Khutbah Jumaat : Al-Quran DiTatang Musuh Allah DiTentang

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 69-71  surah Ali Imran:
وَدَّت طَّائِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ‎﴿٦٩﴾‏ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ ‎﴿٧٠﴾‏يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ‎﴿٧١﴾
Maksudnya : Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).  Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya? Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya? 
Alhamdulillah kita baru sahaja menyambut hari raya korban seminggu yang lalu di mana antara pengajaran besar yang mesti kita yakini dan lalui ialah dalam mencapai redha Allah maka kita wajib berkorban dalam berdepan dengan pelbagai bentuk musuh dalam diri iaitu hawa nafsu, musuh yang tidak nampak berbentuk godaan Syaitan serta musuh luaran dari kalangan manusia. Musuh-musuh Islam amat berkeinginan untuk menyesatkan Umat Islam. Mereka akan melakukan berbagai cara bagi menghalang manusia bagi mendekati Islam dan menyokong perjuangan Islam. Mereka akan menggunakan segala kaedah dan sumber yang ada tanpa mengira betul atau penipuan, bagi menghalang manusia bagi memahami dan menghayati Islam. Mereka sanggup menghabiskan masa, tenaga dan kewangan yang bukan sedikit bagi tujuan tersebut. Antara ciri-ciri musuh Islam yang diterangkan dalam al-Quran adalah : [1] Sangat berkeinginan untuk menyesatkan Umat Islam. [2] Mengengkari ayat-ayat Allah walaupun mereka mengetahui kebenarannya. [3] Mencampur-adukkan yang haq dengan yang batil. [4] Menyembunyikan kebenaran walaupun mereka mengetahui.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat  120 surah al-Baqarah :
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾
Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Ketika umat Islam bergembira menyambut Aidil Adha minggu lepas sekali lagi berlaku sikap biadap dan tidak bertamadun yang bertindak membakar al-Quran di depan sebuah masjid di Sweden. Kita mengutuk keras-kerasnya tindakan bacul ini dan menyokong penuh tindakan tegas beberapa kerajaan yang memanggil pulang kedutaan dari Sweden. Perbuatan terkutuk ini dilihat sebagai provokasi musuh Islam dalam memainkan senjata Islamofobia  yang merujuk kepada prasangka buruk dan diskriminasi terhadap Islam, penganutnya dan organisasi Muslim, khususnya yang berjuang untuk menegakkan semula politik Islam. Islamofobia sebagai rasa takut dan benci terhadap Islam, lalu membawa kepada permusuhan terhadap orang Islam yang berpegang kepada ajaran Islam yang sebenarnya terkandung dalam sumber yang sebenar, iaitu Al-Quran, As-Sunnah, dan ijtihad kalangan ulama’ muktabar yang diyakini ilmu dan kefahamannya serta melaksanakan Islam yang sebenarnya bersifat keadilan sejagat. Islamofobia kini bersifat ideologi sesat terhadap Islam, sehinggalah mencetuskan kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka daripada kegiatan politik, ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat.
Islamofobia juga termasuk persepsi yang dipengaruhi oleh media Barat yang tidak adil kepada Islam dengan mencetuskan kefahaman bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai Barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas sehingga Islam tidak lagi dikenali sebagai satu agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat  26 surah Fussilat:
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ ‎﴿٢٦﴾
Maksudnya : Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!”            
Sekiranya kita merujuk kepada protokol Yahudi ke-empat yang berbunyi “Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan kebendaan dan lain-lain yang melalaikan”.
Oleh itu tidak pelik serangan pemikiran yang bertali arus termasuk melalui sekulerisme, plurel dan liberal agama dalam merosak pemikiran umat Islam. Akhirnya timbul golongan yang merasa bahawa sekatan judi, had penjualan arak dan etika pemakaian sopan sebagai suatu penindasan kepada orang bukan Islam sedangkan semua peraturan itu adalah dalam mendidik dan mengawal tabiat yang buruk dan tidak sopan agar lahir umat yang harmoni
Ketika musuh cuba sedaya upaya mereka dalam menjauhkan umat Islam daripada Al-Quran maka kita wajib lahir sebagai umat yang cintakan al-Quran. Generasi Al-Quran hanya akan dapat dilahirkan kembali apabila umat Islam memiliki dan melaksanakan tiga langkah seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w dan di kalangan generasi sahabat terdahulu. Langkah-langkah tersebut ialah: [1] Umat Islam perlu mencintai Al-Quran dan menjadikannya sebagai sumber rujukan utama dalam kehidupan. Ini bermakna, Al-Quran harus ditanam dalam hati dan fikiran, serta menjadi roh dalam setiap nafas kehidupan. [2] Umat Islam hendaklah memiliki ketaatan yang tidak berbelah bagi terhadap perintah-perintah Allah dalam Al-Quran. Al-Quran mestilah dipelajari tidak hanya untuk menjadi bahan kajian dan diperdengarkan bacaan semata-mata, tetapi benar-benar untuk dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan termasuk ekonomi, sosial dan politik. Al-Quran perlu disatukan dalam jiwa raga umat Islam dan digunakan dalam kehidupan mereka. Al-Quran tidak sepatutnya hanya tersimpan dalam karya-karya ilmiah semata-mata, tetapi ia mesti difahami dan diamalkan. [3] Umat Islam hendaklah meninggalkan jahiliah moden termasuk cara hidup serta pemikirannya. Marilah sama-sama kita mencorak dan membina generasi hari ini supaya menjadi generasi Rabbani yang dapat melaksanakan seluruh tuntutan Al-Quran dalam kehidupan.
Ibnu Khaldun dalam al-Muqaddimah menukilkan : “Bangsa yang lemah itu mudah terpengaruh dengan bangsa yang kuat (yang menjajahnya), sehingga terikut cara hidupnya dan berfikir. Termasuklah juga budaya dan bahasa, khususnya dalam aspek negatif yang tidak membantu untuk memperkasakan umatnya sendiri.”

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,  
Ketika melihat kekejaman yang silih berganti zionis yahudi terhadap umat Islam di palestin termasuk yang terbaru membunuh puluhan serta mencederakan ratusan umat Islam dalam operasi ketenteraan besar-besaran di Tebing Barat. Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, bulan Zulhijjah yang mulia dan di rumah Allah yang mulia ini kita mengutuk tindakan kejam yang tidak berperi kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim zionis ini terhadap saudara seagama kita di bumi Palestin. Hulurkan bantuan termasuk doa agar Allah hancurkan penjahat dunia dunia dan hentikan keganasan. Keganasan zinois yahudi tidak pelik terutama bila kita susuri Protokol Pertama yahudi iaitu : Cara memerintah yang sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan dan bukan dengan perbincangan ilmiah. Siapa yang kuat dialah yang berhak kerana dalam hukum alam menyatakan kebenaran terletak kepada kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintahan yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras harus digunakan untuk mencapai tujuan itu.
Benarlah Firman Allah dalam ayat  82 surah al-Maidah:
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ ‎﴿٨٢﴾‏
Maksudnya :Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah bulan Zulhijjah

Zulhijjah Disambut Sistem Islam DiIkut

Zulhijjah DiHayati Kemenangan DiRai

Zulhijjah DiHayati Islam DiJulang Tinggi

7. PERJANJIAN HUDAIBIAH

Korban DiHayati Kerugian Dunia Akhirat DiJauhi

Kepimpinan nabi Ibrahim a.s DiContohi Kebahagiaan DiRai

Berkorban Julang Islam Hancurkan Jahiliah

Korban DiHayati Islam DiSanjung Tinggi

Mesej Nabi DiMartabat Umat Selamat

86. BAI’AH AQABAH PEMANGKIN TERDIRINYA DAULAH

Perjuangan Nabi Ibrahim a.s DiIkuti Senjata Yahudi DiPerangi

Korban Julang Agama Merdekakan Negara

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 32 surah an-Nisaa’:

وَلَا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّـهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُوا ۖوَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ ۚ وَاسْأَلُوا اللَّـهَ مِن فَضْلِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا ﴿٣٢

Maksudnya : Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (iri hati) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Hampir seminggu kita sama-sama menyambut hari raya korban di mana ibadat korban banyak menanam sifat mahmudah terpuji antaranya suka berkorban apa yang disayangi, tidak bakhil, suka membantu orang lain. Kita juga dapat ambil iktibar tentang bahayanya sifat hasad dengki yang menjadi antara punca pembunuhan pertama atas muka bumi ini dalam peristiwa 2 anak nabi Adam iaitu Qabil dan Habil. Imam Ghazali merumuskan 7 punca bersarangnya sifat hasad dengki iaitu : [1] Perseteruan Dan Kebencian di mana seseorang yang disakiti kerana suatu sebab tertentu, ataupun yang tidak dipersetujui oleh orang lain di dalam sesuatu hal yang bercanggah dengan kehendak peribadinya, maka perasaan marah akan mengatasi kesabaran di dalam dirinya sehingga boleh mencetuskan perseteruan dan kebencian [2] Bangga dengan Kedudukan dan Kemuliaan sehingga terasa begitu sakit dalam hatinya dengan sebab orang lain lebih atas darinya [3] Angkuh atau Takabbur dengan memperkecil-kecilkan apa yang dimiliki oleh orang lain dan mengharapkan agar orang lain yang diperlekehkannya itu terus mengikut serta menuruti kehendaknya [4] ‘Ujub atau perasan dirinya lebih dengan kenikmatan, dan kelebihan yang ada pada diri. Boleh juga disebut sebagai bangga diri di mana sentiasa menceritakan kebaikan dirinya di khalayak ramai dan suka orang lain membodek serta memuji dirinya. Akan lahir rasa sakit dalam hatinya jika ada orang memuji orang lain yang lebih baik darinya [5] Bimbang dan Takut Cita-Cita Tak Tercapai di mana perasaan ini khusus bagi mereka yang saling berlumba untuk merebut satu tujuan atau perkara yang sama [6] Gilakan nama dan Kemasyhuran dalam Bidang-Bidang tertentu [7] Busuk Hati yang menyebabkan dia menjadi seorang yang paling bakhil kerana beranggapan bahawa orang lain yang mendapat kelebihan darinya itu telah meragut sesuatu dari miliknya, sedangkan apa yang diperolehi oleh orang lain itu adalah datangnya dari milik Allah

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّـهُ قَالَ: لاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَقَاطَعُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَدَابَرُوا ، كُوْنُوا عِبَـادَ اللهِ إِخْوَانًـا.  (رَوَاه  الْبُخَـارِى وَمُسْلِمٌ)

Maksudnya: Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, dan janganlah kamu saling berdengkian (hasad), dan janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran), jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 3-4 surah Ibrahim :

الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا ۚ أُولَـٰئِكَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ ﴿٣﴾ وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ ۖ فَيُضِلُّ اللَّـهُ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿٤

Maksudnya : Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.  Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Kisah pengorbanan dan perjuangan nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam menunaikan kewajipan, menyebar luaskan Islam serta meruntuhkan jahiliah memberi kesedaran bahawa Islam bukan sekadar amalan ritual dan akiviti kerohanian semata-mata bahkan Islam perlu ditegakkan dan menjadi asas kenegaraan dan kemasyarakatan. Sesuai dengan keberadaan kita pada bulan Ogos yang merupakan bulan kemerdekaan negara maka kita perlu hayati bagaimana cara para rasul memerdekakan umat manusia daripada aqidah sesat, cara hidup bertuhankan nafsu kepada cara hidup bersendikan agama.

Antaranya kita  fahami erti sebenar sebuah kemerdekaan sebagaimana ungkapan Rub’ie bin ‘Amir ketika berdepan panglima tentera rom iaitu Rustum:

نَحْنُ قَوْمٌ انبْعَثَناَ اللهُ لِنُخْرِجَ الناَّسَ مِنْ عِبَادَةِ غَيْرِ الْعِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ اللهِ، وَمِنْ جُوْرِ الأَدْياَنِ إِلَى عَدْلِ الإِسْلاَمِ، وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْياَ إِلَى سَعَةِ الآخِرَةِ”

Maksudnya : “Kami kaum yang datang untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada menyembah Allah, daripada kezaliman agama-agama sesat kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat”

Kebiasaannya setiap penjajahan kuffar terhadap negara umat Islam akan membawa 3G yang menjadi matlamat utama penjajahan iaitu [1] God iaitu Tuhan atau agama penjajah untuk disebarkan, [2]  Glory iaitu kemasyhuran dengan kejayaan penjajah terhadap negara jajahannya diperbesarkan dan [3]  Gold iaitu mengaut keuntungan daripada hasil mahsul yang didapati di negara jajahan.

Kita jangan terkeliru dengan momokan bahawa penjajah hanya datang untuk mengaut hasil mahsul tanpa melibatkan agama sedangkan di negara kita sendiri banyak perkara berkaitan agama termasuk perundangan Islam dihadkan

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah ,

Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj :

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ﴿٤١

Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Tugas rasul dan pembantu mereka dalam menyembang Islam dan mengisi agenda negara dengan Islam diteruskan oleh alim ulama termasuk dalam memperjuangkan kemerdekaan di negara kita. Ramai ulama gugur syahid, dipenjara, dibuang negara dalam menentang penjajah. Perjuangan dalam menuntut kemerdekaan berteraskan agama lebih digeruni oleh penjajah dan cara ini lebih kuat dalam menekan penjajah sehingga negara diberikan kemerdekaan. Oleh itu jasa perjuangan ulama silam dalam memerdekakan negara bukan sahaja wajib dikenang malah diteruskan oleh generasi yang mengisi dan meneruskan kemerdekaan negara. Ulama tidak boleh mengasing diri atau disisihkan daripada perjuangan mengisi kemerdekaan dengan Islam.

Hayati isi surat yang dikirimkan oleh Abdullah ibnu Mubarak yang merupakan  seorang ulama’ zuhud yang sentiasa merindui Jihad dan syahid pada jalan Allah hingga menemui syahid pada tahun 181 Hijrah. Surat itu telah dikirim kepada Fudhail bin Iyad yang digelar sebagai Ahli Ibadah bagi 2 tanah Haram di mana isi surat tersebut sangat menyentuh jiwa Fudhail hingga beliau menangis, kembali sedar dan seterusnya mara bersama tentera Islam yang sedang berperang ketika itu. Antara isi suratnya :

“Wahai  ahli ibadah di 2 Tanah Haram, Kalaulah kamu telah menyaksikan kami,
Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya Seolah-olah kamu telah bermain-main dalam ibadah, Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras, ataupun kuda-kudanya kepenatan di dalam perkara batil, Maka kuda-kuda kami penat dalam melakukan penyerbuan dan peperangan, Bau wangi-wangian menjadi milikmu, Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu di jalanan, dan sesungguhnya telah datang kepada kami sabda nabi s.a.w., Sabda yang benar jujur dan tidak ada kebohongan Tidaklah sama debu kuda-kuda Allah di hidung seseorang dan asap neraka yang menyala-nyala, Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami, Bahawa orang mati syahid tidaklah sama dengan orang yang mati biasa, Dia tidak akan berbohong”.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 60 surah al-Anfal :

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّـهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّـهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٦٠

Maksudnya : Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya

Jasa pasukan keselamatan termasuk askar dalam menjaga keselamatan negara samada ketika perang atau aman wajib disanjungi. Kita dapat solat, bekerja, belajar, berniaga dan menjalani kehidupan dengan baik antaranya ialah hasil tugas yang dijalankan oleh anggota keselamatan. Pasukan keselamatan wajib bersiap siaga sepanjang masa sebagaimana tuntutan agama. Mereka tidak boleh diberikan suatu tugas yang boleh menghilangkan tumpuan dalam menjaga keselamatan negara. Sejarah moden pernah menyaksikan bagaimana Eli Cohen, seorang perisik musuh telah menyelinap masuk ke dalam tentera Syria sehingga menjadi pimpinan tertinggi di dalam tentera tersebut. Beliau bertindak melemahkan tentera Syria dengan cadangan bahawa tentera Syria perlu terlibat dengan perladangan atas alasan tentera waktu itu hanya makan minum sahaja. Lalu tentera Syria disibukkan dengan kerja menanam pokok sepanjang kawasan Bukit Golan terutama tempat penting yang akhirnya menjadi penanda mudah kepada serangan Israel. Apabila fokus tentera Syria hilang dari latihan kerana sibuk dengan perkara lain, tiba-tiba Israel datang menyerang dan sejarah menyaksikan Bukit Golan jatuh ke tangan tentera Israel pada tahun 1967 di dalam perang selama 6 hari sahaja.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sempena berada hari mulia, bulan mulia, rumah Allah yang mulia marilah kita sama-sama mengambil berat tentang penderitaan saudara segama kita termasuk Rohingya, Palestin, di India di mana ada yang dibunuh kerana menyembelih lembu korban dan umat Kashmir selepas Parlimen India telah membatalkan Article 370 : Hak Autonomi Rakyat Kashmir sehingga Kashmir diletak bawah India,  Ketua Menteri tidak semestinya Islam walau pun majoriti penduduk Kashmir adalah Islam, Orang Hindu dan orang asing dari luar Kashmir boleh bermastautin dan membeli tanah di Kashmir. Tidak sempurna iman golongan yang tidak menghiraukan penderitaan saudara seagama

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Julang Islam Raih Kemuliaan

الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 3 surah al-Maidah :

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّـهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣

Maksudnya : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Kini kita berada pada 10 hari terawal dari bulan Zulhijjah yang mempunyai fadhilat yang begitu istimewa di sisi Allah yang mesti kita sama-sama rebut. Dalam Sohih Bukhari dan Muslim, daripada Sayyidina Umar bin al-Khattab RA, terdapat seorang lelaki dalam kalangan Yahudi berkata kepadanya, ”Wahai pemimpin orang yang beriman! Terdapat ayat dalam kitab kamu yang jika diturunkan kepada kami orang Yahudi, sudahtentu kami akan jadikannya sebagai hari raya kami.” Sayyidina Umar RA bertanya, “Ayat yang mana satu?” Dia menjawab : Ayat 3 surah al-Maidah

Lalu Sayyidina Umar RA berkata lagi, ”Sesungguhnya aku mengetahui hari dan tempat yang telah diturunkan tentangnya iaitu ketika Rasulullah SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.” Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibnu Abbas telah berkata ,”Ia telah diturunkan pada 2 hari raya; hari Jumaat dan juga pada hari Arafah.”

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Daripada ‘Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ؟ – – رواه مسلم

Maksudnya: “Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu Allah berbangga dengan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [HR. Muslim no. 1348].

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ . – رواه الترمذي

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”.

Makna Hadis di atas ialah Zikir yang paling banyak berkat, paling besar pahala dan paling hampir dengan diperkenan oleh Allah ialah doa pada hari Arafah

Kita juga jangan lepaskan peluang untuk merebut kelebihan puasa pada hari Arafah iaitu hari ke-9 daripada bulan Zulhijjah esok

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : …. صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ………  – رواه مسلم

Maksudnya : …… puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya…..

Seterusnya perbanyakkanlah bertaubat dan istighfar kepada Allah pada hari-hari yang mulia ini disamping memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid bermula pagi hari Arafah sehingga berakhirnya hari Tasyriq

عن ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ : مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ، وَالتَّكْبِيرِ، وَ التَّحْمِيدِ – رواه أحمد

Maksudnya : Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah dalam ayat 103 surah Ali ‘Imran:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚوَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ﴿١٠٣

Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya

Islam mewajibkan kita bersatu atas dasar Islam. Penerapan nilai perpaduan dalam kalangan umat Islam pula dilaksanakan secara mingguan menerusi fardu solat Jumaat. Begitu juga dengan anugerah 2 hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya korban maka kita dikumpulkan secara tahunan.  Pelaksanaan rukun Islam yang lain seperti ibadah puasa, zakat dan haji juga penuh dengan penerapan nilai dan semangat perpaduan ummah. Menerusi ibadah puasa pada Ramadan, umat Islam dilatih menjiwai nilai kepekaan, kasih sayang dan kesusahan orang lain

Penghayatan kualiti kasih sayang sesama umat Islam akan menyempurnakan fardu zakat yang menjadi satu daripada rukun Islam yang utama. Pelaksanaan zakat menuntut persiapan jiwa dan pengorbanan harta untuk dikongsikan sesama umat. Begitu juga dengan anjuran ibadat korban dalam menyuburkan kasih sayang dengan membuang sifat kedekut dan terlalu cinta dengan nikmat duniawi.

Kemuncak penerapan konsep dan nilai perpaduan pada peringkat ummah seluruhnya pula dijayakan agama menerusi ibadah haji. Ibadah haji yang juga rukun Islam kelima mengandungi erti yang amat mendalam dalam konteks perpaduan ummah. Nilai utama yang dapat dihayati antaranya ialah semangat persaudaraan berteraskan akidah dalam kalangan umat tanpa mengira bangsa dan negara. Kejayaan dan kemuliaan umat Islam bergantung kepada sejauh mana kita mampu menjiwai kesatuan yang dikehendaki oleh Islam dalam kehidupan kita

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 46 :

وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦

Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Menyedari bahawa betapa pentingnya kesatuan ummah atas dasar Islam bagi mengembalikan izzah atau kemulian dan menghadapi serangan musuh yang tidak pernah berehat dan berhenti daripada menyerang Islam dan umatnya. Perpecahan kita akibat tidak berpegang kepada al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w, kejahilan tentang agama sendiri, mengkagum dan mengguna pakai budaya kuffar yang bercanggah dengan Islam termasuk dalam ekonomi, politik, sosial serta hubungan dengan Allah yang lemah akibat kurang membaca dan menghayati al-Quran, kurang zikrullah dan amalan soleh

Kita bimbang akibat perpecahan umat Islam menyebabkan penghinaan terhadap Islam dan nabi Muhammad s.a.w terus berlaku silih berganti. Begitu juga dengan isu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin melaksanakan Tulisan Khat Aksara Jawi pada tahun 2020 dimulakan ke atas murid Tahun 4 mendapat tentangan sehingga terpaksa mengurangkan lembaran pengajaran Tulisan Khat dari sekadar 6 muka surat kepada 4 muka surat malah menjadikan silibus ini hanya diteruskan sebagai modul pilihan, di mana para guru mempunyai opsyen samada untuk mengajar atau tidak. Jawi ini selaku warisan Bahasa Melayu langsung tidak bertentangan dengan Perlembagaan apabila ianya dipelihara melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Malah dalam Akta 32: Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Fasal 9 secara jelas menyatakan Tulisan bagi Bahasa Kebangsaan adalah Tulisan Jawi

Begitu juga isu RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang bertujuan untuk meminda peruntukan berkaitan dengan pemelukan agama Islam oleh orang yang belum mencapai umur 18 tahun.  Antara yang akan dipinda ialah perkataan “ibu dan bapa” kepada “ibu atau bapa” agar selaras dengan perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan. Ianya memberi makna RUU ini akan membolehkan orang yang di bawah 18 tahun memeluk Islam hanya memerlukan keizinan salah seorang daripada ibu atau bapa atau penjaga. Pindaan ini dihalang dari dibentangkan. Oleh itu kita wajib sedar bahawa memilih pemimpin bukan suatu perkara yang tiada kaitan dengan agama malah kepimpinan boleh mencorak keadaan negara atau negeri samada berteraskan Islam atau tidak

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 138-139 surah an-Nisa’ :

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿١٣٨﴾ الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّـهِ جَمِيعًا ﴿١٣٩

Maksudnya : Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;  (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

Sejarah banyak mengajar kita bagaimana akibat tidak bersungguh dalam menjulang Islam maka akan didatangkan kehinaan oleh Allah. Yahudi sebagai kaum pendatang akhirnya menjadi tuan di Palestin. Begitu yang berlaku kepada umat Islam Rohinya, Myanmar yang menjadi pelarian di tanahair sendiri. Isu terbaru Parlimen India telah membatalkan Article 370 : Hak Autonomi Rakyat Kashmir sehingga Kashmir diletak bawah India,  Ketua Menteri tidak semestinya Islam walau pun majoriti penduduk Kashmir adalah Islam, Orang Hindu dan orang asing dari luar Kashmir boleh bermastautin dan membeli tanah di Kashmir.

Islamlah nescaya kita mulia dan bahagia dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

Khutbah Jumaat : Pendidikan Hebat Membentuk Negara Berkat

لحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fajr :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ

Maksudnya : Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;

Hari kita mula memasuki 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah yang dijanjikan dengan kelebihan yang begitu besar oleh Allah sebagaimana yang disebut dalam al-Quran pada awal surah al-Fajr di mana Ibnu Abbas dan Mujahid menyatakan bahawa malam sepuluh yang dimaksudkan ialah 1 hingga 10 Zulhijjah di mana pendapat ini dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ” – رواه البخاري

Maksudnya : Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).”

Jelas menerusi hadis ini amalan pada 10 hari pertama Zulhijjah begitu besar. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani: “Jika seseorang melakukan hal seperti itu iaitu berjihad sehingga mengorbankan diri dan harta, maka dia lebih baik atau sedarjat dengan mereka yang melakukan ibadat pada 10 hari pertama pada Zulhijjah.”

Selanjutnya al-Hafiz Ibn Hajar memperjelaskan sebab keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah ialah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat (secara serentak) pada bulan-bulan lain.

Kita juga jangan lepaskan peluang untuk merebut kelebihan puasa pada hari Arafah iaitu hari ke-9 daripada bulan Zulhijjah yang bakal tiba seminggu lagi

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : …. صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ………  – رواه مسلم

Maksudnya : …… puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya…..

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 100-101 surah as-Soffaat :

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ﴿١٠٠﴾ فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ ﴿١٠١

Maksudnya : ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”  Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.

Keberadaan kita pada bulan Zulhijjah mengingatkan lagi tentang kehebatan pengorbanan yang pernah dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam membentuk keluarga yang patuh taat kepada perintah Allah. Antara pengajaran yang boleh diambil daripada pendidikan dalam membentuk anak soleh di mana Allah menggambarkan ciri yang ada pada nabi Ismail a.s ialah sifat Halim iaitu dapat mengawal dirinya ketika marah, mempunyai kematangan dalam berpendapat, memiliki akhlak mulia dan bersikap rahmat dengan makhluk. Allah menggunakan perkataan ghulam iaitu peringkat umur sekitar sebelum mencapai had umur baligh, belum mencapai umur belia lagi ketika menggambarkan tentang ciri halim yang ada pada nabi Ismail a.s. Tidaklah mudah bagi seorang anak sebelum mencapai umur balighnya untuk memiliki sikap sedemikian. Cubalah kita lihat sendiri kebanyakan sikap anak-anak berumur antara 7-15 misalnya, berapa ramaikah yang dapat membuat keputusan dengan baik dan matang, berfikir dengan tenang, dan dapat bersabar serta mampu mengawal dari dikawal oleh sikap marah? Kebanyakannya kalau berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan antara dia dengan kawannya, maka mulalah marah, bergaduh dan boleh sampai ke tahap bertumbuk.

Tetapi tidak bagi nabi Ismail a.s. Sewaktu umur itu, baginda sudah pun mencapai kematangan berfikir dan pengawalan diri yang tinggi. Ia adalah hasil didikan ibunya juga. Lihatlah dalam peristiwa Ibrahim a.s. menerima wahyu untuk menyembelihnya maka nabi Ismail a.s patuh taat dengan jawapan yang matang

Firman Allah dalam ayat 102 surah as-Soffaat :

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ مِنَ الصَّابِرِينَ ﴿١٠٢

Maksudnya : Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan baginda) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim a.s berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; In sya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah dalam ayat 40-41 surah Ibrahim :

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠﴾ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ ﴿٤١

Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.  “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”

Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibubapa dan pendidik Muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana kanak-kanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka adalah generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan mencorak keunggulan Islam sebagai agama sejagat.

Pernyata dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah seluruh dunia , dapatan kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan halatuju negara. Kajian  yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan yang tinggi samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.

Manakala Jepun, negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom,  dalam jangkamasa yang tak sampai setengah abad Jepun mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia. Suatu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat   mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah disebabkan oleh laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu membakar semangat, tidak juga tumpuan kepada pencapaian akademik mengorientasi pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca dari keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ –  رواه أبو دأود

Maksudnya : Perintahkanlah kepada anak-anak kamu untuk mengerjakan solat semasa mereka berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka untuk sekiranya mereka solat ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur kamu.”

Imam Al-Ghazali pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya  kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan.

Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik melalui seruannya: “…Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…”

Malah ketika membicarakan hukum merotan anak atau pelajar maka di sana ada garis panduannya Antaranya ialah:

  1.   Niat sebelum merotan itu, untuk mendidik jiwa anak/pelajar tersebut dan bukannya untuk menghukum fizikal yang melakukan kesalahan.
  2.   Hukuman rotan merupakan tindakan terakhir, setelah cara lain digunakan.
  3. Elakkan merotan ketika sedang marah.
  4.   Dilarang merotan di bahagian muka dan bahagian-bahagian yang merbahaya seperti dekat dengan kepala, perut, dada dan kemaluan.
  5.   Memukul juga tidak boleh menyebabkan kerosakan dan kemudaratan pada tubuh badan anak atau pelajar seperti luka atau patah tulang. Tujuan rotan adalah bersifat ‘ta’dibi’ iaitu memberi pendidikan dan bukannya menyeksa
  6.   Dalam merotan anak-anak, sebatan tidak boleh dilakukan dengan melebihi 10 kali. Ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Burdah al-Ansari R.anh bahawa Nabi S.A.W bersabda:

لَا يُجْلَدُ فَوْقَ عَشَرَةِ أَسْوَاطٍ إِلَّا فِي حَدِّ مِنْ حُدُودِ اَللَّهِ  – رواه البخاري

Maksudnya : “Tidak disebat seseorang itu melebihi 10 kali sebatan kecuali pada (hukuman) had daripada hudud-hudud Allah S.W.T.”

  1.   Hendaklah ibu-bapa atau guru itu sendiri yang merotan dan tidak mewakilkan hukuman tersebut kepada anak atau murid yang lain.

Bersama kita menjaga adab Islam dalam membina generasi hebat yang bakal memimpin negara yang berkat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Korbankan Dunia Julang Agama Hidup Mulia

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 6  surah al-Mumtahinah :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْ‌جُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ‌ ۚ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّـهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

Maksudnya : Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim a.s dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Alhamdulillah kita baru sahaja menyambut hari raya korban 2 hari lepas dan kini masih berada pada hari-hari Tasyriq yang akan berakhir esok di mana peluang untuk menunaikan ibadat korban masih terbuka bagi yang berkemampuan. Tidak lupa juga untuk sama-sama kita doakan agar para jemaah haji yang sedang berada di Mekah dikurniakan dengan haji yang mabrur yang dijanjikan Syurga oleh Allah. Tanpa sifat berkorban untuk Allah dalam diri menyebabkan umat Islam sendiri gagal menunaikan kewajipan agama di mana ramai yang meninggalkan solat kerana sibuk mengejar dunia, malas. Gagal korban masa maka umat Islam liat untuk hadir dalam majlis ilmu, solat berjemaah sedangkan ramai yang mampu berkumpul di tempat hiburan melalaikan walau pun dengan membayar tiket yang mahal. Ramai tidak mengerjakan haji walau pun berkemampuan atas alasan tiada duit sedangkan sanggup berbelanja habisan-habisan untuk keseronokan yang lain. Begitu juga sayang duit untuk melakukan ibadat korban kerana merasakan ia perkara bukan wajib dan merugikan. Ramai yang sanggup berbelanja untuk membeli pakaian yang mendedah aurat yang mahal sedangkan banyak alasan  untuk menutup aurat. Apa yang lebih malang akibat terjerat dengan senjata musuh Islam melalui aplikasi  telefon pintar seperti Bigo dan Tik Tok di mana tanpa rasa malu membuat pelbagai aksi seperti menari, melompat, berzumba dan sebagainya mengikut lagu yang disediakan untuk dipertontonkan kepada orang ramai. Apabila agama diketepikan maka maruah diri dikorbankan menurut hawa nafsu tanpa mengendah lagi halal haram. Jangan biarkan kita sudahlah kekurangan sedekah jariah ditambah pula dengan maksiat jariah atau dosa yang sentiasa berjalan catatan dosanya walau pun sedang tidur, sedang solat apatah lagi sudah ditanam dalam kubur akibat berkongsi gambar mendedah aurat, mengumpat, fitnah melalui whatsap, Facebook

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 120-122 surah  al-Nahlu  :

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِّلَّـهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ﴿١٢٠﴾ شَاكِرًا لِّأَنْعُمِهِ ۚ اجْتَبَاهُ وَهَدَاهُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿١٢١﴾ وَآتَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya : Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan “satu umat” (walaupun baginda seorang diri); Dia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan dia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik.  Dia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.  Dan Kami telah memberikan kepadanya kebaikan di dunia; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat adalah dari orang-orang yang soleh.

Ibadat korban dan ibadat haji yang berkait rapat dengan nabi Ibrahim a.s begitu banyak mendidik kita di mana nabi yang mulia ini bukan sahaja tidak terpengaruh dengan suasana jahiliah pada zaman remajanya malah bangkit mempertahankan iman disamping begitu bersungguh menjalankan kerja-kerja dakwah dalam menghancurkan jahiliah. Ciri-ciri kepemimpinan nabi Ibrahim as sebagaimana yang tertera dalam ayat 120-122 surah  al-Nahlu  , ditafsirkan oleh Ibnu Mas’ud dan Ibnu Umar yang menyebutkan bahawa lafaz ummah mengandungi makna bahwa pemimpin yang dijadikan teladan dan mengajarkan kebaikan kepada manusia. Kepemimpinan nabi Ibrahim a.s berlandas pada 3 kriteria, iaitu: [1] Qanit bererti patuh tunduk kepada Allah [2] Hanif, bermakna lurus dalam jalan kebenaran, Dan [3] Syukur, yang dijelaskan ertinya oleh ar-Raghib sebagai bentuk mengakui nikmat dengan hati dan memperlihatkannya dengan amal perbuatan.

Pemimpin hebat hanya akan lahir dari proses tarbiah dan pegangan yang kuat dengan agama. Sebagai contoh kepada kisah nabi Ibrahim a.s, jelas tergambar bahwa Allah telah menguji baginda dengan pelbagai ujian yang begitu hebat. [1] mengorbankan perasaannya sendiri ketika harus berhadapan dengan ahli keluarga terdekat dan kaumnya yang musyrik, bahkan sampai menghadapi hukuman dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud sebagai kesan menentang perkara syirik. [2] mengorbankan kecintaannya pada anak ketika diwahyukan menyembelih nabi Ismail putera kesayangannya [3] mengorbankan harta dan tenaga ketika membangunkan Ka’abah yang menjadi pusat ibadat dan tumpuan dunia hingga ke hari ini

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 55 surah an-Nuur :

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).”

3 bentuk kemenangan di dunia yang dijanjikan itu oleh Allah kepada pejuang Islam yang sanggup berkorban apa sahaja demi mencari redha Allah iaitu :

[1] Mendapat kuasa pemerintahan di muka bumi dengan penguasaan pendokong-pendokong ke atas negara atau wilayah dan memegang tampuk kepimpinan.

[2] Menguatkan agama Islam dengan mengurniakannya kewibawaan untuk menentukan kehidupan manusia. Dengan kata lain, Islam menjadi asas kehidupan dan undang-undang dalam negara.

[3] Mewujudkan keamanan dalam kehidupan setelah mereka berhadapan dengan pelbagai ancaman, rintangan dan risiko dalam mengharungi perjuangan.

Dalam mencapai kemenangan banyak perkara yang perlu diharungi termasuk dalam membuang sifat Futur iaitu lambat, malas dan tidak serius setelah bersungguh-sungguh, rajin dan semangat. Futur adalah penyakit yang menyerang para ahli ibadah, pendakwah, pejuang dan para penuntut ilmu. Jika seseorang telah terkena penyakit ini maka menjadi lemah, lambat dan malas. Bahkan boleh jadi akan putus tugas dan amalannya setelah sebelumnya begitu bersungguh-sungguh, punya semangat dan kerajinan. Antara kesan bahaya penyakit malas ini adalah ialah [1] berjangkit sifat munafik yang malas dalam ibadat, benci untuk berjihad dengan harta benda apatah lagi jiwa raga untuk Islam. Sentiasa mencari pelbagai alasan untuk tidak terlibat dengan perjuangan Islam [2] Merasa lali dari membaca Al-Quran dan zikir. Terasa berat untuk melaksanakannya lantas ditinggalkan. Hati terasa gersang dan keras sehingga bacaan Al-Quran dan nasihat yang diberikan tidak berkesan lagi bagi hati. Dosa-dosa dan kemaksiatan telah menutupinya dari mendapatkan faedahnya. Keras hatinya itu sampai keperingkat tidak dapat mengambil pelajaran dari kematian atau adanya orang yang mati. Dia melewati perkuburan, namun dia merasa tidak terjadi apa-apa. Padahal sebenarnya kematian itu sudah cukup menjadi peringatan. [3] Merasa tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang ada di bahunya sehingga mengambil mudah terhadap kewajipan agama yang disuruh. Dia menurut agama pada perkara yang dipersetujui dengan nafsu dan menolak arahan agama yang bercanggah dengan nafsu [4] Manakala malas dan futur yang disebabkan oleh faktor fizikal bukan semata-mata hati maka orang ini sebenarnya senang beribadah dan suka melaksanakannya. Bahkan dia bersedih jika melewatkannya. Namun, dia tetap dalam keadaan malas. Contohnya sepanjang malam berlalu, dia begitu ingin mengisinya dengan qiamulail, tetapi dia tidak juga mengerjakannya, padahal dia berjaga tidak tidur dan sedar. Ada yang berniat akan mengkhatamkan Al-Qur’an sekali setiap bulan. Namun, sekian bulan berlalu, tidak sekalipun dia menghatamkannya. Ada juga senang puasa sunat, namun jarang sekali dia melakukannya. Jadi hatinya sahaja bersemangat sedangkan anggotanya lesu tak bermaya untuk melakukannya.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 142 surah Ali ‘Imran :

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّـهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ ﴿١٤٢

Maksudnya : Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha dalam menjadikan diri kita dalam golongan yang sanggup berkorban apa saja untuk Islam dalam meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Antaranya dengan menjauhi sifat malas dalam beribadat dan berjuang di mana antara punca atau timbulnya sifat malas itu ialah : [1] berlebihan dalam beragama seperti benci untuk berkahwin atas alasan mengganggu ibadat sedangkan Allah memudahkan Islam kepada kita bukan menyusahkan [2] Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus seperti membazir dalam makan minum . [3] Memisahkan diri dari Jemaah Islam [4] Sedikit mengingat akhirat sedangkan banyak mengingati kehidupan akhirat membuat seseorang rajin beramal [5] masuknya perkara haram ke dalam perut [6] tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi tentangan dan ujian sekeliling termasuk fitnah anak, isteri, harta, pangkat [7] bersahabat dengan orang-orang yang lemah dan malas beribadat juga [8] Jatuh dan lemas dalam kemaksiatan

Oleh itu bersungguhlah kita menunaikan kewajipan dan menjauhi larangan Allah. Rajinlah solat Jemaah di belakang imam sebelum jenazah kita disolatkan di hadapan imam, tutuplah aurat kita sebelum jenazah kita dibalut dengan kain kapan putih, banyakkan bersedekah sebelum harta itu hanya menjadi pesaka bagi waris yang hidup. Hiasi hidup kita dengan agama. Jangan kotori hidup kita dengan maksiat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

Hak Allah DiJulang Umat Gemilang

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fajr :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ

Maksudnya : Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;

Alhamdulilah kini kita berada pada 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah yang dijanjikan dengan kelebihan yang begitu besar oleh Allah sebagaimana yang disebut dalam al-Quran pada awal surah al-Fajr di mana Ibnu Abbas dan Mujahid menyatakan bahawa malam sepuluh yang dimaksudkan ialah 1 hingga 10 Zulhijjah di mana pendapat ini dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ” – رواه البخاري

Maksudnya : Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari (ayyam) ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).”

Menyedari tentang kelebihan 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah yang sedang kita berada sekarang maka marilah kita sama-sama mengisinya dengan amalan soleh yang dianjurkan oleh nabi Muhammad s.a.w antaranya berpuasa sunat terutama pada hari Arafah iaitu hari yang ke-9 daripada bulan Zulhijjah

عن أبي قتادة رضي الله عنه قال سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ – رواه مسلم واللفظ له وأبو داود والنسائي وابن ماجه والترمذي

Maksudnya : Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab baginda  : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang

Seterusnya perbanyakkanlah bertaubat dan istighfar kepada Allah pada hari-hari yang mulia ini disamping memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid

عن ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ : مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ، وَالتَّكْبِيرِ، وَ التَّحْمِيدِ – رواه أحمد

Maksudnya : Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Maidah :

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖقَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّـهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ ﴿٢٧

Maksudnya : Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;

Antara amalan yang begitu dituntut bagi golongan yang berkemampuan bila datangnya hari raya korban hingga berakhirnya hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah ialah menunaikan ibadat korban

قَالَ الرَّسُوْلُ: مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه

Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

Kisah pengorbanan 2 anak nabi Adam a.s mengajar kita bagaimana matlamat utama ibadat korban ialah melahirkan umat bertaqwa di mana antara ciri golongan taqwa ialah sanggup berkorban segalanya kerana Allah, mengutamakan akhirat daripada dunia, ikhlas dalam ibadat dan sentiasa membersih hati daripada sifat mazmumah terutama hasad dengki dan kedekut. Oleh itu kita wajib mendalami ilmu agama dan mengamalkannya supaya tidak hanyut dengan cinta dunia yang merbahaya antaranya :

[1] Mencintai dunia bererti mengagungkan dunia, padahal ia sangat hina di sisi Allâh. Suatu dosa yang paling besar adalah mengagungkan sesuatu yang direndahkan oleh Allâh. Dunia ini lebih hina daripada bangkai kambing atau sayap nyamuk tetapi ramai yang sanggup mati untuk mendapatkannya sehingga meminggirkan akhirat

[2]  Allâh mengutuk, memurkai dan membenci dunia kecuali yang digunakan untuk mendekati diri kepada Allah. Sesiapa mencintai apa yang dikutuk, dimurkai, dan dibenci oleh Allâh maka dia akan berhadapan dengan kutukan, kemurkaan dan kebencian Allah

[3]  Mencintai dunia bererti menjadikan dunia sebagai tujuan dan matlamat hidup sehingga amal ibadat pun dilakukan untuk tujuan dunia seperti riya’ dalam bersedekah

[4]  Mencintai dunia membuat manusia tidak sempat melakukan sesuatu yang bermanfaat baginya di akhirat akibat kesibukannya mengejar dunia.

[5]   Pecinta dunia menjadikan dunia sebagai cita-cita terbesar manusia sehingga tiada dalam kamus kehidupannya berkenaan halal haram, dosa pahala, syurga neraka

قَالَ الرَّسُوْلُ:  مَاذِئْبَانِ جَائِعَانِ أُرْسِلَا فِيْ غَنَمٍ بِأَفْسَدَ لَهَا مِنْ حِرْصِ الْمَرْءِ عَلَى الْمَالِ وَالشَّرَفِ لِدِيْنِهِ  – رواه الترمذي

Maksudnya : 2 serigala yang lapar yang dilepas di tengah kumpulan kambing, tidak lebih merosak dibandingkan dengan sifat rakus manusia terhadap harta dan kedudukan yang sangat merosak agamanya.

Sifat tamak terhadap harta dan kuasa pasti akan merosak agama seseorang kerana sikap ini membawanya kepada kezaliman, pembohongan dan perbuatan keji. Bahkan menghalalkan segala cara untuk mencapai tujuannya dalam mengejar harta dan kuasa.

[6]  Pecinta dunia adalah orang yang paling banyak disiksa di mana dia disiksa pada 3 keadaan. Dia disiksa di dunia dalam bentuk usaha, kerja keras untuk mendapatkannya, dan perebutan dengan sesama pecinta dunia. Dia disiksa di alam barzakh (kubur) dan seterusnya bakal disiksa pada hari akhirat nanti.

[7]  Pencinta dunia yang lebih mengutamakan dunia daripada akhirat adalah orang yang paling bodoh sebab mengutamakan dunia yang sementara daripada akhirat yang kekal selamanya. Pencinta dunia tidak akan terlepas dari 3 keadaan iaitu : kesedihan yang berterusan,  kepenatan (keletihan) yang berlanjutan; dan penyesalan yang tidak pernah berhenti.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 103-107 surah as-Soffat :

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ ﴿١٠٣﴾ وَنَادَيْنَاهُ أَن يَا إِبْرَاهِيمُ ﴿١٠٤﴾قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ﴿١٠٥﴾ إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ ﴿١٠٦﴾ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),  Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim) “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. ) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;  Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

Beradanya kita pada bulan Zulhijjah tidak lengkap tanpa membicarakan tentang pengorbanan besar yang pernah dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s termasuk arahan Allah supaya menyembelih anaknya nabi Ismail a.s, arahan meninggal isteri dan anak yang masih kecil di bumi kering kontang. Ini semua mengajar kita tentang cinta Allah melebihi cinta kepada anak isteri dan nikmat duniawi yang lain. Tanpa perasaan cinta kepada Allah menyebabkan manusia mencari pelbagai alasan untuk lari daripada menunaikan kewajipan agama dan melanggar larangan Allah. Kita yang beriman kepada Allah pasti akan menolak dakwaan sesat golongan liberal yang menuduh bahawa nabi Ibrahim a.s seorang bapa yang tidak bertanggungjawab dan isterinya Sarah sebagai perempuan jalang. Begitu juga tuduhan bahawa mimpi nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya sebagai mimpi dari Syaitan atas alasan Allah tidak menyuruh umatnya untuk melakukan perkara yang zalim termasuk sembelih anak

Kita yakin bahawa Islam adalah agama yang mula-mula memperakui dan mendaulatkan hak asasi manusia. Buktinya, di zaman jahiliah wanita dan kanak-kanak perempuan dizalimi serta dibunuh, namun Islam datang membawa perubahan dengan mengangkat kedudukan martabat wanita.  Islam meletakkan penghormatan yang mulia dan tinggi kepada manusia tanpa mengira warna kulit, jantina, keturunan atau bangsa. Apa yang utama ialah komitmen seseorang memperkuatkan akidah dan taqwa. Jika apa yang diperjuangkan oleh mana-mana pihak dilihat sebagai usaha menjatuhkan kemuliaan manusia dan menjauhkan diri daripada Allah, maka tidak rasional usaha itu dilihat untuk menegakkan hak asasi manusia. Islam tidak menolak sepenuhnya hak asasi manusia sejagat. Sebaliknya, Islam mempunyai panduan tersendiri dalam menilai isu berkaitan kebebasan manusia. Setiap muslim dibatasi hukum hakam, halal haram dan dipimpin oleh al-Quran serta sunah sebagai sumber rujukan. Setiap individu mempunyai hak untuk hidup, makan, minum, miliki harta, belajar, bersuara, bekerja, warganegara dan sebagainya. Tetapi apabila bertembung antara hak individu dengan hak masyarakat, maka hak masyarakat mestilah didahulukan selagi tidak melanggar hak individu yang lebih utama. Namun, di negara Eropah dan Barat, mereka lebih mengutamakan hak individu di mana setiap individu berhak melakukan perkara yang diinginkan selagi perkara itu tidak mengganggu privasi orang lain. Lantaran, atas ‘tiket’ hak individu itu, maka muncullah pelbagai masalah yang mencabar nilai sosial masyarakat seperti membenarkan perkahwinan sejenis dalam kelompok gay, lesbian dan pertukaran jantina. Atas nama kebebasan bersuara, pejuang hak asasi manusia berani mempertikaikan kredibiliti institusi agama serta undang-undang jenayah syariah. Banyak kes yang berlaku bila melibatkan hak orang Islam seperti larangan memakai purdah di banyak Negara Eropah dan isu larangan memakai pakaian patuh syariah di Negara kita sendiri untuk muslimat dalam syarikat penerbangan, hotel tidak dianggap melanggar hak asasi manusia sedangkan larangan dan hukuman kepada pejuang LGBT dianggap menyekat kebebasan. Menyusahkan urusan perkahwinan dianggap pejuang kebebasan sedangkan pejuang yang menyeru supaya ditutup pintu zina dianggap melanggar hak asasi manusia. Undang-undang murtad dipandang menyekat kebebasan beragama sedangkan usaha menyekat dalam memperkasakan kuasa Mahkamah Syariah dianggap suatu usaha murni

Oleh itu semangat berkorban untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah mesti dihidupkan dalam diri, ahli keluarga, masyarakat seterusnya Negara. Mulianya kita apabila sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan jiwa raga untuk melaksanakan system Islam. Hinanya kita bila mengorbankan Islam untuk memenuhi hawa nafsu kita apatah lagi untuk menjaga hati golongan yang anti Islam. Islamlah nescaya kita selamat dan berjaya dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Islam DiRealisasi Umat Harmoni

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 2-3  surah Faatir :

مَّا يَفْتَحِ اللَّـهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا ۖ وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿٢﴾ يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ ۚ هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّـهِ يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖفَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ ﴿٣

Maksudnya : Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah Pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?”

Kini kita di minggu terakhir bulan Zulhijjah 1437H yang merupakan bulan terakhir dalam kiraan taqwim hijrah. Ini bermakna lebih kurang seminggu lagi kita akan sama-sama menyambut kedatangan tahun baru 1438H. Oleh kita marilah kita sama-sama mengambil kesempatan dengan peralihan kepada tahun baru ini untuk bermuhasabah menghitung diri berkenaan amal ibadat, dosa maksiat kerana jika hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, bulan bertukar tahun maka begitulah kehidupan kita daripada beralih daripada alam rahim ibu kepada alam dunia seterusnya alam berzakh sebelum menerima pembalasan di alam akhirat nanti. Berbekal sebelum menyesal, bersiap sebelum tempoh beramal soleh tamat, bertaubat sebelum terlambat, tambah ibadat sebelum tibanya Qiamat

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Firman Allah dalam ayat 7 surah Ibrahim :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Maksudnya :” Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu berfirman: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

Sempena berada pada saki baki bulan Zulhijjah juga maka tidak terlewat untuk kita terus menghayati 2 badat khusus yang hanya ada pada bulan ini iaitu ibadat haji dan juga ibadat korban di mana kedua-duanya banyak menyentuh tentang perjuangan dan pengorbanan agong nabi Ibrahim a.s. Antara persamaan kepada dua ibadat khusus ialah ialah menanamkan sikap suka bersyukur atas nikmat yang dianugerahkan oleh Allah. Syukur itu dapat direalisasikan melalui 3 aspek iaitu : [1] Syukur dengan hati, dengan menyedari dan menyakini bahawa semua nikmat dan kurnia yang diperoleh merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya. [2]  Syukur dengan lidah dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya. [3] Syukur dengan perbuatan dengan taat beribadat kepada Allah dan menggunakan nikmat kurniaan itu untuk kebaikan. Sesungguhnya mereka yang melakukan maksiat itu telah kufur daripada nikmat Allah walaupun maksiat itu dosa kecil seperti seorang lelaki yang melihat kepada perempuan ajnabi maka dia telah kufur dengan nikmat mata, nikmat cahaya matahari dan dia telah kufur kepada semua nikmat yang tidak sempurna dilihat. Orang yang bersyukur kepada Allah akan sentiasa sedar dan merasa cukup dengan apa yang dia ada, manakala orang yang kufur sentiasa tidak nampak dan tidak terasa puas dengan apa yang dimilikinya. Orang yang bersyukur akan menghitung nikmat yang ada sehingga tidak terlafaz dan terbilang. Dia akan melakukan ketaatan untuk membalas nikmat yang ada. Orang yang kufur pula akan sentiasa mengeluh, kecewa dan tidak berpuas hati dengan segala yang tiada di tangannya, sehingga datang pelbagai penyakit jiwa yang boleh merosakkan iman dan agamanya. Benar sekali bahawa syukur nikmat itu membawa berkat, manakala kufur nikmat itu akan mengundang laknat

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah

Firman Allah dalam ayat 29-30 surah Faatir :

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرّاً وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ

Maksudnya :” Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.

Ketika menyelusuri pengorbanan suci dan hebat nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam meninggikan kalimah Allah atas bumi ini sehingga berdepan dengan pelbagai ujian, cabaran dan halangan samada daripada musuh dalam diri  iaitu nafsu syahwat, syaitan dan  musuh luaran daripada pembesar dan orang kafir. Semua ujian ini mampu ditangani dengan jayanya apabila memiliki sifat hamba yang dekat dengan rahmat Allah antaranya :

[1] Sentiasa mengerjakan amal Ibadat kepada Allah termasuk solat, puasa, zakat malah melalui doa nabi Ibrahim a.s kita dapati bagaimana doa dalam melahirkan zuriat soleh yang sentiasa mendirikan solat adalah teras kejayaan sebuah keluarga

[2] Bersyukur dan berterima kasih kepada Allah

[3] Cinta kepada Allah iaitu sentiasa berbaik sangka kepada Allah, patuh lagi taat akan segala perintah-Nya lagi meninggalkan segala apa-apa yang dilarang-Nya. Menjauhkan diri akan sekalian perkara kemaksiatan yang dibenci oleh Allah lagi condong dengan sebenar-benar condong kepada syari’at Allah dan menerima segala apa-apa yang Allah tetapkan ke atas dirinya dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat, sosial, ekonomi, undang-undang dan sebagainya.

Firman Allah dalam ayat 165 surah al-Baqarah

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبّاً لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ

Maksdnya : Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).

[4] Sentiasa menjalin Silaturrahim iaitu menjalin hubungan yang baik dengan saudara seagama, kerana sesungguhnya seluruh muslim itu adalah bersaudara atas dasar iman yang sentiasa nasihat menasihati dalam kebenaran dan saling tolong menolong apabila dalam kesusahan. Antara hak sesama muslim sebagaimana maksud suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :

”Hak seorang Muslim terhadap sesama Muslim itu ada 6, iaitu [1] apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, [2] apabila dia mengundangmu maka penuhilah, [3] apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, [4] apabila dia bersin dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ maka doakanlah dengan ucapan ‘Yarhamukallah’ (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), [5] apabila dia sakit ziarahilah, dan [6] apabila dia meninggal dunia iringilah (jenazahnya).”

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 19 surah Al-Mujaadilah:

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Maksudnya :” Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.

Kita juga wajib menjauhi sifat manusia yang dimurkai oleh Allah antaranya :

[1] Orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah akibat hanyut dengan dunia sehinga lupa akhirat

[2] Menurut kehendak hawa nafsu dan syaitan

[3] Berburuk sangka kepada Allah sehingga mengira bahwa Allah telah memberi mereka keburukan dan menjauhkan daripada mereka kebaikan yang mereka kehendaki, dan itulah seburukburuk persangkaan kepada Allah

[4] Mengada-adakan dusta terhadap Allah seumpama pemimpin yang memiliki kekuasaan yang dengan kekuasaannya maka dia berbuat dengan sekehendaknya sehinga mezalimi rakyatnya dengan mendewa-dewakan undang-undang manusia berbanding hukuman Allah akibat di hatinya tidak ada sifat takut kepada Allah

[5] Suka melakukan kezaliman pada diri sendiri dengan melakukan maksiat dosa seperti terlibat dengan riba dan rasuah tanpa rasa takut kepada Allah. Apatah lagi menzalimi orang lain dengan menipu, mencuri, memukul orang sesuka hati dan sebagainya

[6] Percaya pada kebatilan dan ingkar kepada Allah termasuk merasakan hukum Islam tidak sesuai untuk menangani masalah kerosakan aqidah, pertambahan jenayah, keruntuhan akhlak. Menganggap bahawa agama hanya untuk amalan individu bukannya untuk dikuatkuasa dalam mencegah orang Islam daripada melanggar hak Allah dan manusia yang lain.

Oleh itu jauhi diri kita daripada termasuk perangkap golongan yang meremeh temehkan kewajipan agama. Sebaliknya kita wajib lebih bersungguh dalam memperkasakan undang-undang Islam. Adalah amat malang dengan keadaan yang berlaku hari ini setelah 59 tahun menyambut kemerdekaan tetapi kuasa Mahkamah Syariah jauh lebih rendah daripada mahkamah sivil seperti hukum seludup binatang boleh didenda hingga RM50 ribu sedangkan hukuman terhadap orang yang terlibat dengan ajaran sesat, berzina hanya berapa ribu sahaja. Kita juga wajib yakin bahawa hukum Islam ada jaminan pencegahan daripada Allah sehingga adanya persatuan bukan Islam mengakui antara sebab menentang hukum Islam kerana bimbang orang bukan Islam akan berlumba-lumba mahu dihukumkan mengikut undang-undang Islam kerana lebih adil. Perkara ini pernah berlaku di Acheh apabila seorang bukan Islam memilih untuk dijatuhkan hukuman cara lslam kerana lebih adil dan memudahkan urusan kehidupannya. Ada juga persatuan bukan  Islam mengakui undang-undang Islam bukan zalim tetapi bimbang jika ia diperkasakan akan menjejaskan perniagaan arak, judi misalnya kerana orang Islam tidak lagi berani untuk terlibat dengan dosa besar tersebut akibat gerun kepada hukuman Islam tidak sebagaimana undang-undang yang sedia ada. Adakah kita sanggup melihat orang Islam terus rosak akhlak demi menjaga kepentingan perniagaan perkara haram. Oleh itu yakinlah kepada sistem Islam dan bersungguhlah dalam meruntuhkan system jahiliah. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 38 surah al-Maidah :

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Zulhijjah DiRai Korban DiHayati Kejayaan DiMiliki

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fajr :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ

Maksudnya : Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;

Kita kini berada pada hari-hari 10 terawal daripada bulan Zulhijjah yang mempunyai keistimewaan yang mesti sama-sama kita rebut dalam menambahkan lagi bekalan akhirat disamping memohon keampunan atas dosa-dosa kita terhadap Allah. Jadilah kita sebagai hamba Allah yang sentiasa bersyukur di mana jangan kita hanya memandang remeh terhadap rezeki walau pun sedikit sebaliknya kita wajib sentiasa sedar tentang siapakah yang memberi rezeki tersebut yang wajib kita perbesarkanNya iaitu Allah yang Maha Agong. Kita juga jangan menjadi manusia derhaka dengan memandang dosa kecil itu sebagai perkara biasa sebaliknya fikirlah bersungguh-sungguh bagaimana kita telah menderhaka kepada Allah yang begitu dahsyat seksaanNya. Sempena berada pada hari-hari yang mulia ini marilah kita sama merebut kelebihan yang dijanjikan oleh Allah sebagaimana yang disebut oleh Allah pada awal surah al-Fajr di mana Ibnu Abbas dan Mujahid menyatakan bahawa malam sepuluh yang dimaksudkan ialah 1 hingga 10 Zulhijjah di mana pendapat ini dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ” – رواه البخاري

Maksudnya : Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).”

Jelas menerusi hadis ini amalan pada 10 hari pertama Zulhijjah begitu besar. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani: “Jika seseorang melakukan hal seperti itu iaitu berjihad sehingga mengorbankan diri dan harta, maka dia lebih baik atau sedarjat dengan mereka yang melakukan ibadat pada 10 hari pertama pada Zulhijjah.”

Selanjutnya al-Hafiz Ibn Hajar memperjelaskan sebab keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah ialah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat (secara serentak) pada bulan-bulan lain.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Antara amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah ini ialah puasa sunat terutama puasa hari Arafah atau 9 Zulhijjah

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : …. صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ”  – رواه مسلم

Maksudnya : …… Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya

Kita juga digalakkan untuk melaungkan takbir raya bermula Subuh hari ke-9 Zulhijjah sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu hari ke-13 daripada bulan Zulhijjah. Begitu juga amalan khusus yang tiada pada bulan lain iaitu ibadat korban bagi yang berkemampuan sehingga nabi s.a.w begitu menekankannya kepada kita semua

قَالَ الرَّسُوْل: مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجهُ

Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

Antara matlamat utama ibadat korban ialah untuk melahirkan umat yang bertaqwa yang sanggup mengorbankan segalanya kerana Allah. Betapa ramai umat Islam yang boleh berkorban pada hari ini dengan menyembelih binatang korban dan membawa pulang dagingnya, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar sampai pahala taqwanya kepada Allah SWT?. Semoga kita tidak tergolong di kalangan golongan yang menyembelih binatang korban namun ditolak ibadah korban kerana tiadanya nilai taqwa dan keikhlasan kepada Allah.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Fajr :

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖقَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّـهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ ﴿٢٧

Maksudnya : Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;

Ketika menyoroti tentang ibadat korban maka kita tidak boleh lari daripada menghayati korban yang pernah dilakukan oleh 2 orang anak nabi Adam dan juga pengorbanan agong nabi Ibrahim bersama anaknya nabi Ismail di mana syarat utama dalam memastikan korban kita diterima oleh Allah adalah ikhlas dan taqwa. Malah Iblis sendiri ketika berikrar di depan Allah ketika dikeluarkan daripada Syurga untuk menggoda seluruh anak Adam kecuali kalangan hamba Allah yang ikhlas sahaja yang ampuh daripada godaan syaitan.

Tanpa pengorbanan maka kehidupan individu, keluarga, masyarakat seterusnya Negara tidak akan menemui kejayaan dan kebahagiaan. Contohnya bila seseorang tidak mahu mengorbankan rasa ketagihnya pada maksiat maka dia akan hilang rasa semangat untuk ibadat dan zikrullah. Begitu juga bila seorang suami tidak mahu mengorbankan rasa ego menyebabkan dia gagal menunaikan nafkah kepada isteri malah bertindak memukul isteri. Bila seorang isteri tidak mahu mengorbankan rasa pentingkan diri menyebabkan dia menderhakai suami dengan mendedah aurat dan tidak menunaikan tugas dalam rumahtangga. Bila seorang anak tidak mengorbankan sikap pentingkan kawan-kawan dan kerjaya menyebabkan dia tidak mendengar nasihat ibubapa malah menjadikan ibubapa sebagai hamba abdi bila sudah dewasa. Bila ibubapa lebih mementingkan tugasan luar sehingga tidak sanggup mengorbankan masa untuk memberi kasih sayang dan perhatian sepatutna pada anak-anak menyebabkan anak mudah terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat. Bila seorang pemimpin tidak mahu mengorbankan rasa kasih pada harta dan takhta menyebabkan rakyat menderita akibat terpaksa menanggung pembaziran dan sikap boros pemimpin. Bila rakyat tidak mampu mengorbankan rasa suka bermewah menyebabkan mudah terjebak dengan rasuah,pecah amanah, mudah digula-gulakan oleh pemimpin yang suka mengambil kesempatan di atas kealpaan rakyat

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Antara matlamat ibadat korban yang lain ialah untuk menghilangkan sifat mazmumah terlalu cintakan dunia hingga lupa akhirat. Antara bahayanya cinta dunia ialah : [1]  Miealaikan diri dari mencintai Allah dan berzikir kepada-Nya menyebabkan hatinya akan ditempati oleh syaitan. [2] Pandangan dan pemikirannya berkaitan dosa pahala, haram haram bercanggah dengan syarak [3] dunia sudah dilaknat, dimurkai, dan dibenci oleh Allah, kecuali bahagian yang digunakan oleh seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sesiapa yang mencintai sesuatu yang sudah dilaknat, dimurkai, dan dibenci, sama saja mempersembahkan dirinya untuk dilaknat, dimurkai, dan dibenci. Rasulullah saw bersabda,

أَلاَ إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالاَهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ

Masudnya :“Ketahuilah, dunia ini terlaknat dan terlaknat pula apa yang ada di dalamnya, kecuali dzikrullah dan amalan-amalan yang dekat dengannya, orang yang berilmu, dan orang yang mencari ilmu.” (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

[4]  Menjadikan dunia sebagai matlamat yang diburunya dan menjadikan setiap perbuatan tanpa mengira halal haram asalkan memperolehi dunia yang dikehendaki

[5] Terhalang dari melakukan sesuatu yang bermanfaat di akhirat. Kadar kecintaan seseorang terhadap dunia beragam. Ada yang cintanya kepada dunia menyebabkannya sibuk dari iman kepada Allah dan menunaikan syariat-Nya. Ada yang cintanya kepada dunia menyibukkannya dari mengerjakan banyak kewajban. Ada yang cintanya kepada dunia menyibukkannya dari mengerjakan kewajiban pada waktunya. Ada yang menyibukkannya dari amal hati sehingga ia mengerjakan kewajiban secara lahir, namun batinnya entah ke mana. [6] orang yang mencintai dunia adalah orang yang sejatinya mendapatkan siksa terberat. Dia disiksa di tiga tempat. Di dunia ia disiksa dengan kesulitannya meraihnya. Di alam barzakh ia akan kehilangan semua dunianya dan dihalangi darinya. Sebab dunianya harus ditinggalkannya untuk ahli warisnya, tidak mungkin ia membawanya. Di alam akhirat ia akan dimintai pertanggungjawaban atas semua harta yang dihasilkannya dan dalam hal apa saja ia memanfaatkannya.

[7] orang yang mendahulukan dunia daripada akhirat adalah orang yang paling bodoh dan tolol di dunia. Bagaimana boleh seorang pandai merelakan sesuatu yang pasti demi mendapatkan mimpi atau khayalan sahaja. Kenikmatan dunia adalah indahnya mimpi dan kenikmatan akhirat adalah kenikmatan yang sejati

Firman Allah dalam ayat 134 surah an-Nisa’:

مَّن كَانَ يُرِيدُ ثَوَابَ الدُّنْيَا فَعِندَ اللَّـهِ ثَوَابُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ سَمِيعًا بَصِيرًا ﴿١٣٤

Maksudnya : Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Zulhijjah DiHayati Taqwa DiMiliki

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  24-25 surah al-Anfal :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ ﴿٢٤﴾ وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. Dan jagalah diri kamu daripada dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Kini kita berada antara hari daripada 10 hari-hari awal bulan Zulhijjah yang mempunyai begitu besar fadhilat di sisi Allah bagi hamba Allah yang menghidupkannya dengan amalan soleh. Gunakanlah peluang yang ada semaksima yang mungkin dalam menambah bekalan akhirat kita disamping memohon keampunan Allah agar kita menjadi hamba yang semakin hampir dengan Allah. Jika di dunia ramai yang sentiasa berlumba untuk menjadi orang kanan atau orang yang disayangi oleh pemimpin yang berkuasa, jutawan yang berharta bagi mendapat habuan dunia yang diidamkan maka mengapa kita tidak berebut untuk menjadi hamba Allah yang dekat dengan Tuhan Raja segala raja bagi meraih kebahagian dan kemuliaan dunia akhirat. Pada hari ini para jemaah haji di kota Mekah sedang berkumpul di bumi Arafah bagi menyempurnakan salah suatu rukun terbesar ibadat haji manakala kita di sini dikumpul di masjid rumah Allah yang mulia bagi menunaikan solat Jumaat yang difardhukan. Suasana seruan untuk berkumpul ini mengingatkan kita bagaimana kita semua bakal menemui saat kematian sebelum dibangkitkan semula di akhirat untuk dikumpulkan di padang Mahsyar suatu negeri pembalasan atas segala amalan kita di dunia ini. Jika di dunia ini kita diberi pilihan untuk datang berkumpul bagi menunaikan ibadat khusus seperti wukuf di Arafah dan berjemaah di masjid tetapi di akhirat kelak setiap diri kita samada bersedia atau tidak, rela atau tidak, mahu atau tidak pasti akan dikumpulkan tanpa pengeculiaan walau seorang pun bagi berdepan dengan Mahkamah Allah yang agong. Oleh itu jangan liat untuk kita rajin datang solat berjemaah, belajar ilmu agama dan berkumpul dalam mengerjakan amalan kebajikan agar ia membantu kita pada hari setiap anggota kita akan menjadi saksi dalam mendakwa kita, pada hari tiada bayangan kecuali bayangan ‘Arasy Allah yang hanya diberikan kepada umat pilihan antaranya hamba Allah yang sentiasa dekat hatinya dengan masjid

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Antara amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah ini ialah puasa sunat terutama puasa hari Arafahyang dijanjikan dengan pengampunan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Kita juga digalakkan untyk melaungkan takbir raya bermula Subuh hari ke-9 Zulhijjah sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu hari ke-13 daripada bulan Zulhijjah. Begitu juga amalan khusus yang tiada pada bulan lain iaitu ibadat korban bagi yang berkemampuan sehingga nabi s.a.w begitu menekankannya kepada kita semua

قَالَ الرَّسُوْل: مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجهُ

Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

Antara matlamat utama ibadat korban ialah untuk melahirkan umat yang bertaqwa yang sanggup mengorbankan segalanya kerana Allah. Betapa ramai umat Islam yang boleh berkorban pada hari ini dengan menyembelih binatang korban dan membawa pulang dagingnya, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar sampai pahala taqwanya kepada Allah SWT?. Semoga kita tidak tergolong di kalangan golongan yang menyembelih binatang korban namun ditolak ibadah korban kerana tiadanya nilai taqwa dan keikhlasan kepada Allah.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Ketika menyoroti suatu peristiwa penting semasa nabi Muhammad s.a.w mengerjakan Haji Wada’ pada tahun ke 10 hijrah di mana baginda s.a.w menyatakan beberapa perkara penting dalam khutbahnya di padang Arafah di antaranya Islam menghalang penindasan melalui penyalah gunaan kuasa oleh pemimpin ke atas rakyat jelata. Malangnya pada hari ini, nilai taqwa dilemparkan ke tepi dan nilai kapitalisme mengambil alih minda masyarakat dan menjadikan golongan miskin semakin tertekan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup. Kita yang akan menyambut hari raya korban telah dikorbankan terlebih dahulu dengan kenaikan harga minyak. Sekalipun kenaikan harga melibatkan nilai 20 sen sahaja untuk satu liter, namun ia sudah cukup mencekik kehidupan rakyat apatah lagi kenaikan ini wajib mendatangkan kesan kepada kos barangan keperluan. Lebih menghairankan, dalam pada minyak dunia jatuh menjunam di pasaran antarabangsa, minyak di negara ini dinaikkan atas nama rasionalisasi subsidi. Sekalipun rakyat digula-gulakan dengan pemberian pelbagai bantuan, namun persoalannya bolehkah bantuan yang sedikit ini menyelesaikan kehimpitan hidup akibat harga barangan yang melambung naik?

Malangnya rakyat hidup di bawah pemimpin yang tidak menyelami perit pedih rakyat menanggung bebanan. Tidak adakah rasa belas kasihan kepada rakyat yang tidak mampu untuk membeli makanan seharian bahkan hidup mengemis demi dibawa pulang rezeki kepada anak-anak yang setia menunggu. Ada rakyat yang menitis air dari atapnya akibat hujan di waktu malam hari kerana tidak mampu membeli atap yang baru. Pelbagai derita dan duka rakyat yang papa semakin papa, yang susah semakin derita

Beringat-ingatlah terhadap doa Nabi Muhmmad SAW yang berbunyi :

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ

Maksudnya : Ya Allah, bagi siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyulitkan mereka, maka timpakanlah kesulitan kepadanya. Dan barang siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyayangi mereka, maka sayangilah dia. [riwayat Muslim]

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 31surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ‌ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ‌ رَّ‌حِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Wasiat nabi yang paling penting sekali dalam khutbah Haji Wada’ ialah wajib menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan di mana kejayaan umat Islam bergantung kepada sejauh mana mereka berpegang teguh kepada 2 sumber utama ini dalam kehidupan. Bila hawa nafsu menjadi Tuhan dan syaitan menjadi iuktan menyebabkan hilangnya sifat taqwa. Bila hilangnya sifat taqwa inilah, berlakunya pelbagai kes pecah amanah di negara ini. Jangan dilupa bagaimana anak-anak calon UPSR terpaksa mengulangi semula peperiksaan beberapa subjek hasil daripada kebocoran soalan yang didalangi oleh pihak dalaman sendiri. Inilah akibat apabila integriti dan amanah dibakulsampahkan semata-mata mengejar keputusan cemerlang di dalam peperiksaan. Inilah kesan pemikiran sekular yang menjajah masuk ke dalam benak pemikiran rakyat lalu menghasilkan suasana yang sangat tidak harmoni di setiap lapisan perkhidmatan. Di bidang pentadbiran, ketirisan dan kebocoran perbelanjaan mengakibatkan kerugian berbillion ringgit. Di bidang perguruan pula kebocoran soalan peperiksaan pula menjadi gaya baru, bahkan di bidang penguatkuasaan, pelbagai pegawai di pelbagai peringkat dari rendah sehingga tertinggi turut dihadapkan ke mahkamah silih berganti kerana dituduh rasuah. Apakah punca kepada semua ini? Tidak lain dan tidak bukan hakikatnya berpunca dari satu faktor utama sahaja iaitu hilangnya taqwa kepada Allah SWT.

Apalah ertinya generasi yang cemerlang keputusan peperiksaannya, namun kosong dari sudut nilai rohani dan akhlaknya. Apakah ini generasi yang ingin dibentuk? Apakah kita sedang mencetak anak-anak yang bukan sahaja menjadi graduan universiti namun boleh sahaja menjadi banduan neraka Allah SWT di akhirat kelak, nauzubillah akibat terlalu mengejar A dalam peperiksaan sedangkan masalah akhlak dan hukum halal haram, dosa pahala, Syurga Neraka dikesampingkan.

Justeru, mimbar khutbah menyeru semua pihak, tunduk dan patuhlah kepada perintah Allah SWT. Yakinlah di sebalik kepatuhan ini akan disediakan oleh Allah SWT segala macam bentuk kebahagian dan ketenangan.

Firman Allah dalam ayat 2-3 surah at-Talak:

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Maksudnya : Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dijadikan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia (Allah) akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ