًا يَعْمَلُونَ مِثْلَ عَمَلِكُمْ – رواه الترمذي

Maksudnya : Bahkan kamu suruhlah amal kebaikan dan cegahlah kemungkaran sehingga apabila engkau melihat kebakhilan ditaati, nafsu diikuti, dunia dilebihi dan para pengkagum berbangga dengan pandangannya sendiri. Wajib ke atas engkau menjaga diri dan usah pedulikan orang awam. Sesungguhnya di belakangmu adanya hari-hari, seorang yang sabar padanya seperti seorang yang menggenggam besi panas. Pekerja Islam pada hari itu dianugerahkan ganjaran seperti lima puluh orang yang beramal dengan amalan kamu. 

[7] Menghidap 4 Jenis Penyakit yang menyebabkan perselisihan yang parah kepada umat Islam, iaitu; Kebakhilan yang ditaati, Hawa nafsu yang diikuti, Dunia yang dilebihi dan Kagum dengan pandangan sendiri

            Menyedari betapa pentingnya perpaduan dan bahayanya perpecahan yang menyebabkan kita menjadi hina di negara sendiri. Ayuh marilah kita sama-sama merawat penyakit yang membawa kepada perpecahan seterusnya memperkasakan perpaduan atas asas Islam untuk selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Nama Allah DiJaga Syariat DiPerkasa Umat Berjaya

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Renungilah firman Allah dalam ayat 7-8  surah al-Bayyinah:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ‌ الْبَرِ‌يَّةِ ﴿٧﴾جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَ‌بِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِ‌ي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ‌ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَّ‌ضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَ‌ضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَ‌بَّهُ ﴿٨

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Kini kita berada pada minggu pertama bulan Sya’aban yang turut mempunyai kelebihan dan catatan sejarah yang tersendiri. Makna Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Nabi s.a.w bila ditanya tentang amalan baginda yang banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban lalu baginda menjelaskan bahawa Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah. Maka nabi s.a.w ingin amalan diangkat sedangkan baginda dalam keadaan berpuasa.

Ibarat kata Ulama’ : “Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.” Begitu juga Hukama’ menyifatkan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada  segala macam celaan manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum datangnya Ramadhan. Antara amalan sunat yang paling  baik bulan Sya’aban ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa, membaca al-Quran, bersedekah dan memohon keampunan kepada Allah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Firman Allah S.W.T dalam ayat 27-13 surah as-Syura :

 وَلَوْ بَسَطَ اللَّـهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَـٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ ﴿٢٧﴾ وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِن بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُ ۚ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ ﴿٢٨

 Maksudnya: Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji.         

Kehidupan dunia ini pastinya dipenuhi dengan pelbagai ujian bagi menguji tahap keimanan kita. Ketika masih berdepan dengan ujian wabak covid 19 maka kebanyakan negeri pada hari ini sedang diuji dengan kemarau. Ini semua mengetuk hati kita supaya ingat bahawa setiap anugerah nikmat ini mestilah disambut dengan penuh kesyukuran serta digunakannya dalam memperbanyakkan lagi ibadat kepada Allah S.W.T paada setiap masa dan tempat. Kita juga mesti ingat bahawa segala kebaikan yang diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas hambaNya bergantung kepada baiknya amalan kita terhadap Allah S.W.T. Begitu juga dengan curahan keberkatan dan kebaikan dari langit disebabkan umat manusia berusaha menjauhkan diri daripada jalan-jalan kesesatan yang memesongkan mereka daripada landasan Islam yang sebenar. Kita sentiasa berdoa agar rezeki yang diperolehi adalah suatu nikmat yang datang bersama dengan keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T sehingga kita mampu meraih kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Disamping itu, kita juga sentiasa memohon perlindungan daripada Allah S.W.T agar jangan jadikan rezeki yang diterima sebagai suatu pemberian yang tiada bersamanya keberkatan apatah lagi ia bertujuan untuk melalaikan kita daripada mendapatkan keredhaan Allah S.W.T sehingga menjadikan kita umat yang rugi di dunia dan akhirat

Sidang Jumaat yang dirberkati Allah S.W.T,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 16 surah al-Jin :

وَأَن لَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُم مَّاءً غَدَقًا ﴿١٦

Maksudnya: Dan sesungguhnya jika mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas landasan Islam maka sudah tentu Kami menurunkan hujan lebat kepada mereka

Melihat kepada arahan dan amaran daripada Allah S.W.T dan rasulNya agar kita sentiasa bertaubat dengan segala dosa serta mematuhi segala perintah dan menjauhi segala apa yang ditegah maka sepatutnya kita lebih sedar tentang kesalahan kita yang menyebabkan turunnya sesuatu bala’ daripada Allah S.W.T. Kita juga mesti sentiasa istiqamah dan berada di atas landasan Islam yang sebenar dengan menghindarkan segala jalan yang membawa kepada kesesatan.

Kita mesti tegas dalam melawan kebatilan dan maksiat sehingga datangnya kemenangan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Kita jangan takut untuk menegur kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita kerana sebarang dosa bakal mengundang bala’ dan bala’ apabila telah turun maka ia menyeluruh bukan tertentu kepada pelakunya sahaja. Kita menyokong penuh tindakan tegas terhadap pemilik dan pengunjung kelab malam yang terus berdegil melanggar SOP Covid 19 dengan denda lebih berat bagi individu yang telah melakukan kesalahan memasuki pub atau kelab malam yang mana tidak dibenarkan oleh undang-undang akan dikenakan kompaun maksimum RM10,000. Manakala, bagi peniaga yang ingkar perintah membuka pub atau kelab malam akan dikenakan kompaun maksimum RM50,000 dianggap kesalahan kategori tinggi. Semoga antara hikmat Covid 19 yang menyebabkan 70 peratus kelab malam gulung tikar akan membuka jalan untuk menutup terus tempat maksiat yang merosakkan akhlak dan membawa pelbagai penyakit sosial dalam negara

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Kehangatan suhu dalam negara semakin bertambah dengan isu Keputusan terbaru yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang membenarkan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain iaitu solat, Kaabah dan Baitullah dalam penerbitan agama mereka, untuk pendidikan dalam komuniti mereka mendapatkan reaksi hebat dari penganut Islam khususnya. 

Secara asasnya, penggunaan kalimah Allah sejak dahulu di Tanah Arab sudah pun digunapakai oleh masyarakat Arab sebelum kebangkitan Rasulullah S.A.W. Malah kalimah Allah secara umumnya merujuk kepada nama Tuhan yang disembah. Namun pihak Musyrikin Makkah menggunakannya secara menyeleweng dengan mempersekutukan Allah dan mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak perempuan iaitu Malaikat. 

Firman Allah S.W.T:dalam  ayat 40 surah al-Isra’ :

(أَفَأَصۡفَىٰكُمۡ رَبُّكُم بِٱلۡبَنِینَ وَٱتَّخَذَ مِنَ الْمَلآئِكَةِ إِنَـٰثًاۚ إِنَّكُمۡ لَتَقُولُونَ قَوۡلًا عَظِیمࣰا
Maksudnya : Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Ia mengambil untuk diriNya anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang amat besar.”

Begitu juga, dakwaan kalangan Yahudi dan Nasrani yang menetapkan kepercayaan dalam agama mereka bahawa Tuhan mempunyai anak. Dakwaan sebegini adalah menyeleweng ke atas penggunaan kalimah Allah dari maksudnya yang sebenarnya. 

Firman Allah S.W.T: dalam ayat 30 surat at-Taubah :

(وَقَالَتِ ٱلۡیَهُودُ عُزَیۡرٌ ٱبۡنُ ٱللَّهِ وَقَالَتِ ٱلنَّصَـٰرَى ٱلۡمَسِیحُ ٱبۡنُ ٱللَّهِۖ ذَ ٰ⁠لِكَ قَوۡلُهُم بِأَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡۖ یُضَـٰهِـُٔونَ قَوۡلَ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ مِن قَبۡلُۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُۖ أَنَّىٰ یُؤۡفَكُونَ)

Maksudnya : Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?”

Meletakkan maksud yang salah bagi kalimah Allah adalah satu kesalahan di sisi Islam kerana mencemarkan kemuliaan pada lafaz dan makna bagi kalimah Allah itu sendiri. Penyelewengan bagi kalimah Allah bukanlah satu perkara yang kecil malah ia merupakan kesalahan yang besar sehingga digambarkan oleh Allah akan kemarahan makhluk lain ke atas mereka yang menyeleweng tersebut. 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Sehubungan itu, penggunaan kalimah Allah dalam buku penerbitan agama Kristian pastinya mamberikan maksud yang berbeza dengan tafsiran Islam berikutan dasar kepercayaan yang berbeza lagi bertentangan. Sedangkan kalimah Allah adalah bersifat eksklusif yang membezakan tafsiran kalimah Allah dari sudut kepercayaan musyrikin, Kristian dan selainnya. 

Firman Allah S.W.T dalam 1-4 surah al-Ikhlas:

    قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ۝  ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ۝  لَمۡ یَلِدۡ وَلَمۡ یُولَدۡ ۝  وَلَمۡ یَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.”

Kita memandang serius isu penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslim berhubung keputusan oleh Mahkamah Tinggi tersebut. Secara asasnya, penggunaan kalimah Allah tanpa diseleweng maksudnya adalah dibenarkan. Dalam masa yang sama, perlunya tindakan tegas agar tidak ada sebarang usaha yang boleh membawa kecenderungan bagi menyeleweng kalimah Allah. 

Sekalipun, kelulusan penggunaan tersebut secara khusus kepada penganut Kristian dan untuk kalangan mereka sahaja namun tiada jaminan perkara ini boleh terkawal apatah lagi asasnya penggunaan kalimah Allah dalam kitab penerbitan agama mereka sudah tidak menepati maksud sebenar bagi kalimah Allah tersebut. 

Justeru, perlunya satu tindakan serius untuk menilai kembali keputusan ini agar dibawa ke peringkat yang lebih tinggi bagi memastikan kesucian kalimah Allah terpelihara dan tidak mengguris sensitiviti umat Islam di Malaysia ini. Kita menyokong penuh usaha kerajaan membuat rayuan bagi kes tersebut dan tidak sama sekali menarik balik Pekeliling KDN KKDN/S59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986 yang melarang penggunaan empat perkataan eksklusif untuk orang Islam iaitu kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat, untuk dilarang penggunaannya kepada bukan Islam. Sekalipun Mahkamah Tinggi memutuskan ianya tidak berperlembagaan, Kerajaan boleh memohon penangguhan pelaksanaan (stay of execution) bagi memastikan larangan dalam Pekeliling tersebut dikekalkan. Ini bagi memastikan ianya tidak diambil kesempatan oleh para Evangelis untuk menggerakkan dakyah mereka. Kita tidak sekali berundur yang menyebabkan bukan sahaja kalimah Allah disalahguna malah Islam akan dihina. Bersama kita Pertahan dan perjuangkan Isllam untuk Berjaya dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tingkat Ibadat Sekat Maksiat Umat Selamat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ  !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah S.W.T dalam ayat 10-12  surah Nuh :

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُ‌وا رَ‌بَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارً‌ا ﴿١٠﴾ يُرْ‌سِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَ‌ارً‌ا ﴿١١﴾ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارً‌ا

Maksudnya:  “Sehingga aku (nabi Nuh a.s) berkata (kepada mereka): Pohonlah keampunan daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Akan dikirimkan oleh Allah kepada kamu awan yang menurunkan hujan lebat. Diberikan oleh Allah S.W.T kepada kamu kekayaan harta dan anak-anak serta diadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu

Ketika kita mendapat rezeki yang bermacam-macam maka ada masanya di mana Allah menahan nikmatNya sebagai suatu ujian untuk menguji tahap kesabaran dan kerelaan manusia dalam menghadapi bala’ atau pun ia merupakan suatu peringatan dan pengajaran kepada mereka yang melakukan kezaliman dan lalai daripada mematuhi perintah Allah S.W.T. Antara bala’ daripada Allah S.W.T ialah Dia tidak menurunkan hujan dengan cuaca panas yang begitu terik sebagaimana yang sedang kita hadapi sekarang ini. Ia menyebabkan manusia dan binatang menghadapi kesukaran, pokok dan tanaman turut kekeringan dan sebagainya. Islam sentiasa memberi tunjuk ajar yang sempurna kepada umatnya agar mencari jalan dalam menghadapi sebarang ujian yang datang. Kita mesti memperbanyakkan istighfar bagi memohon keampunan daripada Allah S.W.T di atas segala dosa dan kesilapan yang dilakukan.  Jangan campur adukkan antara ibadat dan maksiat sehingga lebih banyak bala’ Allah S.W.T yang turun seumpama suburnya program maksiat samada dalam rumahtangga, masyarakat, Negara serta melalui kemudahan maklumat seperti TV, radio, media cetak, internet dan sebagainya yang melambangkan sebahagian daripada kita tidak bersungguh untuk bertaubat kepada Allah. Antara sebab kemarau juga akibat zakat tidak dikeluarkan sebagaimana    peringatan suatu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ …… وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا……

Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. Antaranya…. Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diturunkan hujan oleh Allah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T

Firman Allah S.W.T dalam ayat 16  surah al-Jin :

وَأَن لَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِ‌يقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُم مَّاءً غَدَقًا

Maksudnya:  Dan sesungguhnya jika mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas landasan Islam maka sudah tentu Kami menurunkan hujan lebat kepada mereka

Kita juga mesti sentiasa istiqamah dan berada di atas landasan Islam yang sebenar dengan menghindarkan segala jalan yang membawa kepada kesesatan. Kita mesti tegas dalam melawan kebatilan dan maksiat sehingga datangnya kemenangan dan keredhaan daripada Allah. Kita jangan takut untuk menegur kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita kerana sebarang dosa bakal mengundang bala’ dan bala’ apabila telah turun maka ia menyeluruh bukan tertentu kepada pelakunya sahaja.

Baru-baru ini negara dihebohkan dengan suatu istilah baru “dehijabbing” yang membawa maksud proses membuka tudung bagi seorang wanita muslimah yang merupakan salah satu daripada proses pembebasan diri daripada cengkaman agama. Sebenarnya Islam telah lama membebaskan manusia secara umumnya dan wanita secara khusus. Pembebasan dalam erti kata sebenar dan bukan sekadar momokan “bebas, bebas” namun akhirnya menjadi hamba kepada dunia dan seisinya. Ketika sampainya seruan Islam ke Tanah Arab, seluruh dunia menyaksikan ketidakadilan dan objektifikasi yang berlaku terhadap wanita di setiap pelusuk dunia ini. Di Tanah Arab umpamanya, wanita dianggap sebagai pencemar maruah keluarga dan anak-anak perempuan di tanam hidup-hidup.

Tidak kurang di Parsi dan Rome rata-rata wanita dijadikan objek seks, hak pemilikan oleh golongan lelaki dan kebolehan mereka tidak ditonjolkan. Malah dalam sesetengah agama, wanita dihalang daripada memasuki tempat-tempat suci seperti kuil. Rasulullah ﷺ mengangkat darjat wanita dengan Islam. Budaya menanam anak perempuan dihapuskan, wanita disuruh menutup aurat agar tidak diganggu, wanita diberi hak dalam sistem ekonomi, sosial dan politik dan diiktiraf kebolehan mereka.

Kita tidak mahu ada lagi mulut lancang yang melaungkan bahawa tidak boleh paksa muslimat untuk bertudung. Islam tidak memaksa orang bukan Islam untuk masuk Islam tetapi umat Islam wajib mematuhi peraturan agama sehingga boleh diambil tindakan jika engkar. Kita tidak mahu budaya berbangga dengan maksiat yang disuburkan oleh artis umpamanya berbangga setelah tidak menutup aurat. Begitu juga berkongsi maksiat samada kata-kata atau gambar di mana banyak berlaku perasaan bangga atas dosa yang dilakukan dikongsi di whatsap, facebook, twitter dan lainnya. Mereka lupa bagaimana bahayanya bila dosa walau pun kecil tapi dibanggakan

أَبُو هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : كُلُّ أَمَّتِى مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا ، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللهِ عَنْهُ” .- رواه البخاري  ومسلم.

Maksudnya : Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali mujahirin (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan yang termasuk terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, di mana dia berkata, ‘Hai Fulan, malam tadi aku telah berbuat begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam, Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah Allah tutupinya.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 11 surah an-Nuur :

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿١١

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Beradanya kita pada minggu terakhir bulan Sya’aban turut mengetuk harti ini untuk sama-sama mengambil iktibar daripada Peperangan Bani Mustaliq yang berlaku pada bulan Sya’aban tahun Ke-6 Hijrah . Antaranya bertiup api fitnah besar yang berlaku semasa perjalanan pulang daripada Peperangan ini dengan tersebar khabar Ifk atau berita bohong yang dilempar terhadap diri Siti Aisyah yang tertinggal daripada rombongan yang pulang ke Madinah. Safwan bin al-Mu’tal yang masih berada di tempat itu meminta Siti Aisyah untuk menaiki untanya lalu dia menariknya sehinggalah mereka bertemu semula dengan ahli rombongan yang lain di Nahru Zahirah. Tentera Islam yang melihat ketibaan mereka merasa terkejut dan Abdullah bin Ubai menggunakan peluang itu untuk menabur fitnah. Fitnah ini begitu kuat sehingga Rasulullah s.a.w sendiri tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah turunnya wahyu yang menjelaskan bagaimana bersihnya Siti Aisyah daripada sebarang tuduhan liar yang ditujukan kepadanya. Penurunan wahyu ini telah menenangkan hati Rasulullah s.a.w, Siti Aisyah sendiri dan para sahabat terutama Sayyidina Abu Bakar dan isterinya.

Akhirnya hukum Qazaf iatu 80 rotan akibat menuduh tanpa bukti telah dijatuhkan bagi penyebar berita bohong ini. Inilah antara keadilan system Islam yang begitu menjaga seseorang daripada dikhianati. Ia juga mengajar umat Islam agar tidak mudah percaya kepada sesuatu berita, wajib menyelidik dan jangan menyebar sesuatu yang tidak tahu sumber dan kebenarannya

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 21 surah an-Nuur:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ ۚ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ يُزَكِّي مَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢١

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui

Ketika berbicara tentang keadilan system perundangan Islam termasuk hudud, qisas maka kita menyokong penuh Hukuman rejam sampai mati untuk penzina yang telah berkahwin , seks sejenis dan penghina nabi Muhammad s.a.w di Brunei yang bermula 3 April lalu. Kita berdoa semoga hukuman itu bukan sahaja dapat dilaksanakan di Brunei tetapi turut dapat dilaksanakan di negara kita terutama dalam menghentikan penghinaan terhadap Islam dan nabi Muhammad s.a.w yang terus kedengaran terutama daripada golongan liberal dan sebagainya. Antara kenyataan liberal ialah menuduh nabi Muhammad s.a.w tidak bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak ketika bermunajat di Gua Hira’ dan dakwaan sesat yang lain.

Begitu juga hukuman Islam dapat mengendur suara LGBT seperti isu kenyataan Numan Afifi yang memperjuangkan LGBT dan memfitnah JAKIM dalam persidangan UNHRC di Geneva baru-baru ini di mana ketika umat Islam bermaruah mempertahankan JAKIM tiba-tiba muncul 41 NGO yang berpakat mengeluarkan sokongan terhadap kenyataan jahat tersebut. Kenyataan penyokong LGBT telah diterbitkan oleh akbar Malaymail antaranya mendakwa ada bukti yang menjelaskan bagaimana program anjuran JAKIM tersebut dikatakan mempunyai unsur keganasan anjuran kerajaan. Oleh itu bukan tugas kita untuk memberi hak kepada LGBT sebaliknya golongan ini wajib dirawat untuk kembali kepada fitrah untuk selamat dunia dan akhirat. Islam nescaya kita mulia dan bahagia dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 82-83 surah Huud :

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ ﴿٨٢﴾ مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ ۖ وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ ﴿٨٣

Maksudnya : Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Islam DiMartabat, Fitnah DiSekat, Umat Selamat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Renungilah firman Allah dalam ayat 7-8  surah al-Bayyinah:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ‌ الْبَرِ‌يَّةِ ﴿٧﴾ جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَ‌بِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِ‌ي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ‌ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَّ‌ضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَ‌ضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَ‌بَّهُ ﴿٨

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Kini kita berada pada penghujung bulan Sya’aban yang turut mempunyai kelebihan dan catatan sejarah yang tersendiri. Nabi s.a.w bila ditanya tentang amalan baginda yang banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban lalu baginda menjelaskan bahawa Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah. Maka nabi s.a.w ingin amalan diangkat sedangkan baginda dalam keadaan berpuasa.

Ibarat kata Ulama’ : “Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.” Begitu juga Hukama’ menyifatkan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada  segala macam celaan manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum datangnya Ramadhan. Antara amalan sunat yang paling  baik bulan Sya’aban ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa, membaca al-Quran dan memohon keampunan kepada Allah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Bulan Sya’aban yang sedang kita berada sekarang ini sarat dengan peristiwa yang besar yang pernah berlaku pada diri Rasulullah s.a.w dan para sahabat antaranya Peperangan Bani Mustaliq yang berlaku pada bulan Sya’aban tahun 6H . Peperangan ini meletus selepas Rasulullah s.a.w bertindak pantas menghantar tentera apabila mendengar bahawa Bani Mustaliq pimpinan al-Harith bin Abi Dirar sedang bersiap untuk menyerang umat Islam. Tindakan nabi s.a.w itu telah menyebabkan perancangan jahat Bani Mustaliq dapat dipatahkan dengan mudah sehingga ramai yang menjadi tawanan. Ini mengajar kita agar sentiasa bersiap sedia dengan kekuatan fizikal dan mental dari sudut ketenteraan dan keselamatan agar kedaulatan Negara terjamin dan perancangan jahat dapat dipatahkan dengan segera.

Apa yang lebih besar berlaku sepanjang peperangan ini ialah tersebarnya khabar ifk iaitu tuduhan zina terhadap Siti Aisyah RHA dengan Sofwan yang telah memberi kesan besar kepada Rasulullah s.a.w sendiri sehinggalah turunnya ayat al-Quran yang membersihkan Siti Aisyah RHA daripada tuduhan berat ini serta dijatuhkan hukuman qazaf terhadap mereka yang terlibat dalam menyebarkan tuduhan palsu ini. Ini semua mengajar kita bagaimana sekiranya zaman dahulu fitnah hanya disampaikan dari mulut ke mulut secara bisikan, namun sekarang ma­nu­sia tidak segan silu menjaja fitnah melalui kemudahan teknologi samada komputer mahupun telefon. Apatah lagi ia sangat mudah dilakukan. Dengan hanya menaip di papan kekunci, semua orang boleh membaca se­baran fitnah yang disasarkan. Dan mereka yang menjadi ba­han fitnah akan menanggung akibat yang mungkin me­ranapkan sebuah kehidupan. Fitnah juga merupakan tanda-tanda akhir zaman, di ma­na pada zaman ini amat sukar untuk membezakan antara hak dan batil, sebagaimana ingatan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Majah :

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خُدَّاعَاتٌ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ , وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ , وَيُخَوَّنُ فِيهَا الأَمِينُ , وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ ” . قِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ : ” الرَّجُلُ التَّافِهُ يَنْطِقُ فِي أَمْرِ الْعَامَةِ ”

Maksudnya : Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.”

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Hujurat :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِين

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Masyarakat negara kita dibentangkan dengan beberapa isu besar melalui media massa sama ada tv, radio, akhbar dan internet dengan menggunakan kaedah pemesongan pemikiran sehingga yang jahat dilihat baik, yang zalim dianggap adil, yang rosak didakwa berguna, yang hak dihukum batil, yang benar dipandang dusta.  Oleh itu dalam menghadapi berita fitnah dan tidak jelas maka ikutilah nasihat ulama’ besar iaitu Abu Laith al-Samarqandiy melalui 6 cara. Pertama, jangan percaya kerana orang yang memfitnah itu tidak dapat diterima penyaksiannya. Kedua, kamu harus mencegah dari fitnah itu, sebab mencegah kemungkaran itu wajib. Ketiga, kamu harus membencinya, kerana ia adalah maksiat dan dosa. Keempat, kamu jangan bersangka jahat terhadap saudaramu yang difitnah itu, sebab berburuk sangka terhadap sesama Muslim itu hukumnya haram. Kelima, jangan kamu selidiki keadaan orang difitnah itu, sebab Allah melarang menyelidiki kejahatan orang. Keenam, jika kamu tidak menyukai perbuatan orang yang memfitnah itu, maka jangan mengikuti cakapnya, iaitu jangan memberitahu sesiapapun segala fitnah disebarkan itu

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam  ayat 76 surah an-Nisa’:

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا

Maksudnya : Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Toghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah

Kini kita berada dipenghujung bulan Mei yang meningatkan kita semua tentang sejarah hitam bagi umat Islam setiap kali tibanya 15 Mei yang digelar dengan NAKBAH- hari malapetaka dalam sejarah umat Islam terutamanya di Palestin, dengan penubuhan negara haram Israel pada 1948. Sehingga kini penderitaan saudara seagama kita di Palestin terus berlangsung. Malah usaha jahat zinonis Yahudi dalam membina Israel Raya yang memanjang Israel Raya sebagaimana dicita-citakan iaitu memanjang dari Syria hingga ke Iraq dan Mesir berpusat di Palestin terus berjalan dan apa yang lebih malang ia dilaksanakan pula melalui tangan umat Islam sendiri yang menjadi boneka kepada musuh Islam seperti tindakan kerajaan Mesir yang menghalau penduduk miskin sepanjang Sungai Nil atas alasan mahu membina pembangunan moden yang sebenarnya akan dijual kepada Yahudi. Ini akan memudahkan lagi perancangan Yahudi untuk menguasai Sungai Nil sebagaimana yang diidamkan dengan cara lebih mudah tanpa susah payah menyerang Mesir. Begitu juga kehancuran yang berlaku di Syria dan Iraq yang merupakan antara bumi idaman zionis Yahudi dalam merealisasikan Israel Raya. Oleh itu bangkitkan kita sebagai umat Islam yang bermaruah untuk menggagalkan segala perncangan jahat musuh Islam ini dalam meraih kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Renungilah firman Allah dalam ayat 208  surah al-Baqarah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ﴿٢٠٨

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Bulan Mei juga mengingatkan kita kepada suatu lagi peristiwa bersejarah dalam kamus umat Islam iaitu pembukaan Istanbul oleh Sultan Muhammad al-Fateh iaitu pada 29 Mei 1453. Rakyat Turki yang diasak dengan fahaman sekulerisme yang begitu lama kini dibebaskan sedikit demi sedikit untuk kembali kepada system kehidupan Islam yang sempurna. Perjuangan dalam memerdekakan pemikiran dan cara hidup jahiliah kepada Islam bukan suatu perkara yang senang dan mudah tetapi perlu kepada pengorbanan dan mujahadah. Begitulah juga kita di Malaysia di mana sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga dengan kejayaan membawa cadangan agar pindaan kuasa bidang Mahkamah Syariah untuk lebih diperkasakan di Parlimen petang semalam akan menjadi pintu ke arah pelaksanaan perundangan Islam yang lebih menyeluruh pada masa akan datang. Walau pun kita tahu bahawa untuk keluar daripada tempurung sekulerisme sehingga lahirnya umat Islam sendiri yang bukan sahaja tidak yakin dengan perundangan Islam malah boleh menyokong murtad, hubungan sejenis malah mahu menguburkan badan agama Islam. Tanpa kesungguhan, istiqamah dalam memperjuangkan system Islam akan terus meletakkan umat Islam sendiri dalam kehinaan. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Berqiblatkan Sistem Islam Merawat Penyakit Umat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Renungilah firman Allah dalam ayat 7-8  surah al-Bayyinah:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ‌ الْبَرِ‌يَّةِ ﴿٧﴾جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَ‌بِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِ‌ي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ‌ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَّ‌ضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَ‌ضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَ‌بَّهُ ﴿٨

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Kini kita berada pada awal bulan Sya’aban yang turut mempunyai kelebihan dan catatan sejarah yang tersendiri. Nabi s.a.w bila ditanya tentang amalan baginda yang banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban lalu baginda menjelaskan bahawa Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah. Maka nabi s.a.w ingin amalan diangkat sedangkan baginda dalam keadaan berpuasa.

Ibarat kata Ulama’ : “Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.” Begitu juga Hukama’ menyifatkan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada  segala macam celaan manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum datangnya Ramadhan. Antara amalan sunat yang paling  baik bulan Sya’aban ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa, membaca al-Quran dan memohon keampunan kepada Allah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Renungilah firman Allah dalam ayat 150  surah al-Baqarah:

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِي عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)

Sempena berada pada bulan Sya’aban  juga maka marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada suatu peristiwa yang besar iaitu perubahan Qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa di Palestin ketika mula-mula nabi Muhamamd s.a.w sampai di Madinah kepada mengadap Ka’abah di Masjidil Haram, Mekah selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w memohon daripada Allah. Pertukaran qiblat ini telah menghentikan ejekan kaum yahudi terhadap nabi Muhammad s.a.w dan para muslimin kerana yahudi menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke  arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada umat Islam agar kita mesti memerdekakan diri kita daripada mengikut jejak langkah musuh Islam terutama yahudi dalam setiap aspek kehidupan samada dalam sistem ekonomi, sosial, politik, perundangan dan sebagainya. Akibat dipasak dan ditanam dengan system penjajah begitu lama telah melahirkan umat Islam yang berfikiran penjajah yang mengagungkan segala system kuffar serta memandang hina system Islam.

Kita sepatutnya merasa bangga dengan suatu peristiwa besar yang berlaku pada 29 Mei yang lepas apabila pemimpin Turki membuat sambutan sempena 561 tahun pembukaan Istanbul oleh Sultan Muhammad al-Fateh iaitu pada 29 Mei 1453. Manakala pada Jumaat 30 Mei 2014, Masjid Aya Sofia yang telah ditukar menjadi muzium oleh Mustafa Kamal at-Tartuk sejak tahun 1935 telah didirikan solat Subuh di perkarangannya. Semoga usaha awal ini akan mengembalikan semula muzium kepada masjid dalam masa terdekat sebagaimana Sultan Muhammad al-Fateh yang menukar bangunan hebat itu dari Gereja Ortodok kepada masjid. Rakyat Turki yang diasak dengan fahaman sekulerisme yang begitu lama kini dibebaskan sedikit demi sedikit untuk kembali kepada system kehidupan Islam yang sempurna. Perjuangan dalam memerdekakan pemikiran dan cara hidup jahiliah kepada Islam bukan suatu perkara yang senang dan mudah tetapi perlu kepada pengorbanan dan mujahadah.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

عَنْ أبي عَبْدِ اللهِ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْأَنْصَارِيِّ رَضي اللهُ عَنْهُما أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم فَقال: أَرَأَيْتَ إذَا صَلَّيْتُ الصَّلَواِت الْمكْتُوباتِ، وَصُمْتُ رَمَضانَ، وَأَحْلَلْتُ الْحَلاَلَ، وَحَرَّمْتُ الْحَرَامَ، وَلَمْ أَزِدْ على ذِلكَ شَيْئاً، أَأَدْخُلُ الْجَنَّةَ ؟ قال: “نَعَمْ”. رواه مسلم

Maksudnya : Bahawasanya telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW : ” Apa pendapatmu jika saya menunaikan semua sembahyang fardhu, dan aku berpuasa sebulan Ramadhan, dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan aku tidak menambahkan suatu atas demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab Rasulullah SAW : Ya. ”

Islam adalah suatu agama yang datang daripada Allah yang sepastinya  sesuai dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Sistem Islam mudah dan tidak membebankan umat manusia tetapi akibat ditipu oleh syaitan dan hawa nafsu maka Islam dipandang susah dan membebankan. Begitu juga akibat sudah terbiasa dengan system kuffar menyebabkan system Islam dipandang zalim dan tidak bertamadun. Jalan ke Syurga begitu mudah dibuka dengan begitu luas oleh Allah tetapi akibat ditipu oleh hawa syaitan dan hawa nafsu menyebabkan jalan ke Neraka yang sempit dan merbahaya dipandang mudah dan menyeronokkan. Malah nabi s.a.w memberi semangat kepada kita agar menjaga amalan fardhu termasuk solat 5 waktu, puasa Ramadhan, zakat fardhu disamping menjaga halal haram maka melayakkan kita untuk memasuki Syurga Allah yang penuh dengan segala kenikmatan.

Namun malangnya masih ramai umat Islam yang masih jahil tentang halal haram dan ramai lagi memisahkan halal haram mengikut selera nafsu bukan berdasarkan petunjuk wahyu.  Ramai yang boleh jaga aurat masa solat tapi bila berada ditempat awam auratnya didedah sesuka hati. Ramai merasa jijik bila dengar dalam coklat ada babi tapi tidak pula berasa jijik dengan rasuah, riba dan pecah amanah yang jelas haram dan berdosa. Oleh itu kita wajib memerdekakan minda daripada kejahilan agar tidak mengambil sebahagian hukum agama dan mengenepikan sebahagian yang lain akibat menurut selera hawa nafsu. Merujuk kepada isu DNA babi dalam 2 produk coklat Cadbury terutama hasil ujian Kementerian Kesihatan Malaysia dan JAKIM yang berbeza dalam masa terdekat sepatutnya menyedarkan semua pihak terutama kerajaan agar lebih bersungguh dalam memantau masalah sijil halal disamping masyarakat Islam sendiri perlu lebih aktif dalam mengeluarkan hasil makanan halal kerana sebagaimana maklum majority pengusaha yang mendapat sjil halal adalah golongan bukan Islam di mana kita lebih seronok menjadi pengguna. Bila lidah umat Islam sendiri lebih lazat menikmati hasil tangan bukan Islam yang menyebabkan hasil daripada orang Islam kurang mendapat sambutan di pasaran turut menjadi punca kurangnya produk keluaran umat Islam di Negara majority orang Islam. Jangan cuba menuding jari kepada orang lain jika perkara ini terus berlaku sekiranya kita turut menjadi penyebab kepada berlakunya perkara ini. Kita juga tidak mahu sijil halal pun diragui pada masa akan datang dan dipermainkan oleh golongan pengusaha yang mementingkan keuntungan semata-mata. Ibarat kata cendikiawan : Bila wang bercakap maka undang-undang senyap

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Renungilah firman Allah dalam ayat 208  surah al-Baqarah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ﴿٢٠٨

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Isu-isu yang lain turut panas yang berlalu akhir-akhir ini bermula dengan isu aqidah seperti  Mohd Ridwan seorang muallaf yang diputuskan supaya menyerahkan anaknya kepada bekas isterinya seorang Hindu sedangkan dalam beberapa tahun yang lepas Mahkamah Syariah memberi hak penjagaan anaknya kepadanya. Begitu juga isu pihak Jabatan Agama Islam Selangor yang membuat penyiasatan kepada seorang pengantin perempuan yang berkahwin dengan pemuda Hindu menurut acara Hindu di mana Zarinah binti Abdul Majid mendakwa bahawa nama dan agama dalam kad pengenalannya telah ditukar oleh bapanya tetapi hidup dengan cara hidup Hindu bersama ibunya sedangkan bapanya yang memeluk Islam telah meninggalkannya tanpa sebarang berita. Sedangkan bapanya menyatakan semasa dia meninggalkan isteri dan anaknya dalam kedaan Islam. Begitu juga dengan perebutan mayat buat sekian kalinya. Kes –kes ini melibatkan perundangan yang mesti ditangani dengan cara yang baik agar tidak timbul lagi kes yang sama pada masa akan datang akibat perlaksanaan perundangan Islam yang begitu kabur dan kuasa mahkamah sivil yang lebih tinggi daripada Mahkamah Syariah.

Begitu juga jenayah rompak, bunuh yang terbaru seorang kanak-kanak yang dipenggal kepalanya, kes rogol di mana 6 kes rogol dicatatkan setiap hari di Negara ini . Oleh itu telah banyak kali kita suarakan agar pemerkasaan kepada pelaksanaan undang-undang Islam dalam menangani masalah jenayah yang semakin kronik ini. Yakinlah kepada keadilan system Islam dan yakinlah dengan pertolongan daripada Allah. Kita tidak mahu akibat kedegilan dengan pelbagai alasan dalam melaksanakan hukum Allah menyebabkan Negara ditimpa bala demi bala daripada Allah. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Begitu juga pelaksanaan pemerintahan secara adil menurut Islam disamping pengagihan kekayaan Negara secara saksama mengikut garis panduan agama akan mendatangkan kebaikan kepada semua lapisan masyarakat. Akibat mengabaikan Islam termasuk pembaziran, pecah amanah, rasuah menyebabkan penderitaan demi penderitaan akan ditanggung oleh rakyat. Seperti contoh yang terbaru tindakan tidak pandai menggunakan dana rakyat sebanyak RM74 juta bagi pinjaman sepasang panda dari China selama 10 tahun di mana binatang ini bukan sahaja dapat tempat tinggal yang mewah, makanan percuma malah kos bil elektrik untuk penggunaan penghawa dingin turut ditanggung oleh rakyat jelata. Sedangkan rakyat jelata bakal berdepan dengan kenaikan kos elektrik yang memeritkan. Malangnya bila panda lebih diutamakan daripada rakyat jelata. Sama-sama kita berfikir agar kita lebih berharga dan bernilai daripada Panda. Pilihlah pemimpin yang pandai bukannya yang seronok meminjam panda sedangkan rakyat jelata dipinggirkan.

Firman Allah dalam ayat 41 surah ar-Ruum :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٤١

Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sistem Islam DiLaksana Kemuliaan DiRasa

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 133-134 surah Ali ‘Imran :

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya : Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

            Kini kita berada pada awal bulan Sya’aban yang turut mempunyai kelebihan dan catatan sejarah yang tersendiri. Nabi s.a.w bila ditanya tentang amalan baginda yang banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban lalu baginda menjelaskan bahawa Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah, Tuhan seluruh Alam. Maka nabi s.a.w ingin amalan diangkat sedangkan baginda dalam keadaan berpuasa.

عَنْ ‏ ‏عَائِشَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ‏ ‏قَالَتْ ‏كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏‏يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ فَمَارَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏اسْتَكْمَلَصِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِيشَعْبَانَ – رواه البخاري

Maksudnya : Siti ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan  aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban.

Ibarat kata Ulama’ : “Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.” Begitu juga Hukama’ menyifatkan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada  segala macam celaan manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum datangnya Ramadhan. Antara amalan sunat yang paling  baik bulan Sya’aban ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa, membaca al-Quran dan memohon keampunan kepada Allah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Renungilah firman Allah dalam ayat 7-8  surah al-Bayyinah:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ‌ الْبَرِ‌يَّةِ ﴿٧جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَ‌بِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِ‌ي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ‌ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَّ‌ضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَ‌ضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَ‌بَّهُ ﴿٨

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

            Tujuan kepada penciptaan manusia dan jin itu sendiri ialah untuk tunduk patuh sebagai hamba Allah dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu kedatangan bulan-bulan yang mulia ini semestinya digunakan sebaik mungkin dalam menanam sifat ‘Ubudiyyah dalam diri kita. Sifat `ubudiyyah ialah perasaan yang tunduk menghambakan diri kepada Allah dengan sepenuh jiwa, maka yang menunjukkan adanya `ubudiyyah di dalam hati seseorang itu ialah ibadahnya seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain. Imam al-Ghazali menyatakan bahawa hakikat ‘Ubudiyyah ini hanya akan terhasil dengan 3 perkara iaitu [1] Menjaga hukum-hakam syariat Allah dalam setiap aspek kehidupan. [2] Sentiasa redha dengan Qadho’ dan Qadar serta pembahagiaan Allah dalam kehidupan seharian. [3] Memastikan kita mencari keredhaan Allah walau pun terpaksa meninggalkan keredhaan diri sendiri

            Sifat ‘ubudiyyah ini hanya akan terhasil melalui ilmu agama disertakan pula dengan pengamalan. Sikap terlalu mementingkan nikmat duniawi melahirkan manusia yang menganggap bahawa pembinaan pusat pengajian agama merupakan suatu yang tidak mendatangkan hasil ekonomi kepada negeri. Kita semua patut sedar betapa pentingnya pembinaan tamadun kebendaan dan rohani secara secara serentak bagi memastikan pembangunan kebendaan tidak dimusnahkan oleh manusia yang rosak akhlak seperti masalah rasuah dan pecah amanah dalam membina bangunan dan jambatan contohnya menyebabkan Negara rugi dan nyawa rakyat terancam. Bangunan yang gagah berdiri tetapi tidak mampu memberi ketenangan kepada masyarakat yang diliputi perasaan takut dan bimbang terhadap keselamatan harta dan nyawa akibat masalah pembunuhan, rompakan, ragut semakin bertambah.

Oleh itu kita jangan terpedaya dengan laungan yahudi bahawa dunia mampu dikawal dengan teknologi yang dimiliki seperti penyakit boleh dikawal dan rawat dengan pil-pil ubat yang dihasilkan. Begitu juga bencana alam mampu ditangani dengan alat-alat canggih yang dibina. Akhirnya mereka dihancurkan oleh rasa angkuh sehingga merebaknya penyakit yang lebih teruk dan bencana alam yang semakin dahsyat yang tidak mampu disekat dengan teknologi yang ada. Antara punca dan sebabnya akibat mereka melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah seperti maksiat zina dan pemusnahan terhadap alam sekitar. Menyedari tentang perkara ini maka kita wajib yakin bahawa segala usaha yang dilakukan mesti berlandaskan Islam disamping meninggalkan segala perkara yang dimurkai oleh Allah ditambah dengan sifat yang lebih penting iaitu tawakkal berserah diri kepada Allah dengan yakin bahawa sesuatu selain Allah tidak mampu memberi manfaat dan tidak boleh mendatangkan mudhorat. Hanya Allah yang berkuasa atas segalanya

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Renungilah firman Allah dalam ayat 150  surah al-Baqarah:

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِي عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 

Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar) 

Ketika berada pada Sya’aban ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada peristiwa perubahan Qiblat daripada mengadap ke Masjid Aqsa di bumi Palestin kepada mengadap Ka’abah di Mekah. Antaranya dengan mengambil berat tentang kelebihan dan keistimewaan yang ada pada kedua-dua masjid yang mulia ini yang juga mempunyai kaitan yang rapat dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Oleh itu sempena berada pada hari Jumaat yang mulia ini, di masjid yang mulia ini marilah kita sama-sama meningkatkan usaha samada dari segi sumbangan kebendaan dan juga doa dalam memerdekakan bumi Palestin daripada cengkaman zionis yahudi.

Tanggal 15 Mei lalu adalah ulang tahun ke-65 nakbah atau “malapetaka” yang menimpa Palestin dengan tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948. Zionis yahudi ‘Israel’ mempunyai 2 langkah utama untuk mewujudkan perangkaan penduduk agar Yahudi menjadi warga majoriti mengatasi kaum Arab Palestin. Langkah pertama, melakukan serangan terhadap pribumi yang berakhir dengan pengusiran warga Arab Palestin dari perkampungan dan tanah air mereka. Pengganas Yahudi dengan sokongan British telah melakukan 44 serangan berdarah terhadap orang-orang Palestin pada tahun 1948. Akibatnya, kira-kira 850,000 warga Palestin dihalau keluar dari kampung halaman mereka hingga tanggal 15 Mei 1948. Kira-kira 65 tahun telah berlalu, kini jumlah pelarian Palestin pada awal tahun 2013 ini  adalah kira-kira 6 juta orang.  Langkah kedua, Zionis Israel mewujudkan status quo dengan menarik warga Yahudi dari luar negara berpindah ke Palestin yang dijajah itu. Usaha ini telah menarik sekitar 650,000 orang bangsa Yahudi dari berbagai penjuru dunia sebagai melaksanakan matlamat penubuhan negara ‘Israel’ pada tahun 1948 setelah Zionis melakukan penghapusan etnik secara terancang. Setelah 65 tahun, projek pertukaran rakyat ini masih belum mencapai matlamat kerana jumlah penduduk Yahudi kira-kira 6 juta itu masih seimbang dengan penduduk Arab Palestin. Zionis yahudi terus berusaha untuk mencapainya maka kita pula wajib bangkit bersama dengan pejuang Islam Palestin untuk menyekat cita-cita jahat yahudi ini termasuk dalam meruntuhkan Masjiq Aqsa yang mulia milik seluruh umat Islam. Biar bermandi darah namun bumi Palestin tetap kita pertahankan, Biar melayang nyawa dari badan namun kebebasan Masjid Aqsa kita tetap kita perjuangkan

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

            Sempena berada hari Jumaat yang mulia ini juga kita bangkit mengutuk kekejaman pemimpin Syria yang membunuh puluhan ribu rakyatnya sendiri tanpa belas kasihan. Begitu juga penderitaan saudara seagama kita di Burma yang terus berdepan dengan pembunuhan etnik tanpa tindakan untuk menyekatnya. Tidak lupa kita bangkit menentang golongan yang menghina Islam dan nabi Muhammad s.a.w termasuk di Negara kita dan meminta agar budaya tidak sihat ini terus disekat tanpa mengira pangkat. Jangan biarkan rakyat biasa sahaja diambil tindakan sedangkan bila pemimpin menghina system Islam yang merupakan antara punca utama kepada beraninya orang bukan Islam menghina Islam dan nabi Muhammad s.a.w maka ia dibiarkan. Jika menghina raja dan Yang DiPertuan Agong dipandang sebagai suatu kesalahan yang begitu bahaya dan mengancam Negara maka menghina Allah, Islam dan nabi merupakan jenayah yang lebih bahaya.

Firman Allah dalam ayat 10  surah al-An’am:

وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُ‌سُلٍ مِّن قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُ‌وا مِنْهُم مَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Islam DiLaksana Dunia Bahagia Akhirat Sentosa

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Renungilah firman Allah dalam ayat 30 surah an-Nahlu :

وَقِيلَ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا مَاذَا أَنزَلَ رَ‌بُّكُمْ ۚ قَالُوا خَيْرً‌ا ۗ لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَـٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۚ وَلَدَارُ‌ الْآخِرَ‌ةِ خَيْرٌ‌ ۚ وَلَنِعْمَ دَارُ‌ الْمُتَّقِينَ

Maksudnya : Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Kebaikan” orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa

Kini kita telah pun berada pada awal bulan Sya’aban di mana tidak berapa lama lagi kita akan sama-sama menyambut ketibaan Ramadhan. Masa berlalu begitu pantas dengan keadaan umat manusia yang bermacam-macam samada mengambil manfaat dengan nikmat yang dianugerahkan oleh Allah dengan menambah bekalan akhirat atau menambah bebanan dosa maksiat. Setiap diri manusia sentiasa inginkan kebahagiaan walau pun usaha ke arah mencapainya tidak sama di mana ada yang bersungguh-sungguh berusaha memenuhi syarat dan cara untuk mencapai kebahagiaan hidup dunia seterusnya akhirat. Ada pula yang hanya berangan-angan sahaja untuk mencapai kebahagiaan sedangkan tindak tanduknya tidak lebih daripada menempah kesengsaraan hidup dunia dan akhirat.

Abdullah ibnu Abbas pernah menyatakan 7 tanda atau petunjuk kita mendapat kebahagiaan dunia yang menjadi gambaran awal untuk turut mengecapi kebahagiaan di akhirat nanti. [1] Memiliki hati yang selalu bersyukur dan menerima segala nikmat dengan penuh keikhlasan. Setiap Muslim wajib bersyukur ke atas pelbagai nikmat dikurniakan Allah SWT, baik kecil mahupun besar. Bersyukur dan mengingati Allah akan memudahkan semua amalan serta kegiatan

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Perkara ke-[2] antara petunjuk mendapat kebahagiaan dunia ialah memiliki pasangan hidup iaitu suami yang soleh atau isteri yang solehah. Islam daripada awal lagi menyeru umatnya supaya menjadikan agama sebagai pilihan terbaik ketika mahu memilih pasangan hidup. Seorang salafussolleh iaitu Abdullah ibnu Mubarak pernah menyatakan sekiranya kita memilih pasangan hidup berdasarkan keturunan semata-mata maka ia seumpama yahudi yang begitu berbangga dengan bangsa, sekiranya memilih pasangan berdasarkan kecantikan maka ia seperti Kristian manakala pemilihan pasangan berdasarkan harta seumpama Majusi. Berapa ramai pasangan yang asalnya baik menjadi rosak akibat salah pilih pasangan sehingga yang sentiasa menjaga solat mula mengabaikannya, yang menutup aurat mula membukanya. Oleh itu letaklah agama sebagai syarat utama pemilihan pasangan hidup agar kita dan keturunan kita mampu membina mahligai rumahtangga yang bahagia di dunia dan akhirat.

قال الرسول : أَ لاَ  أُخْبِرُكَ  بِخَيْرِ مَا يُكْنَزُ ؟ المَرْأَةُ الصَّالِحَةُ الَّتِى  ِإذَا نَظَرَ   ِإليَهْاَ سَرَّتْهُ، وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ، وَإِذَا غَابَ  عَنْهَا حَفِظَتْهُ  –  رواه أبو داود والحاكم

Maksudnya : Sukakah engkau aku beritahu tentang apakah simpanan yang paling baik?. Iaitu isteri yang solehah yang apabila engkau melihat kepadanya hati menjadi senang, apabila dia disuruh lalu dia menurutinya dan apabila suami tiada di rumah dia tetap menjaga kesetiaan terhadap suami

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 28 surah al-Anfal:

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّـهَ عِندَهُ أَجْرٌ‌ عَظِيمٌ

Maksudnya : Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar

Tanda kebahagiaan dunia yang ke-[3] pula ialah memiliki anak soleh. Mahu memiliki anak soleh bukan senang kerana ia memerlukan kesungguhan dan pematauan yang berterusan. Jadilah kita sebagai ibu bapa yang pandai mendidik anak dengan mengisi keperluan zahir dan batin bukan hanya tahu ‘menternak’ anak dengan hanya memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal sahaja tanpa menghirau aspek rohani. Seorang ulama’ iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam kitabnya Tarbiyatul Aulad menggariskan 5 panduan dalam kaedah mendidik anak serta mengekalkan disiplinnya. [1] Menunjukkan contoh teladan iaitu mengambil Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan. [2] Memastikan disiplin anak dengan cara kebiasaannya. Pujangga Arab berkata, sesiapa yang terdidik dari kecilnya maka akan terbiasa sehingga dewasa. Bahkan imam Ghazali menyatakan, akhlak adalah perbuatan yang tidak perlu kepada berfikir dahulu, iaitu tindakan terus akibat menjadikan perbuatan itu adat kebiasaannya. [3] Menggunakan nasihat dan bimbingan. Bukan sekadar ibu bapa perlu menasihatkan anak, malah ibu bapa wajar meminta pandangan dan nasihat dari anak mereka. [4] Pendidikan berterusan dengan pemerhatian serta pengawasan ibu bapa. Apabila anak meningkat remaja, ibu bapa perlu mengawasi anak daripada berbuat perkara yang menyalahi agama. [5] Disiplinkan anak dengan denda dan hukuman. Ia bukan bersifat menghukum tetapi lebih kepada mendidik agar mereka mematuhi konsep tarbiah dalam kehidupan seharian.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 119 surah at-Taubah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar

Petunjuk kebahagiaan dunia yang ke-[4] persekitaran yang merangsang untuk iman kita. Kita disuruh supaya bersahabat dengan orang yang dapat memberi kebaikan dan sering menasihati kepada perkara makruf serta menegah daripada kemungkaran. Pihak kerajaan pula wajib mewujudkan suasana yang menggalakkan rakyat untuk menjadi hamba Allah yang taat bukan menambah program maksiat yang merosakkan akhlak rakyat sehingga penagihan dadah terus bertambah, penzinaan dan pelbagai masalah jenayah terus bercambah.

Kebahagian dunia turut dicapai dengan memiliki perkara ke-[5]  iaitu harta yang halal. Ingatlah amaran nabi bagaimana walau pun sedikit daging yang tumbuh daripada sumber yang haram maka api neraka lebih layak membakarnya. Saban tahun kita diingatkan tentang Isra’ Mikraj termasuk balasan orang yang terlibat dengan riba yang menyebabkan perut mereka membesar sehingga tak dapat bergerak. Kita melihat system riba semakin subur termasuk dalam pinjaman pengajian PTPTN dan pegawai kerajaan. Negara juga masih banyak bergantung kepada sumber haram seperti judi dan arak yang mana cukai keduanya bagi tempoh 4 tahun dari 2006-2011 menjangkau RM 24.4 bilion. Dengan dasar kerajaan yang liberal, Malaysia kini membawa imej pengeksport industri judi terkenal di dunia bila akhbar NST 5 Jun lalu melaporkan syarikat Malaysia iaitu Genting Malaysia Bhd kini sedang berusaha untuk mendapat kelulusan mengembangkan pelaburan kasino perjudian sehingga ke New York, Amerika Syarikat. Ini belum bercakap berkenaan isu rasuah dan pecah amanah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 11 surah al-Mujaadalah:

…. يَرْ‌فَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَ‌جَاتٍ ۚ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ‌

Maksudnya : …supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan

Kebahagiaan dunia yang ke-[6] dicapai dengan memiliki semangat memahami dan mendalami ilmu agama. Beruntunglah orang yang sentiasa berusaha dalam meningkatkan ilmu akhirat tanpa mengira usia dan kerjaya. Bagaimana kita mahu menambah bekalan akhirat dan menjauhi api neraka Allah tanpa ilmu mengenainya. Kita tidak mahu lagi mendengar anak-anak yang telah akil baligh tak tahu mengucap 2 kalimah syahadah, bakal pengantin yang tak tahu solat, orang tua tak tahu halal haram dan pelbagai penyakit buta agama yang lain. Wujudkan dalam rumahtangga dan suasana sekitar dengan budaya ilmu. Jangan hanya mengejar kejayaan cemerlang dalam ilmu dunia sedangkan ilmu agama tercorot di belakang. Jangan hanya tahu menjawab soalan temuduga ketika minta kerja dan naik pangkat dunia sahaja sedangkan soalan mungkar nakir dalam lubang kubur tak pernah difikirkan

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Tanda kebahagiaan dunia yang ke-[7] bila dianugerahkan dengan umur yang diberkati Allah. Antara 4 tanda memilki keberkatan umur ialah [1] suka bersedekah kerana ia merupakan perisai daripada api neraka. [2] Selalu menyuruh ke arah kemanfaatan dan kebaikan dalam kehidupan seharian. Manusia yang mahu bahagia sentiasa suka memberi nasihat dan suka juga mendengar nasihat [3] sentiasa berbakti kepada kedua-dua ibu bapa ketika mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Kita melihat suasana perderhakaan terhadap ibubapa semakin parah dalam masyarakat seolah-olah begitu banyak terpengaruh dengan budaya hidup masyarakat barat yang tersasar daripada agama [4] Memelihara hubungan sesama insan sama ada dengan ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga dan juga sesama ummah. Kesibukan dengan urusan dunia tidak memandulkan sifat kasih sayang terhadap saudara seagama. Oleh itu rafakkan doa kepada Allah agar pembunuhan terhadap rakyat sendiri di Syria dihentikan. Kita turut meminta tindakan tegas daripada kerajaan untuk segera berusaha dalam menghentikan penghapusan etnik Ronghiya di Myanmar di mana ramai anak gadis Islam dirogol, mayat dicincang kemudian dicampak dalam rumah yang dibakar, menangkap seterusnya menembak mati seluruh isi rumah di mana 1 300 dilaporkan terbunuh manakala 3000 yang lain cedera tanpa mendapat rawatan yang disekat. Kita juga berdoa kepada Allah agar kemenangan tokoh gerakan Islam di Mesir segera diumum dan diiktiraf ketika musuh Islam berhempas pulas untuk menafikan kemenangan ini. Musuh Islam terutama zionis yahudi Israel begitu gerun dengan keputusan pilihanraya Presiden Mesir ini yang bakal mencorak masa depan Negara haram yahudi samada diteruskan atau dihapuskan. Yakinlah kita bahawa cahaya Islam tidak mampu dipadamkan walau pun pelbagai usaha jahat dilakukan oleh musuh. Kebangkitan Islam tidak mampu disekat dengan pelbagai kekuatan material yang digunakan. Di Mana bumi dipijak disitu Islam dijunjung. Takkan hilang Islam di dunia. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfal:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَ‌ةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُ‌وا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُ‌ونَ

Maksudnya :  Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ